Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 30, 2019

SIAPA SEBENARNYA PEGAWAI DI MAJLIS BANDARAYA ALOR STAR YANG BENARKAN KEWUJUDAN SPORT TOTO DI POKOK SENA?



Ramai yang menyalahkan pihak berkuasa kerana kewujudan premis Sport Toto di Taman Angsana, Pokok Sena. Ramai juga yang menyalahkan Mahfuz Omar dan Lim Guan Eng atas kewujudan premis judi tersebut.

Betullah Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena. Betullah juga Lim Guan Eng Menteri Kewangan yang judi merupakan salah satu daripada bidang kawalan tugasnya. Namun menyalahkan kedua-duanya dalam kes premis Sport Toto di Pokok Sena, macam tak kena langsung.



Baik salahkan Mahathir terus sebab Vincent Tan, pemilik Sport Toto itu adalah kroni utamanya!

Seperti yang dikatakan oleh Mahfuz Omar, ia adalah suatu yang amat malang apabila premis berkenaan dibenarkan wujud di Taman Angsana, Pokok Sena memandangkan kawasan tersebut adalah bermajoritikan umat Islam dan orang Melayu.


Berdasarkan maklumat yang diterima, lesen premis berkenaan sudah wujud di Jalan Pegawai, Alor Star. Memandangkan premis di Jalan Pegawai telah ditutup, syarikat perjudian tersebut berpindah ke Pokok Sena berdasarkan perkembangan dan pembangunan yang wujud di Pokok Sena.

Permohonan Stimulus Dollars Sdn. Bhd untuk memindahkan premis agensi nombor ramalan Sports Toto dari alamat No.9, Susuran Sultan Abdul Halim, Jalan Pegawai Alor Star ke lokasi baru di alamat No.212, Ground Floor, Taman Angsana Poko Sena adalah di atas sebab pembatalan perjanjian sewa premis yang sedia ada.

Walaupun kewujudan premis berkenaan perlu mendapat pandangan daripada PDRM terutama IPD Kota Star, namun kuasa sebenar untuk izin wujud terletak di tangan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Sudah pasti syarikat perjudian tersebut berhubung dengan MBAS sebelum memindahkan premis operasi mereka ke Pokok Sena. Sudah pasti jugalah keizinan diperolehi daripada MBAS untuk berpindah terlebih dahulu sebelum papan pemidang dinaikkan walaupun PDRM tidak memberikan kebenaran berdasarkan isu-isu setempat.

Polis Kota Star merupakan antara IPD yang paling aktif membanters dan menyerbu tempat judi di Malaysia. Proses dan operasi tersebut berterusan sehingga ke hari ini.

Sebenarnya, masalah seperti ini bukannya berpunca dari PDRM atau pun IPD Kota Star, mahupun IPK Kedah. Juga bukannya berpunca daripada Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mahupun Lim Guan Eng.


Masalah ini sebenarnya berpunca dari Majlis Bandaraya Alor Star sendiri. Berdasarkan senarai Ahli Majlis MBAS 2018-2019, tiada seorang pun Ahli Majlis dilantik dari kalangan PDRM, Kesihatan mahupun Jabatan Bomba. Sedangkan ketiga-tiga unit tersebut merupakan elemen terpenting bagi kebenaran atau kelulusan sesuatu premis. Kuasa Ahli-Ahli Majlis sekarang pula nampaknya seakan-akan melampaui kuasa PDRM, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba, tetapi apabila sesuatu masalah timbul, taichi akan dibuat ke arah PDRM, Kesihatan dan Bomba sedangkan ketiga-tiganya tiada dalam hierarki kuasa Kerajaan Tempatan.

Pastinya setiap rujukan yang dibuat kepada PDRM, khususnya IPD Kota Star dalam kes ini, akan diberikan nasihat berdasarkan logistik, situasi, sensitiviti, budaya, adat, agama serta penerimaan selain faktor-faktor keselamatan oleh IPD Kota Star.

Namun seperti dalam kebanyakan kes yang lain, kebanyakan nasihat awal PDRM biasanya dilangkau dan tidak dipedulikan. Hanya apabila berlaku kekecohan seperti di hadapan premis Sport Toto Taman Angsana Pokok Sena, maka barulah kelibat PDRM dituntut.




Gambar Semalam dan di bawah pula 
Gambar Hari Ini



Daripada maklumat yang diperolehi, seramai 150 orang penduduk tempatan telah berkumpul di hadapan premis berkenaan untuk membantah kewujudannya. Panggilan untuk berhimpun dibuat pada jam 11 pagi menerusi WhatsApp dan menjelang 5;00 petang, orang ramai sudah berkumpul.

Hari ini, dengan desakan penduduk setempat di hadapan premis tersebut selain pendedahan di media sosial oleh netizen, papan tanda Sport Toto Pokok Sena telah diturunkan

Satu lagi kejayaan kepada rakyat!

Dan satu lagi pendedahan menunjukkan yang mengkhianati dan tidak sensitif dengan masyarakat sekeliling adalah PBT!

Berita yang baru diterima, Datuk Bandar telah menarik balik lesen premis judi berkenaan.

Wednesday, July 17, 2019

10 KESAN PENIPUAN LIM GUAN ENG DAN KESAN BURUK KEPADA EKONOMI NEGARA



Sandiwara YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai ‘rompakan’ dan ‘kehilangan’ Wang Bayaran Balik Cukai GST berjumlah RM19.4 bilion tidak boleh dipandang enteng! Ini bukan kali pertama beliau menipu rakyat. Bermula dengan penipuan beliau mengenai status Hutang Negara yang kononnya mencecah RM1 trilion, sudah cukup memudaratkan ekonomi negara.  Sekurang-kurangnya terdapat 10 kesan penipuan Menteri Kewangan terhadap ekonomi negara:

1) Dakwaan wang GST dirompak menjejaskan keyakinan pelabur berkenaan tadbir urus kewangan negara hingga mengakibatkan pelabur lari dan mencatatkan aliran keluar dana asing mencecah RM38 billion!

2) Pengeluaran dana asing yang berterusan keluar daripada Malaysia juga telah menjejaskan Bursa Malaysia sehingga kehilangan 200 mata atau bersamaan dengan kemerosotan nilai sehingga RM270 billion!

3) Kejatuhan teruk nilai Bursa Saham Malaysia menyebabkan Syarikat-syarikat perlaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) mencatatkan kerugian besar nilai perlaburan seperti Khazanah Nasional Berhad (rugi RM21 billion) dan Tabung Haji (rugi RM10 billion)!

4) Aliran keluar dana asing telah menyebabkan Ringgit Malaysia menyusut berbanding Dollar Amerika iaitu purata RM4.10 bagi setiap 1 dollar Amerika berbanding di RM3.80 pada awal tahun 2018 ketika BN memerintah!

5) Aliran keluar dana asing juga telah merendahkan pegangan bon-bon Kerajaan Malaysia menyebabkan Malaysia berada di dalam risiko akan diturunkan penarafan dari 2 kepada 1 World Government Bond Index oleh FTSE Russel yang berpengkalan di London. Sekiranya berlaku, Malaysia bakal menyaksikan aliran keluar lebih USD8 billion atau RM32 billion pula dari pasaran bon Malaysia!

6) Menggunakan alasan wang bayaran balik GST dirompak untuk menghalalkan Kerajaan PH menjarah hampir RM82 billion dana Petronas telah menyebabkan Moody's merendahkan rating atau penarafan Petronas dari A1 kepada A2 pada 20 Jun 2019. Lebih menyedihkan daripada RM82 bilion yang kononnya untuk melunaskan RM19.4 bilion wang GST, hanya RM1.5 bilion sahaja yang layak dibayar (sebagaimana laporan The Edge)!

7) Penjarahan dana Petronas akibat kekurangan sumber pendapatan sejak pemansuhan GST telah menyaksikan Lim Guan Eng bertanggungjawab meningkatkan Hutang Langsung Kerajaan dari RM686.8 billion pada 31 Disember 2017 kepada terbaru RM804 billion baru-baru ini!

8) Hilangnya keyakinan pelabur asing dengan pengeluaran besar-besaran dana yang menyebabkan kerugian syarikat-syarikat milik Kerajaan dan kekurangan sumber pendapatan telah menyaksikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan siri penjualan aset-aset bernilai Kerajaan seperti saham IHH Healthcare Berhad kepada Mitsui & Co dengan harga RM8.42 billion, saham M1 milik Axiata kepada Singapura dengan harga RM1.65 billion dan banyak lagi!

9) Pelupusan atau penjualan aset-aset pelaburan oleh Khazanah dan Syarikat-syarikat milik Kerajaan lain juga memberi kesan langsung terhadap pemberhentian ribuan pekerja-pekerja yang berada di bawah syarikat-syarikat ini. Terbaru, UEM Group Berhad yang dimiliki Khazanah Nasional dilaporkan akan memberhentikan lebih 200 pekerja atas alasan untuk mengurangkan kos lantaran mengalami kerugian. 33,402 orang pekerja swasta setakat ini telah dilaporkan diberhentikan kerja!

10) Lebih menyedihkan, mengikut Laporan Bank Negara sehingga Mei 2019 pengangguran terus meningkat kepada 520,000 orang. Malah bagi tahun pertama pentadbiran PH (Mei 2018 - Mei 2019), statistik Laporan Tenaga Buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan hanya 269.9 ribu pekerjaan baharu dicipta berbanding tempoh yang sama setahun sebelumnya di bawah Barisan Nasional iaitu sejumlah 398.2 ribu (Mei 2017 - Mei 2018)!

Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan tegasnya menggesa dan mendesak supaya YB Lim Guan Eng meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana menjadi punca utama kemudaratan besar terhadap ekonomi negara sekaligus menyebakan kesusahan kepada rakyat!


Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

17 Julai 2019

Thursday, July 4, 2019

BILA JENERAL PESARA TENTERA JADI TOLOL SEBAB TERLALU KUAT MENJILAT DAP!!!



Penulis: Khairul Ashraf Muhamad

Kelakar juga bila ada askar pencen sampai buat kenyataan akhbar bidas ucapan DS Najib Razak tentang "UMNO angkat senjata melawan komunis", menafikan penglibatan UMNO secara langsung menggalas senjata dalam hutan melawan PKM di Tanah Melayu.

Kononnya dia tak pernah nampak ahli UMNO masuk hutan bunuh komunis, atau terkorban kena jerangkap samar.

Perlu diperjelaskan di sini, UMNO memang secara rasminya, tidak pernah isytiharkan bahawa mereka angkat senjata melawan komunis. Nak lawan angkat senjata macam mana, UMNO memang tak pernah ada sayap bersenjata. Lagipun, tujuan asal UMNO ditubuhkan untuk melawan Malayan Union, dan mendapatkan kemerdekaan dari British.

Jadi jika mereka ada sayap bersenjata, terang-terang angkat senjata lawan komunis dalam hutan, bagaimana nak yakinkan British bahawa bila mentadbir Tanah Melayu merdeka, UMNO boleh diharap jaga keamanan dan keharmonian kaum, dan tidak mentadbir dengan ancaman senjata, dendam dan iri hati yang akan memusnahkan kemerdekaan tu nanti?

Tapi aku ada saudara mara, pangkat datuk saudara, empat lima orang juga yang pernah jadi Home Guard (HG) semasa Darurat tu.

Mereka ini sebahagian dari pasukan HG yang mengawal sekitar Bahau dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan macam di Kg. Batu Kikir, Kg. Padang Lebar dan Kg. Jambu Lapan masa zaman Darurat sekitar lewat 1940-an hingga 1950-an.

Ada mereka dan rakan-rakan yang pernah menetak mati komunis yang datang ceroboh kampung, menyerang dan menjarah untuk curi beras dari kepuk mereka, melawan komunis yang menyamun rumah-rumah untuk wang dan barang kemas serta ubat-ubatan, ada yang pernah menahan komunis yang menyamar dalam kampung serah pada pasukan keselamatan masa tu.

Bukan itu sahaja, rakan-rakan HG mereka sendiri ada yang diculik dan diseksa dalam hutan, dikelar dan dibiar mati komunis, ditembak kerana enggan beri kerjasama. Belum kira rumah kena bakar, kereta kena bakar. Balai dengan surau kena bakar.

Kalau di NS ni, tanyalah veteran HG yang masih hidup sihat tentang tragedi Ladang Geddes, tragedi Felda Bukit Jalor, serangan komunis dekat Bukit Tangga. Tanya mereka bagaimana HG membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan komunis di Bahau dan Jelebu misalnya.


HG ni kalau ada yang tak faham peranan dia masa tu, kalau dalam filem Bukit Kepong, di awal filem ada tahan pensimpati komunis naik basikal seludup beras dalam tin. Kemudian dalam filem tu, kumpulan orang Melayu bersongkok dan bersenjata dari arah kampung yang menyerang untuk membebaskan kepungan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, tapi ditahan laluan mereka oleh komunis. Itulah dia anggota Home Guard.

Merekalah yang pertama respon, pukul kentong dan beduk supaya kampung-kampung sekitar Bukit Kepong waspada. Siang mereka bekerja biasa, bertani, berladang, jadi nelayan, jadi peruncit dan buat kerja-kerja rencam. Malam mereka pakai toha HG buat kerja kawal kampung, kawal estet, kawal lombong.

Mereka juga bertindak jadi mata dan telinga untuk pasukan keselamatan kerana mereka mahir selok belok geografi kawasan kampung masing-masing, dan cam penduduk di kawasan jagaan masing-masing. Senang kantoi siapa orang kampung, siapa 'acah-acah' orang kampung tapi sebenarnya buat risikan untuk komunis.

Mereka lengkap diberikan senjata, malah dilatih oleh pasukan keselamatan untuk menjaga kampung, mengagalkan sebarang usaha anasir komunis masuk atau pensimpati komunis seludup keluar apa-apa yang boleh membantu komrad mereka.

Sebenarnya, bukanlah penting mana, tapi pasal ada askar pencen persoalkan, saja nak beritahu, jika HG Melayu, mereka ini semua ahli UMNO.

Macam kalau HG di kampung baru Cina, memang MCA yang rekrut. Kinta Valley Home Guard yang terkenal tu misalnya, memang dianggotai oleh ahli MCA semata-mata. Mereka adalah orang Cina yang amat benci dengan komunis.

Cumanya, kisah-kisah HG ni memang tak berapa diceritakan sangat, kerana mereka tidaklah keluar masuk operasi ke hutan, macam pasukan keselamatan tetap masa tu. Tak angkat raifal, tak kena jerangkap samar, tak makan ransum dan angkat beg berat-berat, duduk berbulan-bulan operasi dalam hutan.

Mereka ini asalnya dianggotai oleh kaum-kaum bapa dan ibu dalam kampung. Kalau kampung Melayu zaman tu, kebanyakannya ahli UMNO. Melayu kiri bukannya tak ada jadi HG, tetapi kurang. Melayu kiri ni, mereka sendiri ada yang terpengaruh dengan ideologi komunis, menjadi tali barut komunis, tinggal dalam kampung-kampung ketika itu.

Pada mereka, HG membantu anggota keselamatan yang sebenarnya konon masih berkhidmat demi British semata-mata, sedangkan apa yang HG ini lakukan adalah untuk memastikan keselamatan kampung dan tempat tinggal masing-masing, mempercepatkan proses kemerdekaan ketika itu.

Cuma itulah, askar pencen tu tak nampak benda ni. Pasal bila cerita angkat senjata, dia ingat pasukan keselamatan sahaja yang angkat senjata bunuh komunis tu.

Dia mungkin tak nampak, pasal dia tak cuba lihat. Ataupun ada je depan mata, tapi dia buat-buat buta.

Heeee.

*Gambar adalah keratan dari The Singapore Free Press, bertarikh 12 Julai, 1950.

Tuesday, July 2, 2019

EKSKLUSIF: 400 HARI PAKATAN JUAL LEBIH RM20 BILION ASET NEGARA



Penulis: Abdul Muein Abadi

1. Genap 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual.  Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.

2. Kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion).

3. Tidak cukup dengan kadar ini, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB atau lebih dikenali sebagai MAS) (RUJUK SINI)

4. Malah, perkembangan ini selari dengan kenyataan Tun Mahathir susulan pertemuan beliau dengan pelabur dari British dalam satu dialog perniagaan anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Perniagaan United Kingdom-Asean (UKABC) dan Maybank baru-baru ini. (RUJUK SINI)

5. Secara terbuka Tun Mahathir mengakui bahawa “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan...Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”.

6. Paling menimbulkan persoalan tentulah penjualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion, sedangkan keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya. (RUJUK SINI)


7. Begitu juga apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng cuba mendakwa bahawa kadar “pelaburan” asing telah meningkat sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada penjualan aset negara seperti antaranya penjualan bernilai RM3.7 bilion (50% kepentingan dalam) syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria. (RUJUK SINI)

8. Untuk rekod, pada Ogos 2018, Khazanah di bawah Pakatan telah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa. (RUJUK SINI).

9. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion. (RUJUK SINI)

10. Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion.

11. April 2019 juga, Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

12. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran. (RUJUK SINI)

13. DRB-Hicom turut menjual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.

14. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak turut akan dijual oleh PH, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM1 bilion. (RUJUK SINI)

15. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta.

16. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings juga dilaporkan telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta. (RUJUK SINI)

17. Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019. (RUJUK SINI)

18. Selain kesemua penjualan ini, Khazanah juga telah meluluskan penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu Pakatan akan menuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely.

19. Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.

20. FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan juga cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia (RUJUK SINI).

21. Sebuah bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong 28 tingkat telah diputuskan oleh kerajaan BN dahulu untuk dijual kepada syarikat Malaysia pada harga RM1.1 bilion, sebaliknya kerajaan Pakatan cuba menjualnya kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion. (RUJUK SINI)

22. Dua projek kerjasama Khazanah dengan Temasek (Singapura) iaitu Marina One dan Duo turut menjadi perhatian seperti mana laporan The Edge Markets berikut: “Another jewel is Khaznah’s 60% interest in the M+S joint venture with Singapore’s Temasek Holdings. The JV developed two projects — Marina One in Marina Bay and Duo in Bugis — that were the result of a 2010 land swap deal between the two governments. According to an M+S statement in January, the two projects had a gross development value of S$11 billion or RM33 billion. The land cost and shareholders injection was around S$4.0 billion and after deducting development costs, it is estimated that the profit could be as much as S$3.0 billion. It is understood that M+S could generate around RM12 billion cash, including a profit of RM5.4 billion, for Khazanah if it sells the 60% stake. Will Khazanah assets be sold to raise cash for the government?” (RUJUK SINI)

23. Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan sendiri pada Mac 2019 tidak menolak “sebarang cadangan penjualan aset sedia ada miliknya termasuk Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia), jika ia mampu memberi pulangan nilai lebih baik pada masa depan”.  Kenyataan beliau ini sebagai reaksi kepada laporan Bloomberg bahawa Khazanah mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia yang dianggarkan bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta), termasuk hutang. (RUJUK SINI)

24. Tidak cukup dengan kesemua langkah penjualan aset ini, semalam kita dikejutkan pula dengan pengumuman bahawa Khazanah Nasional telah melantik ahli lembaga pengarah baharu dari China iaitu Prof Xiao’ou Tang (RUJUK SINI).


25. Untuk rekod, pelantikan ini menandakan buat pertama kalinya Khazanah melantik warga asing di posisi yang teramat penting ini.  Malah pelantikan ini dilaporkan secara besar-besaran oleh media seperti South China Morning Post (RUJUK SINI).

26. Prof Xiao’ou Tang ialah Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese University of Hong Kong.

27. Encik Lau Seng Yee pula ialah Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company Limited di China. Beliau adalah merupakan warga Malaysia berpangkalan di China.

28. Pelantikan Prof Xiao’ou Tang dilihat susulan daripada lawatan Tun Mahathir ke ibu pejabat SenseTime di Beijing sebelum ini.

29. Untuk rekod, SenseTime sebelum ini bekerjasama dengan syarikat G3 Global Bhd. dan juga China Harbour Engineering Company Ltd. (CHEC) untuk menubuhkan taman kecerdasan buatan (AI) yang pertama di Malaysia dengan pelaburan sebanyak AS$1 bilion (RM4.14 bilion). (RUJUK SINI)

30. Secara ringkasnya, kerajaan Pakatan hari ini bukan sahaja bertindak menjual aset negara secara besar-besaran – terutama sekali kepada pihak asing – tetapi juga melantik pihak asing yang berpengaruh dari kuasa besar ke posisi yang cukup strategik dalam badan pelaburan dan pembangunan ekonomi negara.

31. Dari perspektif geopolitik, kedua-dua langkah ini tidak strategik untuk kepentingan negara dalam jangka masa panjang.  Seperti mana amaran para sarjana seperti Profesor John Ikenberry (Princeton University), Profesor David Lake (University of California), Profesor Michael Mastanduno (Dartmouth College), Profesor Peter Katzenstein (Cornell University), dan juga Profesor Stephen Krasner (Stanford University), negara bukan kuasa besar (seperti kita) perlu berusaha untuk meningkatkan ‘internal mobilization’ dan juga ‘external extraction’.

32. ‘Internal mobilization’ bermaksud ‘the creation of wealth and an investment in power’ (penciptaan kekayaan dan pelaburan untuk membina kuasa) manakala ‘external extraction’ pula ialah ‘state efforts to accumulate resources from outside its borders that can be used in achieving domestic objectives’ (usaha kerajaan untuk mengumpul sumber/pendapatan dari luar sempadannya yang boleh digunakan bagi mencapai objektif-objektif domestik).

33. Sebaliknya, langkah kerajaan Pakatan hari ini dipandu ideologi ekonomi neoliberal yang menitikberatkan pengurangan tanggungjawab dan saiz kerajaan – termasuklah alasan mengurangkan hutang yang sebenarnya tidak menjanjikan kemakmuran – sama sekali tidak mengambil kira kepentingan strategik negara untuk jangka masa panjang.

Kerajaan Pakatan perlu segera menghentikan amalan penjualan aset-aset negara dan menyemak kembali pelantikan warga asing ke posisi strategik seperti di Khazanah.

Ingatlah pesanan peribahasa Melayu berikut:

‘Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali’.

Abdul Muein Abadi, 
Pensyarah Program Sains Politik 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
 
Blogger Templates