Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label harun din. Show all posts
Showing posts with label harun din. Show all posts

Friday, September 16, 2016

PERGINYA SATU LAGI PERMATA UMMAT... KEMBALINYA MURSYIDUL AM PAS KEPADA RABB-NYA!!!



Al-Fatihah...

Innalillahhi wainna ila hirrojiun...

Perginya seorang lagi murabbi buat umat Islam di Malaysia...


Berita sedih yang diterima dari awal pagi, diselang-seli dengan ketidaktentuan dan teori yang pelbagai, ditambah dengan kecelaruan daripada berita-berita FB dan WhatsApp, akhirnya disahkan oleh salah seorang anak Allahyarham Tuan Guru Haji Harun Din Al-Hafiz, bahawa Mursyidul Am PAS itu sedang dalam keadaan kritikal dan kemudian menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.10 pagi waktu Malaysia.

Sebelum itu, Hamdi Haron, salah seorang anak lelaki Allahyarham Tuan Guru Harun Din melalui satu pesanan WhatsApp kepada Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan memaklumkan, keadaan bapanya yang sangat kritikal serta mengalami pendarahan teruk.


"Baba dalam keadaan koma, tolong sampaikan pada tuan guru ( Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan pemimpin PAS, doktor kata sudah tiada harapan. Pendarahan teruk, sekarang guna sokongan hayat, hanya tunggu masa untuk cabut mesin dan biar Baba pergi menemui Rabbul Alamin (Tuhan) dengan aman."

Pesanan yang sama memberitahu setakat 6.04 pagi ahli keluarga masih menunggu masa untuk mencabut sistem sokongan hayat Haron Din.

Haron Din dilaporkan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Amerika Syarikat pada 2 April 2012. Pada Mac lalu, Haron menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara.

Negara kehilangan seorang lagi PERMATA. Hilang seorang lagi penghafaz al Quran. Hilang seorang lagi murabbi.


“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta mencabutnya dari hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ‘ulama. Kalau Allah tidak lagi menyisakan seorang ‘ulama pun, maka manusia akan menjadikan pimpinan-pimpinan yang bodoh. Kemudian para pimpinan bodoh tersebut akan ditanya dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. [Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ عَنِ الدَّنَسِ ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَقَالَ وَأَعِذْهُ مِنَ النَّارِ

Thursday, May 7, 2015

AMANAT HARON DIN... PENYOKONG PAS BUAT UNDI PROTES DAN PROTES SENYAP KE ATAS PKR DAN DAP!!!


Ada sebabnya mengapa pro-ulama PAS keluar menunjukkan diri dan menzahirkan tentangan kepada Wan Azizah.

Ada sebabnya juga mengapa para penyokong PKR amat takut dan berasakan jalan kekasaran serta keganasan adalah sesuatu yang diwajarkan bagi menakut-nakutkan para penyokong PAS di Permatang Pauh. 

Perlu diingat, jumlah ahli PKR di Permatang Pauh, tidaklah seramai mana. Yang ramai adalah penyokong PAS. Penyokong PAS sebenarnya yang akan menentukan sama ada Wan Azizah dipilih atau sebaliknya dalam PRK kali ini. 

Amanat-amanat daripada beberapa orang pemimpin PAS berhubung hudud telah didedahkan dan disiarkan oleh banyak pihak termasuklah dari kalangan penyokong-penyokong PKR sendiri. Mereka bagaimanapun, hanya memilih amanat-amanat tertentu yang dirasakan berpihak kepada mereka tanpa menyentuh sedikit pun tentang perlunya ahli-ahli PAS menyokong hudud.

PKR cuba menjadikan GST sebagai puaka yang perlu ditakuti oleh para pemilih tetapi dengan sengaja cuba menyembunyikan kepentingan hudud dan hukum syariat atas alasan tidak penting kerana itulah yang dimahukan oleh DAP.

Di Permatang Pauh, PAS jauh lebih besar dan lebih berkuasa dari PKR. Dalam keadaan biasa, yang lebih besar, lebih kuat dan lebih tersusun, biasanya akan menentukan jalan cerita atau corak penceritaan. PAS pula sebaliknya, seringkali membiarkan DAP dan PKR yang amat mengharapkan mereka untuk mengikut corak cerita yang dicipta oleh PKR dan DAP. 

Walaupun mungkin keterlaluan bagai penyokong tegar Pakatan Rakyat, tetapi di Permatang Pauh, PAS seharusnya menunjukkan mereka adalah kuasa besar yang tidak boleh diperkotak-katikkan atau diperlekehkan sebagaimana yang dilakukan oleh PKR dan DAP ke atas mereka sepanjang 12 hari berkempen. 

Dan seperti kata Harun Din Al-Hafiz, para penyokong PAS seharusnya menunjukkan undi protes agar PKR dan DAP sedar, tanpa PAS, mereka tidak akan ke mana-mana, bukan sebaliknya!!!



Thursday, March 26, 2015

INGAT LIM KIT SIANG ATAU GUAN ENG SAJA BOLEH HALAU PAS, HARON DIN PUN BOLEH LA HALAU DAP!!!



Lim Guan Eng uji kekuatan DAP dalam PAS. Dia keluarkan kenyataan, halau Hadi Awang keluar dari Pakatan Rakyat. Tak halau PAS keluar dari Pakatan Rakyat sebab kalau PAS keluar, Selangor akan jatuh ke tangan gabungan UMNO-PAS yang memiliki 27 kerusi DUN campur kerusi bebas Pelabuhan Kelang yang disandang oleh Khalid Ibrahim.

Jadi, sebab itulah, DAP tak berani halau PAS atau bersegera memutuskan hubungan dengan PAS. Sebaliknya Lim Guan Eng sekadar halau Hadi Awang bagi memudahkan penggantian jawatan Presiden PAS dengan calon yang ditaja oleh DAP.

Bila Lim Guan Eng buat ujian sebegitu, segera disambut oleh para pemimpin PAS yang cenderung kepada DAP seperti Mat Sabu. Pujukan dibuat agar kononnya Lim Guan Eng tarik balik maki hamunnya ke atas Hadi Awang. Ada pulak yang kata, halau Presiden PAS samalah dengan menghalau PAS.

Jadi, para penyokong Hadi Awang, kendurlah sekejap kerana mereka melihat PAS bersatu semula dengan para pemimpin yang kuat menyokong DAP, sanggup menyanggah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta mempertahankan Presiden mereka.

Hakikatnya, jarum hasutan Lim Guan Eng berjalan lancar. Selangor dapat diselamatkan dan kedudukan Presiden PAS sekarang, terancam.

Barangkali kerana melihat senario yang tidak begitu menguntungkan PAS, maka Mursyidul Am PAS, Haron Din menjelaskan kepada DAP dan Lim Guan Eng bahawa kata-katanya tentang memutuskan hubungan dengan Hadi Awang bermakna, menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat walau sesiapa pun yang akan digunakan oleh DAP sebagai calon Presiden PAS pada pemilihan akan datang.

“Adakah pada saat seperti ini ketika kita semua mahu perbaiki semua keretakan, tiba-tiba DAP buat kenyataan yang meluaskan retak itu? "Memutuskan hubungan dengan presiden mengisyaratkan kepada PR akan berpecah," katanya.

Haron menekankan, bukan PAS memulakan masalah keretakan di dalam PR.

"Tidak fahamkah DAP yang presiden ialah sebahagian dalam parti, dan parti merupakan sebahagian presiden. Jadi, mana mungkin dipisahkan? Kalau tidak mahu berhubung dengan presiden, nak berhubung dengan siapa?

“Parti di bawah arahan presiden. Amat pelik tindakan DAP itu. Kita nampak isyaratnya ialah ke arah itu (berpecah).

"Apa maknanya kalau putus kepala kalau ekor tidak putus? Putus kepala maknanya mati, ertinya habis,” tambah beliau.

Haron dilaporkan turut mempersoalkan kewajaran tindakan DAP itu yang seperti mahu mengajar PAS dan mengarahkan parti itu menukar presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Tuesday, February 17, 2015

HARUN DIN AL-HAFIZ PULA JATUH SAKIT DAN SENARAI NAMA USTAZ-USTAZ PAS YANG DILABELKAN PKR SEBAGAI PEMECAHBELAH UMMAT!!!



Ada dua berita yang diterima pagi tadi menerusi Grup WhatsApp.

Berita pertama;

Assalamualaikum sahabat-sahabat, selepas kita dpt perkhabaran sedih tentang pemergian tokoh ulama tersohor tuan guru Nik Aziz, sy baru mendapat perkhabaran sedih lagi. Dato Takiyuddin bgtahu Dato Harun Din uzur sekarang ni... jatuh tangga... patah tulang pinggul... doakan wahai sahabat-sahabat (sgt besar ujian untuk ummat akhir zaman ni)... ya Allah WET, selamatkanlah ulama-ulama, kami semua sayang ulama. 



Ada sedikit kesangsian memandangkan si tukang pengirim itu dikenali benar dengan perangai PASMAnya. Bagaimanapun, kita masih lagi bersangka baik.

Namun berita seterusnya yang diterima jam 11:40 pagi tadi, mengesahkan kesangsian dan trick golongan PASMA yang sekarang ini bertungkus-lumus untuk menghapuskan Abdul Hadi Awang dan Harun Din Al-Hafiz daripada jawatan penting dalam PAS.


Berikut adalah senarai 50 penceramah atau ustaz yang berselindung disebalik jubah dan serban ulamak tetapi suka sangat memecahbelahkan parti dan anti Pakatan Rakyat. Pastikan ia tidak diundang dalam mana - mana program PAS kerana PAS telah putuskan melalui muktamar untuk terus bersama Pakatan Rakyat.

1. Ustaz Nor Azli Musa (Perak)
2. Ust Fadhli Ibrahim (Phg)
3. Us Tuan Ibrahim Tuan Man (Phg)
4. Ust Nik Abduh (Kelantan)
5. Dr Khairudin Takiri (Trg)
6. Ust Nasarudin Tantawi (Phg)
7. Ust Idris Ahmad (Perak)
8. Dato Dr Mahfuz Mohamad (Jhr)
9. Ustaz Zaharudin Mohamad (Trg)
10. Ustaz Ahmad Yahya (Kedah)
11. Ustaz Hanafi (Trg)
12. Dr Azhar Yaakob (Wilayah)
13. Ust Mohd Nor Hamzah (Trg)
14. Ust Zulkifli Ismail (Melaka)
15. Ust Mokhtar Senik (Phg)
16. Dr Riduan Mohd Nor (Wilayah)
17. Kamaruzaman Mohd (Wilayah)
18. Hj Razman Zakaria (Perak)
19. Ust Fauzi (Kedah)
20. Ust Hafez Sobri (Perak)
21. Ust Kamarudin sidek (Melaka)
22. Ust Hazmi Dibok (Pahang)
23. Ust Rosli Jabar (Pahang)
24. Ust Aris Hazlan (Pahang)
25. Ust Yusaini (Perlis)
26. Ust Ahmad Dasuki (Selangor)
27. Ust Sallehin Mokhyi (Selangor)
28. Ust Kamal Saari (Selangor)
29. Dr Daeng Sanusi (Johor)
30. Ustazah Wan Hasrina (Sel)
31. Ustazah Nuridah (Wilayah)
32. Hj Mohd Nor (Wilayah)
33. Hj Khairil (Wilayah)
34. Ust Khairul Azmi (Pahang)
35. Ust Shahril Azman (Pahang)
36. Ust Zamri Mantop (Selangor)
37. Ust Fadhli Saari (Kelantan)
38. Ust Afnan Taib Azamudin (Png)
39. Ust Yusuf Embong (Pahang)
40. Ust Nik Zawawi (Trg)
41. Dato Nik Amar (Kelantan)
42. Dato Ahmad Yaakob (Kelantan)
43. Ust Hashim Jasin (Perlis)
44. Ust Azman Syafawi (Trg)
45. Ust Syarhan (Selangor)
46. Ust Asri Daud (Kelantan)
47. Ust Kamaruzaman (Trg)
48. Ust Syed Abdul Kader (Sel)
49. Ust Najmi Karim (Selangor)
50. Dr Zuhdi Marzuki (Selangor)

Ini semua ustaz yg memecahbelahkan jemaah. Mereka tidak layak di calonkan AJK PAS Pusat.
Kita nak kan jemaah lebih baik!

Kesemua 50 nama yang tertera di atas adalah golongan pro-ulama yang menjadi musuh utama puak PASMA dan GIK yang sekarang ini sedang berusaha keras menjadikan PAS sebagai sebuah biro agama Islam dalam DAP di bawah pentadbiran Lim Guan Eng!!!


 
Blogger Templates