Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Tuesday, November 7, 2017

KERAJAAN YANG DIKATAKAN GILA, TIDAK SIUMAN, MEROMPAK, RASUAH & KLEPTOKRASI ITULAH YANG DATANG MENOLONG!!!



Sebulan yang lepas, Guan Eng kata kerajaan BN sebagai gila dan pemimpin BN sebagai tidak siuman. Selama tujuh minit Guan Eng berucap tidak kurang 20 perkataan 'gila' dan 'tidak siuman' terbit daripada mulutnya ketika Demo Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017.

“Kita berhimpun di sini, kerana kita mahu Malaysia jadi ‘nobel’ balik, kita mahu Malaysia tidak mau dipimpin oleh satu parti pemerintah yang sudah gila” kata Guan Eng pada malam tersebut.

Selain itu, Guan Eng berkata lagi “Kalau mabuk dia boleh ubat balik, kalau sudah gila, tiada ubat boleh ubat sama dia”. Nampaknya Guan Eng mempertahankan lagi orang yang mabuk dan minum arak masa Oktoberfest. Malah menghina pemimpin BN sebagai gila yang tidak boleh diubat dan lebih teruk dari minum arak.

“Gila punya parti lah...yang gila dan tidak siuman..tidak ada hak untuk memerintah negara..kita buang sama dia..kita ganti dengan Pakatan Harapan” teriak Lim Guan Eng lagi ketika berucap dalam majlis tersebut.


Sehari selepas berucap kata kerajaan BN sebagai gila dan tidak siuman di Petaling Jaya, Guan Eng buat satu lagi kenyataan mempertahankan pesta arak, Oktoberfest yang dianjurkan di Pulau Pinang. Guan Eng kata Pulau Pinang bukan “negeri Taliban”

"Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang. Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban," kata Guan Eng mempertahankan pesta arak di Pulau Pinang.

Banjir yang berlaku di Pulau Pinang bukan banjir yang biasa. Apakah ini balasan kepada keangkuhan Guan Eng dan pesta arak? Air banjir itu berwarna coklat. Air itu bersalut lumpur.

Dari mana datangnya lumpur? Turun bersama dengan air hujan? Semua rakyat Pulau Pinang harus menyalahkan sikap rakus Guan Eng yang membenarkan semua projek projek mewah di lereng bukit.

Air itu dari projek mewah milik kontraktor kaya di lereng bukit. Siapa yang gadai tanah tanah di lereng bukit itu untuk dibangunkan? Hasil keseluruhan industri jual tanah oleh Guan Eng ini sudah bernilai RM16 billion. Orang kaya yang dapat untung, rakyat dapat banjir lumpur sahaja.

Elok sangatlah seorang wakil rakyat DAP dimaki dua hari berturut turut di Pulau Pinang kerana isu banjir ini. Wakil rakyat DAP pergi melawat dan selfie sahaja. Kemudian bila diminta tolong dan bantuan, mereka kata mereka tiada kuasa. Memang kena maki hamunlah dengan rakyat.

Wakil rakyat DAP tiada kuasa? Habis itu mahu minta tolong siapa? Guan Eng kata kerajaan yang ada di Putrajaya sudah gila dan tidak siuman.

Sekarang ini, bila ditimpa musibah dan bencana banjir di Pulau Pinang, siapa yang jadi ‘gila dan tidak siuman” di waktu malam menelefon pemimpin BN meminta bantuan? Guan Eng tidak telefon pun, kerajaan BN sudah bersiap siaga untuk membantu rakyat di Pulau Pinang.

Guan Eng telefon jam 3.00 pagi, bantuan datang sebelum itu lagi. Angkatan Tentera Malaysia menerusi pasukan pemantau 509 Askar Wataniah telah diatur gerak seawal jam 1.30 pagi lagi untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang. Bilik gerakan dibuka diaktifkan jam 4.30 pagi untuk menyelamatkan mangsa mangsa banjir.


Semalam, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri turun melawat Pulau Pinang. Bukan main lagi Guan Eng memeluk erat Timbalan Perdana Menteri, kemudian makan nasi bersama sama di pusat pemindahan banjir.

Hari ini, Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri pula datang melawat mangsa banjir di Pulau Pinang. Guan Eng tunggu awal lagi di tangga kapal terbang untuk menyambut Perdana Menteri dan isteri. Kemudian bila Datin Seri Rosmah turun dari pesawat, terus Guan Eng bersalam dan memperkatakan sesuatu kepada Datin Seri Rosmah.

Dengan muka yang penuh sugul, entah apa yang disebut oleh Guan Eng kepada Datin Seri Rosmah. Inilah jiwa besar pemimpin pemimpin Barisan Nasional. Tidak pun menyimpan dendam terhadap orang yang menuduh mereka sebagai gila dan tidak siuman.

Bantuan kepada mangsa banjir dihulurkan tanpa mengira parti dan jumlahnya. Kalau hendak kira bantuan yang kerajaan Barisan Nasional salurkan, jumlahnya jauh berkali ganda lebih banyak dari hanya RM1 juta yang disumbangkan oleh Azmin Ali.

Dimana kawan-kawan Guan Eng yang lain? Di mana Mahathir? Dimana ayahnya Lim Kit Siang? Mereka sibuk dengan acara menyelamatkan orang lain di Sungai Buloh. Kroni Mahathir kaya raya, mana sumbangan mereka?

Akhirnya kerajaan Barisan Nasional juga yang datang membantu. Elok rakyat Pulau Pinang serah baliklah kerajaan negeri Pulau Pinang kepada BN dalam PRU14 nanti. Sudah terbukti kerajaan DAP gagal sepenuhnya menjaga rakyat di Pulau Pinang.

Guan Eng kena minta maaf balik secara terbuka kepada pemimpin BN sebab cakap gila dan tidak siuman ini. Rakyat ternanti nanti permohonan maaf Guan Eng ini.


Monday, November 6, 2017

PULAU PINANG DI BAWAH GUAN ENG-DAP ADALAH NEGERI GAGAL, MUFLIS DAN NEGERI MUDAH BANJIR!!!



Penulis: AZMI ARSHAD

Dua jam sebelum Lim Guan Eng mengalirkan air mata penipunya, Kerajaan Persekutuan telah pun menggerakkan pasukan tentera untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri. Nasib baik Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Najib Abdul Razak tidak menunggu panggilan telefon daripada Lim Guan Eng.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Najib: 

“Berkenaan banjir ini memang tak payah kerajaan negeri minta, kalau ada musibah walaupun kerajaan negeri pembangkang, kita memang bantu atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab kita." (RUJUK SINI)


Ketika ratusan orang terbabit secara langsung dengan operasi bantuan mangsa-mangsa banjir, ADUN DAP dari Seri Delima, RSN Rayer pula terlalu sibuk merakamkan gambar-gambar peribadinya serta selfie. 

Saya tidak tahu sudah berapa banyak peringatan dan nasihat diberikan, sesiapa sahaja yang melihat orang yang sedang memerlukan bantuan, mereka perlu membantu berbanding mengeluarkan telefon pintar dan merakamkan gambar, video serta yang paling teruk, berswafoto untuk dimuatnaik ke Facebook dan Instagram. Ya, material-material tersebut akan membuktikan dia telah turun melawat mangsa banjir dan berfungsi sebagai Wakil Rakyat sedangkan hakikatnya, gambar-gambar itu sendiri membuktikan dia sekadar mempromosikan dirinya. Apabila publisiti dan promosi diri lebih diutamakan berbanding membantu rakyat, bermakna memang tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan walaupun dia memberitahu dia sedang terlibat dalam penyaluran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.


Tiada apa-apa kritikan untuk kehadiran Wan Azizah dalam babak banjir itu KECUALI perlukah kipas di tangannya?

Mejar Huan pula benar-benar telah membalun Guan Eng termasuklah mendesak agar Guan Eng meletak jawatan. Kenyataan di FBnya wajar dibaca. (RUJUK SINI)

"Malahan, satu lagi aspek mengejutkan tentang bencana banjir ini ialah, parti yang mentadbir Pulau Pinang iaitu DAP sedang mengutip derma daripada rakyat Malaysia, kononnya bagi membolehkan mereka membantu mangsa-mangsa banjir Pulau Pinang! Saya  menyeru rakyat supaya tidak menderma kepada DAP memandangkan wang yang didermakan itu, akan disalurkan terus ke akaun parti. Sekiranya berbilion ringgit boleh hilang dari Kerajaan Negeri, jutaan pula boleh hilang dari akaun parti DAP. Saya menyeru mana-mana rakyat Malaysia yang mahu memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang, lakukannya menerusi agensi-agensi atau NGO-NGO yang lebih dipercayai. Jangan menderma menerusi DAP memandangkan Kerajaan Negeri sendiri pun telah terbukti hampir bankrap sehingga mereka perlu mengutip derma untuk membantu mangsa banjir." - Mejar Huan.


Saya bersetuju sepenuhnya dengan saranan Mejar Huan.

Sudah pastilah, simpati kita kepada semua yang terlibat dalam bencana banjir di Pulau Pinang. Ramai yang kehilangan harta benda dan kita mengharapkan kediaman mereka masih boleh diperbaiki. Doa dan harapan kita bersama-sama mereka serta golongan yang terlibat dalam misi menyelamat dan operasi penyaluran bantuan makanan.

Berapa banyak lagi kediaman dan nyawa yang harus dikorbankan sebelum DAP dihalau keluar dari Pulau Pinang?

AZMI ARSHAD


Sunday, November 5, 2017

PROJEK LERENG DAN PUNCAK BUKIT, KRONI YANG PUNYA... BANJIR BESAR, LIM GUAN ENG MINTA BANTUAN ZAHID HAMIDI DAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA!!!



Hilang sudah cakap besar tentang lebihan wang dalam akaun Kerajaan Negeri. Hilang sudah cakap besar kononnya dengan naiknya pemerintahan DAP di Pulau Pinang, masalah banjir di Pulau Pinang akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Hilang sudah cakap besar, pentadbiran Pulau Pinang lebih jujur, telus dan lebih baik untuk rakyat.

Untuk mengurangkan jumlahnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya berani mengambil statistik 2013 sehingga 2018 sahaja. Chow Kon Yeow yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan dalam jawapan kepada soalan lisan pada Sidang DUN Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Yang Ke-13, mengesahkan sejumlah 119 kejadian banjir kilat telah melanda Pulau Pinang dalam tempoh 5 tahun.


Seperti biasa, Kerajaan DAP memberi alasan, punca sebenar kejadian banjir kilat di kawasan pulau itu adalah disebabkan jumlah taburan hujan yang tinggi dalam tempoh sehari (menyamai sebulan) dan air pasang tinggi merupakan antara faktor penyumbang kepada kejadian tersebut. Taufan Doksari juga dipersalahkan.

Kerana faktor-faktor tersebut, sungai dan sistem saliran di taman dan kampung sedia ada tidak dapat menampung jumlah kadar air aliran permukaan hujan lebat. Kata Kon Yeow, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan panas di seluruh negeri itu. (RUJUK SINI)

Selepas pelbagai pendedahan dan jangkaan banjir besar akan melanda Pulau Pinang ekoran pembersihan puncak bukit dan penarahan lereng bukit selain pembangunan tak terkawa, semalam banjir besar melanda Pulau Pinang lagi. Untuk tempoh 24 jam, Lim Guan Eng dan semua kepimpinan negeri hilang ghaib seolah-olah mereka tidak wujud di dunia ini. Manakala pegawai-pegawai penerangan Ketua Menteri seperti Zaidi Ahmad, masih lagi berdendang tentang 1MDB tanpa sedikit pun bercakap atau menyentuh tentang banjir yang mengancam Pulau Pinang.

Awal subuh, Lim Guan Eng akhirnya muncul dengan wajah sedih dan memaklumkan tentang 'kejayaannya' menghubungi Timbalan Perdana Menteri bagi mendapatkan bantuan Angkatan Tentera Malaysia kerana paras banjir telah meningkat kepada 10 sehingga 12 kaki 'melepasi' bumbung rumah.



Pastinya ramai yang masih ingat bagaimana bongkaknya Lim Guan Eng mengecam Kerajaan Negeri Kelantan kerana banjir besar pada penghujung tahun 2014 yang berpunca dari Hulu Kelantan. Walhal kawasan berkenaan juga menempatkan projek pembalakan yang dikonsensikan kepada syarikat dua bersepupu Nga-Ngeh yang juga merupakan pemimpin utama DAP Perak.

Konon kata Guan Eng, banjir itu berlaku kerana kelemahan pentadbiran Kelantan. Kononnya kerana ketirisan dan kegagalan pengurusan kewangan Kelantan yang diperintah oleh PAS. Kerajaan Negeri Kelantan seolah-olah tidak wujud ketika banjir. (RUJUK SINI). 

Sekarang, apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng, berbalik kepada dirinya!


Malu nak berterus-terang yang dia minta bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), dia awal-awal bagitahu yang dia meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Banjir di negeri-negeri di Malaysia, bukanlah perkara asing. Kadar taburan hujan di negara ini memang tinggi. Tetapi apabila seorang Ketua Menteri bercakap besar, memperlekehkan Menteri Besar dan pentadbiran negeri lain yang dilanda banjir seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, apa yang berlaku di Pulau Pinang, membuatkan ramai yang memulangkan paku buah keras kepada Guan Eng walaupun pada masa yang sama, bantuan digerakkan untuk rakyat dan penduduk Pulau Pinang yang terjejas akibat banjir. 

Friday, May 13, 2016

BANJIR... HENTI MENYALAHKAN WAN ZIZAH KIPAS DAN NURUL... PESALAHNYA ADALAH PBT YANG HALOBA DAN PEMALAS!!!



Gambar-gambar banjir kilat sekitar Kajang dan di beberapa batang jalanraya utama di tengah-tengah Kuala Lumpur menjadi viral dan banyak diperkatakan.

Dan menariknya, yang dipersalahkan adalah adalah ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen di kawasan-kawasan tersebut.

Kalau Kajang, sudah tentulah Wan Azizah dengan kipas hikmatnya. Di Kuala Lumpur pula, ia membabitkan dua Parlimen iaitu Lembah Pantai dan Titiwangsa, yang diwakili oleh Nurul Izzah dan Johari Ghani.

Banjir kilat bukanlah sesuatu yang luar biasa di Kuala Lumpur. Ia adalah fenomena biasa terutama pada musim-musim hujan. Sebenarnya tiada apa-apa yang perlu dihairankan dengan banjir kilat di Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi dengan saliran dan perparitan yang dikacau ganggu oleh pelbagai jenis projek pembangunan seperti MRT yang dapat kita lihat sekarang ini.

Semua ini berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Tempatan (PBT).

Kajang walaupun hanyalah sebuah bandar kecil, tetapi PBTnya memang antara yang paling teruk dan paling tidak berguna di seluruh Malaysia. Biarpun cukup terkenal dengan kerenah Ahli-Ahli Majlis, pelbagai masalah yang membabitkan penduduk, tidak begitu dititikberatkan oleh MPKj.

Sudah terlalu acap banjir kilat berlaku di Kajang. MPKj jarang mengeluarkan kenyataan, sebaliknya yang mengeluarkan kenyataan adalah Menteri Besar Selangor dan ADUNnya yang menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional lepas sebagai punca banjir berkelompok tersebut.


Tiada penyelesaian sebaliknya hanya menyalahkan pihak lain... itulah kaedah yang digunapakai sekarang. MPKj seperti mendapat lesen besar untuk tidak berbuat apa-apa, terutama sekali membabitkan Sungai Langat yang merupakan saliran utama di ibandar berkenaan.

Peruntukan PBT daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri kelihatan langsung seperti tidak digunakan untuk tujuan saliran dan perparitan. Sebaliknya pertumbuhan pelbagai projek yang tidak mengambil kira aliran air dan banjir, dapat diihat dengan mudah di kawasan-kawasan yang mudah dinaiki air sekarang.

Bukan salah ADUN... bukan salah Ahli Parlimen tetapi ini adalah salah PBT terutama sekali yang membabitkan perancangan bandar.

Mengapa mereka tidak mengambil kira perangkap air yang terhasil daripada pelbagai projek sepertimana yang berlaku di Jalan Duta dan pekan Kajang?

Mengapa PBT langsung tidak bertanggungjawab?


Tuesday, May 12, 2015

HARAP-HARAP UMNO DAN BN PERMATANG PAUH TAK PAYAHLAH NAK BERLAGAK HERO DENGAN PENGUNDI YANG TELAH MENOLAK MEREKA!!!



Bila tiba bab-bab musibah, biasanya UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi popular serta tempat meminta dan menagih simpati. Pada ketika ini jugalah, UMNO dan Barisan Nasional akan diterjah, bahkan kena troll untuk membolehkan bantuan dihulurkan. Banyaklah nanti agensi-agensi yang akan dihantar dan cuba mengambil nama kononnya mereka telah menghantar bantuan dan sangat bersifat manusia!

Dan biasanya, UMNO-BN amat mudah dipermain-mainkan, dikelirukan dan diperdayakan.



Sama macam di Kelantan... time nak hantar bantuan, bukan main lagi UMNO dan BN dipuja, dipuji dan dikehendaki. Tetapi apabila banjir sudah surut dan bantuan pun melimpah ruah, akhirnya Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP yang dapat kredit dan dikatakan lebih banyak membantu.

Permatang Pauh yang pada minggu lepas telah memilih Wan Azizah, ADUN Kajang sebagai Ahli Parlimen mereka, kini dilanda banjir kilat. Banjir kilat ini pastinya akan berulang, bahkan dijangka akan menjadi banjir yang lebih besar ekoran musim monsun ketika ini, selain Pulau Pinang tidak pernah menyediakan saliran dan perparitan yang baik serta sempurna di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu seperti Permatang Pauh.


Beberapa keping gambar telah disebarkan berhubung banjir di Tanah Liat, kawasan paling teruk bergolak menyaksikan para penyokong PKR bertindak agresif menyerang anggota polis, pegawai SPR, penyokong PAS dan UMNO-BN pada PRK minggu lepas.

HARAP-HARAP ABANG MIE, UMNO PERMATANG PAUH DAN BARISAN NASIONAL TIDAKLAH TERLALU BODOH untuk menghulur tengkuk dan menunjuk baik kepada penduduk Permatang Pauh. Kalau dah terpaksa tolong pun, pandai-pandailah buat saringan dengan mengutamakan penyokong sendiri yang telah dikenalpasti keluar mengundi tempoh hari.

Bukannya apa, Permatang Pauh sudah ada Wan Azizah... lebih baik lagi, Permatang Pauh juga sudah ada Lim Guan Eng, sang penguasa utama Pulau Pinang yang menjanjikan syurga, bulan dan bintang kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh.

Tak payahlah UMNO-BN rasa bersalah sebab dituduh mengamalkan politik balas dendam sebab politik balas dendam dan amalan memilih-milih bantuan dihantar telah pun dibuat serta diamalkan oleh Pakatan Rakyat, khususnya DAP. UMNO-BN perlu berdiri gagah dan berani untuk mengambil langkah mengutamakan penyokong dan pengundi sendiri.

Tinggalkanlah Permatang Pauh. Biarlah Wan Azizah dan Lim Guan Eng membuktikan yang mereka benar-benar boleh bekerja sebagaimana yang mereka ikrarkan sepanjang kempen 12 hari itu.

Jangan menaikkan kemarahan para penyokong UMNO-BN yang telah bertungkus lumus tetapi kemudian dipaksa berkongsi dengan golongan yang kuat menolak, hanya semata-mata atas nama KEMANUSIAAN!!!

Berikut adalah sebahagian daripada gambr-gambar yang sempat dirakamkan di Parit Rawa dan Machang Bubuk, Permatang Pauh.













Saturday, January 10, 2015

GUNA PENEROKA BERJIWA PAS UNTUK BIKIN CERITA FITNAH, BURUK BETUL PERANGAI PARA PEMIMPIN PAS!!!


Berita-berita sebegini cukup banyak kita perolehi dari puak-puak PAS terutama selepas mereka terkantoi dan tidak dapat menjawab mengapa mereka melakukan pembaziran, enggan berubah atau kerana mereka terlalu takut untuk menyatakan, penolakan bantuan adalah disebabkan malu untuk menerima daripada UMNO-BN.

Apatah lagi setelah didoktrin dari peringkat PASTI lagi yang UMNO-BN adalah musuh PAS, perasaan kebencian terlalu menebal di hati masing-masing sehingga ke peringkat tidak munasabah.

Menariknya, ketaksuban itulah juga yang seringkali digunakan oleh puak-puak tertentu dalam PAS untuk dijadikan modal bagi menunjukkan buruk dan hodohnya UMNO-BN.

Isu bantuan banjir kepada mangsa-mangsa kini dimainkan lagi oleh PAS menerusi akhbar utama mereka iaitu HARAKAH.

Kisahnya konon seorang peneroka telah 'dianiayai' kerana enggan bersumpah akan menyokong UMNO di sebuah Felda Lebir. Menariknya juga, cerita tersebut langsung tidak menyebut bahawa peneroka berkenaan berada di FELDA, tanah rancangan yang dibangunkan daripada usul UMNO untuk membolehkan orang Melayu memiliki tanah sendiri dan ditentang kuat oleh PAS ketika awal penubuhannya, sebelum PAS cuba menjadikan tanah-tanah rancangan sebagai sarang mereka ketika PAS di dalam Barisan Nasional dahulu.

Mengapa bantuan banjir dikaitkan dengan UMNO? Mengapa tanah rancangan dan setelah bertahun-tahun hidup senang lenang dengan tanah FELDA, langsung tidak dikaitkan dengan UMNO?

Anehnya, kes-kes yang disebut dan disiarkan oleh Harakah adalah kes-kes terpencil yang kalau ditanya kepada para peneroka tersebut, mereka sendiri tidak dapat mengesahkannya. Malah kalau disahkan pun, pengesahan seterusnya ialah para peneroka yang banyak mulut dan banyak alasan itu adalah penyokong kuat PAS sendiri!

Perhatikan pula gambar ni!


Inilah gambar terkini yang berjaya dirakamkan di sebuah kawasan banjir di Kelantan. Pakaian-pakaian yang dibuang di tepi jalan ini merupakan bantuan daripada rakyat Malaysia, yang dikumpul dengan penuh susah payah tetapi kemudiannya menjadi tidak berguna apabila diberikan kepada orang Kelantan atau lebih tepat lagi kepada kalangan penganut parti PAS yang dilanda banjir. Apatah lagi sekarang ini, parti mereka dan Pakatan Rakyat yang mereka sokong, sudah mula cuba mencuri kredit daripada bantuan-bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat.

Sifat menyombong, bongkak dan tidak sedar diri mereka sudah pun muncul seolah-olah mereka sebenarnya langsung tidak belajar daripada musibah yang melanda pada bulan lepas.

Barangkali hanya MUSIBAH YANG LEBIH BESAR DAN BERTURUT-TURUT SEHINGGA MERANAPKAN sekalian rumah kediaman dan menghanyutkan mereka semua, barulah barangkali kesedaran dan sifat rendah diri serta mahu bersyukur, boleh tercetus di hati mereka!!!

Friday, January 9, 2015

SURAT JABATAN ALAM SEKITAR KEPADA MEREKA ADALAH TENTANG KESALAHAN YANG TELAH DILAKUKAN TAPI NGEH KOO HAM KATA, SURAT ITU PUJI MEREKA!!!


Apabila Ngeh Koo Ham menafikan pembabitannya dan Nga Kor Ming serta syarikat mereka, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. dalam pembalakan dan perosakan alam sekitar di Hulu Kelantan sehingga menjadi salah satu daripada faktor yang menyebabkan banjir besar berlumpur dan kayu balak hanyut, beberapa persoalan lain mulai ditimbulkan oleh komuniti media sosial.

Dalam kenyataannya, Ngeh Koo Ham telah menekankan perkara-perkara berikut: (RUJUK SINI)

1. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan saya tidak terbabit dan masih tidak terlibat dalam sebarang aktiviti pembalakan di Kelantan atau mana-mana bahagian di Malaysia. Syarikat kami, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. di mana kami ada di dalamnya juga tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan.

2. Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. hanya terlibat dalam penanaman semula pokok di atas sebidang tanah dan menjadi rakan kongsi kepada Yayasan Islam Kelantan. Pemegang saham semasa telah membeli Upayapadu Plantation Sdn. Bhd pada tahun 2012. Syarikat telah menandatangani perjanjian perkongsian pada tahun 2006 ketika masih di bawah pengurusan dan pemilikan saham yang lama.

Persoalan kepada kedua-dua kenyataan tersebut:

Adakah keseluruhan 10,520 ekar tanah tersebut telah dibersihkan dan langsung tidak mempunyai sebatang pokok pun ketika Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming dan Upayapadu mengambilalih pada April 2012. Mampukah gambar-gambar dari udara ke atas tanah tersebut pada April 2012 dan hari ini, dibentangkan kepada umum. 

Adakah maksudnya, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. mungkin bukan syarikat yang membalak tetapi pembalakan dilakukan oleh pihak ketiga, sama ada dengan atau tanpa keizinan daripada Upayapadu?

Mampukah Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mengesahkan bahawa tiada pembalakan dan tidak sebatang pokok pun telah ditebang dari kawasan yang telah diberi hak konsesi itu? 

Seterusnya, Ngeh Koo Ham berkata lagi:

3. Akhbar Berita Harian secara dusta dan fitnah telah menuduh kami membalak dan mencemarkan sungai-sungai di Kelantan pada penghujung 2012 dan kami telah menfailkan saman ke atas penulis dan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad yang merupakan pemilik dan penerbit Berita Harian. Kes tersebut telah ditetapkan untuk pendengaran penuh di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Mac 2015.

Persoalannya:

Seperti pertanyaan di atas, mungkin Upayapadu tidak membalak dan mungkin pihak lain. Adakah Upayapadu mempunyai pengetahuan tentang pihak ketiga yang telah membalak di kawasan konsesi mereka? Adalah keizinan telah diberikan oleh Upayapadu? Adakah pembersihan tanah telah dibuat? Jikalau tiada pembersihan, bagaimana Upayapadu mampu menanam pokok getah di tengah-tengah kawasan hutan?


Seterusnya kata Ngeh Koo Ham lagi:

4. Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. adalah syarikat bertanggungjawab dalam penanaman semula di atas tanah berkenaan. Jabatan Alam Sekitar dalam surat yang bertarikh 23/9/2014 telah memberikan pujian kepada syarikat kerana mengimplementasi dan memenuhi semua syarat-syarat Enviromental Impact Assessment (EIA). Jabatan juga memuji dan mengucapkan tahniah kepada syarikat kerana sikap tanggungjawabnya.

5. Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. telah membelanjaakan puluhan ribu ringgit setiap tahun untuk mengupah konsultan dan auditor alam sekitar untuk memastikan pematuhan tegas kepada tuntutan EIA.

6. Kolam takungan telah diwujudkan di atas tanah berkenaan untuk memastikan air dari tanah tersebut tidak mencemarkan sungai. Sedimen dari air yang mengalir akan dikumpulkan di kolam-kolam trsebut sebelum air dilepaskan ke sungai.

7. Kesemua sungai di kawasan berkenaan adalah bersih dan bebas daripada sebarang bahan halangan bagi membolehkan air mengalir lancar dan tidak tersekat bagi menghalang sebarang banjir.

Persoalan daripada kenyataan-kenyataan 4 sehingga 7:

Mampukah Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming dan Upayapadu Plantation menyiarkan dan mendedahkan laporan-laporan EIA itu kepada umum dan membuktikannya dengan gambar-gambar dari kawasan konsesi termasuklah kolam-kolam sedimen dan sungai yang bersih di kawasan terbabit? Berapa banyakkah kolam sedimen yang telah dibina di atas tanah berkeluasan 10,526 ekar? Adakah kolam-kolam tersebut mampu bertindak secara cekap?

Seterusnya Ngeh Koo Ham berkata lagi:

8. Tanah yang dimaksudkan tidak terlibat dengan banjir baru-baru ini sekalipun terletak antara Bandar Gua Musang dan Kuala Krai yang telah mengalami kemusnahan yang teruk. Sesetengah pihak mendakwa, pembangunan tanah tersebut menyumbang kepada banjir di Gua Musang dan Kuala Krai. Untuk menepis dakwaan berkenaan, syaa ingin menegaskan bahawa kampung-kampung yang terletak di sekeliling tanah berkenaan tidak terjejas langsung dengan banjir. Sekiranya kampung-kampung di sekitar tanah itu tidak dilanda banjir, bagaimanakah pembangunan di atas tanah tersebut telah menyumbang banjir di kawasan sejauh 65 kilometer? Tanah tersebut terletak lebih kurang 65 kilometer dari Kuala Krai dan 65 kilometer dari Gua Musang.

Persoalannya:

Bukankah tanah dan perkampungan-perkampungan di sekitar tanah berkenaan terletak di kawasan tanah tinggi? Sekiranya tanah berkenaan di kawasan tinggi dan merupakan hulu kepada Kuala Krai dan Gua Musang, sebarang sedimen seperti lumpur pastinya dibawa ke sungai yang kemudian memberi kesan kepada kawasan-kawasan yang terletak 65 kilometer. Malah lebih jauh dari itu. 

Soalan-soalan tambahan kepada Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham:

(1) Bolehkah pengesan dibuat yang Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. mempunyai lebih dari 100 orang pemegang saham dengan Ngeh Koo Ham sendiri mempunyai pemilikan 51% saham-saham Upayapadu?

(2) Bolehkah disahkan yang Upayapadu (dan Ngeh Koo Ham serta Nga Kor Ming) merupakan pihak yang menerima PINJAMAN MUDAH KERAJAAN PUSAT bernilai RM16.2 juta sedangkan KERAJAAN PUSAT sentiasa digambarkan sebagai tidak adil oleh DAP?

(3) Pinjaman mudah RM16.2 kelihatan seperti sejumlah wang yang banyak tetapi jumlahnya agak kecil apabila dinisbahkan dengan tanah seluas 10,526 ekar. Mampukah dengan hanya RM1,600 bagi setiap ekar digunakan untuk pembangunan semula tanah berkenaan dengan penanaman semula?

(4)  Kenyataan kewangan menunjukkan Upayapadu mempunyai hutang jangka panjang dan jangka pendek bernilai RM40 juta. Mampukah Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mendedahkan untuk apakah hutang-hutang berkenaan dan kepada siapakah mereka berhutang?

(5) Berapakah jumlah sebenar yang telah dilabur oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham dalam projek berkenaan dan dari manakah sumber kewangan mereka?

(6) Adakah benar DAP melarang wakil-wakil rakyat mereka terlibat dengan perniagaan, terutama sekali perniagaan yang membabitkan tanah kerajaan dan negeri?

(7) Sekiranya benar, adakah Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming diberikan pengecualian? Adakah mana-mana wakil rakyat DAP lain yang diberikan pengecualian daripada undang-undang berkenaan dan siapakah mereka?


LIM SIAN SEE




Thursday, January 8, 2015

SEMAKIN MENARIK!!! ENGGAN BERTANGGUNGJAWAB, NGEH KOO HAM NAFIKAN SYARIKATNYA MEMBALAK DI MANA-MANA KAWASAN DI KELANTAN!!!!


Ngeh Koo Ham akhirnya bersuara. Barangkali sudah tidak mampu untuk menahan diri apabila semakin ramai yang mendesak agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat dan mencari punca banjir berlumpur yang turut menghanyutkan balak-balak yang telah menghancurkan rumah-rumah mangsa banjir.

Berbanding mengaku, Ngeh Koo Ham memilih untuk membuat penafian yang syarikatnya, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd, terlibat dalam pembalakan di tanah seluas 10,526 ekar anugerah Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Yayasan Islam Kelantan pada tahun 2008 fo Sungai Relai dalam Mukim Chiku di Daerah Gua Musang.

Ngeh Koo Ham memberitahu yang syarikatnya tidak terlibat langsung dalam pembalakan di tanah anugerah tersebut. Barangkali kerana itulah juga perolehan Upayapadu yang berakhir pada 2013 adalah KOSONG  yang membawa maksud memang tidak ada sebatang balak pun ditebang dan dijual.

Bagaimanapun, peta Google Earth lain pula ceritanya. Namun ia juga boleh diragui memandangkan Google Earth mungkin tidak dikemaskini dan peta berkenaan dirakamkan puluhan tahun lampau.

Drama semakin menarik. Nampaknya penafian terbaru yang dibuat oleh Ngeh Koo Ham mewajarkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti dan mencari punca banjir berlumpur dan bercampur balak.

SURAT DARI NGEH KOO HAM BERHUBUNG PINJAMAN MUDAH YANG DITERIMA SYARIKATNYA DARI KERAJAAN PUSAT!!!


Nga Kor Ming sehingga ke hari ini masih lagi berusaha untuk memesongkan pemikiran kaum zombie yang mempercayai bahawa DAP dan Cina-Cina DAP tidak pernah mendapat sebarang manfaat daripada Kerajaan Pusat.

Dan lebih menarik ialah apabila Nga Kor Ming cuba mencetuskan kemarahan rakyat tetapi pada masa yang sama, menyembunyikan perkara sebenar membabitkan Upayapadu Plantation Sdn. Bhd, syarikat yang dimilikinya bersama-sama Ngeh Koo Ham yang mendapat kemudahan PINJAMAN MUDAH bernilai RM16 juta dari agensi Kerajaan Pusat yang berkaitan penanaman semula hutan.

DAP seringkali memberitahu para zombie yang terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat terutama sekali kaum Cina bahawa Kerajaan UMNO-BN yang menguasai Persekutuan, sangat rasis dan terlalu melebihkan Melayu-Bumiputera dan bersikap zalim terhadap bukan Melayu.

Namun surat daripada Ngeh Koo Ham ini membuktikan sebaliknya!

Justeru, elok juga kalau Nga Kor Ming yang SANGAT BANYAK MULUT menceritakan dan menjelaskan di mana sebenarnya terletak LADANG BALAK berkeluasan 10,526 ekar yang dihadiahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada mereka di Kelantan. Dan siapa pula yang memiliki tanah balak seluas 10,526 ekar di Sungai Relai, Chiku di Daerah Gua Musang.

Perlu juga dia menjelaskan berapa ekarkah tanah balak yang telah dicerahkan, dibersihkan dan digondolkan? Berapakah nilai balak yang telah dikeluarkan dan berapa luas pula tanah balak yang ditanam semula atau dibiarkan rang?

Seandainya gambar yang dipetik oleh Nga Kor Ming dari laman Facebook FoBN adalah palsu, bolehkah dia menunjukkan gambar semasa dan sebenar dari kawasan Sungai Relai.

Gua Musang merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dalam musibah banjir pada minggu lepas.

Peta dari Google Earth melibatkan kawasan 'Chiku, Kelantan' atau 'Sungai Relai, Kelantan' adalah seperti dalam gambar di atas. Untuk melihat secara lebih jelas, anda boleh gunakan zoom in dan zoom around!!!




Wednesday, January 7, 2015

MACAM NI BARU BIJAK... LEPAS BANJIR SURUT BARU LAWAT, ANWAR ELAK JANGKITAN E-COLI, TAK MACAM NAJIB!!!


Mungkin tidak keterlaluanlah kalau kita pakat sokong Pakatan Rakyat dan Ketua Umum (KETUM) yang jauh lebih bijak berbanding UMNO-BN dan Presidennya, Najib Abdul Razak.

Apa tidaknya, sebaik-baik sahaja banjir melanda, UMNO-BN terus bergerak ke kawasan banjir membawa bekalan makanan dan bantuan kecemasan. UMNO-BN mengerahkan semua unit-unitnya, termasuklah meminta agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO serta orang persendirian untuk memberikan bantuan makanan dan kecemasan kepada mangsa-mangsa banjir.

Hujan ke, ribut ke, perahu bocor ke, motobot besar enjin kecik ke, bahkan telah meletakkan aset-aset ketenteraan seperti helikopter dan pesawat pengangkut dalam keadaan bahaya apabila dikerah menjalankan kerja sepanjang masa dengan anggota dan pegawai-pegawai polis, tentera dan bomba pula bekerja sepanjang empat hari berturut-turut dengan sebahagian daripada mereka langsung tak tidur dan berehat, semata-mata untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Tidakkah bodoh namanya berperangai macam tu?

Itu pasallah Pakatan Rakyat bersorak dan para pecacai mereka mengeji serta mencerca UMNO-BN serta agensi-agensi dan NGO-NGO serta orang perseorangan yang datang memberikan bantuan. Itulah sebabnya sekarang ini, para penyokong Pakatan mempersendakan akal dan kewarasan fikir dengan menafikan banjir yang telah memberi kesan kepada lebih 200,000 orang di Kelantan dan kemusnahan besar-besaran di kawasan banjir adalah disebabkan pembalakan dan penggondolan tanah kepada HUJAN LEBAT semata-mata. Dan itulah sebabnya sebahagian besar para penyokong Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa banjir bercakap besar dan menafikan bantuan daripada UMNO-BN dengan menyatakan bantuan tersebut adalah WANG RAKYAT.

UMNO-BN tidak bijak langsung dalam hal ini. Dalam bahasa kasarnya, BODOH, BEBAL DAN BENGONG kerana bertungkus lumus memberikan bantuan kepada pihak yang tidak memerlukan sebarang bantuan kecuali retorik dan dogma agama syok sendiri yang banyak bercakap tentang pahala dan syurga!

Lebih tidak bijak lagi ialah apabila Najib Abdul Razak yang hari ini sudah mempengerusikan mesyuarat kabinet walaupun masih lagi uzur kerana jangkitan bakteria E.coli. Kan bodoh namanya apabila para pecacai Pakatan berjaya dalam tuntutan bukti yang menyatakan hanya Najib Abdul Razak sahaja yang terkena jangkitan bakteria tersebut sedangkan tiada sebarang berita tentang jangkitan E.coli kepada mangsa-mangsa banjir.

Cuba lihat kebijaksanaan Anwar Ibrahim....

Hanya selepas tiga atau empat hari selepas banjir surut, barulah dia muncul dan menunjukan muka. Macam tu baru bijak namanya. Selain daripada berjaya mengelak daripada jangkitan E.coli atau sebarang varian atau vektor bawaan air lain, Anwar Ibrahim juga dapat mendengar keluhan serta acuman daripada mangsa-mangsa yang sudah diberikan bantuan.

Apa sangatlah yang Najib dapat dengar daripada keluhan serta aduan mangsa-mangsa banjir yang telah dihimpunkan di pusat-pusat pemindahan sementara. Apa sangatlah Najib dapat ketika mengharung air banjir untuk bertemu dengan mangsa-mangsa banjir dan mendapatkan maklum balas tentang keperluan mereka.

Najib sepatutnya jadi lebih bijak seperti Anwar Ibrahim yang pergi melawat dan menziarahi bekas-bekas mangsa banjir di Daerah Temerloh dan Bera bagi menzahirkan keprihatinannya kepada rakyat selepas banjir surut.

Dari awal lagi Najib sudah tunjukkan kebodohannya apabila dia bergegas balik dengan pesawat komersial dan pesawat tentera setelah berunding dengan Barrack Obama untuk isu-isu penting pada hari Krismas. Selepas sampai, terus tak rehat melawat dan menziarahi. Patutnya Najib gunakan alasan Anwar dengan mula-mula sekali meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat pulang lebih awal dan dengan memberikan alasan, ketiadaan tiket kapal terbang untuk balik.


MANA PERGI 'KING' SURUHANJAYA DIRAJA? DAH TAKUT DAP TERKANTOI KE?


Sikit-sikit Suruhanjaya Diraja!

Apa-apa kes pun, dia akan mencadangkan Suruhanjaya Diraja!

Teoh Beng Hock yang mati kerana cuba menyembunyikan skandal dan penyelewengan bosnya yang juga ADUN Seri Kembangan, pun dituntut agar dibuat Suruhanjaya Diraja.

Yang dia langsung tak pernah berani nak usulkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan ialah apabila membabitkan Tragedi 13 Mei 1969. Sebaliknya dia memekak-mekak dan kalut bila namanya disebut, malah menggunakan kekuatan jentera propaganda DAP untuk menghancurkan filem TANDA PUTERA yang memaparkan tragedi 13 Mei 1969 sehinggakan tongkol penghawa dingin pun, jadi isu viral di Facebook semata-mata untuk menghapuskan filem berkenaan dan menghalang penonton daripada menontonnya.

Awal banjir besar yang melanda Kelantan, Apek Puaka memekak di Twitter dan blognya. Semuanya salah UMNO, salah BN, salah Najib Abdul Razak, salah Melayu, salah Islam... pendek kata salah semua pihak lain. DAP langsung tidak kena-mengena. Dia mahu dan menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja diwujudkan untuk mengenakan UMNO-BN kononnya telah menganaktirikan Kelantan walaupun pada masa yang sama, beberapa negeri lain seperti Johor, Pahang dan Terengganu turut dilanda banjir tetapi tidak sekalut Kelantan kerana persediaan telah dibuat lebih awal dan lebih tersusun oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

Yang paling menarik ialah apabila Nga Kor Ming mula melontarkan pelbagai posting-posting biadap yang mempersenda-sendakan orang lain yang dijadikan umpan untuk menaikkan kemarahan dan sentimen rakyat.


Perhatikanlah kumpulan balak hanyut yang telah memusnahkan Jambatan Keretapi Kemubu ini dalam banjir besar yang berlaku Disember 2014. 

Kemudian, berita tentang balak-balak yang menjadi pemusnah sebenar kawasan-kawasan banjir di Kelantan, terutama sekali di Gua Musang dan Kuala Krai, mula tersebar. Pada ketika itulah, Husam Musa yang merupakan kroni utama Ngeh-Nga dalam isu pembalakan di Kelantan, muncul dan mula menghadirkan pelbagai teori-teori ajaib tentang banjir di Kelantan. Manakala para pecacai pula merekacerita tentang hujan lebat luar biasa di Kelantan yang menyebabkan banjir dan bukannya kerana gangguan pada alam sekitar. Mereka membandingkan beberapa kes banjir besar yang telah melanda Kelantan sebelum pembalakan berleluasa berlaku. Tetapi mereka tidak menyebut atau membandingkan angka 200,000 orang yang terkena kesan banjir kali ini dengan 21 kematian serta kerugian di Kelantan yang mencecah RM1.3 bilion selain kehancuran rumah-rumah kediaman dengan banjir lumpur yang menjadi masalah lebih besar berbanding banjir air.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat di media-media sosial berhubung pembalakan yang menjadi salah satu punca dan faktor banjir besar berlumpur di Kelantan, akhirnya perlahan-lahan menutup mulut Apek Puaka berusia 74 tahun.

Sekarang ini, kita sudah tidak lagi mendengar tuntutan dan desakan agar diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tidak lagi kedengaran suara Nga Kor Ming menghasut apabila 10,526 ekar tanah yang dibalak dan digondolkan oleh syarikatnya bersama Ngeh Koo Ham, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd, kembali didedahkan oleh media terutama sekali media sosial.


Monday, January 5, 2015

NGA KOR MING DAN NGEH KOO HAM TERUS DIDESAK PERJELASKAN PERANAN MEREKA DALAM BANJIR BESAR DI HULU KELANTAN!!!


Pakar dan pencinta alam sekitar mendakwa penebangan dan pembersihan Ladang Rakyat di Kelantan yang penuh kontroversi akan menyebabkan banjir besar. Menurut mereka, program tersebut menyaksikan pemusnahan besar-besaran hutan di Gua Musang dan Kuala Krai yang kebetulan merupakan kawasan paling teruk dilanda banjir tahun ini.

Sepanjang 10 tahun lepas, Kerajaan Negeri, menyanggah nasihat serta pandangan Jabatan Hutan dengan membersihkan hutan dara untuk digantikan dengan tumbuhan komersial. Hasilnya ialah, kawasan berkenaan telah 'bersih' dan ditanam dengan pokok-pokok getah. Menurut mereka, pokok-pokok yang baru ditanam ini oleh digunakan sebagai balak.

Pembersihan hutan untuk menanam tumbuhan komersial akan menyebabkan tanah-tanah terhakis dan hakisan tersebut dibawa ke sungai, sekaligus menjadikan sungai-sungai bukan sahaja tercemar sebaliknya mencetekkan dasar sungai. Kelantan merupakan negeri yang mempunyai peratusan tertinggi kehilangan hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia.

Komuniti pertama yang terkena kesan buruk daripada pembersihan hutan dan penebangan balak itu adalah masyarakat Orang Asli di Gua Musang, kawasan yang paling teruk dibalak dan diteroka. Dalam kejadian banjir terbaru, ada di kalangan mereka yang diregut maut angkara ketamakan dan kehalobaan golongan tertentu di Kelantan.

Semenjak 2012, Orang Asli di Gua Musang telah membuat protes terhadap penebangan pokok di tanah-tanah adat mereka. Terdapat lapan kes yang sedang menunggu bicara membabitkan Orang Asli ke atas Kerajaan Negeri Kelantan. Beberapa kes turut melibatkan perampasan tanah Orang Asli untuk Ladang Rakyat.

Disember 2012, dua orang pemimpin utama DAP Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham telah mengesahkan pada April 2012 yang mereka telah membeli syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang memberikan hak penanaman tumbuhan komersil di atas tanah seluas 10,526 ekar yang turut membabitkan Hutan Simpan Sungai Relai, Gua Musang - kawasan yang paling teruk dilanda banjir pada Disember lepas.

Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan oleh pejuang-pejuang alam sekitar, penanaman tumbuhan komersial yang pastinya akan membabitkan pembersihan di hutan simpan.

Justeru, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham diminta untuk menjelaskan peranan mereka dalam operasi penebangan balak dan kejadian banjir di Gua Musang.


Secara spesifiknya, rakyat mahu tahu:

(1) Berapakah jumlah wang yang telah dibayar oleh kedua-dua mereka untuk membeli Upayapadu Plantation?

(2) Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming perlu mengesahkan tanah seluas 10,526 ekar tanah itu berada di kawasan Gua Musang.

(3) Semenjak April 2012, adakah syarikat Upayapadu terlibat dalam penebangan balak dan pembersihan hutan di Hutan Simpan Kekal utama?

(4) Jikalau benar, berapa luaskan kawasan yang sudah 'terlebih bersih' dan berapakah jumlah hasil daripada pembalakan berkenaan?

(5) Adakah operasi penanaman semula telah dibuat/ Sekiranya sudah, di kawasan mana?

(6) Adakah DAP membuat ketetapan bahawa perwakilan yang dilantik tidak boleh menjalankan perniagaan dan undang-undang tersebut masih sah selain mengapa kedua-dua mereka boleh terlepas daripada undang-undang yang DAP sendiri cipta?

Namun persoalan utama yang timbul sekarang ialah, RAKYAT MAHU TAHU, ADAKAH NGA KOR MING DAN NGEH KOO HAM MAHU MENGAKU YANG MEREKA SEBENARNYA TERLIBAT DALAM BANJIR BESAR DI GUA MUSANG DAN KUALA KRAI!!!


BILA CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN.. KATA TAK ADA PEMBALAKAN, TAPI SURAT PEKELILING NI APA BENDANYA?

Katanya....


Tapi hakikatnya... 


BACA SETERUSNYA DI SINI

YEAAAHHHHH.... KETUA PEMUDA PAS SUDAH MULA LANCARKAN TABUNG MILO RUMAH RAKYAT... AMBIK KESEMPATAN BETUL KAU!!!

Malam tadi, laporan tentang ura-ura kewujudan tabung kemanusiaan atau lebih tepat lagi TABUNG MILO BANJIR PAS telah dibuat oleh banyak pihak. Ada pecacai PAS yang sanggup menggunakan dalil-dalil agama untuk menghalalkan perbuatan mereka menipu wang orang ramai yang digelarkan sebagai derma. Pembohongan, penyelewengan serta penipuan yang dilakukan menerusi beberapa tabung milo yang lain terutama sekali TABUNG MEMALI yang tidak sampai pun ke tangan golongan yang dijadikan sebagai umpan untuk memungut puluhan juta ringgit, cuba diselindungi dengan hujah-hujah agama.

Hakikatnya, PAS terutama sebagai Dewan Pemudanya sangat pintar mengambil kesempatan untuk mengumpulkan derma dan buat duit. Bagaimanapun, mereka apabila ditanya, bukan sahaja tidak dapat menjawab, bahkan LANGSUNG TIDAK MENJAWAB!

Sepanjang sejarah PAS mengutip derma termasuklah berkoperasi menerusi KOHILAL, tidak satu perkara pun yang positif. Bahkan ahli-ahli PAS sendiri mempersoalkan hampir kesemua tabung-tabung milo yang diwujudkan oleh PAS. Isi di dalam tabung-tabung berkenaan tidak pernah dibentangkan kepada ahli-ahli PAS sendiri sebaliknya apabila dipersoalkan, mereka tidak sahaja disuruh senyap dan patuh kepada konsep wala' dan tsiqah tetapi ada juga yang dipecat dari parti seperti Cikgu Non Baling.

Cikgu Non cukup terkenal dengan pendedahan skandal Tabung Milo Memali yang turut membabitkan ramai pemimpin tertinggi PAS termasuklah Mat Sabu. Pelbagai pendedahan yang memalukan PAS telah dibuat dan PAS seperti biasa, senyap sunyi langsung tidak berani bersuara.

Tidak sampai beberapa jam selepas soksek-soksek tentang tabung milo baru tajaan PAS akan diwujudkan, Suhaizan Kaiat Ketua Pemuda PAS mengumumkan penubuhan tabung milo Rumah Rakyat yang kononnya wang tersebut bakal digunakan untuk membina rumah tiga bilik di Manek Urai.

Sama ada derma berkenaan ikhlas atau sebaliknya, yang pasti inilah PAS... tukang minta sedekah dan pengemis sedangkan PAS mempunyai ramai ahli-ahli perniagaan serta kontraktor yang mendapat banyak kerja daripada kerajaan. Mereka juga mempunyai para penguasa balak yang bukan sahaja mampu menyewa helikopter semata-mata untuk meninjau kawasan balak yang telah didedahkan sebagai salah satu punca banjir besar di Kelantan yang memberi kesan kepada 200,000 orang rakyatnya, tetapi juga mempunyai kroni-kroni yang mengutip ratusan juta ringgit daripada skandal tanah dan balak di Kelantan.

Mengapa masih orang ramai juga yang menjadi sasaran untuk kutipan derma? Mengapa derma tidak dikutip daripada taukeh-taukeh besar yang menyedut dan menyediakan neraka untuk rakyat Kelantan?

Apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh PAS?.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


Sunday, January 4, 2015

PECACAI KERING IDEA TAPI TETAP NAK HASUT, GUNA GAMBAR BANJIR OKTOBER 2014 UNTUK KUTUK KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN NEGERI SABAH!!!


Barangkali kerana fikir Sabah itu terlalu jauh dari Semenanjung, jauh pula daripada jangkauan media-media konvensional, para pecacai dan penjilat Pakatan Rakyat cuba menjadikan berita banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah pada Oktober 2014 sebagai isu terkini.

Konon-kononnya gambar-gambar yang disiarkan oleh golongan penfitnah tersebut adalah banjir masakini yang telah melanda Beaufort, Penampang, Kota Belud dan Tenom. Konon-kononnya jugalah, tumpuan berlebihan Kerajaan Persekutuan kepada Semenanjung telah menganaktirikan Sabah yang juga dilanda banjir dengan kesannya cukup besar kepada penduduk setempat.

Sebenarnya gambar-gambar berkenaan adalah banjir yang melanda pada 7 Oktober 2014. Antara kawasan yang paling teruk terjejas adalah Penampang, Sepanggar dan Beaufort. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Musa Aman telah mengambil langkah-langkah perlu termasuklah memberikan peruntukan besar dengan kerjasama Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah banjir pada masa akan datang.

RM250 juta telah dipohon dari Kerajaan Persekutuan. Berita-berita berkenaan banjir di Sabah telah disiarkan secara menyeluruh oleh semua stesen televisyen. Begitu juga dengan bantuan-bantuan kecemasan.

TIDAK ADA BANJIR YANG MELANDA PENAMPANG DAN BEAUFORT sebagaimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking!.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247

Saturday, January 3, 2015

HAMBIK KAU... SAMAN SAJA!!! SAMAN BIAR SAMPAI TERLONDEH... PANDAI BUAT FITNAH, PANDAI LER TANGGUNG SAMAN!!!


Diorang ni memang tak ada kerja selain buat kerja fitnah, ek?

Sebuah pasukan bantuan kemanusiaan Pemuda UMNO mendakwa gambar kampit beras dengan gambar Perdana Menteri yang akan diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir adalah palsu.

Menurut Naib Presiden Briged Kesatria Muda Mohd Eddy Casmady Che Hussin, orang yang didakwa di dalam gambar tersebut, menyatakan gambar itu telah dimanipulasi.

Dia turut menafikan menampal sebarang label dengan gambar wajah Perdana Menteri pada kampit beras berkenaan.

"Kami mempunyai beberapa label yang digunakan untuk membezakan paket beras yang diperolehi dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Tetapi kami tidak mempunyai sebarang label yang mempunyai gambar muka Najib dan kami mempunyai saksi serta gambar-gambar untuk membuktikannya," katanya.

Menurut Eddy, dia akan membuat aduan kepada SKMM dan laporan polis berhubung tohmahan tersebut selain akan mengambil tindakan undang-undang.

"Kami yang juga akan mendesak kementerian menyaman Malaysiakini kerana cuba menimbulkan perasaan benci kepada kerajaan di kalangan pengguna Internet," katanya lagi.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang pemuda sedang menampal sticker yang mempunyai logo Briged Kesatria Muda pada kampit beras.

NI HA... NAMA-NAMA SIAPA NI? SKMM TENGAH CARI NIH...


Mereka mungkin sekadar mahu memanjangkan berita...

Mereka sekadar mahu menjadi news breaker...

Mereka mungkin sekadar mahu menjadi orang pertama yang tahu dan menyebarkan berita yang mereka tahu...

Mereka juga mungkin mahu membantu pakatan yang mereka sokong untuk mendapatkan kredit dan pujian setelah teruk dihentam kerana semua pemimpin Pakatan hilang ketika banjir bermula dan memuncak...

Tapi sekarang, mereka pula yang dilanda masalah, manakala pemimpin mereka seperti biasa, menghilangkan diri!!!



Thursday, January 1, 2015

BANYAK SANGAT TUMPUAN KAT KELANTAN, MENGAPA PAHANG TERBIAR?


Semua perhatian sekarang tertumpu kepada Kelantan seolah-olah Kelantan sahajalah yang dilanda banjir kesan daripada perubahan alam sekitar dan ditambah pula dengan ketamakan, serakah serta haloba para pemimpin dan politik di negeri tersebut. Pelabgai cerita dengan pelbagai versi sedih juga kerap kedengaran seolah-olah 160,000 orang mangsa di Kelantan itu sahajalah mangsa musibah manakala beberapa belas ribu orang di Pahang, 150 orang di Johor, hampir 30 ribu di Terengganu dan beberapa ratus orang di Perak, bukannya mangsa.

Perdana Menteri menghabiskan banyak masa di Kelantan. Para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional juga menjadikan Kelantan sebagai tempat mereka menunjukkan yang mereka kuat bekerja dan sangat prihatin.


Media baik media sosial, mahupun media massa dan elektronik, terlalu banyak memberikan tumpuan kepada Kelantan. Penghantaran bantuan kemanusiaan juga banyak kepada Kelantan. Malahan, permintaan, desakan dan tuntutan juga banyak kedengaran dari Kelantan.

Baik banjir mahupun ketika bukan banjir, Kelantan yang paling banyak meminta-minta. Peruntukan demi peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini untuk prasarana dan sebagainya, termasuklah untuk perbelanjaan pengurusan sekaligus menjadikan Kelantan satu-satunya negeri di bawah tanggungan langsung Kerajaan Pusat berbanding 13 buah negeri lain, hilang begitu sahaja. Sebaliknya yang cukup subur di Kelantan adalah politik...

Politik tidak habis-habis di Kelantan dan sekalipun negeri sudah hampir ruyup dan hilang di bawah permukaan air banjir lumpur dan kayu-kayu balak yang menjadi petunjuk kepada kegagalan serta kepincangan pengurusan dan pentadbiran negeri, mereka masih kuat berpolitik dan menyalahkan pihak lain.

Mungkin kerana terlalu tertumpu kepada Kelantan, beberapa tempat lain yang turut dilanda banjir, sekalipun tiada kayu balak yang menghentam dan memusnahkan rumah-rumah penduduk kampung seperti di Kelantan, kurang diberikan perhatian.




Chenor di Pahang sedang menerima musibah ini. Barangkali kerana Chenor merupakan kawasan UMNO-BN, maka kuranglah bunyi politiknya. Kuranglah kutukan, kecaman, kejian dan maki hamun kepada pasukan pemberi bantuan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, NGO, sukarelawan mahupun dari UMNO-BN. Tiadalah juga cerita tentang bayi mati kelaparan atau dewan yang runtuh atau rumah tenggelam dengan 10 mayat terapung atau doktor menghantar surat panjang lebar walaupun turut memberitahu komunikasi terbatas, atau sajak merintih-rintih seorang ibu meratapi kematian bayinya.

Sebaliknya penduduk sekadar melaporkan tentang banjir yang sudah menenggelamkan rumah mereka, memusnahkan peralatan serta harta benda kesan limpahan dari Sungai Pahang, berpindah ke pusat penempatan lebih awal dan sekalipun jalan perhubungan terputus kerana LPT ditenggelami banjir dan masih tidak boleh digunakan oleh sebarang kenderaan, tiada pula cerita kebuluran seperti di Kelantan.




Para pemimpin negeri seperti Sharkar Shamsuddin, Menteri Besarnya Adnan Yaakob, bahkan para pemimpin UMNO setempat dan negeri sudah pun menggerakkan persediaan lebih awal untuk para penduduk berhadapan dengan banjir.

Justeru, walaupun mungkin mangsa-mangsa banjir di Chenor tidak merintih-rintih, merengek-rengek seperti para penyokong Pakatan Rakyat di Kelantan, seelok-eloknya majoriti bantuan sekarang digerakkan ke Chenor, Temerloh dan Maran yang sedang berhadapan dengan musibah banjir.

Lebih mudah berurusan dengan puak yang tidak banyak merungut dan tidak merasakan mereka sahaja yang terpandai dan tahu serba-serbi tetapi akhirnya mereka merintih, merengek dan menyalak kerana tenggelam dek banjir kerana terlalu mengharapkan orang lain bekerja untuk mereka.

Seluruh bantuan sekarang perlu dipindahkan ke Pahang. Biarkan Kelantan kepada Husam Musa dan Pakatan Rakyat yang sekarang ini sedang mencari nama dan BUY A GLORY selepas mereka mendiamkan diri. Apatah lagi, persepsi telah pun dibuat yang mangsa-mangsa banjir di Kelantan sekarang ini terselamat kerana bantuan-bantuan kemanusiaan daripada Pakatan Rakyat!!!!


 
Blogger Templates