Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label saifuddin nasution. Show all posts
Showing posts with label saifuddin nasution. Show all posts

Friday, April 28, 2017

SAIFUDDIN NASUTION HALAU PAS DARI SELANGOR!!!



Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR yang juga merupakan Pegawai Strategik Lim Guan Eng, Saifuddin Nasution, gesaan telah dibuat oleh Saifuddin kepada PAS agar segera menarik diri daripada Kerajaan Pakatan Selangor. 

Reaksi tersebut diberikan ekoran keputusan Dewan Ulama PAS yang sebulat suara meluluskan usul untuk menghentikan semua bentuk perhubungan dengan parti-parti dari Pakatan Harapan, khusunya PKR dalam Muktamar tahunannya di Alor Star, Kedah, semalam. 

Kata Saifuddin, sekiranya PAS mahu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, adalah lebih terhormat dan lebih baik sekiranya ahli-ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Negeri Selangor meletak jawatan.

Menurutnya lagi, sangat tidak logik, bahkan tidak adil sekiranya ahli-ahli PAS terus memegang jawatan-jawatan Kerajaan di Selangor, terutama apabila mereka sudah pun menamatkan hubungan dengan komponen-komponen Pakatan Harapan lain, DAP dan parti serpihannya, PAN.

"Tidak logik selepas mereka memutuskan hubungan dengan PAN dan DAP, dan sekarang mahu menamatkan hubungan dengan PKR, tetapi masih mahu bekerjasama sebagai kerajaan di Selangor," kata Saifuddin dalam kenyataannya yang turut beredar dan tular di WhatsApp.

Kerajaan Negeri Selangor kini diterajui oleh Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR dan mengetuai 'kabinet negeri' yang terdiri daripada perwakilan dari PKR, DAP dan PAS walaupun pada masa yang sama, PAS enggan mengadakan sebarang hubungan dengan DAP di luar Selangor. 

Saifuddin turut berkata, dia sudah menjangkakan delegasi PAS daripada sayap-sayap yang lain akan mengikut jejak golongan ulama dan mengusulkan untuk menyingkirkan PKR dalam muktamar yang sedang berlakong. Pun begitu, menurutnya, keputusan sepenuhnya hanya boleh dibuat oleh Majlis Syura yang merupakan badan tertinggi dan pembuat keputusan PAS. 

Usul yang serupa dibentangkan pada muktamar PAS tahun lepas, tetapi Majlis Syura menunda keputusannya ekoran situasi di Selangor di mana PAS merupakan sebahagian daripada pasukan pentadbiran negeri bersama-sama PKR dan DAP. 

Majlis Syura PAS dijadualkan bermesyuarat bermula esok. 

Monday, April 27, 2015

MAAFLAH AHLI-AHLI DAN PENYOKONG PAS PERMATANG PAUH... ANDA ADALAH SI BODOH YANG TIDAK BERHARGA DI MATA PKR!!!



Saifuddin Nasution mengeluarkan satu kenyataan yang menggambarkan realiti tanggapan PKR kepada PAS Permatang Pauh.

Menurut Saifuddin Nasution, Pemuda PAS Permatang Pauh mahupun PAS Kawasan Permatang Pauh jangan banyak songeh kerana mereka tidak bernilai dan berharga langsung di mata PKR. Kata Saifuddin Nasution lagi, apa ada pada PAS Permatang Pauh kerana mereka hanyalah PAS Kawasan dan Cawangan yang tidak berkuasa. PKR katanya, telah pun berunding dan mendapat persetujuan kerjasama daripada para pemimpin PAS Pusat, berbanding sikap boikot PAS Permatang Pauh.

Dalam satu perkembangan lain, Timbalan Presiden PAS yang merupakan ANJING PALING SETIA LIM GUAN ENG dalam PAS menyatakan, perkara 'hudud' yang menjadi punca kepada permasalahan antara PAS dengan PKR-DAP, telah pun 'selesai'. Masalah dan perbezaan pendapat itu, menurutnya tidak akan selesai sampai bila-bila.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata kedua-dua belah pihak 'BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU' selepas mesyuarat antara PAS dengan Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Wan Azizah dan Azmin Ali.

"Selepas menengar semua penjelasan daripada Azmin dan Wan Azizah dalam keadaan tenang dan harmoni, kami telah mencapai persetujuan iaitu 'BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU' membabitkan isu tersebut (hudud)," kata Omar. "Kami 'BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU' sebagai pemimpin PKR beragama Islam, mereka tidak boleh menolak hudud."

Ahli-ahli akar umbi PAS Permatang Pauh sebelum itu telah mengancam akan menarik balik sokongan sepanjang kempen kecuali PKR memohon maaf kerana menentang rancangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk melaksanakan hukuman hudud di Kelantan yang berkerajaan negerikan PAS.

Kenyataan terbaru yang dibuat oleh Saifuddin Nasution jelas membawa maksud, ahli-ahli dan para penyokong PAS Permatang Pauh tidak diperlukan dalam PRK Permatang Pauh kerana PAS Pusat menurutnya telah bersetuju dengan keputusan PKR. Apatah lagi, Timbalan Presiden PAS yang sedang ketinggalan jauh di belakang Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pencalonan untuk jawatan tersebut dalam pemilihan terbaru, turut menyebelahi mereka!!! (RUJUK SINI)

Rendah benar taraf dan status ahli-ahli serta para penyokong PAS Permatang Pauh!!!


Thursday, November 20, 2014

SAIFUDDIN NASUTION GELAK-GELAKKAN SAHAJA NIK ABDUH YANG DIANGGAPNYA KERAS DI LUAR, LEMBIK DI DALAM!!


Apa masalah Saifuddin Nasution dengan Nik Abduh, anak lelaki Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan Mursyidul Am PAS sehinggakan dia mengambil kesempatan untuk membalun Nik Abduh secara terbuka dengan merendah-rendahkan intelektual dan integriti Ahli Parlimen Pasir Mas itu. 

Soalan Nik Abduh di Parlimen pada 19 November yang dianggap sebagai remeh oleh Saifuddin Nasution sebenarnya berkait dengan mutu permainan bolasepak negara di mana negara banyak mengeluarkan peruntukan untuk pembangunan mutu bolasepak negara. 


Namun Saifuddin Nasution nampaknya tidak senang dengan pertanyaan-pertanyaan itu. Baginya, Nik Abdul perlu mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Rafizi Ramli, seperti Tony Pua atau setidak-tidaknya seperti Tian Chua. 

PKR sekarang sedang bersama-sama DAP untuk menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan balas kaum pro-ulama dalam PAS telah menyebabkan perancangan Anwar Ibrahim menerusi Parasit-Parasit dan PASMA, terbantut. 

Serangan kepada PAS dihalakan terus kepada Abdul Hadi Awang, Presiden PAS selain golongan yang kuat menyokongnya seperti Nik Abduh dan golongan yang enggan menerima ketuanan PKR dan DAP. 



 
Blogger Templates