Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 20, 2019

BUKU MENGAPA ANWAR TAK BOLEH JADI PM? ANWAR, JOHARI PUTAR FAKTA


Oleh : Yahaya Ismail

Saya ingin memberi penjelasan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan putarbelit Anwar dan Johari mengenai naskah pra-cetak berjudul ‘Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Saya penulis buku itu.

Saya tidak diupah oleh sesiapa pun untuk menulisnya. Ia adalah hasil kajian saya sendiri. Saya telah menulis hal politik, lebih 50 judul buku politik, sejak 40 tahun dulu. Salah satu buku yang saya terbit pada athun 1993 berjudul ‘Anwar Ibrahim Antara Nawaitu dan Pesta Boria’.

Saya mengkritik kepimpinannya, dan dia telah menjemput saya ke rumahnya untuk bincang hal politik selama dua jam dari jam 11.45 malam sampai 1.45 pagi. Dia takut saya mendedahkan berbagai tindakannya yang tidak mengikut ajaran agama walaupun dia mendabik dada sebagai pejuang Islam. Dia takut saya mendapat maklumat lebih banyak mengenai hubungan homoseknya.

Anwar kawan saya sejak tahun 70an. Tapi saya tidak sejalan dengan politiknya. Saya tidak menyertai mana-mana parti politik. Sebagai penulis saya mencari kebenaran, dan berjuang untuk bangsa, agama dan negara.

Umum tahu Anwar meroyan hendak jadi PM. Banyak orang, khasnya Melayu beragama Islam, tidak boleh menerima seorang homosek sebagai pemimpin. Baca kemurkaan Allah dalam al-qur’an terhadap homosek yang dilaknati Allah di Sodom dan Gemorrah. Sebagai penulis beragama Islam saya tidak boleh terima dia sebagai PM. Saya bagi berbagai fakta dan hujah dalam naskah itu mempertahankan pendirian saya.

Saya memberi naskah itu kepada beberapa orang tertentu untuk mendapat komen mereka. Juga saya promosikan buku itu dalam whatapp melalui kulit buku tersebut. Itu bukan kesalahan buat prmosi buku.

Saya bagi naskah itu kepada Anwar dan juga Johari untuk mereka baca, dan kalau mahu, membeli hak ciptanya Ini lazim dilakukan dalam bisnes penerbitan. Saya kemukakan naskah itu kepada beberapa individu tertentu untuk mereka beli hakcipta. Saya letak harga jualan hakcipta RM400 ribu kerana saya tahu buku ini boleh jadi bestseller. Pengalaman selama 40 tahun sebagai penerbit/penulis saya tahu jenis buku yang boleh jadi bestseller.

Saya terkejut bila Anwar berkata saya hendak perasugut dia minta bayaran RM400 ribu. Harga itu berdasarkan nilai hakcipta yang saya bakal jual kepada pembeli. KALAU DIA TIDAK MINAT JANGAN BELI. TAK ADA PAKSAAN APA-APA SEBAB HAKCIPTA ITU SAYA YANG PUNYA. SAYA BERHAK MENERBITKAN BUKU ITU SENDIRI KERANA HAKCIPTA SAYA PUNYA. KALAU SAYA TERBIT BUKU ITU DAN KALAU ANWAR ATAU JOHARI MENGATAKAN SAYA FITNAH BOLEH SAMAN SAYA KELAK. WHAT IS THE PROBLEM?

Barangkali Anwar dan Johari terlalu meroyan dalam politik dalam situasi politik yg tidak keruan sekarang maka mereka tidak faham makna ‘naskah pracetak dengan ‘buku’. Saya tidak perlu memerasugut Anwar untuk menjual hakcipta buku itu. Itu kerja orang bodoh. Saya tidak berkawan dengan gangster untuk mendapat sokongan memerasugut politikus yang dua kali masuk penjara kerana meliwat. Itu fakta, bukan auta.

Kalau mereka menuduh saya penulis upahan menghasilkan buku itu sila tunjuk bukti. Boleh cek akaun bank saya. Sila dedahkan nama manusia yang bermurah hati mengupah saya.
Saya akan menyaman mereka kerana menuduh saya penulis upahan.

InsyaAllah saya akan menerbitkan buku ini kelak sekiranya tidak ada pihak lain yang sanggup membeli hakciptanya.

Tuesday, June 18, 2019

KERANA FARHASH WAFA SALVADOR YANG 'HILANG', MESYUARAT TERGEMPAR DIBUAT DI RUMAH PEMUDA BERKAITAN AZMIN ALI!!!



Mesyuarat tergempar bagi membincangkan keadaan terkini skandal seks sejenis yang dikaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan diadakan malam ini di Rumah Pemuda, di sini.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan Muhammad Hilman Idham iaitu Setiausaha Politik kepada Mohamed Azmin dan ia dilihat ada kaitan dengan perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa serta identiti dalang yang kian terdedah.

Dalam satu kenyataan yang disebarkan melalui WhatsApp, dengan disertakan sekali arahan ‘segera’ semua kepimpinan parti dijemput untuk hadir.

Mohamed Azmin berterusan menafikan dia adalah lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz dan menyifatkan video berkenaan sebagai fitnah jahat untuk membunuh karier politiknya.


Pada masa yang sama, kehilangan seorang Pengerusi PKR negeri sejak meletusnya video seks itu menimbulkan persepsi bahawa dia ada kaitan dengan penyebaran aksi songsang berkenaan.

Adalah dipercayai Pengerusi PKR tersebut adalah Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang juga Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. - UTUSAN ONLINE

Monday, June 17, 2019

VIDEO SEMBURIT AZMIN: PAKAR AUSTRALIA SAHKAN VIDEO ADALAH TULEN, TIADA MANIPULASI DAN TIADA EDITING!!!!



MALAYSIAKINI - Pertubuhan media Australia, SBS News, telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

Laporan itu menyatakan bahawa walaupun tidak dapat mengesahkan jika orang dalam video tersebut ialah Azmin, namun para pakar bersetuju bahawa kelihatan tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat.

"Sekiranya ini (hasil kepintaran buatan AI) Deepfake, ia sangat baik," kata salah seorang daripada mereka, Kevin Nguyen.

Menurut SBS, Nguyen ialah pakar forensik digital yang sebelum ini berunding dan menyediakan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times serta kini bekerja untuk Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Berikutan analisisnya terhadap ketiga-tiga klip itu, Nguyen berkata: "Pada tahap imej, secara forensik ia telah diperiksa.

"Saya menjalankan beberapa analisis forensik... terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej," jelasnya.

Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama.

"Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) Deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung," katanya.


Tak boleh sahkan Azmin

SBS, yang merupakan organisasi berita yang dibiayai oleh kerajaan, memetik Siwei sebagai pakar dalam bidang kepintaran buatan dan forensik media.

Walau bagaimanapun, pakar lain yang dipetik SBS, Giorgio Patrini, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Deeptrace dari Australia, berkata kualiti video itu terlalu rendah untuk membolehkan mendapat suatu analisis muktamad.

Firma Patrini mengendalikan pengesahan video yang diubah dengan teknologi Deepkfake.

"Tiada seorang pun daripada penganalisis yang boleh mengesahkan bahawa Azmin ialah lelaki dalam video itu, mereka hanya membuat kesimpulan bahawa video itu tidak pernah diubah secara digital," kata laporan itu lagi.

Sementara itu, pakar lain, Denby Weller dari Universiti Teknologi Sydney, berkata terdapat beberapa tertentu yang perlu diberikan perhatian.

"Dengan melihat (imej itu, boleh dikatakan) ia telah dirakam dengan mod potret dari telefon walaupun rupa itu boleh dibuat secara buatan pada tahap pasca produksi.

"Ia juga dirakam dari kedudukan yang sedikit tinggi (ketinggian kamera sangat sukar untuk dipalsukan), yang menunjukkan bahawa telefon itu mengarah sedikit ke bawah pada lelaki terbabit," katanya.

Weller dilatih dalam bidang verifikasi video bersama Google News Initiative.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR menyifatkan video itu, yang dibocorkan oleh individu yang tidak diketahui melalui Whatsapp, sebagai suatu komplot jahat untuk merosakkan kerjaya politiknya.

Ini selepas Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengesahkan dirinya ialah lelaki lain dalam video itu yang dilihat memaparkan perlakuan lucah dengan orang yang dikatakan menyerupai Azmin itu.

Haziq yang sedang disiasat atas pelbagai kesalahan, termasuk hubungan seksual luar tabii, juga mendakwa Azmin ialah lelaki yang bersamanya di dalam video itu.

Haziq juga mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah bilik hotel di Sandakan pada bulan lepas.

Pihak polis sedang menyiasat bagi menentukan sama ada klip video itu palsu atau tidak.


Malaysiakini sedang menghubungi Azmin dan para pegawainya bagi mendapatkan ulasan mengenai laporan SBS ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Hilman Idham, setiausaha politik Azmin berkata menteri itu telah mengarahkan pejabatnya untuk memebrikan keutamaan terhadap permintaan polis untuk merekodkan kenyataannya.

Hilman berkata polis memaklumkan kepada pejabat menteri pada Ahad untuk membuat temu janji bagi menyoal Azmin mengenai dakwaan skandal seks itu.

"Kami sedang membincangkan dengan pejabat kerana Azmin telah mengarahkan supaya hal ini menjadi keutamaan.

"Jadualnya untuk hari ini dan esok telah penuh dan kami sedang melihat waktu yang bersesuaian (bagi menteri memberi keterangan kepada polis).

"Tetapi (bagaimanapun Azmin tetap akan diambil kenyataan) sama ada hari ini atau esok," katanya kepada pemberita di Sepang, lapor The Star.

Sunday, June 16, 2019

KLIP VIDEO SEMBURIT: AZMIN ALI KATA, HANYA IBU PEJABAT PKR SAHAJA YANG ADA NOMBOR TELEFON SEMUA PEMIMPIN PKR!!!



Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PKR perlu menjelaskan kenapa pihak yang menyebarkan video seks yang dikatakan memaparkan individu miripnya itu, boleh memiliki nombor telefon semua pemimpin cabang parti.

Azmin berkata malahan sedangkan dia yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR tidak memiliki akses terhadap maklumat sedemikian.

"Ini sudah tentulah mencemaskan. Kepimpinan mestilah memutuskan untuk menyiasat perkara tersebut.

"Kumpulan WhatsApp (yang menyebarkan video itu) mengandungi semua nombor telefon pemimpin cabang dan juga pemegang jawatan lebih rendah pada peringkat cabang (PKR).

"Saya tidak ada akses terhadap maklumat sedemikian. Jadi soalannya sekarang, siapa yang menyediakan maklumat ini dan siapa yang menubuhkan kumpulan WhatsApp ini?

"Terdapat kumpulan (WhatsApp) untuk Sabah, satu kumpulan untuk Sarawak dan satu lagi untuk Semenanjung, jadi ini memerlukan penjelasan kepimpinan," kata Azmin kepada pemberita hari ini selepas hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri DUN Gombak Setia. (RUJUK SINI)

Azmin juga berkata beliau menerima laporan bahawa pihak yang menyebarkan video tersebut mengelak menggunakan Facebook dan Instagram bagi menghalang alamat IP (protokol internet) mereka daripada dikesan.

Ketika ditanya sekiranya beliau akan menggesa lembaga disiplin PKR mengambil tindakan berhubung perkara ini, Azmin berkata terserah kepada badan itu untuk memutuskan apa yang terbaik untuk parti.

"Jika kita mahu memastikan parti ini masih relevan dan diterima orang ramai, maka sesuatu perlu dilakukan," katanya lagi.

Beliau juga mengulangi pendiriannya yang tiada hasrat untuk mengambil cuti kerana hal itu menunjukkan "seolah-olah beliau telah melakukan kesalahan."


Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohd Azmin Ali bahawa ibu pejabat parti itu terbabit memberikan data atau maklumat berhubung nombor telefon pemimpin di peringkat cabang. (RUJUK SINI)

Hubungan antara Azmin Ali dengan Saifuddin Nasution yang juga merupakan Penasihat Strategik Lim Guan Eng walaupun merupakan Setiausaha Agung PKR (RUJUK SINI), tidak pernah baik. Pada hari terakhir Kongres Nasional PKR 2018, Azmin dan Saifuddin dilaporkan berbalas-balas sindiran berhubung pendapatan siapa lebih tinggi. (RUJUK SINI)

Persoalannya ialah, siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Azmin Ali?


Awal Jun lalu, Rafizi Ramli yang dilihat sebagai sekutu utama Anwar Ibrahim bercakap besar kononnya dia mempunyai kod untuk memuatturunkan semua maklumat dan data untuk dianalisa oleh agensinya, INVOKE. 

Kenyataannya itu kemudiannya digunakan untuk mengheret Rafizi sekali ke dalam kemelut ini terutama apabila Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah, Blisson Zainuddin menuduh Rafizi Ramli terlibat secara langsung dalam pembuatan dan penyebaran klip-klip video berkenaan. (RUJUK SINI)

AKHIRNYA LIM KIT SIANG ULAS JUGA BERKENAAN KLIP-KLIP VIDEO AZMIN-HAZIQ!!!



Pertembungan Mahathir dan Lim Kit Siang akhirnya, menjelma ekoran terdedahnya beberapa klip video menjijikkan di media-media sosial semenjak seminggu lalu.

Umum mengetahui, Mahathir memberikan cop mohor kepada Azmin Ali untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8. Manakala DAP pula mahukan Anwar Ibrahim untuk menggantikan jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini disandang oleh Mahathir. Malahan, berulang-ulang kali DAP menerusi Lim Kit Siang menyatakan, DAP menyokong penuh Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Hari ini, Lim Kit Siang melabelkan klip-klip video yang membabitkan seorang menteri kanan itu sebagai 'cabaran terbesar' kepada Pakatan Harapan selepas kemenangan pada 9 Mei 2018. Lim Kit Siang juga menyeru semua pemimpin Pakatan bersatu dalam gelombang kontroversi tersebut. 

Selepas kontroversi dan polemik beberapa hari lepas itu, Supremo DAP itu berkata, Malaysia sedang berhadapan dengna kemelut besar ekoran pendedahan mengejutkan Haziq Aziz yang mengakui dia adalah orang yang dilihat di dalam klip-klip video berkenaan di mana salah seorang daripadanya menyerupai menteri kanan Persekutuan. 

Haziq menamakan Mohamed Azmin Ali sebagai lelaki kedua di dalam video berkenaan, dakwaan yang kemudiannya dinafikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu. Menurut Azmin, dakwaan tersebut hanyalah untuk membunuh kerjaya politiknya. 

Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR kemudiannya mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang. 

"Tidak dinafikan video seks Haziq itu merupakan cabaran terhebat kepada Pakatan Harapan selepas PRU-14 pada Mei tahun lepas. Para pemimpin Pakatan harus bersatu padu untuk menjayakan dan tidak tergelincir dari agenda Malaysia Baharu," kata Lim Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam satu kenyataan. (RUJUK SINI)

Klise alasan yang diberikan oleh Lim Kit Siang, hampir sama dengan alasan yang diberikan oleh Azmin Ali dalam membela batang tubuhnya. 

"Adakah rakyat Malaysia mahu menyelamatkan Malaysia daripada kegagalan, penjarahan dan negara kleptokratik hanya dengan membiarkan video seks Haziq memusnahkan keunikan misi 'Selamatkan Malaysia' setahun kemudian?" tanya Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang turut melahirkan hasrat agar Sidang Dewan Rakyat pada bulan hadapan tidak dipenuhi dengan isu kontroversi video tersebut. 

Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan katanya, perlu menjadikan Sidang Dewan Rakyat itu sebagai 'sidang parlimen paling bersejarah Kerajaan Pakatan Harapan di mana mereka menunaikan janji Malaysia Baharu."



"Berbanding menjadikan Julai 2019 sebagai Sidang Parlimen sesi video seks Haziq, saya lebih suka ia dikenali sebagai Parlimen IPCMC," katanya sambil merujuk kepada Suruhanjaya Bebas Komplen dan Salahlaku Polis. 

Menurut Lim Kit Siang lagi, rakyat Malaysia peru memberikan masa kepada Ketua Polis Negara, untuk mengenal pasti ketulenan dan keabsahan klip-klip video tersebut. 

Dalam pada itu, Lim Kit Siang turut menggesa agar masyarakat awam memberikan kepercayaan kepada pihak polis untuk melaksanakan tugas mereka secara bebas, adil dan amanah dalam menyiasat klip-klip video seks tersebut serta dalang di belakangnya. 



Ironinya, ketika Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan ini, di Twitter pula, ciapan seorang Netizen yang menggunakan akaun KEADILAN@PecatFaekah membuat pendedahan mengejutkan yang mengaitkan dalang klip-klip video tersebut dengan Anwar Ibrahim. 

Pemilik akaun Twitter itu turut mendedahkan bagaimana Haziq cuba dilarikan ke Manila oleh seorang pegawai khas Anwar Ibrahim bernama Farhash Fernando.



Haziq Aziz ketika dibebaskan oleh polis dan keluar dari balai polis, disambut oleh seorang peguam dari parti DAP dan seorang lagi anak muda yang ada kaitan dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.


Saturday, June 15, 2019

TIBA-TIBA DAP YANG DAHULUNYA GALAK DEDAHKAN KLIP VIDEO DAN RAKAMAN SKANDAL SEKS, JADI SENYAP SUNYI DALAM ISU AZMIN-HAZIQ!!!




Sedar atau tidak, dalam kemelut terbaharu yang menyaksikan Azmin Ali terpaksa mendapatkan bantuan daripada Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewujudkan persepsi tidak bersalah dan suci di mata masyarakat terutama sekali di kalangan penyokong dan pengundi Islam, pihak yang paling senyap adalah DAP.

Tidak ada seorang pemimpin DAP pun yang berbunyi apatah lagi mengulas isu ini. Sebaliknya secara diam-diam DAP mengukuhkan kedudukan dan kepercayaan masyarakat Cina terhadap parti tersebut menerusi beberapa tindakan yang perlu disokong isu-isu yang boleh mengalihkan perhatian masyarakat dan penyokong Melayu Pakatan.

Dalam kesibukan kemelut yang sedang melanda, sudah ada desakan yang dimurnikan dengan 'cadangan' agar jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina agar UEC dapat diiktiraf sebagai aliran pendidikan kebangsaan.

Dalam kesibukan kemelut yang sedang melanda, desakan agar diwujudkan satu aliran pendidikan di Malaysia sahaja tanpa aliran vernakular dengan tiga subjek bahasa iaitu Mandarin, Tamil dan Arab diajar di sekolah satu aliran selain Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran bahasa teras dan Bahasa Inggeris, berjaya disenyapkan dan tidak dibincangkan secara meluas.

DAP dan pendedahan skandal pita dan klip rakaman seks, bukanlah asing dan baru. Cuma kali ini, DAP seperti cuci tangan dan seperti sudah 'bertaubat'.


Pada tahun 1994, ketika Lim Guan Eng diberi bayangan sebagai pengganti bapanya di Kota Melaka, skandal membabitkan Rahim Thamby Chik yang pada waktu itu merupakan Ketua Menteri Melaka dan salah seorang daripada Team Wawasan Anwar Ibrahim, telah membangkitkan satu isu besar sehingga menjadikan Lim Guan Eng sebagai hero dan pembela.

1997 beberapa bulan selepas majalah Tamadun menyiarkan kenyataan Mat Sabu bahawa Malaysia bakal menerima Perdana Menteri dari kalangan peliwat, DAP menerusi mendiang Karpal Singh mendesak agar siasatan rasmi dilakukan dan 'menteri' berkenaan bukan sahaja dikenakan tindakan tetapi juga perlu melepaskan jawatan. Dalam kempen-kempen dan ceramah selepas itu, DAP memomokkan UMNO sebagai pembela peliwat untuk dijadikan Perdana Menteri.


2009, Mendiang Karpal Singh sejurus sebelum dilantik sebagai peguambela Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media, mendesak agar Anwar Ibrahim segera bertaubat dan meninggalkan perbuatannya daripada menipu rakyat serta menghuru-harakan Pakatan. (RUJUK SINI)

Awal sebelum itu lagi iaitu pada tahun 1988, DP Vijandran yang pada waktu itu merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan dianggap sebagai antara 'bintang masa hadapan' MIC, telah terpalit dengan skandal seks menerusi pita-pita rakaman. Perkara tersebut didedahkan oleh DAP dan DAP bersungguh-sungguh mahukan agar DP Vijandran selain dikenakan tindakan undang-undang turut meletakkan jawatan. (RUJUK SINI)

DP Vijandran merupakan antara pemimpin masyarakat India yang lantang bercakap tentang penghapuskan sekolah vernakular dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Tamil di sekolah aliran kebangsaan dalam usaha mengeluarkan masyarakat Tamil dari kemelut kemiskinan dan masalah sosial serta perasaan rendah diri mereka. (RUJUK SINI)


Begitu juga dalam isu klip video membabitkan bekas Presiden MCA merangkap bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek. DAP juga memainkan peranan penting dalam menghebahkan isu tersebut dan kemudian berusaha mewujudkan persepsi negatif terhadap MCA menerusi kempen-kempen berterusan sambil cuba mengaitkannya dengan kepimpinan UMNO (RUJUK SINI)

Pada 27 Julai 2012, dalam isu klip video yang membabitkan Speaker DUN Perak, R.Ganeson yang membabitkan V.Sivakumar (Tronoh) dan A.Sivasubramaniam (Buntong) yang mendakwa mereka telah menerima klip-klip rakaman tersebut menerusi sampul surat dan dihantar oleh orang yang tidak dikenali. (RUJUK SINI)

R.Ganeson kemudiannya mengambil tindakan saman fitnah terhadap Sivakumar, Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham (ADUN Sitiawan), Nga Kor Ming (ADUN Pantai Remis) dan Lim Pek Her (ADUN Menglembu). Peguam yang mewakilinya adalah Ahmad Bashir. Ganeson dalam writ samannya menuntut RM25 juta sebagai ganti rugi secara bersama dan berasingan dengan injunsi, faedah dan kos. (RUJUK SINI)

30 Mac 2014, R. Ganeson akhirnya menerima permohonan maaf daripada kelima-lima orang wakil rakyat DAP itu berhubung fitnah yang mereka lakukan terhadapnya. (RUJUK SINI)

Agak aneh, DAP yang begitu aktif membuat pendedahan dan menuntut integriti serta moraliti tinggi para pemimpin negara, kini langsung tidak berbunyi tentang kemelut terbaharu. Apakah kerana DAP berasakan, kalau mereka berbunyi sekalipun, ia hanya mengundang kerugian besar kepada DAP?

Atau sebenarnya, DAP memang mengharapkan pengalihan besar seperti isu klip video yang dikaitkan dengan Azmin Ali bagi memudahkan mereka 'bekerja' di Kementerian Kewangan serta beberapa Kementerian utama lain? Justeru, DAP memilih untuk senyap dan tidak lagi bercakap tentang moraliti dan integriti seseorang pemimpin?

Atau DAP sebenarnya takut kalau benda yang sama pula menimpa para pemimpin kanan mereka?


Friday, June 14, 2019

KUMPULAN OTAI REFORMASI PKR DESAK AZMIN ALI BERCUTI DARI SEMUA JAWATAN KERAJAANNYA DAN PERTIKAIKAN CAMPURTANGAN MAHATHIR DALAM SIASATAN PIHAK BERKUASA!!!



Khairuddin Abu Hassan, orang yang paling aktif mengembara ke luar negara dalam usaha untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak menggunakan isu 1MDB, tiba-tiba sahaja 'berubah' sikap apabila menyatakan kemelut yang sedang melanda Azmin Ali sekarang, bukanlah disebabkan oleh UMNO.

Malahan dia menolak tuduhan yang dibuat oleh jentera propaganda dan perang saraf PKR dalam usaha mereka membela Azmin Ali dengan menyalahkan UMNO.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada Azmin merupakan masalah dalaman parti PKR sendiri atau lebih tepat lagi di kalangan para pemimpin Pakatan Harapan sendiri. (RUJUK SINI)

Khairuddin berpendapat ia dirancang secara teliti dan berterusan semata-mata untuk mematikan terus karier politik seorang Menteri Kabinet yang sedang berada di tahap terbaik kini.


"Ini bukan kerja orang luar tetapi perbuatan jijik dari dalaman. Kalangan jijik dan jahat ini cuba merancang pukulan maut terhadap Menteri Kabinet berkenaan.

Sementara itu seorang lagi pemimpin kanan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang merupakan orang yang cuba dipersalahkan kerana telah mengambil Haziq Aziz bekerja dengannya sebagai SUSK pula mendakwa, Haziq tidak pernah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sekalipun jentera propaganda dan perang saraf Pakatan cuba memanipulasikan gambar lelaki tersebut bersama-sama bekas menteri, YB Nancy Shukri. (RUJUK SINI)

Sementara itu, terdapat pelbagai pendapat berhubung kemelut terbaharu melibatkan Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi ini.

Dr. Mahathir awal-awal lagi telah menyatakan, dia tidak percaya dengan kebenaran klip-klip video tersebut. Malahan ketika siasatan PDRM masih belum selesai, Mahathir dilihat cuba mengganggu siasatan dengan berkata, klip-klip video tersebut adalah palsu. (RUJUK SINI)


Sikap Mahathir yang sangat kontras dengan tindakannya pada tahun 1998, menimbulkan kritikan daripada kumpulan PKR yang menamakan diri mereka sebagai OTAI REFORMASI yang diketuai oleh Dr. Idris Ahmad, ADUN Ijok yang juga merupakan calon Menteri Besar Selangor yang kalah bersaing dengan Azmin Ali dan Amiruddin Shari untuk jawatan tersebut.

Menurut Idris, Azmin Ali seharusnya bercuti dari semua jawatannya bagi membolehkan siasatan lebih adil dan tidak berat sebelah atau dipengaruhi dijalankan oleh pihak berkuasa. (RUJUK SINI)

OTAI REFORMASI merupakan antara kumpulan terawal yang berdemonstrasi di jalanan ketika Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan jawatan-jawatannya dalam Kerajaan termasuklah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ekoran skandal seks liwat dan salahguna kuasa pada tahun 1998.

Kumpulan tersebut mempersoalkan tindakan Dr. Mahathir yang begitu cepat membela Azmin berbanding apa yang dilakukannya terhadap Anwar pada tahun 1998 sekaligus menyatakan kebimbangan mereka terhadap campurtangan Perdana Menteri dalam siasatan membabitkan klip-klip video yang dikaitkan dengan Azmin Ali yang telah ditularkan semenjak tiga hari lepas.

"Kata Mahathir, video tersebut telah disunting menggunakan teknologi canggih, tetapi kami ragu-ragu tentang kelayakannya untuk bercakap tentang teknologi video. Sementara itu, salah seorang di dalam video tersebut telah pun membuat pengakuan berhubung pembabitannya dalam aksi seks itu," kata Dr. Idris Ahmad yang juga merupakan pengerusi kumpulan OTAI REFORMASI.


Thursday, June 13, 2019

PENGAKUAN KEDUA HAZIQ DISUSULI DAKWAAN, AZMIN HANTAR ORANG UNTUK MENGUGUTNYA SUPAYA BERBOHONG DAN MENAFIKAN PENGAKUANNYA!!!



Sudah masuk hari ketiga, fokus dan seluruh tumpuan aliran politik arus perdana di negara ini, diberikan kepada kemelut yang sedang melanda bakal PM ke-8, Azmin Ali. Pelbagai dakyah, pelbagai teori, pelbagai hujah dan pelbagai kenyataan dikeluarkan, baik yang menyokong Azmin Ali mahupun yang menganggap Azmin Ali seharusnya meletakkan jawatan dan bercuti daripada apa-apa jawatan politik, sama ada untuk sementara mahupun selama-lamanya.

Dan segala kisah-kisah tentang rakyat mahupun tentang ekonomi dan kewangan negara, terhenti terus semata-mata untuk memberi laluan kepada cerita-cerita Azmin Ali, ranjang dan aksinya di atas katil bersama pasangannya, seorang lelaki muda yang telah pun membuat pengakuan bahawa dialah orang di dalam klip-klip video berkenaan. Sekaligus membuktikan, rakyat Malaysia dan netizen sebenarnya amat suka dengan kisah-kisah sensasi seperti ini berbanding kisah-kisah dan berita-berita realiti yang menyentuh kocek dan perut rakyat secara langsung.


Semalam, tidak sampai dua jam selepas penafian rasmi yang dibuat oleh Azmin Ali, beberapa jam sebelum Solat Hajat dan Bacaan Yassin diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, dua lagi klip video aksi menjijikkan ditularkan.

Menariknya, penular melakukannya secara sistematik apabila menarik ramai pemain dan penggiat media ke dalam Grup WhatsApp yang menjadi medium utama penularan klip-klip video tersebut.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan penularan klip-klip video tersebut amat terancang yang mempunyai agenda politik. Mahathir juga yakin, klip-klip video tersebut merupakan siri fitnah terancang. (RUJUK SINI)


Hari ini, Malaysiakini yang merupakan antara portal berita terawal yang menyiarkan klip video siri kedua di atas katil di sebuah hotel di Sandakan semalam, kembali menjadi antara yang paling awal menyiarkan pengakuan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengulangi dakwaannya bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama-sama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Malah, Malaysiakini melaporkan Haziq mengakui bahawa rakaman video yang disebarkan itu, bukanlah kali pertama mereka bersama.

"Pertama kali di Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu, kemudian di Pullman Kuching semasa Pemilihan Parti (PKR) pada Oktober tahun lalu. Kami melakukannya sekali lagi di Hotel Grand Hyatt KL semasa tugasannya selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada tahun tahun ini dan bulan lalu di Fourpoint Sandakan," katanya. (RUJUK SINI)


Manakala MSTAR ONLINE pula melaporkan, Haziq menuduh Azmin yang membuat rakaman tersebut untuk koleksi peribadinya.

"Saya sedari kamu lelaki yang sakit kerana hanya kamu yang boleh merakamkan video-video itu sebagai koleksi peribadi selepas menjemput saya ke bilik hotel pada hari kejadian." (RUJUK SINI)

Sesuatu yang amat 'menarik' dalam dakwaan terbaharu Haziq ini ialah apabila dia menyatakan, dia telah dituduh mempunyai agenda politik oleh Perdana Menteri (Dr. Mahathir) selepas dia membuat pengakuan bersumpah.

Dakwanya lagi, Azmin telah menghantar Setiausaha Politiknya, Hilman Idham untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya bagi mententeramkan dirinya yang begitu takut.

“Dia paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya.

“Saya mohon lebih masa untuk merujuk kepada ibu bapa saya dan ini menimbulkan kemarahannya.

“Selepas saya menolaknya, dia membuat ugutan dan berkata ‘ini’ akan berakhir dalam 48 jam dengan atau tanpa bantuan saya untuk berbohong,” katanya. (RUJUK SINI)

“Hanya kebenaran boleh membebaskan saya dan saya amat bimbang dengan keselamatan keluarga dan diri saya.,” katanya.


Haziq juga berharap orang ramai dapat menilai diri sebenar Azmin yang didakwanya sering memanipulasi dan dikelilingi oleh konco-konconya, terutama Hilman; (Exco Pulau Pinang, Dr) Afif (Baharddin); (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Zuraida (Kamaruddin). (RUJUK SINI)

Menariknya, pengakuan susulan Haziq ini dibuat serentak ketika Setiausaha Politik Azmin Ali, Hilman Idham membuat laporan qazf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

Wednesday, June 12, 2019

SHAZLIN MANSOR, PEGUAM YANG DIARAHKAN TOMMY THOMAS DIPECAT DARI INKUES MUHAMMAD ADIB, KEMBALI BERAKSI... KINI MEWAKILI KELUARGA AHLI BOMBA ITU!!!



Peguam Syazlin Mansor akan kembali mewakili anggota keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues berkaitan punca kematian allahyarham.

Syazlin mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya beliau bertindak demikian atas permintaan bapa allahyarham.

Syazlin juga berkata beliau agak rapat dengan anggota keluarga Adib. (RUJUK SINI)

Peguam Negara Tommy Thomas sebelum ini berkata Shazlin digugurkan kerana mempunyanyi percanggahan kepentingan kerana mewakili tiga pihak sekali gus, iaitu kementerian, Jabatan Peguam Negara dan keluarga Adib.

Ahmad Soffian Mohd Shariff, bekas setiausaha akhbar (SUA) Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, berkata beliau melepaskan jawatannya susulan hilang kepercayaan terhadap kerajaan sedia ada hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata walaupun dirinya memandang tinggi terhadap Zuraida, namun perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai kerajaan Pakatan Harapan (PH), hari ini.

“Zuraida seorang majikan baik, dia seorang menteri dan pemimpin yang bagi saya terbaik sekali dalam kabinet PH, (itu) pandangan peribadi (saya).

“Secara keseluruhan, bukan sebab KPKT, kerja lama saya, saya rasa tidak yakin dengan kerajaan sedia ada, kerajaan PH.

“Sebab itu saya undur diri, saya tak jadi gunting dalam lipatan. Saya tidak yakin dengan keseluruhannya dalam struktur kerjaaan yang saya tak yakin,” katanya lapor portal malaysiakini hari ini.

Ahmad Soffian berkata keputusan kerajaan untuk menggugurkan isterinya, peguam Syazlin Mansor, dari inkues Muhammad Adib Mohd Kassim juga mempengaruhi keputusannya untuk melepaskan jawatannya.

Katanya, antara isu yang membuatkannya tidak yakin dengan kerajaan PH adalah kegagalan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Banyak perkara yang sepatutnya tidak berlaku tetapi ia terjadi dalam era Malaysia baharu ini,” katanya.

Dalam pada itu isteri kepada Ahmad Soffian yang juga bekas Peguam kepada Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan dan juga peguam keluarga Allahyarham Adib, anggota bomba yang terkorban di dalam insiden rusuhan kuil, turut mengubah pendirian beliau dengan mengumumkan akan terus mewakili keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam prosiding inkues kematian mangsa.

Menurut Syazlin, langkah itu dibuat selepas beliau mengambil kira beberapa perkara termasuk menunggu perbincangan antara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Peguam Negara, Tommy Thomas selesai.

“Ayah kepada Allahyarham Muhammad Adib juga pernah berjumpa dengan saya dan merayu agar saya terus mewakili keluarga mereka dalam prosiding inkues ini.

“Pada pandangan saya, ada cubaan untuk mengacau ganggu prosiding inkues ini terutamanya dalam hal berkaitan keterangan yang dikemukakan saksi pakar.” (RUJUK SINI)

BILA HAZIQ MEMBUAT PENGAKUAN, BERMULALAH PERANG BESAR DALAM PKR.... YANG MENANG ADALAH DR. MAHATHIR!!!



Pagi ini, kita dikejutkan dengan PENGAKUAN BERANI SUSK Shamsul Iskandar Mohd Akin, HAZIZ AZIZ bahawa individu di dalam klip-klip video yang sedang melakukan hubungan intim sejenis adalah dirinya. Malahan, di dalam pengakuannya itu juga, dia menyarankan agar pihak SPRM  mengambil tindakan terhadap Azmin Ali yang disifatkannya sebagai pemimpin politik yang kotor. 

Sekaligus mengesahkan pelbagai teori bahawa ada orang luar sedang meniup cerobong, menghembus bara yang diperkatakan. Ada orang luar yang mahu melihat PKR terbakar, hangus dan rentung. 

26 September 2018, selepas beberapa bulan kemenangan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan serta selepas beberapa polemik melibatkan keputusan draconian dan diktator Mahathir berhubung pembahagian jawatan Kabinet serta Menteri Besar serta kedudukan Daim Zainuddin, bekas Timbalan Presiden PKR pertama yang merupakan Presiden Parti Rakyat Malaysia terakhir, Dr. Syed Husin Ali membuat satu ciapan Twitter yang amat menarik.



Dari situ, ramai yang melihat Latheefa Koya bakal dihadiahkan jawatan penting dalam Kerajaan Mahathir. Persoalannya, kerja atau tangan siapakah yang menyebarluaskan ciapan tersebut? 

Syed Hussin dan Latheefa Koya berasal dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum parti itu digabungkan dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk membentuk parti baru, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ramai yang mengatakan perlantikan Latheefa Koya ada kaitan dengan Azmin Ali. Bagaimanapun, penulis percaya perlantikan Latheefa bukan atas kehendak Azmin atau cadangan Azmin. Sebaliknya ia sengaja dibuat begitu agar ia kelihatan seperti itu, sekaligus membuatkan telunjuk puak yang tidak menyokong Azmin dalam PKR akan mengarah kepada Azmin.

Perlu diingat, PKR adalah sebuah parti yang sentiasa membara, secara tersendiri parti tersebut mempunyai kekuatan tersendiri namun ia akan menjadi satu letusan yang hebat jikalau berjaya dimanipulasi.

Mengapa dalam isu perlantikan Latheefa Koya, Azmin mengiyakan dan bersetuju?



AZMIN ALI SUDAH DIPERANGKAP

Sudah tentulah apabila Azmin bersetuju, fraksi yang menyokong Azmin dalam PKR akan bersetuju sama dan dengan rasional masing-masing. Apatah lagi perlantikan Latheefa Koya sebagai KP SPRM kelihatan amat koheren dengan 'fractionize' yang berlaku dalam PKR, Latheefa seringkali dilihat sebagai geng Azmin.

Azmin pula berasa dimenangkan, dipentingkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam pertembungan fraksi itu. Tetapi tanpa sedar, Azmin sebenarnya telah dipergunakan. Bukan dipergunakan oleh orang dalam parti tetapi orang luar yang bernama DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD. Dan tanpa sedar juga, Mahathir berjaya menjentik reaksi puak-puak yang tidak menyokong Azmin dalam parti untuk menyerang Azmin habis-habisan.

Kita kena kenal Mahathir, kita kena kenal politik memerintah cara Mahathir. Mahathir memerintah dengan cara mengawal. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri di bawah Kerajaan UMNO/BN, Mahathir mengawal menteri-menterinya dengan hanya memegang fail, anda faham bukan?

Tetapi bersama Kerajaan PH berbeza, pemimpin PH adalah mereka yang pertama kali jadi menteri, tiada rekod korupsi maka tidak boleh mengguna cara lama, memegang fail dan mengawal. Lalu harus bagaimana Mahathir yang bersifat "mengawal" ini mahu mengawal mereka?


"Devide - Control - Rule" atau Pecah - Kawal - Perintah, itulah caranya. Masalah besar Mahathir ialah sebelum Mahathir dan Parti Pribumi BERSATU Malaysia menganggotai Pakatan Harapan, Pakatan Harapan sudah mempunyai pemimpin tertingginya, pemimpin de facto ketika itu, Anwar Ibrahim, musuhnya suatu ketika, dan permusuhan itulah melahirkan gerakan reformasi. Ketika itu, sebahagian besar kesetiaan pemimpin Pakatan Harapan terarah kepada Anwar.

Mahathir perlu mengubah senario ini, Mahathir perlu membina dirinya menjadi lebih superior dari Anwar, Mahathir perlu mengalih sebanyak mungkin kesetiaan primer pimpinan Pakatan Harapan dari Anwar kepada beliau, kesetiaan sekunder boleh sahaja kepada Anwar sebagai belaian palsu yang tetap memberi kelebihan kepada Mahathir. Peluang untuk Mahathir terbuka luas bilamana Pakatan Harapan menang Pilihanraya Umum 9 Mei 2018 dan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri.

Maka Mahathir pun memulakan Rawatan Terpecah (Devided Treatment). Kepada Parti Amanah Negara, hampir kesemua pemimpinnya yang menang kerusi Parlimen dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, Dato' Raja Kamarul Bahrin turut dilantik sebagai Senator dan diangkat sebagai Timbalan Menteri. Di mata PAN, ini penghargaan besar daripada Mahathir. Siapa sangka Mat Sabu akhirnya menjadi Menteri Pertahanan!

Namun di sisi Mahathir, itu semua hanyalah jual beli kesetiaan. Tidak cukup dengan itu, kalangan PAN mendesak pula supaya Husam Musa diberi jawatan, alasannya Husam punya kaliber nasional. Mahathir ikut semua, Husam dilantik sebagai Senator dan Pengerusi KADA.

Bukan Husam sahaja, Nik Omar Nik Abdul Aziz dilantik sebagai YDP YADIM. Mazlan Aliman sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang dan Muhammad Faiz Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, tanpa sedikit bantahan pun daripada Mahathir. Sebahagiannya mungkin layak, sebahagiannya anda punya jawapan sendiri. Akhirnya PAN menjadi sangat taat kepada Mahathir.

Sebab itu anda tidak akan dengar respon dari Presiden dan Timbalan Presiden PAN dalam kes perlantikan Latheefa sebagai KP SPRM. Lebih dari itu, melihat senarai lantikan dari PAN itu, ia sudah menghilangkan "locus standi" PAN untuk bersuara. Habis cerita, PAN berjaya ditundukkan Mahathir. PAN sekarang bukan lagi Anwarinas. Kalau adapun sekunder, utamanya adalah kesetiaan kepada Mahathir.



SIHIR MAHATHIR UNTUK DAP

Untuk DAP, Mahathir cuma perlu menyihir mimpi menjadi realiti. Katalah apa sahaja, DAP parti chauvinist, DAP parti cina, DAP parti perkauman, hakikatnya DAP adalah parti politik dalam Malaysia, faham akan demografik Malaysia. Tanyalah pemimpin paling tua yang masih ada dalam DAP seperti Chen Man Hin, Penasihat Seumur Hidup DAP, penulis yakin dia pun sudah menerima hakikat yang DAP adalah parti pembangkang seumur hidup.

Namun secara tiba-tiba, DAP menang PRU2018. Bukan sekadar menang, tetapi kepada Lim Guan Eng, diserahkan jawatan menteri paling kanan, Menteri Kewangan!

Mahathir tidak kisah dengan isu yang dimainkan oleh PAS dan UMNO, sebab Mahathir sangat kenal kedua-dua parti ini. Kalau DAP pernah bermimpi untuk Lim Guan Eng naik setinggi ini, ia adalah mimpi yang ingat tak ingat sahaja, mimpi yang tak diambil pusing pun... hari ini mimpi itu disihir menjadi realiti oleh Mahathir. Tentulah DAP menjadi terpana dan terkesima. Mahathir membeli kesetiaan DAP hanya dengan mencipta keraguan, andai Anwar atau orang lain menjadi Perdana Menteri, bolehkah DAP berada sekanan ini dalam kabinet?

Begitu jugalah apabila Mahathir mengawal Lim Kit Siang. Biarpun beberapa pemimpin biasa DAP seperti Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh terhadap Mahathir, ia tidak memberikan apa-apa impak kepada Mahathir.

Dan disebabkan itulah, Lim Kit Siang cuba campurtangan untuk membuktikan kepada para penyokong DAP, khususnya masyarakat Cina bahawa DAP yang berkuasa atas Mahathir. Lim Kit Siang menyebut tentang keperluan para pemimpin Pakatan kekal komited dengan Manifesto PH sebagai panduan untuk membina Malaysia Baharu. Lim Kit Siang menegaskan, Perdana Menteri betul dari segi perlembagaan tetapi salah dari segi politik apabila melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.


Reaksi Mahathir cukup mudah. Dia tidak akan menarik kembali keputusan tersebut supaya 'tidak dilihat sebagai Perdana Menteri U-Turn'. Satu isyarat jelas kepada DAP, masyarakat Cina dan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng sendiri bahawa Mahathir memperlekehkan Supremo Uno DAP itu secara berterus-terang.

Sebabnya mudah... Kenyataan Kit Siang itu sebenarnya mencabuli kenyataan dia sendiri pada 22 Disember 2018 yang menyeru para pemimpin PH supaya berhenti membuat sebarang serang ke atas para pemimpin parti komponen PH tanpa terlebih dahulu mendapat lampu hijau daripada parti mereka.Katanya pada waktu itu, sementara tiada siapa mahu apa-apa sekatan ke atas kebebasan bersuara, adalah penting untuk memastikan bahawa perpaduan dalam PH tidak dilemah atau dimusnahkan oleh kebebasan bersuara tanpa sekatan.

Namun bila dia sendiri turun padang mengkritik Dr. Mahathir dan menyifatkan perlantikan Latheefa Koya sebagai KP SPRM sebagai salah dan bertentangan dengan manifesto PH, rumusan yang boleh dibuat adalah sama ada Lim Kit Siang sudah menghadapi masalah ingatan sehingga lupa kepada seruannya pada 22 Disember 2018 atau kritikan Lim Kit Siang ke atas Perdana Menteri ini adalah kritikan rasmi yang mendapat lampu hijau daripada DAP.

Aspek kedua ialah kenyataan Lim Kit Siang ini seolah-olah satu perumpamaan Melayu yang berbunyi “bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”. Bagaimana Lim Kit Siang boleh menyifatkan tindakan Perdana Menteri melantik Latheefa Koya, yang sebelum ini bukan ahli BERSATU tetapi ahli PKR, sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai salah dari segi politik dan bertentangan dengan Manifesto PH sedangkan pada waktu yang sama dia membiarkan perkara lebih teruk dibuat oleh DAP?

Malah, sewaktu menjadi pembangkang dahulu, Lim Kit Siang berkali-kali menyerang MCA kerana melantik macai-macainya (MCA lackeys) sebagai pengerusi badan berkanun kerajaan seperti dalam kes pelantikan Datuk Lee Hwa Beng sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dalam kenyataan beliau pada 11 Mei 2009, tetapi kini setelah menjadi kerajaan DAP melantik bukan setakat macai-macai tetapi pemimpin tinggi DAP sendiri sebagai pengerusi badan berkanun kerajaan.

Contoh paling utama adalah dalam kes-kes:
(1) Pelantikan Dr John Brian Anthony, yang hingga kini masih merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, sebagai Pengerusi Bintulu Port Authority (BPA) pada 4 November 2018.
(2) Pelantikan Ean Yong Hian Wah, yang hingga kini masih merupakan Timbalan Pengerusi DAP Selangor dan ADUN Seri Kembangan, sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) pada 18 Mei 2019. 

Mengapa tidak berbangkit pula persoalan bahawa pelantikan Dr John Brian Anthony dan Ean Yong Hian Wah sebagai salah dari segi politik dan bertentangan dengan Manifesto PH?

Sebab itulah saya nyatakan bahawa DAP adalah sebuah parti yang bersikap “double standard”, bila DAP yang buat boleh sahaja tetapi bila orang lain yang buat terus tidak boleh.



DIVIDED TREATMENT UNTUK PKR

PKR adalah sebuah parti yang paling sukar diuruskan oleh Mahathir. Sebabnya, PKR ada Anwar. PKR juga ada Azmin. PKR juga adalah parti terbesar dalam Pakatan Harapan. PKR juga mempunyai Ahli Parlimen paling ramai berbanding komponen Pakatan Harapan yang lain.

Anwar kepada Mahathir adalah seperti minyak sawit kepada minyak soya, McDonald kepada KFC, Pepsi kepada Coke. Maksudnya ia pertembungan dan persaingan yang tak habis namun kedua-duanya punya kemampuan untuk saling mengganti. Azmin pula adalah seorang pemimpin berkarakter, tersendiri dan tidak bergantung yang punya "self-esteem" yang tinggi, sedang mengejar "self-actualization." Kedua-dua Anwar dan Azmin boleh menjadi gabungan yang hebat memimpin PKR tetapi sifat-sifat berbeza ini jugalah yang melahirkan fraksi.

Fraksi bukan perkara baru dalam PKR. Fraksi atau cai telah wujud sejak era awal penubuhan PKR lagi. Dalam keadaan paling kritikal pun, seperti dalam Pemilihan Keadilan yang lepas, fraksi tidak mampu membuat parti berpecah. Ini kerana ia bersifat dalaman, tiada gangguan efektif dari anasir-anasir luar. Mahathir melihat ini, melihat dengan ekor mata yang tajam.

Mahathir sudah memanipulasi "fractionize" dalam Keadilan ini sejak awal pembentukan kabinet lagi. Begitu ramai geng Azmin dilantik ke dalam kabinet, sebelum Pemilihan PKR, apa tujuannya? Mahathir ketika itu berlagak seperti tidak terlibat. Semua jari menuding kepada Azmin dan berkata, ini perancangan kartel!

Apakah perlantikan kesemua geng Azmin ini kerana Mahathir berharap dan bergantung kepada mereka?

Mahathir bukan begitu, bahkan Mahathir mahu orang bergantung kepadanya. Pemilihan PKR berlalu, walaupun penuh dengan drama pertembungan fraksi, tetapi ia tetap tidak mampu memecahkan parti. Fraksi kekal sebagai bara, Mahathir tidak berpuas hati, Mahathir mahu menyalakan bara itu, Mahathir mahu membakar PKR. Penyokong geng Anwar dan geng Azmin perlu dipergunakan sepenuhnya.


Mahathir cuma ada empat pilihan  dalam usaha untuk mengawal PKR, sama ada memusnahkannya terus, memecahkannya, melemahkannya atau mengecilkannya. Kali ini Mahathir perlu melakukan dari tangannya sendiri. Kita lihat kronologi perlantikan Latheefa sebagai KP SPRM.

Latheefa mendapat tahu, Latheefa meletak jawatan sebagai anggota PKR. Latheefa dimaklumkan tentang perlantikan (secara rasmi). Apakah Latheefa meletak jawatan sebagai ahli PKR atas inisiatif sendiri atau atas nasihat pihak ketiga sebelum makluman perlantikan rasmi dibuat?

Strategi ini sangat licik untuk meletak PKR sebagai pihak yang tidak perlu dimaklum akan perlantikan ini. Kalau benar, siapa pihak ketiga yang menasihati Latheefa itu?

Ingat... berita yang masuk bukanlah "Latheefa Koya mendapat tahu dia akan dilantik sebagai KP SPRM" atau "Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ahli PKR untuk dilantik sebagai KP SPRM" tetapi terus "Latheefa Koya dilantik sebagai KP SPRM yang baru."

Kerana ia mengejut, maka reaksi yang muncul juga pantas dan panas. Serangan dari geng Anwar terhadap geng Azmin kembali hangat, hanya kerana Latheefa dilihat sebagai orang Azmin, walhal ia bukanlah perancangan Latheefa ataupun Azmin. Geng Azmin turut membuat serangan balas dan tempelakan-tempelakan sinis. Serangan terhadap Mahathir juga dilakukan, bukanlah kerana kuasa melantik itu. Serangan lebih menjurus kepada kenapa memilih kartel? Mahathir hanya melihat dengan senyum, bahkan menambah lagi perisa kepanasan dengan kenyataan "muktamad"nya. Mahathir tidaklah terlalu bodoh untuk tidak memahami manifesto.

Mahathir suka dengan situasi ini, ini yang Mahathir mahu lihat, tetapi apa yang Mahathir harapkan lebih dari itu. Mahathir mahu mendengar reaksi Anwar sendiri. Pun begitu Mahathir tidak perlu membalas reaksi ini. Cukup dengan geng Azmin yang akan menyerang Anwar dan Mahathir bertepuk tangan. Ia benar-benar berlaku, walaupun reaksi Anwar cuma mengharap Mahathir memberi penjelasan akan perlantikan itu, di mata geng Azmin, ia seperti mempertikai kredibiliti Latheefa, "orang Azmin" yang dipilih Mahathir. Mahathir cuba mengumpan untuk mengheret perseteruan fraksi dalam Keadilan berlaku langsung di antara Azmin dan Anwar, bukan lagi Azmin dan Rafizi atau sebagainya. Mahathir mahu perseteruan fraksi ini kali ini bukan lagi dikawal oleh Anwar atau Azmin, tetapi oleh dia sendiri.

Dengan kata lain Mahathir mahu mengawal PKR. Membuat tindakan-tindakan yang menghilang kesabaran dan mencipta kemarahan Anwar akan memberi ruang kepada Mahathir untuk membuat perubahan lain pula.

Melayan sebahagian fraksi dalam PKR dengan cara membeli kesetiaan oleh Mahathir seperti yang dia lakukan terhadap PAN dan DAP, itu secara lateralnya mengecilkan PKR. Campurtangan Mahathir menyemarak perseteruan fraksi dalam PKR akan melemahkan parti ini. Bara perseteruan fraksi yang ditiup dari luar hingga menyala apinya akan memecahkan PKR. Api yang dibiar marak dan membesar akan memusnahkan terus PKR.



AZMIN TIADA NILAI KEPADA MAHATHIR

Sepatutnya dari awal lagi Azmin telah sedar bahawa perancangan Mahathir itu besar. Dalam perancangan besar itu Azmin di mata Mahathir bukanlah sosok yang tersangat penting. Kalau Azmin begitu, apa sangatlah Latheefa Koya.

Di sisi Mahathir, kesemua mereka kalau bidak di papan catur. Latheefa di tangan Mahathir adalah soldadu yang tidak ralat untuk dipangkah mati bila-bila masa. Jika akhirnya PKR hangus terbakar, adakah lagi nilai Azmin di pandangan Mahathir?

Satu yang nyata, Mahathir adalah seorang conservative machivellianist, Azmin pula adalah seorang yang non-dependent, keras dan agresif, mengingatkan kita kepada Musa Hitam, Ku Li dan Anwar sendiri... orang-orang yang pernah gagal untuk bekerjasama dengan Mahathir. Adakah Azmin boleh berjaya? Atau apakah Mahathir betul-betul mahukan orang seperti itu?

Sekali lagi, jika PKR musnah terbakar, atau berpecah, adakah Mahathir bermasalah untuk memerintah? Sudah terlalu kerap diperkatakan, perancangan Mahathir ini besar. Mahathir pernah bergaduh dengan Ku Li, kemudian bergabung kembali, Mahathir pernah bermusuh dengan Anwar, kemudian bersatu semula. Mahathir berperang dengan Najib, apakah tidak mustahil perang tamat dan mereka berpeluk sekali lagi? Kalau tidak dengan Najib pun, mungkin dengan Zahid Hamidi dan Mat Hassan, apatah lagi Mahathir tidak pernah ada masalah dengan kedua-dua pemimpin Umno ini.

Cubalah cari jawaban, andai ini berlaku, apakah PAN dan DAP setia dengan PKR atau mengikut Mahathir?



Monday, June 10, 2019

WALAUPUN UMNO DAH TERKANGKANG, PARA PEMIMPINNYA MASIH LAGI PERASAN, MEREKA DALAM KEADAAN SELESA!!!



Sebenarnya, kalau dihitung-hitungkan, PRU-15 sudah tidak lama lagi. Walaupun perkataan '4 tahun lagi' itu kedengaran seperti panjang, namun hakikatnya tempoh untuk mengadakan PRU-15 bagi mendapatkan mandat untuk kerajaan berkuasa, sudah tidak lama. Dari tarikh 9 Mei 2018 kebanyakan pekerja-pekerja parti politik bertungkus lumus untuk mengubah keputusan pada PRU-15 lagi.

Para pemimpin Pakatan Harapan terutama sekali membabitkan DAP dan PKR, dari hari pertama keputusan PRU-14 diumumkan, terus bekerja keras untuk mengekalkan rentak kemenangan dan penguasaan mereka ke atas Putrajaya. Manakala PPBM pula menerusi Dr. Mahathir dan Syed Saddiq yang mewakili kaum muda, terus berpolitik untuk mewujudkan persepsi tercemar ke atas UMNO dan para pemimpinnya.

Begitu juga dengan PAS. PAS kelihatan lebih bersemangat untuk kembali ke persada utama arus politik tanahair selepas mengalami pelbagai gejolak, konflik serta pemimpin-pemimpin kanan yang keluar parti untuk menyertai PAN - serpihan PAS yang diwujudkan oleh DAP ketika cuba menguasai PAS untuk memastikan PAS kekal menjadi organisasi sayap DAP demi undi Melayu-Islam.

Di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, hanya beberapa kerat sahaja yang kelihatan sedar dan insaf bahawa UMNO perlu digerakkan dan diperjuangkan kembali untuk mendapatkan kepercayaan para pengundi. Sebahagian besar yang lain, masih terus bergantung kepada kepercayaan karut kononnya, rakyat yang sudah sedar dengan pembohongan, penipuan dan pemerdayaan Pakatan Harapan akan kembali memilih UMNO dan Barisan Nasional tanpa mereka berbuat apa-apa.


Tidak ramai pemimpin UMNO yang mahu tampil ke hadapan untuk menangkis apatah lagi menyerang Pakatan Harapan. Kalau ada pun yang kelihatan aktif, hanyalah pemimpin-pemimpin seperti Najib Abdul Razak, Zahid Hamidi, Tok Mat Hassan, Asyraf Wajdi, Ahmad Maslan, Fuad Zarkashi dan beberapa orang yang lain.

Sebaliknya, MCA pula kelihatan bertungkus-lumus cuba memenangi kepercayaan masyarakat pengundi Cina menerusi pembabitan aktif Wee Ka Siong, Nicole Wong Siaw Ting dan Chong Sin Woon dalam isu-isu yang membabitkan masyarakat dan kepentingan Cina sama ada di media-media sosial, mahupun media-media cetak berbahasa Cina.

Terlalu banyak isu yang membabitkan kepentingan rakyat sekarang ini. Namun kebanyakan pemimpin UMNO memilih untuk mendiamkan diri dan sekadar menjadi pemerhati atau sekadar bercakap sepintas lalu seolah-olah mereka tidak ada idea, tiada kesedaran atau masih berasakan mereka berada dalam blok kerajaan.

Serangan-serangan bertali arus bagi mendapatkan kepercayaan rakyat dan pengundi sepertimana yang dilakukan oleh Rafizi Ramli, Tony Pua, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Nurul Izzah, Mahathir, P.Ramasamy dan sebagainya sebelum berkuasa dahulu, langsung tidak kelihatan di dalam UMNO. UMNO yang telah memegang tampuk pentadbiran negara selama lebih 60 tahun dilihat seperti tidak bermaya dan masih terkapai-kapai untuk terus hidup atas belas ihsan Mahathir selaku Perdana Menteri dan orang yang paling berkuasa di Malaysia.

UMNO mempunyai pelbagai cabang dan peringkat. Dari Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, Ketua Sayap sehinggalah ke Majlis Tertinggi. Namun nampaknya kesemua peringkat tersebut kekal bising hanya pada waktu pemilihan atau semasa pilihanraya. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan peruntukan dan kewangan!


Sampai bila sebenarnya UMNO nak sedar bahawa mereka perlu bekerja keras mendapatkan kepercayaan rakyat semula?

Penyokong UMNO yang terus aktif menangkis, menyerang dan menjawab setiap isu di media-media sosial, tidak boleh dijadikan sebagai ukuran atau pergantungan kerana kebanyakan penyokong baik yang ahli mahupun bukan ahli, bergerak atas kesedaran, bukan atas jawatan apatah lagi sebagai amanah yang dipikul. Sepatutnya mereka yang bergantung kepada para pemimpin UMNO, bukan pemimpin UMNO yang bergantung kepada mereka, berlagak seperti taukeh besar atau tuan besar yang kemudian segera tampil menonjolkan diri kononnya merekalah yang memperjuangkan sesuatu isu. Sepatutnya yang bergelar PEMIMPIN UMNO itulah yang mencipta isu, bukannya mengikut isu yang dicipta oleh penyokong. Malah sepatutnya, para PEMIMPIN UMNO itulah yang segera tampil ke hadapan apabila sesuatu isu muncul.

Mana Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang sangat sibuk mengatur orang dan bijak mengatur strategi, bahkan sanggup mengeluarkan pelaburan yang sangat besar semasa pemilihan parti? Mana bakal-bakal calon yang bijak berpolitik dan menonjolkan diri dengan pelbagai isu apabila cuba mendapatkan kepercayaan daripada para pengundi dan pucuk pimpinan agar mereka dipilih sebagai calon? Mana Ketua-Ketua Cawangan yang megah dapat bermesyuarat atau bertemu Ketua Bahagian? Dan mana pula Ketua-Ketua Sayap mahupun Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang cukup meriah dan megah ketika pemilihan?


Adakah mereka semuanya sudah hilang fungsi?

Atau ada di kalangan mereka yang masih meratap dan berzikirkan, 'SEMUA SALAH NAJIB UMNO HILANG KUASA?' tanpa mereka sendiri tahu apa yang perlu dilakukan selain terus menjadi golongan yang menerima takdir?

Dan kalau itulah yang berlaku, ada baiknya kalau mereka meletakkan jawatan secara beramai-ramai kerana ada mereka pun tidak menguntungkan, pergi mereka pun tidak ditangisi!

Setakat menunjukkan muka dan kalut menemankan Najib Abdul Razak setiap kali dia ada program BOSSKU, itu hanya menjadi bahan cemuhan akar umbi sahaja memandangkan selepas Najib Abdul Razak kembali semula ke Kuala Lumpur atau ke Pekan, para pemimpin UMNO berkenaan turut hilang dan sukar dijejaki!


Sunday, June 9, 2019

DR. MAHATHIR SEDANG MENGUMNOKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN?



Ada beberapa fraksi politik yang sedang memperdebatkan sesuatu yang amat menarik berhubung tindak-tanduk Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ke-7 merangkap Pengerusi Pakatan Harapan semenjak kebelakangan ini.

Ramai yang mengatakan tindak-tanduk Mahathir itu sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyelamatkan dirinya, anak-anaknya, kroni-kroni dan proksi-proksinya. Namun ada pula yang berpendapat, Dr. Mahathir sebenarnya sedang meng'UMNO'kan Pakatan Harapan dengan tugas tersebut diletakkan ke bahu Azmin Ali yang dilihat menjadi orang yang paling diharapkan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Segala-galanya berpunca dari dalam UMNO sendiri dan kebetulan pula, Najib Abdul Razak pada ketika itu menjadi Presiden UMNO.

Kempen menggulingkan UMNO daripada takhta kerajaan sebenarnya sudah bermula secara giat, sistematik dan efisien semenjak PRU 2008 lagi. Dengan PKR sebagai barisan paling hadapan, manakala DAP mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri mereka sebagai wira kaum Cina, kempen-kempen secara berterusan untuk menghambat UMNO dan Barisan Nasional turun dari tampuk pemerintahan negara dilaksanakan pada hampir setiap masa.


9 Mei 2018 dalam PRU-14, petunjuk-petunjuk jelas beberapa bulan sebelum itu yang gelombang besar rakyat Malaysia untuk memenangkan Pakatan Harapan berbanding Barisan Nasional dan UMNO, sudah dapat dilihat. Biarpun Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional cuba menahan gelombang besar tersebut, namun mereka sudah terlambat.

Sepanjang 3 tahun sebelum itu UMNO dan Barisan Nasional dalam keadaan yang sangat selesa dan yakin akan memenangi PRU-14 dengan selesa biarpun memperolehi majoriti yang lebih kecil namun akhirnya keputusan pada 9 Mei 2019 menunjukkan jalan keluar kepada mereka dari Putrajaya. Walaupun telah diperkatakan, diperingatkan dan ditunjukkan bukti-bukti bahawa UMNO dan Barisan Nasional boleh tercampak dari Putrajaya kerana sikap terlalu yakin, namun tidak ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang mengambil endah.

Setelah lebih 60 tahun secara berterusan semenjak Merdeka, Barisan Nasional (sebelum itu Perikatan) memerintah negara ini, majoriti rakyat berasakan sudah sampai masanya untuk mereka mencampakkan UMNO dan Barisan Nasional.


Bukan kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak menjadi kerajaan yang baik. Di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, pelbagai insentif dan peruntukan untuk rakyat terutama warga marhein dan B40 diwujudkan, malah pelbagai bantuan disalurkan terus kepada masyarakat tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang sosial.

Namun rakyat melihat gaya angkuh para pemimpin UMNO yang mentadbir negara, membuatkan mereka sangat yakin UMNO dan Barisan Nasional perlu dipecat dari Kerajaan. Lebih-lebih lagi apabila melihat gaya mewah kaum keluarga, kerabat dan kroni para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional membuatkan rakyat semakin bertambah yakin, mengubah kerajaan adalah satu-satunya cara bagi mendapatkan keadaan yang lebih baik kepada rakyat dan negara.

Rakyat berpendapat, negara sudah terlalu rosak. Banyak kerosakan berlaku disebabkan oleh golongan yang dilihat rapat serta selalu berdamping dengan Perdana Menteri. Golongan yang rapat dan seringkali berdamping dengan Perdana Menteri pula, seringkali menunjukkan sikap angkuh dan seolah-olah mereka tidak boleh disentuh mahupun dikritik. Dan rakyat pula melihat hanya golongan ini yang memperolehi laba kekayaan luar biasa kerana mereka rapat dan seringkali berdamping dengan Perdana Menteri. Perdana Menteri pula dilihat tidak berupaya dan hanya bergantung kepada golongan yang ada di sekelilingnya.



Mahathir adalah salah seorang pemimpin UMNO yang dibenci oleh rakyat kerana kehalobaan dan kerakusannya menjarah harta-harta negara untuk anak-anak, kroni dan proksinya. Mahathir tidak pernah dapat menceritakan bagaimana dia begitu berjaya menjadikan anak-anak lelakinya sebagai bilionaire sepanjang tempoh dia menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Dia juga tidak pernah menafikan tentang pemberian kontrak-kontrak mewah kerajaan kepada syarikat anak-anaknya.

Namun Mahathir bijak melihat peluang. Kemarahan rakyat kepada UMNO dan Najib Abdul Razak, telah diambil kesempatan oleh Mahathir apabila dia mula menonjolkan dirinya sebagai pejuang rakyat dan menentang rasuah, penyelewengan dan penjarahan harta negara.

Anehnya, rakyat boleh menerima Mahathir dengan imej barunya itu hanya kerana kebencian terhadap UMNO, Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak.

Pengundi dan rakyat yakin, Mahathir di bawah Pakatan Harapan adalah Mahathir yang berbeza ketika berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Mahathir 'Baru' akan membawa dan menjadikan Malaysia lebih cemerlang, gemilang dan terbilang walaupun sebaik-baik sahaja menjadi Perdana Menteri kali kedua, perkara pertama yang dilakukannya ialah memastikan kontrak kerja-kerja di Telekom Malaysia diserahkan kepada OPCOM, syarikat yang dimiliki oleh dua orang anak lelakinya, Mukhriz dan Mokhzani.

Dengan hanya 13 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh parti Mahathir, PPBM, Mahathir dilantik kembali sebagai Perdana Menteri. Tidak lama masa yang diambil oleh Mahathir untuk kembali menjadi Mahathir seperti dia masih di dalam UMNO dan Barisan Nasional dahulu. Dia kembali menunjukan perangai lama, ala diktator dengan mencatur hampir kesemua perkara dan menguasai segala-galanya walaupun di bawah pengawasan ketat Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.


Azmin Ali dilantiknya sebagai menteri walaupun nama Azmin Ali tidak disenaraikan oleh PKR. Dia membakulsampahkan semua janji dan manifesto Pakatan Harapan dengan mengatakan Buku Harapan bukanlah kitab suci. Daim Zainuddin yang merupakan konco utamanya diberikan peranan yang sangat besar dalam hal ehwal kerajaan termasuklah berkaitan perjanjian kontrak mega dengan China. Dan terkini, melantik Latheefa Koya sebagai KP SPRM tanpa merujuk kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan apatah lagi Parlimen sebagaimana yang dijanjikan dalam Manifesto PH PRU-14.

Sama ada sedar atau tidak, perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru membuatkan sekali lagi PKR bergolak dan kucar-kacir. Para pemimpin PKR berbelah kem. Yang pro-Azmin Ali, dengan pantas menyetujui perlantikan tersebut, bahkan memuji Latheefa Koya sebagai orang yang paling tepat untuk jawatan KP SPRM. Manakala kem yang pro-Anwar pula menyatakan perlantikan Latheefa Koya itu bertentangan dengan semangat reformasi dan pembaharuan institusi yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan serta menjadi tarikan kepada rakyat untuk menyokong Pakatan Harapan pada PRU-14 lalu.


Latheefa Koya adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR sebelum melepaskan semua jawatan termasuklah keahliannya dalam PKR, 24 jam selepas menerima tawaran untuk dilantik menjadi KP SPRM.

Dan seandainya kita perhatikan, ini adalah kali kedua PKR menjadi kucar-kacir dan bergolak hasil tangan Dr. Mahathir. Kali pertama ketika Azmin dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi walaupun ketika itu Azmin Ali sudah pun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.


Latheefa Koya adalah antara pemimpin PKR yang sangat pro-Azmin. Dalam pertembungan Azmin dengan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden, Latheefa Koya tidak pernah berselindung menyerang Rafizi Ramli dan mempertahankan Azmin Ali. Malah permusuhan antara Rafizi Ramli dengan Latheefa Koya dapat diikuti oleh netizen menerusi perbalahan-perbalahan mereka di Twitter.

Ramai yang mempersoalkan tindak tanduk Dr. Mahathir. Apakah Mahathir sebenarnya bertujuan untuk mengenepikan dan menafikan peluang Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 sekaligus memberikan laluan selesa kepada Azmin Ali untuk menjawat jawatan yang sangat diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim itu?

Mahathir dilihat seperti sengaja mahu mengkucar-kacirkan PKR memandangkan PKR adalah parti yang memiliki jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam Pakatan Harapan. Mahathir seolah-olah cukup yakin UMNO berada di belakangnya dan bersedia untuk menerimanya kembali malah merestui tindak tanduknya menghancurkan Pakatan Harapan menerusi perpecahan PKR. Mahathir tidak bimbang dengan tindakannya yang akan menyebabkan PKR bergolak sekaligus akan melemahkan Pakatan Harapan.

Sedar tidak sedar, Mahathir sebenarnya sedang menjadikan Pakatan Harapan dengan DAP yang konon-kononnya terlalu kuat menjadi UMNO ke-2 (ke-3 sebenarnya). Campurtangan Mahathir dalam politik dan hierarki MCA dan MIC dalam mengukuhkan kedudukannya terutama membabitkan pelbagai skandal koperasi pada penghujung 80-an dahulu telah melemahkan kedua-dua parti komponen BN itu sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan perubahan pucuk pimpinan MCA hasil tangan ghaib Mahathir, bermula dari zaman Neo Yee Pan, membuatkan MCA kehilangan sokongan besar masyarakat Cina kepada parti berkenaan.

DAP bakal berhadapan dengan kemelut yang sama dengan MCA. Mahathir akan tetap bertindak sebagai 'Abang Besar' sepertimana dia menerajui UMNO dan Barisan Nasional suatu ketika dahulu.


Pakatan Harapan khususnya DAP amat sedar tentang hakikat tersebut namun mereka nampaknya tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang kehilangan kedudukan dan jawatan dalam Kerajaan yang baru mereka nikmati selama setahun. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai skandal yang melingkari Lim Guan Eng, menjadikan DAP terpaksa akur sahaja dengan perbuatan Mahathir biarpun pada masa yang sama, Lim Kit Siang, bapa Lim Guan Eng terpaksa menggunakan Boo Cheng Hau di Johor untuk mendesak Mahathir agar segera melepaskan jawatan.

Biarpun negara ini tidak lagi dikuasai oleh UMNO, nampaknya Mahathir tidak segan silu membawa budaya UMNO secara langsung ke dalam Pakatan Harapan. Maka, tidak hairanlah mengapa sebilangan besar pemimpin UMNO pula terus mendiamkan diri sekalipun terdapat banyak isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat ditimbulkan oleh netizen. Para pemimpin UMNO yang ada pada hari ini kelihatan cukup selesa, biarpun mereka sebenarnya hanya berada di blok pembangkang.

Barangkali mereka yakin, kejayaan Mahathir meng'UMNO'kan Pakatan Harapan, akan mengembalikan mereka kepada jawatan, kedudukan dan kemewahan yang pernah mereka kecapi setahun yang lepas.

Persoalannya, adalah Majlis Presiden serta pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan akan terus membiarkan kerakusan Mahathir meng'UMNO'kan mereka menerusi tindakan-tindakan bersendiriannya yang bersifat autokratik?

Tunggu dan lihat....



 
Blogger Templates