Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 31, 2016

DIKEJAMI DAN DILAYAN SEPERTI HAIWAN... INILAH NASIB PENJAJA MELAYU DI MATA PBT!!!



Dua gambar ini memberikan persepsi yang benar2 berlainan...

Gambar pertama adalah yang sedang viral di FB melibatkan penguatkuasa DBKL. Manakala gambar yang terakhir pula melibatkan penguatkuasa MPAJ.

Perlu diketahui, anggota-anggota penguatkuasa DBKL mahupun MPAJ majoritinya adalah MELAYU!

Manakala 'mangsa' mereka pula juga adalah MELAYU.


Baik DBKL mahupun MPAJ, jarang sangat kita degar mereka bertindak kepada penjaja-penjaja tidak berlesen yang bukan Melayu, bahkan ke atas pendatang asing pun seperti yang bahyak berlaku di Chow Kit (DBKL) dan Pandan Mewah (MPAJ)

MAHATHIR LETAK SEMUA JAWATAN LANTIKANNYA, RINGGIT MALAYSIA TERUS NAIK... NAMPAK SANGAT ORANG TAK SUKA KAT DIA!!!



Berkata Mahathir sebelum ini, ekonomi dan kadar tukaran Ringgit Malaysia, hanya akan pulih sepenuhnya apabila Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. 

Daim Zainuddin juga meramalkan ekonomi Malaysia akan bertambah parah menjelang penghujung 2015. Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan. 

Sebaliknya, keadaan berlaku sebaliknya. 

Apabila Mahathir dilucutkan jawatan daripada menjadi Penasihat Petronas, Ringgit Malaysia terus mengukuh dan mencecah angka tukaran RM4 dan ke bawah. 


Hari ini, apabila Mahathir bersara atau meletakkan jawatan daripada jawatan Pengerusi Proton, Pengerusi Kumpulan Lotus Plc, Penasihat kepada (LADA) Langkawi Development Authority dan, Tioman Island Development Authority (TIDA) serta Chancellor Universiti Teknologi Petronas berkuat kuasa pada 30 Mac 2016, Ringgit Malaysia terus mengukuh berbanding US Dollar serta beberapa matawang utama dunia lain.

Nampaknya, masalah di Malaysia adalah masalah pesara yang tidak faham atau pura-pura tidak tahu bahawa dia tidak perlu lagi masuk campur dalam apa-apa urusan. Malah tidak perlu berlagak serba tahu untuk memulihkan keadaan memandangkan keadaan dunia sudah jauh berubah. 

Ibarat Hang Tuah muncul pada zaman ini. Mungkin kedengaran hebat sebab dia Hang Tuah, tetapi apa yang Hang Tuah boleh lakukan apabila serangan ke atas negara menggunakan media yang diputarbelitkan, serangan ke atas matawang dan teras ekonomi, merosakkan institusi yang menjadi teras masyarakat seperti kepolisian dan sebagainya... takkanlah Hang Tuah hendak bersilat dengan berkeris atau berpedang. 



Jadi, eloklah Hang Tuah duduk dalam kandang di Muzium sebagai tontonan dan jadi bahan cerita nostalgia semata-mata. 

Begitu jugalah dengan Mahathir... eloklah Mahathir mengurangkan diri daripada mematuhi permintaan orang di sekelilingnya, yang mahu memperkudakannya dan mahu menggunakan pengaruh serta sisa-sisa pengaruh serta kuasanya.

Mahathir tidak mencampuri urusan negara dan politik, jauh lebih memanfaatkan negara ini berbanding sibuk atas pentas dengan nama perjuangan yang entah untuk siapa, walaupun Mahathir kata untuk rakyat!

Walau bagaimanapun, faktor Mahathir adalah terlalu kecil berbanding faktor harga minyak dunia. Mungkin beberapa pemain forex besar di luar negara, terkesan dengan keputusan Mahathir, namun sedikit sebanyak ia merupakan nilai tambah, apatah lagi untuk membuktikan kepada para penyembah Mahathir, bahawa orang tua itu tidaklah seNostradamus mana pun...



BETTY CHEW AKAN DISOALSIASAT OLEH SPRM BERHUBUNG PEMILIKAN BANGLO DAN HARTANAH DI JALAN PINHORN!!!



SPRM dikatakan akan memulakan soal siasat ke atas Betty Chew, isteri Lim Guan Eng berhubung pembelian banglo yang mendapat perhatian sekarang ini. Banglo itu dibeli pada tahun lepas dengan harga di bawah harga pasaran.

Difahamkan, beberapa orang pegawai dan anggota daripada SKMM akan bertemu Betty Chew hari ini. 

Betty Chew akan disoal tentang kaitannya dengan bekas pemilik banglo, Phang Li Koon. 

Dalam SD yang dibuat oleh Phang Li Koon, wanita tersebut berkata, dia dan Betty Chew adalah kawan baik. Penjualan banglo tersebut telah dipersetujui antara Betty Chew dan Phang Li Koon pada tahun 2012 tetapi hanya tahun 2015 barulah hak milik hartanah tersebut dibeli oleh Lim Guan Eng. 

Phang Li Koon dan Betty Chew juga kedudukan dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di mana Betty Chew telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Hartanah yang kemudian, setelah keadaan kecoh, dia meletak jawatan.

Di dalam Akuan Bersumpahnya, Phang berkata, dia tidak mempunyai sebarang pertalian atau kaitan dengan Lim Guan Eng mahupun Kerajaan Negeri. Dia juga mengaku tidak mendapat sebarang faedah daripada pentadbiran negeri selain berkata, "Ini adalah keputusan saya apa harga yang saya mahu untuk dijual kepada Ketua Menteri."

Bagaimanapun, bukti-bukti yang didedahkan pula, bertentangan daripada apa yang didakwa oleh Phang Li Koon apabilba sekurang-kurangnya di dalam tiga buah syarikat, Phang Li Koon merupakan rakan kongsi kepada Tang Yong Chew.

Tang Yong Chew merupakan pemegang kepentingan 70% di dalam syarikat KLIDC yang telah membeli tanah PPRT Fasa II Taman Manggis. Walaupun Phang Li Koon tidak mempunyai kedudukan atau kepentingan dalam KLIDC, tetapi dalam beberapa syarikat melibatkan Phang Li Koon, Tang Yong Chew dan isteri Tang, Sally Chew, asas perniagaan mereka banyak terlibat dan berkaitan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


BADI MAKI HAMUN NAJIB, JURUTERA BUKAN SAHAJA HILANG KERJA TAPI TURUT DITANGKAP!!!!



Mungkin Jalil Ismail mendapat bantuan dan sokongan moral daripada para pembangkang, puak pro-Tun mahupun orang Australia. Namun kehidupannya tidak akan berubah menjadi lebih baik apabila dia mencoretkan sesuatu yang bukan sahaja mencalarkan integritinya sebagai seorang jurutera tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia.

Tidak suka mana-mana pemimpin, itu adalah hak kita. Tetapi apabila memaki hamun dan menyumpah seranah, itu adalah hak undang-undang. Dengan kata lain, kita perlu berhadapan dengan risiko yang lebih besar membabitkan tindakan undang-undang dan konsekuens lain, termasuklah kehilangan pekerjaan dan benefit kerjaya. 

Itu yang sedang berlaku kepada Jalil Ismail.

Dia telah dipanggil SKMM dan PDRM untuk siasatan menyebabkan dia menulis surat panjang lebar memohon maaf secara peribadi kepada Perdana Menteri, Najib Abdul Razak. Dia telah membayangkan yang dia bakal berhadapan dengan bencana kerjaya kerana perbuatannya itu. Dan ianya memang benar-benar berlaku apabila dia kehilangan jawatannya serta-merta setelah diberhentikan oleh PETRONAS yang di dalamnya penuh dengan parasit dan pembenci kerajaan.


Kelmarin, dilaporkan Jalil Ismail dibuang kerja, hari ni pula dia dilaporkan telah ditahan dan diberkas oleh SKMM.

Difahamkan, SKMM dalam akaun Facrbook mereka mengeluarkan kenyataan bahawa individu beruaia 26 tahun itu telah ditahan oleh SKMM dengan bantuan unit Divisyen Siasatab Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

Beberapa laporan polis telah dibuat sebelum ini apabila jurutera iti memberikan reaksi daripada artikel yang diambil dari portal berita di akaun Facebooknya bertarikh 25 Mac.

Jalil Ismail telah dirakam percakapan dalam keterangannya di pejabat SKMM di Cyberjaya pada 28 Mac.

Dikatakan juga selain teledon pintar berjenama Asus yang dirampas, turut diaita adalah Sim Kad milik Jalil Ismail.

Beberapa orang yang lain, turut akan dipanggil untuk membantu memberikan keterangan dan memudahkan siasatan.


LTAT SUDAH BOLEH SAMAN RAFIZI RAMLI BILA DIA GAGAL SENARAIKAN WALAU SATU NAMA DARIPADA 1200 ORANG PESARA TENTERA YANG BELUM DAPAT BAYARAN GRATUITI!!!



Pagi ini sepatutnya, tamat tempoh bagi Rafizi Ramli untuk menyenaraikan nama veteran dan askar pencen yang masih belum menerima bayaran gratuiti. Tempoh tersebut diberikan oleh Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor yang turut berkata, kegagalan Rafizi Ramli untuk berbuat demikian, akan menyebabkan LTAT meneruskan saman fitnah terahdapnya.

Semenjak dua minggu lepas lagi, LTAT telah menuntut Rafizi Ramli membuktikan tuduhananya bahawa terdapat bekas tentera, pesara dan pencen tentera yang belum mendapat pembayaran gratuiti mereka selepas LTAT didakwa tidak mempunyai wang kerana 1MDB tidak bayar hutang.

Ramai juga yang termakan dengan fitnah Rafizi Ramli dan membuat desakan agar pihak-pihak tertentu di dalam LTAT dan 1MDB meletak jawatan dengan bayangan wujudnya konspirasi dan rompakan ke atas institusi tersebut.

1MDB telah menjelaskan, mereka tidak mempunyai sebarang hutang dengan LTAT. Manakala LTAT pula menurut Anwar, membuat pembayaran gratuiti dalam tempoh 24 jam setelah proses permohonan anggota yang layak diluluskan. Pembayaran pula ldibuat oleh Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan semua pembayaran telah dibuat, tidak sebagaimana yang ditohmahkan oleh Rafizi.

Selain itu, LTAT juga memberikan jaminan bahawa semua bayaran kepada kakitangan tentera yang bersara akan dibuat dalam tempoh 24 jam setelah semua dokumen-dokumen berkaitan diluluskan.

Rafizi dengan penuh yakin tetapi berwajah pembohong memberitahu, terdapat sekurang-kurangnya 1,200 orang tentera yang tamat perkhidmatan masih belum menerima bayaran gratuiti itu walaupun selepas enam bulan bersara. Bagaimanapun, dia tidak dapat menampilkan walau satu nama dan wajah anggota tentera yang dimaksudkannya biarpun masa telah diberikan oleh LTAT.


Sebaliknya, Rafizi bermain acilut dengan membuat pendedahan tentang dokumen OSA melibatkan 1MDB dan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC), bagi menutup malu kerana tuntutan dan desakan agar dia menyenaraikan nama anggota-anggota pesara tentera yang belum menerima gratuiti, gagal dipenuhi

Rafizi dilaporkan berkata, keupayaan LTAT membayar gratuiti terjejas kerana kelewatan pembayaran oleh 1MDB kepada sebuah anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) untuk projek pemindahan Pangkalan Udara di Sungai Besi berjumlah RM396.41 juta setakat September tahun lalu.

Sotong kembang ni patut disaman sahaja... Dia memang tidak ada bukti dan dia tidak mungkin dapat menghadirkan bukti kerana dia memang berbohong. Itulah sebabnya dia sibuk sekarang mencari publisiti dengan mendendangkan cerita kononnya dia bakal ditangkap kerana membocorkan dokumen yang belum dilucutkan status OSA.

Isunya mudah sangat... Rafizi Ramli the Sotong Kembang hanya perlu memberikan nama pesara tentera yang tidak dapat bayaran gratuiti untuk membuktikan kata-kata dan tuduhannya, tetapi nampaknya sotong kembang itu cuba untuk tidak menjawab tetapi bermain persepsi dan membina sentimen di kalangan bekas tentera serta orang ramai.

Macam dah tak ada kerja dah si sotong kembang ni, padahal di Parlimen Pandan, terlalu banyak kerja melibatkan rakyat yang ditinggalkannya!!!


TANAH TAMAN MANGGIS: JUMPA 'BUKTI' TETAPI MASALAHNYA DAP MEMANG PENIPU DARI AWAL... BUKTI LAIN TIDAK DITUNJUKKAN!!!


Seperti mendapat peluru uranium, DAP berlagak seperti tentera-tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin, sama ada untuk membunuh, menakutkan dan mendatangkan kecederaan secara total untuk tempoh panjang.

Pada tahun 2008, Lim Guan Eng merampas jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dari tangan Chow Kon Yew menerusi pencalonan dirinya sendiri olehnya untuk jawatan tersebut di Hotel Red Rock selepas DAP berjaya menawan negeri itu semasa PRU-12 tahun 2008.

Dengan menggunakan Jagdeep Singh, DAP yang sedang bertungkus lumus mencari jalan membela Lim Guan Eng cuba menuduh, Kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang terdahulu, tidak berminat untuk menjadikan atau menerusan tanah Taman Manggis II sebagai tapak rumah PPR. Malahan Jagdeep Singh turut 'menunjukkan' bukti bahawa Suruhanjaya Perumahan Persekutuan telah menghantar proposal pada tahun 2005 untuk menukarkan status tanah tersebut bagi memudahkan pembinaan pusat komersial.

DAP mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas PRU-12 pada tahun 2004. Tanah berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.


Itulah buktinya dan kerana bukti itu, tidak salahlah Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menukar status tanah tersebut dan menjualnya kepada KLIDC, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan kuat dengan Phang Li Koon walaupun Phang Li Koon bekas pemilik hartanah di No.25, Jalan Pinhorn yang menjual hartanahnya kepada Lim Guan Eng dengan kerugian terkumpul lebih RM4 juta.

Tapak Fasa II PPRT Taman Manggis itu telah dijual kepada KLIDC dalam satu proses yang amat mudah, walaupun Lim Guan Eng mengatakan ia adalah open tender tetapi harga tender tertinggi tidak pula terpilih melainkan harga tender KLIDC pada tahun 2007. 2010 hak milik ke atas tanah tersebut telah bertukar, bermakna tanah itu telah menjadi hak milik KLIDC.

Tetapi pada tahun 2012, DAP mempelawa BN Pulau Pinang untuk membeli tanah yang telah pun dimiliki oleh KLIDC, kemudian menggunakan kuasanya untuk menipu dengan pengambilan deposit, tetapi kemudian memberikan syarat-syarat tidak munasabah semata-mata untuk menolak tender RM22 juta oleh BN Pulau Pinang ke atas tapak yang telah terjual lebih awal kepada KLIDC.

BN Negeri Pulau Pinang tidak pernah diberitahu, diterangkan dan dijelaskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa tapak tersebut telah dijual kepada KLIDC dengan harga RM11 juta.



Dan sekarang, Lim Guan Eng dengan menggunakan kepintaran pasukan medianya, cuba memutarbelitkan isu sekali lagi. Pemilikan tanah Fasa II PPRT Taman Manggis langsung tidak diperkatakan dan disentuh tetapi Lim Guan Eng berlagak seperti budak kecil lapar puting tetek emaknya, merengek dan mengejek Abdul Rahman Dahlan, kononnya Abdul Rahman Dahlan takut untuk berhadapan dengannya dan pendedahan kononnya BN tidak berhasrat untuk membina Fasa II PPRT Taman Manggis.

Satu perkara yang perlu diingat ialah TRICK PEMBOHONGAN Lim Guan Eng membabitkan dokumen ini, pernah digunakan ketika perdebatan antaranya dengan bekas Ketua Menteri Pulau Koh Tsu Koon. Dalam usaha untuk menang berdebat, Lim Guan Eng tidak membenarkan Koh Tsu Koon mengakses dokumen-dokumen serta nota-nota yang membabitkan status tanah dan yang berkaitan, malah mengenakan pelbagai syarat dan sekatan, berbanding dia yang menggunakan pasukan peguam, pemerhati dan exco-exco untuk membantu mengumpulkan hujah dalam perdebatan tersebut. (RUJUK SINI)


Lim Guan Eng bagaimanapun, dimalukan oleh Koh Tsu Koon sehingga akhirnya dia seperti budak kecil lapar puting tetek emaknya apabila debat dan hujahnya mulai melencong dari yang asal. Apatah lagi Skandal Tanah Tang Hak Ju juga tidak berpihak kepadanya, di mana mahkamah mendapati ia adalah pembohongan semata-mata.

Kalau untuk berdebat pun, Lim Guan Eng sanggup main kotor, bayangkanlah untuk berhadapan dengan penjara dan undang-undang?

Seribu satu macam taktik dan dalih pun boleh digunakan, termasuklah menyalahgunakan kuasanya atau pun memutarbelitkan fakta mahupun terminologi serta persepsi seperti yang dilakukan oleh Jagdeep Singh Deo.

Ia samalah seperti Lim Guan Eng sedang berbangga dengan perumahan PPR di Jalan S.P Chelliah yang kononnya hasil kerja DAP, sedangkan projek perumahan itu, merupakan projek Kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang yang telah dirancang lebih lama sebelum Lim Guan Eng dan pasukannya menang di Pulau Pinang.

Kerajaan DAP belum mempunyai sebuah rumah murah pun yang dibina melainkan dalam angan-angan dan temberang mereka sahaja.



Wednesday, March 30, 2016

TONY PUA CUCI TANGAN, RAFIZI KETAR PERUT DAN SUDAH MULA NAMPAK PINTU PENJARA... PUN BEGITU, SOTONG TETAP SOTONG!!!



LTAT sudah mula menyerang Rafizi Ramli. Rafizi bukan sahaja bakal berhadapan dengan saman fitnah sekiranya dia main-main dalam isu ini. LTAT bukannya Najib Abdul Razak atau Rosmah Mansor, mahupun Raja Nong Chik yang para peguam mereka memberikan nasihat agar penyelesaian dibuat di luar mahkamah dengan hanya permohonan maaf.

Dan sekarang si sotong liat celup tepung buang ke lubang jamban itu sedang berhadapan dengan masalah yang lebih besar, iaitu penjara.

Semasa isu BAFIA dan Rafizi diseret ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, mukanya pucat, ditoreh tak berdarah. Lututnya terketar-ketar dan tangannya yang bergari seperti telah terkena ubat bius, langsung tak bergerak. Dia cuba berbuat tenang tetapi air mukanya dan senyumannya tidak menjadi selain tidak mampu melindungi ketakutan yang dihadapinya pada waktu.

Perbicaraan BAFIAnya masih belum berjalan dan masih lagi tergendala sehingga kini.

Rafizi juga sedang berhad.apan dengan beberapa lagi isu saman fitnah sehinggakan dia seperti sudah hilang akal apabila menyatakan, fitnahnya ke atas Rosmah Mansor hanyalah 'SATU GURAUAN' semata-mata di mahkamah.

Isu terbaharunya ialah membabitkan pembocoran laporan Peguam Negara ke atas 1MDB yang masih diklasifikasikan di bawah OSA sehingga dibentangkan ke Parlimen. Dek kerana itulah, Rafizi mulai gelabah terutama apabila Tony Pua yang biasanya akan bersama-samanya, dengan penuh gembira membocorkan apa-apa sahaja berita yang dianggap boleh diputarbelitkan demi kepentingan DAP, cuci tangan dan enggan membantu Rafizi Ramli.



Sedar dia bersendirian, Rafizi menepati ciri-ciri sotong kembang apabila menyatakan, dia sudah berasakan masa untuknya ke penjara semakin hampir. Bagaimanapun, dia menuntut agar Arul Kanda dibenarkan bersama-samanya bagi membolehkan dia berdebat 'di dalam penjara'.

Bangang!!!

Masa Arul Kanda bersetuju untuk berdebat secara terbuka, kau lari menyorok dalam punggung entah siapa-siapa. Sekarang kau nak berlagak macam sotong kembang dalam yong tou foo ek?

Tony Pua ketika ditanya tentang Rafizi yang mungkin akan meminta bantuan daripada kedudukan Ahli-Ahli Parlimen DAP dalam PAC untuk menyelamatkannya.

"Apa kena mengena dengan saya," kata Tony Pua dalam satu sidang media. "Tanya Rafizi sendiri, dari mana dia dapat. Saya tidak mahu dikaitkan dengannya.

Tony Pua merupakan ahli PAC yang kerapkali mempolitikkan laporan tersebut. Malah mendahului laporan PAC untuk menimbulkan persepsi negatif ke atas 1MDB dan Perdana Menteri. Paling menarik lagi ialah, kebocoran maklumat banyak berlaku ketika PAC sedang menyiasat 1MDB dan tidak mengklasifikasikannya sebagai OSA.

Hanya setelah hasil siasatan tersebut diklasifikasikan, barulah kebocoran terhenti. Namun campurtangan Australia seperti yang dijangka menerusi permainan medianya, mempunyai kaitan yang amat menarik.



Kebocoran dimulakan terlebih dahulu oleh Four Corners, sebuah terbitan Australian Broadcasting Corporation dan kemudian diperbesar-besarkan di Malaysia oleh Rafizi Ramli tanpa pembabitan Tony Pua yang berlagak naif.

Sekaligus mengembalikan ingatan kita kepada peranan yang dimainkan oleh Tony Pua dalam masalah Xavier Justo-Clare Brown-Tong Koii Ong-Ong Kay Tat. Sikap yang sama juga ditunjukkan oleh Tony Pua apabila didedahkan bahawa dia merupakan orang hubungan Xavier menerusi Clare Brown dengan Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat, pemilik The Edge dan The Malaysian Insider.

Kesian si Sotong Kembang dari Pandan itu... dia yang melakukan jenayah, dia cuba pula tarik orang lain... Cubalah keras-keraskan sedikit telur tu, agar lebih berguna semasa di dalam lokap dan penjara nanti... Jangan asyik nak bergayut kat orang lain sahaja...


HERAN EK, MENGAPA DALAM ISU LIM GUAN ENG, SPRM LANGSUNG TAK CERGAS!!! APA YANG SUDAH BERLAKU KEPADA SPRM?





Kerana mulut bongok si Teresa Kok dan cerita Fengshuinya yang dia sendiri pun antara percaya dengan tidak, DAP akhirnya membuat keputusan hanya empat orang sahaja yang dibenarkan bercakap tentang banglo dan hartanah yang dimiliki oleh Lim Guan Eng di No.25, Jalan Pinhorn, Georgetown.

Sekarang, DAP sudah mula memainkan isu baru untuk menjawab tentang banglo dan hartanah milik Lim Guan Eng, 'anak angkat baru' Tun Dr. Mahathir.

Jagdeep Singh yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan merupakan Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan kini menjadi benteng baru untuk menyerang balas BN yang telah mendedahkan tentang penjualan tanah Taman Manggis kepada KLIDC oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP.


Menurut Jagdeep Singh, terdapat bukti yang menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional BN telah merancang untuk membangunkan pusat komersial di tapak Taman Manggis Fasa II tetapi tidak diluluskan oleh Exco.

Exco perumahaan kerajaan negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo mendedahkan beberapa dokumen yang membuktikan bahawa pentadbiran BN sebelum ini menolak permohonan Suruhanjaya Tanah Persekutuan untuk mengambil alih tanah Taman Manggis untuk dijadikan kawasan perumahan awam.
Dokumen itu termasuk minit mesyuarat bertarikh 28 Mac 2007 dan disahkan pada 4 April, 2007, yang menunjukkan bahawa exco kerajaan negeri ketika itu menolak permohonan suruhanjaya berkenaan. 
Pada sidang akhbar di bangunan Komtar, hari ini, Jagdeep mendedahkan bahawa mesyuarat exco pada 28 September 2005, yang diminitkan di bawah perkara 16.3, menyatakan bahawa exco kerajaan negeri ketika itu, Datuk Teng Chang Yeow memaklumkan bahawa satu blok rumah pangsa kos rendah telah pun dibangunkan di tanah berkenaan. (RUJUK SINI)

Justeru dengan alasan itu, halallah perbuatan menjual tanah itu kepada KLIDC dan kemudian KLIDC yang mendapat layanan tersangat istimewa daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pula dilaporkan menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga, sebagaimana laporan polis yang telah dibuat oleh beberapa pihak.

Para pemimpin GERAKAN Pulau Pinang bagaimanapun, menafikan tuduhan Jagdeep Singh Deo, sebaliknya berkata, cadangan untuk menukar tanah tersebut menjadi kawasan komersial hanyalah proposal yang tidak diluluskan.

DAP cuba membuat pengeliruan menggunakan ilmu hikmah laywer terbang seperti Jagdeep Singh Deo yang juga merupakan anak mendiang Karpal Singh, saudara lelaki Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong.

Kalaupun BN mempunyai proposal untuk menukar tanah tersebut menjadi kawasan komersial, kuasa sebenar adalah pada Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri adalah penguasa tanah di negeri masing-masing.


Sedangkan pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual tanah tersebut kepada KLIDC, kemudian menawarkan tanah itu untuk dibeli oleh BN Pulau Pinang pada harga RM22 juta tetapi kemudian menipu dengan pelbagai helah dan menggelapkan wang deposit BN Negeri. Status tanah tersebut telah diubah pada tahun 2010 dan 5 tahun kemudian iaitu pada tahun 2015, dokumen hak milik telah pun dikeluarkan.

TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBANGUNKAN dengan MENGUBAH DAN MENJUAL TANAH BERKENAAN adalah dua status yang sama sekali berbeza.

Lebih-lebih lagi kaitan paling besar adalah membabitkan Phang Li Koon yang merupakan eksekutif tunggal Tang Yong Chew untuk tiga buah syarikat yang lain, selain merupakan pemilik syarikat atau proksi yang mempunyai kepentingan perniagaan besar antara sebuah syarikat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Phang Li Koon adalah orang yang telah menjual hartanah dan banglo pada kadar yang sangat murah kepada Lim Guan Eng.

Dengan sebegitu banyak pendedahan yang dibuat, berbanding tindakan-tindakan sebelum ini yang hanya melibatkan beberapa laporan, apa sudah berlaku kepada SPRM yang nampaknya seperti memberikan ruang yang sangat besar kepada DAP dan Lim Guan Eng untuk menjadikan media sebagai peguambela dan hakim mereka dalam kes ini.

Apakah berdasarkan persepsi media, maka Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang tidak akan didapati bersalah dan dibebaskan oleh SPRM, memandangkan sikap yang ditunjukkan oleh SPRM kepada Lim Guan Eng, amat mesra dan bersopan santun... jauh benar bezanya apabila SPRM mengambil tindakan ke atas mana-mana agensi atau orang kerajaan.


GOLONGAN PRO-TUN SEMAKIN KELAM-KABUT MEMPERTAHANKAN FITNAH YANG DIBUAT SELAMA INI APABILA SATU DEMI SATU MULAI PECAH!!!



Rupa-rupanya dosa penfitnah ini besar dan membuatkan si pembuat dan pemercaya fitnah, bukan sahaja diburu ketakutan dan keresahan, bahkan jadi tidak tentu arah.

Bagi yang diberikan hidayah dan inayah, mereka akan segera bertaubat, meminta ampun dan bermuhasabah. Tetapi bagi yang telah digelapkan hati, ditutup dan dihijab iman mereka, mereka bukan sahaja mempertahankan fitnah-fitnah yang dibuat, bahkan mereka akan cuba untuk menambahkan lagi fitnah dengan bertanyakan soalan-soalan tidak berkaitan sebagai contoh....

"Kalau benda tu tak betul, kenapa tak saman?"

Itu cerita tentang fitnah la...

Tetapi ini pun cerita tentang fitnah pula. Fitnah ni mainan halus. Kalau yang boleh menggunakan akal, dan ada pula iman walaupun sedikit, kebenaran boleh diperhatikan dan dicari dengan mudah. Tetapi kalau dah jenis bukan sahaja iman jauh lebih nipis dari kulit bawang, tetapi benak dan bebal namun berlagak pandai untuk menutup kebenakan dan kebebalan tersebut, kebenaran terpampang depan mata, perubahan demi perubahan yang berlaku di sekeliling, tetap tidak kelihatan sehingga menimbulkan alasan paling mudah sebagai contoh....

"Mereka semua DEDAKIANS."


Kita sedang melihat kelam-kabut geng yang menerima secara sehala tanpa ulangkaji atau selidik. Menerima kerana persepsi negatif yang telah dimainkan lebih awal dan ianya bersifat sensasi. Yang tidak dapat memahami fakta dan data serta sebarang penjelasan yang bertentangan daripada kepercayaan kerana persepsi telah dibuat lebih awal sesuatu itu bersalah dan walau apa pun penjelasan atau bukti yang ditampilkan ia akan tetap bersalah.

Begitulah juga dalam kisah 1MDB dan Rosmah Mansor.

Penjelasan daripada Kedutaan Amerika Syarikat bahawa Rosmah Mansor tidak menghubungi untuk meminta agar Washington menghentikan siasatan ke atas 1MDB, sukar diterima dan dihadam. Walaupun penyiar berita tersebut adalah bersifat tunggal - maknanya, kat dia sahaja yang ada... agensi berita ternama dan lebih berkredibel langsung tak sentuh - tetapi ia tetap dipercayai. Lebih daripada itu, ada pula yang menggunakan hujah daripada 'black blog' yang dibina dan diwujudkan untuk memutarbelitkan fakta.

Mereka mahu memaksa orang lain terima bahawa apa-apa sahaja kepercayaan mereka, perlu diterima sebagai satu kebenaran. Kalau tidak diterima, orang tersebut adalah pemakan DEDAK.

Nah, kita tengok pula contoh di bawah ini... perhatikan bagaimana hukum agama pula dipermain-mainkan dalam usaha untuk membela, menjaga dan menjunjung fitnah. Hukum yang diberikannya sahaja sudah salah, mengelirukan dan menyesatkan, sekaligus menunjukkan dia bukannya seorang yang tahu tentang agama, tetapi berlagak macam tahu.


Begitulah.... tetapi yang pasti sekarang, puak-puak ini seperti kaum Nabi Salleh a.s yang sedang berlari-lari dan berteriak-teriak ke sana ke mari apabila melihat langit sudah bertukar menjadi merah dan mereka tetap menyalahkan Nabi Salleh a.s serta unta yang keluar dari celah batu tanpa mereka menyalahkan perbuatan mereka membunuh unta tersebut yang menyebabkan bala diturunkan Allah Taala!!!



SURAT ARAB SAUDI TENTANG DERMA POLITIK KEPADA NAJIB, PALSU DAN DIKARANG PMO?



Telah beredar sekarang ini sepucuk surat dari Arab Saudi tentang pemberian wang derma politik kepada Najib Abdul Razak serta tujuan wang derma tersebut serta keizinan kepada Najib Abdul Razak menggunakan wang tersebut secara bebas demi kebaikan dan kemaslahatan umat Islam.

Sekaligus mengingatkan kita kembali kepada sepucuk surat juga dari Arab Saudi kepada Tun Dr. Mahathir tentang penyaluran derma kepada Bosnia dan Kosovo yang rakyatnya sedang diancam keganasan Serbia. Malaysia dan Perdana Menterinya pada waktu itu hanyalah TUKANG ANGKAT BEG walaupun ada yang cukup bangga Mahathir dapat nama.

Arab Saudi dan Dunia Arab seperti yang dimaklumi amat takut dengan Amerika Syarikat. Pada peringkat awal, Amerika Syarikat dan NATI membiarkan Serb membunuh dan menghapuskan unat Islam di negara Balkan tersebut.

Ketika fakta diberitahu bahawa RM2.6 bilion yang dikatakan dicuri dari 1MDB untuk dimasukkan ke akaun peribadi Najib, puak-puak Pro-Tun dan DAP serta PKR mencebik bibir sambil berkata merek hendak tengok bukti. Cerita itu dijaja.

Nah sekarang dah ada bukti. Sepucuk surat yang diperolehi dan disiarkan oleh Australia Broadcasting Corporation (ABC) untuk siaran terkenal mereka Four Corners yang seorang wartawan dan jurukameranya bersikap biadap di Kuching tidak lama dahulu.

Apa pula alasan kali ini. Adakah surat tersebut palsu? Adakah PMO yang mengarang surat berkenaan dan kemudian cybertrooper diarahkan menyiarkannya demi mengalihkan perhatian sepertimana surat 'Your Honorable Minta Bantuan Israel' berfungsi melarikan isu Mahathir bayar konsultan berjuta ringgit untuk bertemu George Bush?

Jom kita saksikan drama seterusnya...


Tuesday, March 29, 2016

MAKIN LAMA MAKIN TERUK MAHATHIR BERCAKAP DENGAN BAYANG-BAYANGNYA DALAM CERMIN BESAR!!!



Menghadiri ceramah 'SELAMATKAN MALAYSIA' dengan Rafizi Ramli dan Tun Mahathir sebagai 'PENCERAMAH STAR' malam tadi di Padang MPAJ, seolah-olah mengembalikan nostalgia tahun 1998-2000.

Bukan kerana hadirinnya. Bukan juga kerana semangat reformasinya. Jauh sekali kerana mahu menjatuhkan Najib Abdul Razak atau kebencian melampau terhadap pentadbiran Najib walaupun ada tidak puas hati sana sini, terutama sekali yang membabitkan SALAHGUNA kuasa yang diperkatakan oleh Mahathir.

Mahathir dengan penuh bangga mendabik dada - sesuatu yang dia tidak pernah lakukan sebelum berbaik dengan Lim Kit Siang - kononnya, pada zamannya tidak ada sebarang masalah, dia juga tidak ditentang dan diminta meletakkan jawatan, malah katanya juga, segala-galanya berjalan lancar tanpa sebarang bantuan dari luar, terutama sekali yang membabitkan Universiti Islam Antarabangsa selain tiada skandal kewangan yang besar.

Sedangkan sesiapa sahaja yang dewasa atau yang mukallaf pada tahun 1981, sudah tentu tahu skandal kewangan pada zaman Mahathir terlalu besar dan tiada satu pun dijawab oleh Mahathir walaupun ianya membabitkan syarikat-syarikat anaknya.

Dasar penswastaan negara sendiri pun dilihat sebagai dasar membesarkan perut kroni, syarikat yang hidup segan mati tidak mahu atau bersaiz kecil seperti YTL, akibat dasar penswastaan terus menjadi pemain dan pemodal utama di Malaysia sedangkan projek-projek mereka adalah projek-projek Kerajaan Malaysia. Syarikat-syarikat berkonsepkan konsesi tumbuh bagaikan cendawan dan hampir kesemua menjalankan aktiviti perniagaan utama mereka di Malaysia, berbanding membawa masuk duit dari luar, serta sangat bergantung kepada projek-projek kerajaan.

Semalam juga, Mahathir berceramah tentang 'wang curi'. Seolah-olah Mahathir terlupa bahawa 'bantuan' yang mencurah-curah masuk ke Malaysia menerusi Perang Bosnia, Perang Selatan Thailand mahupun Perang Selatan Mindanao kekal sebagai rahsia yang tidak boleh diperkatakan. Begitu juga dengan pembangunan negara yang memerlukan pinjaman dari luar, termasuklah bagaimana Malaysia memperolehi kepentingan dalam lembaga pelabuhan Arab Saudi, selain yang paling banyak diperkatakan adalah pembayaran untuk bertemu dan bersemuka dengan George Bush.

Wang derma politik masuk ke akaun Presiden UMNO, bukan cerita zaman Najib sahaja. Dari zaman Mahathir lagi, sudah terlalu banyak cerita tentang hal itu diperkatakan. Kecuali Mahathir terselamat kerana pada waktu itu, tiada Facebook, Sarawak Report, Wall Street Journal atau penyibuk seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli yang cuba melindungi wang derma politik untuk parti mereka dengan mengorek rahsia derma politik untuk UMNO.

Zaman Perang Bosnia, beberapa laporan oleh media barat tentang pengepaman berbilion-bilion wang dari Arab Saudi kepada Malaysia (baca: Mahathir) telah dilaporkan secara intensif. Wang itulah yang digunakan oleh Malaysia untuk membantu Bosnia berperang dan mempertahankan diri daripada ancaman pengganas Serb. Begitu juga dengan Yasser Arafat, bahkan Nelson Mandela untuk Palestin dan Afrika Selatan.

Semua itu kekal menjadi rahsia yang kurang diperkatakan, dan kurang dikenangkan kerana ianya membabitkan kerahsiaan UMNO dan Kerajaan Malaysia di bawah Mahathir.

Tetapi pada zaman Najib, segala-galanya berbeza. Segala-galanya perlu didedahkan. Untuk siapa dan mengapa?

Nak menunjukkan diri lebih bersih dan lebih hebat?

Mahathir memang hebat sebagai pemimpin negara. Itu tidak boleh ditolak dan dinafikan. Tetapi Mahathir juga tidak lebih bersih daripada dakwaannya. Hakikat itu tidak perlulah dilencongkan dan diputarbelitkan.

Yang pasti, setiap kali Mahathir bersuara memperkatakan tentang keburukan Najib, setiap kali itulah juga kita seperti melihat Mahathir sedang berdiri di hadapan cermin besar, bercakap dan mengutuk dirinya sendiri!


AKHIRNYA PHANG LI KOON MEMBOCORKAN RAHSIA DAN SKANDAL LIM GUAN ENG!!!



Miss P atau nama sebenarnya Phang Li Koon pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Lim Guan Eng telah membuka rahsia yang selama ini cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
‘Kemunculan’ Miss P melalui akuan bersumpahnya yang dibacakan oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh (ADUN DAP Sungai Puyu) menyebabkan orang ramai mula tertanya-tanya siapa Miss P, apa kaitan dengan Phee dan apa kisah sebenar di sebalik insiden tersebut.
Kisah banglo di Jalan Pinhorn, Miss P seumpama satu ketulan ais (tip of the iceberg) yang membongkar satu gambaran besar pentadbiran Setiausaha Agung DAP, Guan Eng di Pulau Pinang.
Ia juga turut membongkarkan kroni-kroni Guan Eng dan aktiviti-aktiviti bawah tanah yang cuba disembunyikan selama ini.
Akarnya di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), di mana Tan Sri Dato’ Seri Tan Kok Ping berkuasa sebagai Presiden selama 12 tahun dan menyerahkan Datuk Seri Choot Ewe Seng pada tahun 2012, namun beliau (Kok Ping) dan Dato’ Loh Geok Beng dilantik sebagai Penasihat Eksekutif badan tersebut.
Miss P, pemilik banglo yang dibeli Guan Eng juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa PCCC itu.

Pada tahun lepas, isteri Guan Eng sendiri, Betty Chew dilantik PCCC sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah badan itu, namun apabila berita itu menjadi kontoversi, Betty Chew menarik diri daripada mengangotai organisasi tersebut.

Rangkaian kroni Guan Eng
Satu-satunya isu yang paling menonjol di sebalik skandal banglo Jalan Pinhorn milik Miss P itu adalah rangkaiAn kroni Guan Eng.

Ia bermula dari Tan Kok Ping, Penasihat Eksekutif PCCC sendiri.
Stop The Lies mendedahkan Tan Kok Ping merupakan orang kanan kepada taikun judi Sports Toto, Vincent Tan Di Pulau Pinang.
Tan Kok Ping juga tidak asing dengan kontroversi kerana beliau juga adalah ketua kumpulan kongsi gelap bawah tanah kumpulan “Pheh” (kumpulan merah) di Pulau Pinang.
“Kok Ping juga dikaitkan dengan beberapa kejadian yang dipertikaikan terutamanya yang pada tahun 2002 ketika beliau menjadi pengerusi eksekutif Magnum Corp Berhad 9syarikat judi) di mana beliau telah disoal siasat selama tiga jam oleh pihak polis di Bukit Aman berkaitan dengan surat palsu yang didakwa digunakan untuk mencapai kedudukannya dalam syarikat itu.
“Kenyataan beliau direkodkan oleh pasukan B yang diketuai oleh A. Thaiveegan daripada Jabatan Jenayah Komersial Polis Persekutuan.
“Apabila New Straits Times melaporkan berita itu, beliau telah menyaman akhbar itu tetapi beliau telah kalah saman itu apabila beliau gagal membuktikan kesnya terhadap NST,” lapor Stop The Lies.
Hubungan baik Kok Ping dengan Guan Eng amat rapat apabila beliau mewakili syarikat Berjaya Land (milik Vincent Tan) diluluskan membeli 57.3 ekar tanah dengan harga RM459 juta walaupun harga pasaran tanah sebenar untuk Penang Turf Club (Padang Lumba Kuda Penang) di Gergetown itu bernilai RM1.5 billion.
Mereka berdua (Guan Eng-Kok Ping) digambarkan sangat rapat, sering kali bercakap melalui telefon dan boleh berjumpa dengan Ketua Menteri bila-bila masa tanpa temujanji.... TERUSKAN BACAAN DI MINDA AIDC 
PENDEDAHAN YANG AMAT MENGEJUTKAN!!!

WARGANEGARA CHINA PALING BANYAK DAPAT KEWARGANEGARAAN MALAYSIA BERBANDING INDONESIA!!! SENYUM LEBAR GUAN ENG-DAP!!!



Warganegara China paling banyak menerima Sijil Warganegara sejak negara merdeka sehingga 31 Januari lepas, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Perkara itu didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) mengenai jumlah warga asing yang diberi status kerakyatan Malaysia sejak negara merdeka mengikut negara asal serta bilangan mereka yang telah ditarik balik kerakyatan.


Dalam jawapan, beliau mendedahkan jumlah keseluruhan Sijil Warganegara yang dikeluarkan kepada warga asing sejak negara merdeka hingga 31 Januari lepas ialah 688,766.

“Rakyat tiga negara asal yang merekodkan jumlah penerima Sijil Warganegara tertinggi adalah China (69,904), Indonesia (38,024) dan India (19,301),” petik kata KDN memberi pecahan.

Menurut kementerian itu, jumlah warganegara Malaysia yang dilucutkan kerakyatan mereka bagi tempoh sama adalah 10,828 orang. - FMT


SIAPA BERANI SANGKAL, MAHATHIR GAGAL TARIK PENONTON KE CERAMAH 'SELAMATKAN MALAYSIA'? RAMAI BETUL BUNIAN YANG HADIR!!!




Malam tadi, berlangsunglah siri kempen Deklarasi Mahathir-Kit Siang menggulingkan Najib dengan tajuk 'Selamatkan Malaysia' yang dirancang diadakan di seluruh negara dengan lokasi pertama terpilih selepas Kongres Rakyat 1200 Orang di SACC, Shah Alam, adalah Padang MPAJ, Pandan Indah.

Kalau dengar cerita 'bom' puak penyokong Mahathir-Kit Siang, lautan manusia memenuhi Padang MPAJ yang menjadi kegemaran Rafizi Ramli  mengumpulkan orang untuk mendengar temberangnya. Gambar-gambar yang mereka siarkan pun, lautan manusia kelihatannya.


Zaman gambar dirakamkan menggunakan dron, menyanggah 'bom temberang' para penyokong Mahathir-Kit Siang. Anggaran jumlah kehadiran tidak melebihi 1500 orang, bukannya berjuta sebagaimana didakwa. Dan bagi penduduk tempatan, semuanya maklum bahawa mana-mana padang di Pandan Indah, pada sebelah malamnya memang ramai orang melepak. Dan orang ramai tersebut adalah PENDATANG ASING dan PEKERJA ASING yang menjadikan Pandan Indah sebagai syurga berhabitat mereka.

Pandan Indah merupakan tempat paling selamat buat pendatang asing kerana operasi Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran, langsung tidak ada. Dari kaum negro berbibir tebal sehinggalah ke rakyat Indonesia yang masuk hari ini, tetapi apabila ditanya, akan mengakui mereka orang Sabah atau Sarawak, Pandan Indah yang merupakan salah satu wilayah dalam Daerah Ampang-Hulu Langat, merupakan sarang terbesar pendatang dan pekerja asing, baik halal mahupun haram. Dan mereka ini  menguasai perniagaan-perniagaan kecil, terutama sekali kedai-kedai runcit dan penjaja-penjaja di kawasan rumah-rumah pangsa seperti yang terdapat di Pandan Mewah.


Agak malang bagi Rafizi Ramli kerana ketika dia berceramah, manusia yang hadir, lebih banyak terpinga-pinga berbanding mendengar apa yang diceramahkannya. Jumlah yang hadir pula, tidak sampai 200 orang. Jumlah tersebut hanya meningkat dengan kehadiran Tun Mahathir yang meneruskan siri pembohongannya dalam isu 1MDB serta kekayaan anak-anak lelakinya.

Sepanjang ceramahnya, Tun Mahathir barangkali terpengaruh dengan cuaca dan waktu kerana dia lebih banyak bercakap dan mengutuk dirinya sendiri tetapi menamakan Najib sebagai orang yang bertanggungjawab. Dengan kata-kata lain, Mahathir terkeliru Najib sebagai dirinya sendiri kerana semua yang disebut, dibongkar dan dikecamnya malam tadi, adalah semua yang dilakukannya sepanjang dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Majlis sepatutnya bermula jam 8:30 malam, tetapi terpaksa ditunda ke pukul 9:30 malam kerana tidak ada orang.


Zaman Reformasi, berpuluh-puluh ribu orang mendengar ceramah, berdemonstrasi malahan mengganas di jalanraya, Mahathir tetap para pemimpin UMNO kekalkan sebagai Perdana Menteri walaupun PETRONAS terpaksa mengorbankan berbilion ringgit untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni termasuklah syarikat anak lelakinya sendiri.

Zaman Rafizi Ramli, setakat beberapa kerat manusia mendengar ceramah dan terbukti pula, ceramahnya adalah fitnah, untuk syok sendiri mungkin bolehlah untuk mencapai maksud!

Apa pun, kesian sama Mahathir kerana dipergunakan sehinggakan tengah malam pun diheret untuk memberikan ceramah... jangan sampai nanti terlentang atas pentas sebab sakit jantung sudah la...


Monday, March 28, 2016

1MDB MINTA PIHAK BERKUASA DAN PARLIMEN SIASAT RAFIZI RAMLI BERHUBUNG DOKUMEN OSA YANG DIDEDAHKAN!!!



1Malaysia Development Berhad (1MDB) meminta pihak berkuasa dan Parlimen supaya menyiasat Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang didakwa berkongsi dokumen yang dirahsikan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.

“Rafizi tidak boleh mengaku dirinya tukang adu (whistleblower) atau bertindak demi kepentungan awam, kerana Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) iaitu sebuah badan sah yang dianggotai lima wakil rakyat Pembangkang, mempunyai akses dan sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

Rafizi hari ini mendedahkan dokumen daripada Laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB yang dirahsiakan dibawah OSA. Dokumen itu dikatakan menunjukkan kaitan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“1MDB faham bahawa LTAT, dalam masa terdekat, akan memberi penjelasan yang akan memaparkan kepalsuan dakwaan adanya kaitan antara kontrak 1MDB dengan Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), dengan pembayaran LTAT kepada anggota angkatan tentera.

“Kaitan yang dikatakan itu adalah satu penipuan yang sengaja direka Rafizi, yang tanpa malu cuba menyampaikannya sebagai fakta,” menurut kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, 1MDB mengesahkan bahawa ia mengalami ketakserasian aliran tunai pada 2015 dan syarikat itu menegaskan pengesahan sebelum itu pada 21 Mac lalu bahawa semua pembayaran kepada PPHM dibawah kontrak antara mereka adalah semasa dan tiada jumlah tertunggak.

“Oleh itu, 1MDB menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia menjadi punca sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera.

“Seandainya Rafizi menganggap apa yang sedang dilakukannya itu tindakan yang betul, maka beliau bukan sahaja menunjukkan ketidakpedulian pada undang-undang tetapi juga menghina siasatan PAC, sebuah jawatankuasa Parlimen yang merentas parti.

“Sekiranya didapati ada salahlaku, kami percaya tindakan akan diambil mengikut undang-undang,” menurut kenyataan itu. - FMT


GUAN ENG TUDUH KERAJAAN BN PULAU PINANG DULU YANGVTUKAR STATUS TANAH TAMAN MANGGIS!!!



Guan Eng makin kebingungan. Dia dah mula main temberang macam tok neneknya dulu minta nak tumpang tanah tapi kemudian mengaku sebagai pemilik tanah setelah pemilik asal lari keluar kerana faktor babi atau kubur.

Status Taman Manggis yang sepatutnya untuk projek PPR II katanya telah diubah pada tahun 2005 ketika Pulau Pinang berada di bawah pentadbiran BN.


Guan Eng membuat dakwaan itu di dalam Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan Usul Pembekalan Tambahan.

"Kerajaan BN yang ubah syarat tanah dari oelan asal untuk tujuan komersial. Ia adalah kesalahan BN tetapi kerajaan negeri sekarang yang terpaksa menanggungnya," kata Guan Eng.


Kerana itu, Guan Eng mencabar Kerajaan Pusat untuk menafikannya. Menariknya kalau benar Kerajaan Barisan Nasional terdahulu sudah ubah syarat mengapa pula Guan Eng sangat baik tidak menyebutnya sebaliknya berkata pembinaan rumah untuk golongan miskin itu terpaksa dihentikan kerana saiz tanah yang tak cukup besar.

Tanah di Taman Manggis dijual kepada syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) pada 2010, dengan harga RM11.5 juta untuk dibina hospital swasta.

Tidak lama kemudian syarikat itu berjaya mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk menukar status tanah Taman Manggis bagi pembinaan hotel dan pangsapuri mewah.

Bukti berdokumen menunjukkan pertukaran status tersebut beelaku pada zaman pemerintahan DAP bukan BN.


Paling menakjubkan apabila dia tetap bertegas dia tidak pernah tahu bahawa tanah tersebut telah dirancang untuk membangunkan rumah mampu milik.

Satu pembohongan yang terang dan nyata!

Nampaknya Guan Eng terus kalut dan tidak segan-segan lagi menipu dengan harapan dia tidak akan dipersalahkan. Masalahnya penipuannya itu puka sangat-sangat bertentangan dengan bukti-bukti yang dipaparkan.

DAP SALAHKAN SURATKHABAR BERBAHASA INGGERIS SIARKAN CERITA BANGLO DAN HARTANAH DI JALAN PINHORN!!!



Selepas alasan-alasan bodoh yang diberikan oleh para pemimpin DAP termasuklah oleh Lim Guan Eng sendiri ditertawakan dan diejek, kini alasan terbaru menyalahkan media yang selama ini banyak berpihak kepada mereka kerana menyiarkan berita tentang banglo dan hartanah tersebut.

Berkata Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang, penyiaran berita demi berita tentang Lim Guan Eng, banglo dan tanah Taman Manggis yang sepatutnya dibina untuk orang miskin telah memberikan impak dan publisiti negatif kepada Lim Guan Eng

Liew Chin Tong menyalahkan akhbar The Star yang saban hari menyiarkan, mengulas bahkan menerangkan kepada para pembaca mereka bagaimana isu banglo dan hartanah itu boleh menimbulkan kekecohan.

Secara jelas Liew Chin Tong cuba mempertahankan jawapan u-turn Guan Eng dengan mengatakan pada 21 Mac akhbar tersebut secara sengaja telah memutarbelitkan kenyataan Guan Eng sedanglan Guan Eng tahu nilai hartanah berkenaan.


Guan Eng ketika membuka rumahnya untuk dilawati oleh wartawan mengaku tidak tahu nilai hartanah tersebut. Apabila bukti-bukti jelas dipaparkan menyanggah kata-kata Guan Eng yang dia tidak tahu nilai sedangkan dia telah membayar duti setem sebanyak RM122,000 untuk penilaian hartanah tersebut pada harga RM4.7 juta oleh Jabatan Penilaian, Ahli Parlimen Tanjong tampil membela dengan ayatnya yang megah, Guan Eng hanyalah Ketua Menteri bukan penilai!

Selepas terkantoi, semua orang bahkan semua benda hendak disalahkan... nampak sangat takut!!!

RAHMAN DAHLAN INGATKAN GUAN ENG, JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT... TAK CUKUP LUAS UNTUK PPRT TAPI CUKUP LUAS UNTUK PROJEK MEWAH?



Mengapa tanah yang dianggap terlalu kecil untuk didirikan sebuah projek rumah kos rendah 17 tingkat diatasnya, cukup pula luasnya untuk sebuah hospital 30 tingkat dan sebuah hotel?

Menciap di Twitter semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan melahirkan rasa bingung dengan cara pemikiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengatakan tanah kerajaan itu dijual kepada syarikat swasta kerana ia tidak cukup luas untuk projek perumahan rakyat.

Walaubagaimanapun, keluasan tanah PPR Fasa 1 dan Fasa 2 itu sekiranya dijumlah adalah 4.92 ekar, lebih besar daripada saiz minimum dua ekar untuk pembinaan projek rumah kos rendah.

“Mengapa LGE merasakan keluasannya terlalu kecil?

“DAP tegas mengatakan 1.1 ekar tanah itu terlalu kecil untuk PPR tetapi sebenarnya ini adalah Fasa 2, iaitu sambungan kepada projek asal. Bukan projek baharu.”


Rahman berkata DAP berlaku tidak jujur sekiranya menafikan hakikat ini, lebih-lebih lagi apabila Guan Eng “menyedari” tanah Taman Manggis itu dimaksudkan untuk perumahan kos rendah.

Terletak di simpang Jalan Burma dan Jalan Zainal Abidin di George Town, plot kontroversi itu dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd melalui tender terbuka pada 2011.

Sebelum ini, ketika mempertahankan penjualan tanah itu, Guan Eng berkata kerajaan negeri berpendapat keluasan tanah itu terlalu kecil untuk projek PPR, yang kemudiannya dipindahkan ke tanah 11 ekar di Jalan SP Chelliah.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dipercayai telah memberi kebenaran merancang kepada KLIDC untuk membina sebuah hotel dan hospital swasta 30 tingkat diatas tanah itu.- FMT


SHAFIE APDAL BUAT HAL... MACAM NAK U-TURN PULAK... DUA KALI MAJLIS DEKLARASI RAKYAT TIDAK DIHADIRINYA!!!!



Sehingga sekarang, Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal belum lagi menandatangani Deklarasi Rakyat Mahathir-Kit Siang. Dia juga bukanlah antara 45 orang yang hadir ketika majlis Deklarasi tersebut dilancarkan beberapa minggu lalu. 

Semalam, dalam Kongres Rakyat 1200 orang di SACC Shah Alam pun, Shafie Apdal tetap tidak memunculkan diri walaupun dia seringkali dikaitkan dengan gerakan menjatuhkan Najib Abdul Razak. 

"Saya mahu bersama-sama ahli keluarga saya di dalam UMNO," katanya. 

Kenyataan yang sebenarnya mempunyai pelbagai makna dan tafsiran terutama dengan tindak-tanduknya biarpun pada masa yang sama, Shafie menyatakan, dia ada bersama-sama dengan ahli-ahli parti yang tidak dapat ke SACC Shah Alam semalam. 

Sebenarnya, semalam semasa Kongres Rakyat 1200 orang berlangsung di Shah Alam, Shafie berada di Dengkil untuk sesi dialog dengan beberapa orang pemimpin Cawangan UMNO. 

Menurutnya, dia telah memberitahu Mahathir yang dia tidak akan hadir dalam Kongres itu, sebaliknya akan bercakap tentang isu-isu semasa kepada ahli-ahli UMNO yang tidak dapat mengambil bahagian dalam Kongres Rakyat 1200 orang.

Mahathir merupakan antara yang berucap untuk 'SELAMATKAN MALAYSIA' bersama-sama 19 orang penceramah yang lain dalam kongres semalam. Mereka yang lain termasuklah Lim Kit siang, Azmin Ali, Muhyiddin Yassin, Teresa Kok, Abdullah Sani dan Fahmi Zainol yang terus mengalunkan cerita dongeng kononnya kajian mendapati 80% pelajar-pelajar universiti kebuluran dan kurus kering tak makan!

Pastinya, kenyataan Shafie Apdal yang menjelaskan mengapa dia tidak dapat hadir semalam, perlu diberikan pehatian sewajarnya. Permainan politik yang adakalanya membuatkan kita kelabu mata. 

Menurut Shafie, seseorang perlu menerangkan tentang deklarasi tersebut kepada akar umbi sepertimana yang dilakukannya semalam. 

"Kekuatan Najib bukan pada Lim Kit siang atau Azmin Ali. Kekuatan Najib adalah pada Ketua-Ketua Bahagian UMNO," katanya. 

Sekaligus cukup untuk menyatakan bahawa Deklarasi Rakyat 1200 orang dan usaha Mahathir adalah satu temberang semata-mata, demi menutup sesuatu yang lebih besar berbanding menggulingkan Najib yang dijadikan terasnya. 

Masalahnya, apa benda yang sedang disembunyikan itu dengan cerita nak gulingkan Najib?


PENYAKIT NYANYUK MAHATHIR SEMAKIN TERUK... HANYA SI BODOH SAHAJA YANG PERCAYA, TIDAK ADA DEMONSTRASI BESAR DESAK DIA LETAK JAWATAN MASA DIA JADI PM DULU!!!




Budak-budak yang lahir penghujung 80-an atau awal 90-an yang sekarang ini teruja dengan perjuangan Mahathir untuk menjatuhkan Najib, mungkin akan mudah percaya dengan temberang orang tua itu. 

Mahathir kata, sepanjang dia menjadi Perdana Menteri, tidak pernah ada demonstrasi besar yang mendesak dia meletak jawatan.

Rasa simpati membuak-buak untuk bekas Perdana Menteri Malaysia ini. Terlalu ramai yang memberikan puji-puja membuatkan Mahathir terlupa realiti sebenar. Membuatkan Mahathir terlupa bahawa kalau tidak kerana PERJANJIAN GELAP DENGAN SUQUI dan DONG ZHONG pada tahun 1999, Mahathir besar kemungkinan hilang kerajaan di Putrajaya apabila UMNO kehilangan banyak kerusi Parlimen yang ditandingi kepada PAS dan PKR.



Mahathir mengaku dia menjadi diktator selama 22 tahun tetapi katanya, tiada sesiapa yang menganjurkan demonstrasi mendesak dia meletakkan jawatan berbanding pada zaman Najib Abdul Razak.

Satu pembohongan yang nyata kerana budaya demonstrasi jalanan yang sedang menular sekarang, adalah bermula dari zaman pentadbirannya. Jumlah demonstrasi jalanan mendesak Mahathir meletak jawatan, jauh lebih banyak, jauh lebih besar saiz dan pembabitan orang ramai berbanding zaman Najib.

Makin teruk dah nyanyuk orang tua nih!

Semuanya salah orang yang ada di sekeliling Mahathir, yang menggalakkan Mahathir untuk terus nyanyuk dan lupa, yang menipu dan mengatakan kepada Mahathir, rakyat akan menyokongnya walau apa pun yang dilakukannya.



TERESA KOK PERBETULKAN KENYATAAN FENGSHUINYA... SALAHKAN DEMONSTRASI DEPAN BANGLO SEBAGAI PUNCA FENGSHUI TAK BAGUS DAN PHANG LI KOON JUAL MURAH KEPADA GUAN ENG!!!



Malu barangkali kerana alasan Fengshui yang diberikannya dalam usaha untuk membela Guan Eng dan skandal hartanahnya di No.25, Jalan Pinhorn, Georgetown menjadi bahan ketawa, Teresa Kok cuba mengubah fakta tetapi masih lagi bersandar kepada Fengshui juga.

Kata Teresa Kok, banyak demonstrasi dan protes yang dibuat di luar banglo di Jalan Pinhorn itu merupakan antara sebab mengapa bekas pemilik banglo tersebut menjualnya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Teresa Kok berkata lagi, Phang Li Koon rela melepaskan hartanah itu pada harga murah kerana terdapat protes termasuklah tunjuk perasaan menggunakan keranda yang diadakan semenjak Lim Guan Eng berpindah ke situ.

Itu yang dikatakan oleh Teresa Kok dalam ceramahnya dalam Kongres Rakyat 1200 orang di SACC semalam. 


Semua tunjuk perasaan tersebut tidak menggembirakan Phang Li Koon dan menurut Teresa Kok, itulah yang menjadi punca atau sebab utama, Phang Li Koon menjual banglo tersebut kepada Lim Guan Eng dengan harga murah.

Namun Teresa Kok terlupa pula nak sebut tentang kaitan antara Lim Guan Eng-Phang Li Koon-Tang Yong Chew, tanah Taman Manggis Fasa II yang sepatutnya terbina rumah untuk orang miskin dan urusniaga yang serba menakjubkan membabitkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan KLIDC serta Phang Li Koon, bekas pemilik banglo dan hartanah di No.25, Jalan Pinhorn yang dikatakan Teresa, fengshui tak bagus itu.


 
Blogger Templates