Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label chauvinist. Show all posts
Showing posts with label chauvinist. Show all posts

Saturday, August 20, 2016

WARTAWAN THE EDGE YANG BERJIWA TOTOK CHAUVINIST TETAPI MENGAKU TRUE MALAYSIAN!!!



Wartawan The Edge, Maxine Yong Chen barangkali sedar, keterujaannya untuk menunjukkan dan membuktikan taat setianya kepada DAP, hanya menyebabkan dia berhadapan dengan masalah, apatah lagi tindak-tanduk atau lebih tepat lagi, kenyataannya di Facebook, mengesahkan tentang pengkhianatan yang dilakukan oleh The Edge, syarikat tempatnya bekerja untuk menumbangkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO-BN menerusi kerja-kerja fitnah menggunakan dokumen-dokumen berharga USD2 juta yang diperolehi daripada Xavier Justo. 

Bayaran sebanyak RM2 juta tidak pernah diterima oleh Xavier Justo, menyebabkan bekas eksekutif PetroSaudi itu mendedahkan plot serta rancangan jahat puak konspirator membabitkan Clare-Tony-Tong-Ho-Mahathir.

Turut disebutkan juga adalah Nurul dan 'K' yang rapat dengan 'Dr. M' dalam transkrip WhatsApp antara Xavier Justo dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Pada April 2016, Justo menyaman Tong Kong Oii di mahkamah Singapura bagi mendapatkan ganti rugi. Turut disaman adalah dua orang yang lain. Tong Kong Oii gagal mengenepikan saman tersebut dan mahkamah Singapura mengarahkan agar perbicaraan dijalankan. (RUJUK SINI)

Justo claims that he handed over two data storage drives in Mr Tong’s presence at a Fullerton Hotel meeting in February last year in return for US$2 million (S$2.7 million) – money which he never received.
He wants the items – which contain data about global oil services firm PetroSaudi and its business partner 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – to be returned and for any copies to be destroyed, according to court documents filed last November.
Mr Tong denies the claims and argues that Justo is not entitled to the items as he was “widely reported to have confessed to have stolen the data from PetroSaudi”, according to defence papers filed by his lawyer Doris Chia. (RUJUK SINI)
Tong Koi Oong adalah pemilik The Edge. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, taukeh kepada wartawan yang sekarang ini bertungkus lumus cuba untuk tidak mengaitkan taukehnya dalam kemelut yang diciptanya sendiri.


Dalam kekalutan dia untuk mempertahankan boss dan syarikat tempatnya bekerja, Maxine Yong Chen menuturkan sesuatu yang tidak banyak berbeza daripada pertuturan para pemimpin dan penyokong DAP yang terkantoi setelah belang rasis mereka terdedah.

Dia mengaku dirinya sebagai True Malaysian!

Sama ada dia seorang wartawan bodoh atau barangkali terlalu terperangkap dalam aliran chaunivisme bebal, Maxine Yong Chen yang amat membenci kerajaan Barisan Nasional terlupa bahawa pembangunan sukan di negara ini melibatkan kerajaan sepenuhnya. Dana dan peruntukan yang diberikan kepada bidang sukan merupakan dana dan duit rakyat yang diuruskan oleh Kerajaan.

Justeru, kemenangan atau kejayaan mana-mana atlet Malaysia yang bertanding dalam mana-mana kejohanan antarabangsa, memang melayakkan kerajaan untuk berbangga atau claim credit. Apatah lagi dengan pelbagai peruntukan dan perancangan yang dibuat oleh kerajaan tanpa peduli sama ada atlet-atlet mahupun pegawai-pegawai sukan berkenaan, jenis kaki sokong pembangkang.

Apa masalah si wartawan chauvinist ini yang tidak dapat membezakan antara sukan dan politik?

Bagaimanapun, tidak menghairankan juga bilamana di dalam badan-badan sukan, terdapat unsur-unsur politik keterlaluan sehingga ke peringkat pemilihan pemain dan atlet terutama sekali seperti yang berlaku dalam BAM kerana manusia seperti Maxine Yong Chen wujud dan mereka amat tidak malu untuk mempamerkan kebodohan mereka.


Friday, August 19, 2016

KALAU TAK KERANA ATLET CINA, MALAYSIA TAKKAN DAPAT PINGAT OLIMPIK!!! YER KER, HARAMJADAH?



Kalau tak ada atlet Cina, Malaysia takkan dapat satu pingat pun!

Sedap benar bunyi ayat tersebut yang dituturkan dan sekarang ini digunakan secara meluas dalam media-media sosial akaun peribadi kaum chauvinis.

Mereka bukan sahaja dikuasai oleh semangat chauvinis yang amat menebal tetapi juga langsung tidak tahu tentang sejarah negara ini terutama sekali yang membabitkan sukan.

Bukan sedikit rungutan tentang pilih kasih yang terdapat di dalam BAM, badan yang mengendalikan sukan badminton Malaysia. Namun, demi negara, kebanyakan rungutan tersebut dibiarkan begitu sahaja walaupun pemilihan pemain kemudiannya dipertikaikan kerana ia lebih kelihatan kepada pemilihan bangsa berbanding pemilihan kebolehan dan keupayaan.


Sekurang-kurangnya seorang pegawai di dalam BAM yang mengamalkan sikap perkauman tersebut, telah pun diperkatakan dan didedahkan oleh mereka yang terlibat dengan badan sukan tersebut.

Tidak berpuas hati dengan pengendalian dan pemilihan pemain untuk barisan pelapis yang disuarakan oleh beberapa orang ibu bapa pemain sebelum ini, merupakan manifestasi 'ethnic cleansing' yang terdapat dalam badan induk tersebut.

Alasan penajaan, alasan tiada sokongan dan pelbagai alasan remeh lain telah digunakan untuk menghalalkan apa yang sedang berlaku di dalam BAM, malah kebergantungan yang keterlaluan kepada Lee Chong Wei adalah manifestasi kelemahan dalam BAM yang sengaja dilepas pandang.


Justeru apabila Ronnie Liu dan Hew Kuan Yau begitu berbangga dengan 'kejayaan' atlet-atlet Cina dalam acara badminton, ia benar-benar menyakitkan hati, sekaligus membuka semula luka yang sedang berdarah. Suara-suara yang selama ini terpendam, mula kedengaran dan sudah ada yang memberikan pandangan agar dasar serta polisi pemilihan pemain oleh BAM, dirombak sepenuhnya.

Apa yang dilakukan oleh BAM sekarang ini, telah memberi ruang dan kesempatan kepada chauvinis seperti Ronnie Liu yang tidak mahu mengaku perbuatannya sebaliknya menyalahkan kesalahfahaman orang lain berdasarkan kepada posting yang dibuatnya.

Agak aneh juga kerana semasa Anak-Anak Sidek menguasai arena badminton negara dan dunia suatu masa dahulu, suara-suara sumbang daripada Ronnie Liu dan Hew Kuan Yau tidak pula kedengaran.


Malah paling ketara sekali ialah, semasa anak-anak Bumiputera-Pribumi memperjudikan nyawa, peluh, bahkan maruah mempertahankan negara ini daripada ancaman komunis dan pihak musuh, manusia seperti Ronnie Liu dan Hew Kuan Yau langsung tidak bersuara, apatah lagi terbabit. Mereka hanya wujud apabila negara ini dalam keadaan aman. Mereka hanya bersuara apabila segala jerih payah telah dirintis oleh orang lain. Dan mereka berlagak seolah-olah mereka adalah seorang patriot Cina walaupun hakikatnya, mereka adalah chauvinis yang tidak mendatangkan keuntungan walau sesen pun kepada negara ini.

Bak kata pepatah, ada mereka tidak menggenapkan dan tiada mereka, tidak mengganjilkan!!!


Monday, December 15, 2014

BAPA ALLAHYARHAM DATUK MUSTAFA MAAROF DIBUNUH KERANA CUBAANNYA BERKONGSI KEK EKONOMI CINA!!!


Hari ini, seorang lagi bintang filem Melayu klasik meninggal dunia. Allahyarham Datuk Mustafa Maarof lebih dikenali ramai sebagai bintang filem dan latar belakangnya jarang diselidiki, bahkan pengorbanan besar Allahyarham bapanya, Maarof Zakaria untuk ekonomi orang Melayu yang pada waktu itu, dikuasai sepenuhnya oleh kaum imigran, langsung tidak diketahui.

Jasa Allahyarham bapanya diabadikan pada sebatang jalan di Bangsar yang dikenali sebagai Jalan Maarof.

Tidak mustahil, nama Jalan Maarof itu juga akan hilang dan digantikan dengan nama lain memnadangkan kebanyakan pegawai-pegawai DBKL yang berkaitan tidak mempunyai pengetahuan asas, tidak mempunyai kesedaran dan tidak mempunyai nilai-nilai membanggakan sejarah dalam hal menukar nama-nama jalan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Siapa Maafor Zakaria, bapa kepada Datuk Mustafa Maarof?

Bagi mereka yang tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur, nama Jalan Maarof bukanlah satu nama yang asing. Jalan Maarof yang terletak berdekatan Dataran Maybank Bangsar ini diambil bersempena nama seorang tokoh ekonomi melayu yang merupakan pengasas Bank Kebangsaan Melayu yang terletak di Klang Street.

Di era pra-kemerdekaan,orang melayu menghadapi kesukaran dalam urusan ekonomi terutamanya bagi urusan membuat pinjaman daripada bank.Pada waktu itu,hanya terdapat 2 buah iaitu The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.Namun,kedua-dua bank ini tidak memberi kemudahan pinjaman wang kepada orang melayu pada waktu itu.Hal ini menyebabkan ramai orang melayu terpaksa beralih angin kepada ceti-ceti haram yang memberi pinjaman dengan kadar bunga yang tinggi.

Maarof Zakaria(Allahyarham),seorang bekas peguam dan pegawai daerah di Perak yang hidup sezaman dengan nasionalis negara seperti Pak Sako(Ishak Haji Muhammad),melihat perkara ini sebagai satu kemelut ekonomi melayu yang perlu diselesaikan sebelum ia bertambah meruncing.

Dan hasilnya,pada bulan Julai 1947, sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh beliau di atas sebidang tanah berkeluasan 27 ekar. Bank ini telah membuka saham bernilai 2 juta khas untuk orang Melayu pada ketika itu.Pada beliau(Maarof),sebagai tuan tanah(Tanah Melayu),orang melayu perlu bijak menguasai bidang ekonomi sebelum dapat menguasai lain-lain bidang seperti politik.

Namun,langit tak selalunya cerah. Selepas 6 bulan beroperasi, Allahyarham telah ditemui mati dan mayatnya digantung di dalam hutan berdekatan Lake Garden.Hasil siasatan polis,pembunuhan tersebut tidak bermotifkan rompakan atau samun kerana jam tangan Rolex dan wangnya tidak diambil.Jelas,ini merupakan satu konspirasi pembunuhan terancang dalam usaha menghapuskan tokoh ekonomi melayu itu.

Siapa pembunuhnya?? Itu misteri yang masih belum dapat diselesaikan sehingga kini..Alfatihah untuk Allahyarham Maarof.. (SUMBER)


Dalam artikel yang lain...

Di Bangsar, Kuala Lumpur terdapat satu jalan bernama Jalan Maarof. Tak ramai orang muda yang mengetahui kenapa jalan ini diberi nama Jalan Maarof. Bagi yang tahu nama Maarof inilah yang patut menjadi kenangan mengenai cabaran awal yang dihadapi oleh pendukung ekonomi Melayu di masa lalu.

Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria.

Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu.

Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Pada waktu itu hanya ada dua buah bank; iaitu bank milik British bernama The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.

Di kedua buah bank ini Melayu tidak dibenar meminjam wang.

Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi.

Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.

Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu.

Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar Tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di bidang ekonomi.

Yang membunuh Encik Maarof nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi.

Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan.


 
Blogger Templates