Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pas bangang. Show all posts
Showing posts with label pas bangang. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

ARAHAN KEPADA PENJILAT ANWAR DALAM PAS, HAPUSKAN HADI AWANG SECEPAT MUNGKIN DAN HADI DIPERSENDA DI KOLAM SENDIRI!!!


Beberapa hari lepas, PAS mengadakan satu perhimpunan di Stadium Selayang. Dalam perhimpunan tersebut, beberapa orang pemimpin PAS mendesak agar PAS memberikan atau menyerahkan beberapa kerusi yang dimenangi kepada DAP sebagai tanda perpaduan atau istilah lebih popular dalam PAS sebagai TAHALUF SIYASI.

Paling menarik lagi ialah apabila sebahagian pemimpin PAS dalam program tersebut turut menghentam Hadi Awang dalam usaha mereka menggulingkan Hadi daripada saf utama kepimpinan utama PAS.

Dan Hadi Awang dalam ucapannya membidas ahli-ahli PAS berkenaan agar 'KELUAR DARI PAS' kerana mereka melebihkan DAP berbanding parti sendiri.

Di Kedah, gerakan PASMA yang mahu melebihkan PKR (Anwar Ibrahim) dan DAP sedang bergerak dengan aktif. Mahfuz Omar yang sebelum ini cuba bermain 'selamat', mula terasa kesan daripada aktiviti Phahrolrazi Zawawi yang merupakan penggerak utama PASMA. Gerakan mendapatkan pengaruh daripada mudir-mudir sekolah pondok termasuklah Haji Salleh Musa yang merupakan Penasihat PAS Kedah ke dalam kumpulan PASMA sedang giat dilaksanakan.

Gerakan menghapuskan golongan yang dikenali dan diiktiraf sebagai ULAMA dalam PAS sedang giat dijalankan. Ini adalah kerana golongan ULAMA telah dikenalpasti menjadi halangan utama kepada gerakan menyokong DAP dan Anwar Ibrahim, bahkan golongan itulah juga yang telah memutuskan bahawa TAHALUF SIYASI yang dijalankan dengan PKR-DAP merupakan satu kesilapan apabila golongan bukan ULAMA dalam PAS mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Pemilihan PAS akan datang menyaksikan gerakan menghapuskan golongan ULAMA yang diketuai oleh Hadi Awang. Hadi Awang sendiri akan digulingkan untuk digantikan oleh Mat Sabu. Sokongan dana serta teknikal dari DAP dan PKR untuk Mat Sabu semakin kuat sekarang ini.

Menyedari keadaan itulah, penyokong-penyokong ULAMA dalam PAS yang juga dikenali sebagai Geng Perpaduan atau UG mula membalas serangan PASMA. Mereka bagaikan baru terkejut dari tidur yang panjang setelah lama diulit mimpi dan dodoi Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng menerusi PASMA.

Hari ini, di Jalan Putra, Kulim dan lampu isyarat di hadapan IPD Kulim, Jalan Kulim-Bukit Mertajam telah terkesan dua kain rentang yang tertera 'APABILA ULAMA DIPINGGIRKAN, SELAGI ITU PAS SENTIAS MENYOKONG KEMUNGKARAN, YA ALLAH SELAMATKANLAH PARTI KAMI DARI KEROSAKAN'.

Kain rentang berukuran 3 kaki lebar dan 9 kaki panjang berlatarbelakangkan warna hijau dan putih serta terdapat lambang parti PAS di bahagian bawah itu, dipercayai telah dipasang pada waktu pagi 14 Disember 2014.

Mungkin tumpuan yang banyak diberikan kepada Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor, menyaksikan isu-isu melibatkan PAS dan PASMA telah terpinggir serta tidak dipedulikan. Namun yang penting PAS sedang bergolak kerana serangan dari dalam yang PENGARAH serta dalangnya adalah ANWAR IBRAHIM dan LIM GUAN ENG!!!

 
Blogger Templates