Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label imigresen. Show all posts
Showing posts with label imigresen. Show all posts

Thursday, May 18, 2017

BUKAN SALAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA TAPI PBT-PBT DI SELURUH MALAYSIA SEBENARNYA YANG MENTERNAK DAN MELINDUNGI PENIAGA-PENIAGA KECIL PENDATANG ASING!!!



Cerita tentang pendatang asing yang boleh berbuat sesuka hati di Malaysia, bukannya cerita baru. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia ini yang sanggup memberikan layanan istimewa kepada pendatang asing dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka, dengan ditanggung oleh wang cukai rakyat Malaysia.

Pergilah ke mana-mana, wajah pendatang asing terutama yang datang dari Asia Selatan boleh ditemui di mana-mana. Mereka juga bebas bergerak ke sana ke mari. Bebas juga untuk tinggal di mana-mana mereka suka. Bahkan mereka menakluk dan menjarah kawasan-kawasan tertentu pada hari-hari tertentu seperti di Jalan Silang, tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Dari Perlis sehinggalah ke Sabah, mereka sudah jadi seperti anai-anai.

Tidak dinafikan Jabatan Imigresen Malaysia di bawah kepimpinan Mustafar Ali membuat dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa. Jauh berbeza berbanding kepimpinan terdahulu.

Namun, tindakan Jabatan Imigresen semata-mata tanpa disokong oleh penguatkuasaan oleh PBT, dilihat seperti mencurahkan air ke daun keladi.

Masuklah ke kawasan-kawasan perumahan mahupun ke pasar-pasar malam di seluruh Malaysia, pasti akan ada pendatang asing yang sedang berniaga walaupun kebanyakan mereka, masuk dengan permit pekerja ladang, pembantu rumah, pekerja kilang dan sebagainya.

Dengan kewujudan perkampungan-perkampungan mereka yang cukup kebal di serata negara, mereka, pendatang-pendatang asing menutup banyak peluang rakyat tempatan khususnya para peniaga kecil.


Bukan tidak ada kes di mana para peniaga kecil pendatang asing yang cuba menghalau peniaga-peniaga kecil warga tempatan. (RUJUK SINI) Banyak kes sebegitu sebagaimana yang kita dapat lihat berlaku di Chow Kit mahupun di pasar-pasar tamu di Sabah. Warga asing secara agresif telah mengambil kesempatan daripada budi baik warga tempatan untuk menunjukkan betapa samseng dan kaharnya mereka.

Kesalahan tidak boleh diletakkan pada pundak Jabatan Imigresen semata-mata. Sebaliknya PBT-PBT yang dilihat sangat gagal menjalankan tugas adalah pihak sebenar yang menggalakkan warga asing untuk berlagak sombong dan angkuh seolah-olah mereka telah berjaya menguasai dan menjajah negara ini.

Harapan-harapan retorik daripada pihak atasan kononnya warga asing tidak dibenarkan berniaga dan merampas hak warga tempatan, tidak pernah dikuatkuasakan oleh PBT. Kalau ada pun, ia tidak lebih daripada sekadar satu lakonan bermusim semata-mata.

Pergilah ke Pasar Chow Kit atau Selayang. Cuba tengok dan kira, berapa peniaga tempatan berbanding peniaga pendatang asing yang seringkali memberi alasan mereka adalah pekerja kepada pemegang permit dan lesen walaupun hakikatnya, mereka adalah penyewa dan pemajak lesen perniagaan.

Mengapa tidak tegas. Kalau sudah pendatang asing itu datang atas permit kerja kilang atau kerja ladang, mengapa pula mereka dibiarkan berniaga?


Saturday, August 13, 2016

PENDEDAHAN: TIDAK PUAS HATI, SABOTAJ DAN 'PERANG' TIGA SYARIKAT TERKENAL, PUNCA BEKALAN PASPORT MALAYSIA TIDAK CUKUP!!!!



1. Perang Cip 3 syarikat terkenal dinegara ini iaitu Iris Berhad, Datasonic Group dan Nexbis Sdn Bhd bukan benda baru. Ibarat kalah jadi abu, menang jadi arang.

2. Ketika Iris Berhad mendapat kontrak Kad Pengenalan Mykad perang cip dengan Datasonic Group sengit ketika itu. Akhirya Datasonic Group memenangi tender Mykad bermula 1 Julai 2016 hingga 31 Disember 2020 [http://www.thestar.com.my/…/datasonic-bags-rm260m-mykad-co…/]

3. Begitu juga pertempuran Datasonic Group menentang Syarikat Nexbis Sdn Bhd (Nexbis) projek 'Biometric System" pekerja asing Jabatan Imigresen bernilai RM912 juta yang diberi kepada menantu Tan Sri Muhyiddin Datuk Adlan Berham bermula tahun 2010.

4. Pertempuran dua kapitalis pembekal cip yang memberi kesan langsung kepada rakyat ialah antara Datasonic Group dan Iris Berhad. Kedua-dua syarikat ini mempunyai "kabel" orang dalam yang bukan calang-calang orang dari peringkat Kementerian, Jabatan, Kementerian Kewangan, ahli Majlis Ekonomi sehingga para ahli kabinet Malaysia. Bermula dari membekal Kad Pengenalan MyKad kini kepada cip passport Malaysia. Masih terus panas!

5. Penghujung tahun 2015, Datasonic Group Bhd, menerusi anak syarikatnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) mengumumkan kemenangan memperoleh kontrak pembekalan 12.5 juta cip pasport warga Malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri bernilai RM318.75 juta. Bursa Malaysia mengumumkan syarikat itu memperolehi kontrak KDN bagi tempoh 1 Disember 2016 hingga 30 November 2021. Kontrak dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham Datasonic Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016 dan tahun-tahun kewangan seterusnya sepanjang tempoh kontrak. [http://www.bharian.com.my/node/105363?m=1]

6. Kontrak Pembekal Cip buku passport Malaysia ini asalnya dibekalkan oleh Syarikat Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd (PKN), syarikat diswastakan oleh Jabatan Percetakan Nasional milik kerajaan yang kini diberi tempoh ‪#‎lanjutan‬ selama enam bulan oleh kerajaan bagi membekalkan dua juta buku pasport dan cip berkenaan mulai 1 Jun, 2016 sehingga 30 Nov 2016. PKN katanya telah memberi subkontrak projek cip ini kepada Irish Berhad yang sebelum ini membekal cip buku passport sejak 2002 lagi.

PERALIHAN DARI PKN KEPADA DATASONIC GROUP TELAH MELEWATKAN PENGELUARAN PASSPORT

7. Masalah kelewatan penyiapan passport dan kesesakan kaunter di Jabatan Imigresen adalah berpunca dari peralihan ini. Peralihan sebelum 1 Disember 2016 kepada Datasonic nampaknya mengundang bencana kepada Syarikat Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd (PKN) yang tidak mampu membekalkan cip passport itu sehingga 30 November 2016.

8. Lantaran itu Datasonic pada 4 Ogos lalu dalam sidang medianya menjelaskan bahawa ia bukan pembekal utama semasa bagi buku dan cip elektronik pasport Malaysia untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tempoh sebelum 1 Disember 2016 itu tetapi Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd (PKN).

9. Kegagalan Syarikat PKN dan subkontraktornya akhirnya terpaksa melantik Datasonic sebagai Subkontraktor yang baru menyingkirkan pembekal cip sebelum ini iaitu Iris Berhad.

“Datasonic akan menjadi subkontraktor baharu kepada KDN bagi pembekalan dua juta cip yang akan dimasukkan ke dalam muka surat biodata polikarbonat berkenaan,” kata kenyataan rasmi dari Datasonic Group

10. Dimaklumkan pada 29 Julai 2016 perbincangan pertama mengenai terma, syarat serta rangka perjanjian subkontraktor sudah dilakukan bersama pihak KDN. Dalam tempoh peralihan ini Datasonic bermula April hingga Julai 2016 ini telah membuat penghantaran sejumlah 1,020,252 unit muka surat data polikarbonat kepada PKN yang mengandungi 121,000 muka surat data polikarbonat nipis dan 899,252 muka surat data polikarbonat jenis tebal dilengkapi cip. Purata penghantaran bagi tempoh empat bulan lepas iaitu dari April hingga Julai 2016, adalah sebanyak 255,063 unit.

“Peralihan sebenar kepada pasport baharu yang dilengkapi cip dalam muka surat data polikarbonat itu bermula pada 16 Mei, 2016 dan penggunaan muka surat baharu itu adalah kurang daripada 55,000 unit,” kata sumber Datasonic.

11. Sebagaimana peperangan pembekalan MyKad dari Iris Berhad kepada Datasonic Berhad masing-masing dari mereka menggunakan media perdana atau media sosial untuk menyerang antara satu sama lain bagi mencalar imej masing-masing.

12. Kali ini Datasonic berhadapan sebaran maklumat mengenai isu cip tidak berkualiti. Malah berhadapan dengan laporan berita pada 29 Julai lepas mengenai kelewatan proses permohonan dan memperbaharui passport yang menyebabkan situasi panik dalam kalangan orang ramai. Siapakah penyebarnya?

13. Dakwaan bahawa sebahagian besar cip yang dihantar kepada kontraktor utama (Datasonic) itu ditolak akibat kerosakan dinafikan Datasonic. Setakat 24 Jun 2016, daripada sejumlah 523,940 unit cip yang dihantar dan disahkan oleh kontraktor utama sebelum pengeluaran kadar penolakan cip itu adalah kecil iaitu cuma 0.24 peratus.

14. Malah Kadar kelulusan (penggunaan) cip itu selepas 100 peratus kawalan kualiti oleh pihak Trub AG, Switzerland sebelum penghantaran dan 100 peratus kawalan kualiti seterusnya oleh Datasonic dan PKN adalah melebihi 99.76 peratus.

15. Kemasukan Ketua Pengarah Imigresen yang baharu Datuk Seri Mustafar Ali 1 Ogos 2016 akhirnya menerima kesan laporan berita 29 Julai lalu mengenai kelewatan dan kepanikan rakyat di kaunter imigresen.

16. Kesilapan KDN dan Jabatan Imigresen sebelum itu dibawah Datuk Sakib Kusmi gagal memaklumkan kepada rakyat secara terperinci berhubung jabatan imigresen dalam proses untuk memperkenalkan passport jenis baharu yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik melalui tempoh banyak ujian mengikut piawaian keselamatan antarabangsa dan juga tidak mudah rosak apabila digunakan. Pemakluman masalah yang dikatakan akan berlarutan selama 6 bulan malah selesai sehingga Januari 2017. Ini mengundang panik rakyat.

17. Apa yang berlaku kini ialah kebanjiran orang ramai untuk membuat permohonan pasport baharu dan memperbaharui pasport yang memaksa pembekal baru cip Datasonic tampil ke depan menjawab masalah ini. Pembekal lama Syarikat Percetakan Keselamatan Negara Sdn Bhd terus berdiam diri. Ini akhirnya mendedahkan kelemahan lain di Jabatan Imigresen Malaysia.

18. Peralihan kontraktor utama menjejaskan Jabatan Imigresen bukan perkara baru. Sebelum ini tahun 2010 apabila sistem biometrik beralih dari Datasonic kepada Nexbis Sdn Bhd turut menjejaskan pendaftaran pekerja asing 6P ketika itu.

19. Datuk Seri Mustafar Ali mantan TKP SPRM yang kini KP Imigresen pasti sedang tersengih dengan peperangan pembekal Cip yang sedang 'berperang' di jabatannya. Apa tindakan beliau menangani suasana panik di kaunter jabatan imigresen sekarang? Sama-sama menanti magis Mustafar!

by

Jeneral M


Friday, July 29, 2016

ISTERI PELAKON TERKENAL ANTARA 28 PEGAWAI IMIGRESEN YANG DICEKUP KERANA TERBABIT DALAM SINDIKET MEMALSUKAN DOKUMEN!!!



Lagi cerita tentang penangkapan PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA dalam Jabatan Imigresen.

FMT melaporkan tentang penangkapan 28 orang pegawai Jabatan Imigresen termasuklah isteri seorang pelakon popular kerana didakwa terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia. Wanita berusia 33 tahun itu ditangkap dalam satu operasi khas yang dibuat oleh PDRM di Putrajaya pada Selasa lepas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim, mereka semua ditangkap kerana disyaki memalsukan dokumen bagi memudahkan kemasukan pendatang asing ke negara ini tanpa melalui prosedur yang sah.

Selain itu, polis juga turut tidak menolak kemungkinan terdapat pembabitan pegawai-pegawai kanan Imigresen dalam kes tersebut.

Sempadan negara dan pintu masuk ke negara ini merupakan kawasan sensitif yang perlu dijaga rapi sepanjang masa. Berbeza dengan negara-negara yang menjadi tumpuan kemasukan pendatang asing lain di dunia, Malaysia dilihat jauh lebih mudah untuk pendatang asing masuk, sama ada melalui pintu masuk sah, mahupun pintu masuk haram yang bersepah-sepah di sepanjang pantainya.

Keluhan demi keluhan tentang pendatang asing, dilihat hanya dibakulsampahkan oleh Jabatan Imigresen yang mempunyai seribu satu macam alasan untuk tidak menjalankan amanah yang diberikan. Dengan berita ini, tidak hairanlah mengapa berlambak-lambak pendatang asing yang kononnya mereka datang ke sini untuk memenuhi permintaan dari sektor pekerjaan tetapi kita boleh melihat bagaimana sebahagian daripada mereka tidak bekerja, mengambilalih perniagaan gerai dan penjaja kecil mahupun bertindak sebagai taukeh di pasar-pasar basah terutama sekali di Lembah Kelang.

Tapi yerlah... walaupun sebelum ini sudah ada pegawai yang ditahan dan ditangkap kerana sabotaj sistem MyIMMs, tetapi hukuman yang mereka terima sekadar tukar tempat kerja, tahan pangkat dan tahan kenaikan pangkat saja. Sedangkan hukuman yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka jauh lebih berat kerana melakukan pengkhianatan, bukan sahaja kepada Imigresen tetapi juga kepada rakyat Malaysia dengan membawa masuk lebih ramai penjenayah yang berpotensi.

Mujur jugalah, jenayah besar ini boleh menyelamatkan batang tengkuk pegawai-pegawai Jabatan Imigresen terbabit selain menyelamatkan air muka Jabatan Imigresen sendiri kerana TREND SEMUANYA SALAH NAJIB ABDUL RAZAK!!!


Wednesday, July 27, 2016

JABATAN IMIGRESEN TAK RASA MALU KE DENGAN PENDEDAHAN SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN?!!!



Masalah pendatang asing di negara ini bagaikan sudah menjadi barah peringkat 4 yang tidak boleh lagi diubati dan hanya menunggu negara ini dikafankan dan disimpan di liang lahad. Walaupun terdapat pelbagai janji-janji retorik, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah, kegagalan perlaksanaan penguatkuasaan tetap menjadi faktor penyumbang utamanya.

Mei 2016, 'operasi' besar-besaran melibatkan pegawai-pegawai imigresen di pintu-pintu masuk utama ke negara ini telah dilakukan. Puncanya ialah sistem myIMMs disabotaj oleh petugas-petugas Imigresen sendiri. Walaupun kononnya, perbuatan sabotaj tersebut telah dikesan dari tahun 2010, hanya setelah pendedahan berterusan dibuat oleh media sosial, barulah atasan Imigresen bertindak pada tahun ini terhadap 15 orang pegawai imigresen yang dibuang kerja itu manakala 14 orang ditahan kerja dan 8 orang ditangguhkan pergerakan gaji. (RUJUK SINI)

Nampaknya Jabatan Imigresen masih tidak sunyi daripada kontroversi-kontroversi yang kalau ditanya kepada para pentaksub, mereka akan menjawab, KUASA PALING BESAR DI NEGARA INI ADALAH NAJIB, MAKA NAJIB HARUS MELETAK JAWATAN walaupun yang melakukan kesalahan dan pincang tugas adalah kakitangan Imigresen.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mempersoalkan tindakan Jabatan Imigresen yang menyerbu premis-premis menjual makanan yang mengupah pekerja asing tertentu tetapi tidak peduli dengan premis lain yang turut melakukan perbuatan serupa.

EAIC yang antara lain tugasnya ialah memantau aduan terhadap pegawai-pegawai agensi penguatkuasaan kerajaan, kini menunggu penjelasan daripada Ketua Pengarah jabatan tersebut, Sakib Kusmi tentang serbuan berpilih yang diamalkan oleh Jabatan Imigresen.

Pengerusi EAIC, Yaakob Md Sam berkata, "Kami dapati pegawai-pegawai imigresen telah menyerbu sesetengah restoran tetapi tidak melakukan tindakan yang sama pada premis yang lain walaupun premis-premis tersebut hanya berada di sebelah premis yang diserbu."

"Mengapa satu premis diserbu dan premis-premis yang lain dibiarkan?"

EAIC juga mendapat, banyak outlet pasar malam dijalankan oleh imigran haram.

"Mereka tidak mempunyai permit tetapi mereka masih boleh terus beroperasi dan menjalankan perniagaan. Masalah ini telah menjadi besar berdasarkan aduan daripada orang awam. Mereka melihat perlaksanaan berpilih diamalkan oleh Imigresen."

Yaakob turut mempersoalkan tentang pegawai-pegawai imigresen yang didakwa bekerja dengan portal perkhidmatan elektronik, MyEg.

MyEg merupakan pembekal perkhidmatan elektronik yang menyediakan dan memudahkan perkhimatan kerajaan kepada rakyat (G2C) seperti memperbaharui cukai jalan dan membayar saman polis. Ia juga turut menyediakan khidmat untuk Jabatan Insolvensi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat-syarikat utiliti yang lain.

"Saya yang telah menugaskan mereka di situ? Siapakah yang membayar gaji mereka? Apa yang mereka buat di sana? Kepada siapa mereka membuat laporan?" (RUJUK SINI)

Sememangnya banyak persoalan yang boleh ditimbulkan tetapi tidak akan dijawab serta-merta oleh Imigresen melainkan terus bermain dengan retorik sepertimana dalam kes pekerja dan pendatang asing yang bekerja dan berniaga di pasar-pasar basah di seluruh negara.

Chow Kit seumpamanya merupakan contoh terbaik bagaimana Jabatan Imigresen terlalu lemah dalam menguatkuasakan undang-undang terutama pada waktu malam apabila kawasan yang dikenali sebagai pasar, dikuasai sepenuhnya oleh warga asing yang memberi alasan, mereka hanyalah pekerja walaupun sebenarnya mereka adalah penyewa permit dan lesen milik warga tempatan.



Monday, May 23, 2016

ZAHID HAMID IKRAR AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENSABOTAJ DALAM JABATAN IMIGRESEN!!!



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri berang apabila berita tentang kelemahan dalam Jabatan Imigresen yang menyebabkan Kerajaan mengalami kerugian kerana sistem MyIMMS dibekalkan tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga warganegara Malaysia.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 yang telah dikeluarkan mendedahkan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama jabatan itu kurang memuaskan terutama membabitkan pengurusan pekerja asing.

Menurut laporan itu, sistem yang digunakan tidak memenuhi peraturan ditetapkan kerajaan berikutan objektif ia ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam, agensi luar dan pihak berkepentingan.

“MyIMMS merangkumi tiga komponen utama iaitu aplikasi, rangkaian dan pusat data. Ketiga-tiga komponen ini membolehkan pengguna melaksanakan proses kemasukan, pemprosesan, pengesahan, penghantaran dan penyimpanan maklumat dari pejabat imigresen ke pangkalan data dan sebaliknya.

“Ketiga-tiga komponen utama myIMMS ini dipasang di semua pejabat imigresen seluruh negara, semua pejabat Atase’ Imigresen di luar negara dan juga boleh diakses agensi luar,” kata laporan itu.

Jabatan Audit Negara memaklumkan Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan pelantikan HeiTech Padu Berhad secara rundingan terus bagi kontrak myIMMS bernilai RM29.9 juta yang ditandatangan pada 1 November 2010 bagi tempoh setahun. (RUJUK SINI)

Berang dengan penyelewengan tersebut, Timbalan Perdana Menteri mengisytiharkan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang telah menipu Kerajaan.

Masalah-masalah membabitkan penyelewengan dan salahguna kuasa terutama membabitkan pembelian aset atau kemudahan, bukan kali pertama didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Bahkan setiap tahun, Laporan Ketua Audit Negara akan mendedahkan tentang permasalahan ini. 

Bagaimanapun, hampir tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh Kerajaan ke atas kakitangan mereka yang melakukan perbuatan tersebut. Harap-haraplah Zahid Hamidi memulakan sesuatu yang sangat jarang dilakukan iaitu, PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KE ATAS KAKITANGAN IMIGRESEN SENDIRI yang menyebabkan Jabatan Imigresen dilihat sebagai salah sebuah agensi kerajaan paling lemah!!!


Friday, January 29, 2016

MYEG, IMIGRESEN, KDN DAN HAPUS ORANG TENGAH... CERITA YANG TAK SUDAH-SUDAH!!!



Cerita pendatang asing atau pekerja asing di Malaysia bukannya cerita baru. Sudah terlalu banyak diperkatakan dan dibangkitkan. Dari satu musim pengampunan sehingga ke musim pengampunan yang baru, masalah pekerja pendatang asing dan pendatang haram tetap juga tidak selesai-selesai. Dari kewujudan sebuah entiti sehinggalah kewujudan beberapa entiti yang menguruskan pekerja-pekerja dan pendatang-pendatang asing, ia masalah yang tidak nampak jalan penyelesaiannya.

Malaysia menjadi negara kegemaran pendatang-pendatang daripada beberapa negara membangun termasuklah dari negara-negara jiran ekoran peluang pekerjaan dan ekonomi yang lebih baik, selain faktor pertalian persaudaraan.

Sempadan Malaysia yang seringkali digambarkan sebagai mudah bolos, menambah rencah yang menarik kedatangan pendatang-pendatang asing. Namun yang paling ketara adalah, penguatkuasaan imigresen yang amat menyedihkan merupakan faktor utama menggamit kehadiran pendatang-pendatang asing dan pekerja-pekerja haram dari negara lain, sehingga dari benua Afrika pun bertumpu ke sini.

Kelompok pendatang asing ini banyak mengambil peluang daripada rakyat Malaysia. Sama ada sedar atau sebaliknya, rakyat Malaysia menanggung hampir keseluruhan hidup pendatang asing di negara ini, manakala mereka pula bebas daripada membayar Malaysia kembali dalam bentuk cukai, walaupun pada masa yang sama, Malaysia turut membekalkan perkhidmatan perubatan, barangan bersubsidi, bahkan pendidikan percuma yang sepatutnya dikhaskan kepada rakyat Malaysia semata-mata.

Bukan satu perkara luar biasa melihat anak-anak pendatang asing ini bersekolah di sekolah-sekolah kebangsaan, malahan dari peringkat pra-sekolah, mahupun di tadika-tadika KEMAS. Dan tidak mengejutkan juga apabila mengetahui, ada di kalangan mereka yang menerima BRIM dan Bantuan Persekolahan 1Malaysia walaupun ibu bapa mereka bukannya warganegara Malaysia.

Dasar Lemah Lembut

Dasar toleransi pentadbiran Malaysia yang amat keterlaluan dalam isu pendatang asing ke negara ini, amat membimbangkan tetapi pada masa yang sama, amat mengejutkan dan mengkagumkan!

Pentadbiran Malaysia khususnya yang melibatkan imigresen tidak henti-henti mewujudkan keterujaan, kehairanan, rasa terkejut, kekaguman dan sebagainya menerusi tindakan-tindakan mereka yang lebih dilihat sebagai satu tindakan pengambilan untung semata-mata.

Bermula dengan kehadiran pendatang asing secara besar-besaran pada awal 1980-an, sehingga kini, imigresen Malaysia dianggap sangat gagal dalam perlaksanaan penguatkuasaan bagi memastikan pendatang-pendatang dan pekerja-pekerja asing tidak terlalu bebas seperti yang dapat dilihat pada hari ini. Ditambah pula dengan permintaan kepada buruh-buruh murah, ada pihak-pihak tertentu yang menjadikan pendatang dan pekerja asing sebagai cara untuk mereka mendapatkan keuntungan dan kemewahan mudah.

Pemerdagangan manusia ini didalangi oleh orang tengah. Orang tengahlah yang banyak mengaut keuntungan manakala kelemahan Jabatan Imigresen dalam perlaksanaan dan penguatkuasaan pula, telah memberikan peluang yang amat besar kepada orang-orang tengah itu untuk menjadi sektor kartel yang amat berkuasa.

Barangkali menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan kerajaan perlu segera memperbetulkan keadaan tersebut, satu bentuk kawalan diwujudkan untuk mengawal dan mengekang kebanjiran tenaga kerja asing di Malaysia menerusi pangkalan data yang dilaksanakan oleh MYEG.

Sedikit demi sedikit dan seperti biasa, beransur-ansur yang terlalu perlahan, menerusi beberapa syarikat atau lebih tepat lagi konsortium yang mengendalikan projek pendaftaran pekerja asing. Syarikat-syarikat tersebut adalah Bukti Megah Sdn. Bhd, Imam Sdn. Bhd, Fokas Mulia Sdn. Bhd dan MyEG Berhad.

Kegagalan projek 6P pada tahun 2011 dalam menangani masalah pekerja-pekerja asing, menyebabkan kerajaan perlu mencari mekanisme yang lebih berkesan dalam mendaftar, mengawal serta pada masa yang sama, mengekang keserakahan orang tengah yang telah menggagalkan semua usaha kerajaan.

Imigresen Gagal

Pendaftaran pekerja asing dilihat sebagai satu perniagaan yang amat menguntungkan. Dan kerana itulah, MYEG menjadi sasaran pihak-pihak berkepentingan untuk mereka terlibat di dalamnya. Tugas untuk mendaftarkan pekerja-pekerja asing, sekaligus membolehkan mereka membayar cukai yang sepatutnya, selain majikan yang perlu lebih bertanggungjawab dengan kemasukan mereka, menyebabkan ada pihak yang kecewa apabila syarikat-syarikat mereka tidak diberikan hak untuk bersama-sama dalam konsortium MyEG.

MyEG sebenarnya tidak lebih berkuasa daripada Imigresen sebaliknya konsortium tersebut hanya diberikan hak untuk mendaftar dan bekerja bagi pihak kerajaan untuk mengutip levi daripada pekerja-pekerja asing dan majikan-majikan mereka. Dan MyEg tidak bersendirian memandangkan terdapat tiga syarikat lain yang melakukan kerja-kerja yang sama dengan MyEg dalam isu pekerja-pekerja asing.

Bermula Februari 2015, MyEG telah diberikan hak melebarkan perkhidmatannya termasuklah enam jenis perkhidmatan membabitkan pekerja-pekerja asing. Dan di situlah bermulanya 'masalah-masalah' baru.

Paling ketara membabitkan kempen pembangkang yang cuba menutup malu mereka selepas menfitnah kerajaan menang PRU-13 menerusi undi pengundi-pengundi hantu yang diimport dari Bangladesh berjumlah 40,000 orang.

Namun cerita yang paling kerap didengar adalah tuduhan mengatakan MyEg membuat duit daripada kerja-kerja pembaharuan permit pekerja-pekerja asing. Walhal MyEg hanyalah bertindak sebagai kaunter hadapan dan kaunter bayaran untuk Imigresen, manakala keseluruhan bayaran 'dipunyai' oleh Imigresen.

MyEg juga pada November 2015, telah dituduh kononnya mengupah pihak ketiga untuk mendaftarkan pekerja-pekerja asing. Tuduhan-tuduhan tersebut timbul ekoran wujudnya berita tentang rancangan membawa masuk 1.5 juta orang pekerja dari Bangladesh, sekaligus menimbulkan kebimbangan besar kepada rakyat Malaysia, khususnya melibatkan kegagalan dan kelemahan penguatkuasaan Imigresen sendiri ke atas para pekerja asing. Selain itu turut dikatakan, MyEg membuat duit dengan mengenakan caj beribu-ribu ringgit bagi setiap orang pekerja asing untuk pendaftaran baru sedangkan pada masa yang sama, kerajaan tidak pernah mengumumkannya.

Tuduhan-tuduhan tersebut bagaimanapun, dinafikan oleh MyEg (RUJUK DI SINI).

Berita yang dilaporkan oleh MSTAR pada 26 Januari lepas, amat menarik kerana ia membabitkan pengumuman oleh Imigresen. (RUJUK SINI)

Timbul persoalan, adakah sebenarnya Imigresen sedang menjadikan salah sebuah daripada syarikat-syarikat yang diberikan hak membantu imigresen dalam urusniaga pendaftaran pekerja asing yang amat menguntungkan itu, sebagai kambinghitam untuk sesuatu yang dilindungi?

Berita tentang kegagalan pendaftaran pekerja asing oleh MyEg amat menarik. Kegagalan sejumlah lebih 30,000 pekerja asing didaftarkan, boleh menjadi tajuk yang menimbulkan pelbagai persepsi walaupun hakikatnya, kegagalan tersebut mungkin berpunca daripada dokumentasi Imigresen sendiri seperti pasport tamat tempoh dan sebagainya.

Syarikat-syarikat seperti MyEg sebenarnya tidak akan wujud sekiranya Imigresen benar-benar cekap dan benar-benar melaksanakan tugas serta amanah mereka terutama yang melibatkan penguatkuasaan. Kewujudan syarikat-syarikat seperti MyEg dan pemberian kontrak yang pada luarannya seperti mahu memudahkan kerja-kerja Imigresen, tidak seharusnya disusuli dengan cerita-cerita kambing hitam untuk melindungi kelemahan Imigresen sendiri.

Masalah pendatang dan pekerja asing sudah menjadi barah besar kepada Malaysia dan rakyatnya. Lambakan pekerja asing yang tidak lagi terhad kepada sektor-sektor yang ditetapkan, malah mewujudkan pula kewujudan pendatang-pendatang asing yang tidak bekerja tetapi kita boleh melihat mereka melepak sana sini, termasuklah yang menguasai kawasan-kawasan seperti Pasar Borong Selayang sekaligus menjadi bukti jelas, bukan syarikat-syarikat seperti MyEg yang perlu dikambinghitamkan, tetapi Imigresen sendiri yang perlu diperiksa untuk melihat sakitnya!


Wednesday, September 23, 2015

PADAN MUKA KERANA DIHALAU KELUAR SARAWAK... TONY PUA TERUS JADI BODOH DAN TIDAK TAHU KUASA AUTONOMI SARAWAK BERKAITAN IMIGRESEN!!!



Tony Pua dihalau keluar dari Sarawak hari ini enam jam selepas dia secara tidak sengaja dibenarkan memasuki negeri itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, dia tiba di Sarawak pada jam 9:30 pagi tetapi kemudian ditahan oleh pihak berkuasa Imigresen Sarawak ketika menuju ke Lutong, Miri pada jam 2:00 petang dan pada pukul 4:20 petang diarahkan menaiki pesawat ke Kuala Lumpur.

Tony Pua yang tidak berpuas hati dengan larangan yang dikenakan ke atasnya dan pada masa yang sama, sengaja buat-buat lupa tentang kuasa autonomi Sarawak, cuba mengungkit apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem sebelum ini.

"Adenan memberitahu dalam Sidang Anti Korupsi sebelum ini, hanya rasis dan pelanggar undang-undang yang diharamkan daripada memasuki Sarawak. Jadi, mengapa saya yang tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur perkauman, dilarang daripada memasuki Sarawak," katanya dalam satu teks mesej yang telah diedarkan.

"Saya harap Kerajaan Negeri Sarawak memansuhkan larangan ke atas saya sebagai bukti bahawa larangn tersebut bukanlah satu bentuk pencabulan kuasa bagi memastikan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak terus berkuasa dalam PRN akan datang."


Tony Pua juga memberitahu bahawa tiada alasan yang diberikan kepadanya mengapa dia diminta meninggalkan negeri itu.

Punyalah pandai korek maklumat sana sini, punyalah hebat melemparkan pelbagai hujah, tetapi rupa-rupanya dia tersangat bangang untuk mencari sebab mengapa dia dilarang masuk ke Sarawak rupa-rupanya!

Bukankah DAP yang beria-ia sangat mahukan Sarawak memperolehi autonomi sepenuhnya? Bukankah DAP yang mahu mencipta 'NEGARA DI DALAM NEGARA' melibatkan Sarawak dan Malaysia?

Takkanlah tak tahu, kuasa imigresen di Sarawak adalah autonomi negeri itu yang tidak dan tidak boleh dipertikaikan oleh Putrajaya sendiri?

Kena kat batang hidung sendiri, terus melompat. Bila bercakap, dia saja yang pandai!!!

Pandey kutti punya budak!


Tuesday, May 12, 2015

INDONESIA HALAU BOT BAWA 500 PENDATANG HARAM MYANMAR DAN BANGLADESH KE MALAYSIA... KERAJAAN MALAYSIA BUAT APA?



Bot yang membawa 500 penumpang dari Myanmar & Bangladesh dihalau ke Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia membekalkan makanan, air dan perubatan kepada 500 pelarian Myanmar itu sebelum menghalau mereka ke Selat Melaka dan menuju ke Malaysia.

Lapor Reuters, empat kapal tentera Indonesia memberikan bantuan kepada mereka yang ditemui terdampar di Tanjung Jambu Ayer di utara Acheh sebelum ditarik keluar dari perairan negara itu.

Difahamkan, sejumlah besar kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berlayar menggunakan bot nelayan itu ditahan di perairan Langkawi.

Kebanyakan mereka yang ditemui ialah lelaki dan mereka hanya berseluar pendek atau kain pelekat dengan kemeja-T.

Sementara itu reaksi netizen di laman sosial pula mengkritik tindakan kerajaan Malaysia yang tidak tegas dalam soal menangani masalah pendatang asing tanpa izin.

"Kerajaan Thailand dan Indonesia bijak dalam menguruskan masalah pendatang. Kasihan memang kasihan tetapi berapa juta lagi rakyat pendatang yang kita harus tanggung dengan rakyat sendiri yang jelas sekali sudah terbeban dengan GST?" soal Khairul Anuar Muhd Ali yang bimbang jika kerajaan menerima mereka sebagai penduduk 'tetap' di negara ini.

"Bukan tidak kasihan, agak-agaklah. Bila mereka ini dah memenuhi Malaysia, akan jadi huru-hara nanti. Dengan Indon, Kemboja, Myanmar, Siam, Afrika, VIetnam, Filipina, baik angkut semua. Nanti esok lusa kita rakyat Malaysia sendiri yang kena halau," keluh Qistieyna Reyno.

Kerajaan perlu bertindak pantas memberi respon mengenai isu ini agar rakyat tidak tertanya-tanya dan menimbulkan pelbagai spekulasi yang negatif. (SUMBER)


Sunday, April 5, 2015

KETUA MENTERI SARAWAK MENGAMUK DENGAN IMIGRESEN SARAWAK SEBAB GAGAL JALANKAN TUGAS!!!



Ini kali pertama, mana-mana Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri-negeri di Malaysia memperlihatkan tahap ketidakpuasan hati berhubung prestasi kerja agensi-agensi tertentu di negara ini.

Dalam satu pertemuan dan taklimat tertutup di Kuching, Khamis lepas, Adenan Satem menyatakan tidak puas hatinya terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa imigresen negeri itu.

Sebuah klip video yang dirakamkan menggunakan kamera telefon dan dirakamkan oleh seorang pegawai dari jabatan tersebut ketika dia dan 20 orang pegawai daripada 20 agensi yang lain - dari negeri dan persekutuan - telah diminta hadir ke bilik operasi negeri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya.

Selama ini, tidak ramai yang melihat Adenan Satem naik angin walaupun cukup terkenal dengan kenyataan dan reputasinya, 'jangan main-main dengan saya'.


Adenan dilihat hilang sabar kerana kegagalan Jabatan Imigresen untuk menghalang kebanjiran pendatang haram Suluk dan Bajau di Miri.

"Sudah ada 700 Bajau dan 400 Suluk yang mencuri ikan di Miri dan (anda masih kata), anda tidak tahu tentangnya," Adenan kedengaran bersuara di dalam klip video berkenaan.

"Sekarang anda tahu, (anda bagi) alasan biasa, 'tidak cukup tenaga kerja, tidak cukup itu, tidak cukup ini. Stupid, bodoh," katanya Adenan yang jelas marah.

"Saya tidak mahu sebarang alasan berhubung tidak cukup tenaga kerja." Adenan juga berkata, "Separuh kakitangan bertugas di pejabat. Lebih pekerja di pejabat, kurang pekerja di luar."

Dengan melabelkan sesetengah daripada mereka sebagai 'pengecut', Adenan berkata, mereka seringkali memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Bajau dan Suluk.

Kaum Suluk yang dimaksudkannya, datang dari selatan Filipinan yang bergolak dan tidak takut langsung dengan anggota-anggota penguatkuasaan dan seringkali bertindak secara agresif ke atas pihak berkuasa.

"Alasan sebenarnya ialah, mereka takut," kata Adenan, yang turut menambah, rakyat mahukan pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan 'berani, penuh semangat dan berdedikasi'.

"Kita memberi amaran (kepada) pihak imigresen setahun lalu tentang Sulu. Tiada apa-apa yang dilakukan sehinggalah masalah ini menjadi lebih besar. Anda tahu ke berapa ramai imigran haram berada di Sarawak? tanya Adenan kepada pegawai-pegawai yang hadir.

"Pandang rendah. Awak mahu jadi macam Sabah? Saya tak mahu jadi macam Sabah."

Dalam sidang media kemudiannya, Adenan berkata, hanya 150 orang Suluk dan Bajau yang berjaya ditahan dalam operasi terbaru manakala bakinya, 'hilang tanpa dapat dikesan'.

Menurutnya, penempatan-penempatan Bajau dan Suluk di kawasan setinggan telah pun dimusnahkan.

Walaupun dikecam, ucapan Adenan mendapat tepukan daripada para pegawai berkenaan apabila dia berkata, pegawai-pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan tempat kerja mereka, bolehlah minta bertukar, dan 'kami akan pastikan anda keluar dari negeri ini dengan secepat mungkin'.

"Mana-mana pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan perkhidmatannya dan tidak gembira berkhidmat di Sarawak, beritahu bos-bos anda. Anda boleh minta untuk dipindahkan. Kami akan menyokong pertukaran dan anda tidak akan berada lagi di negeri ini."

Menurut Adenan lagi, bukannya susah sangat untuk mendapatkan seseorang yang lebih berdedikasi untuk berkhidmat di Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak yang diterima ramai oleh rakyat Sarawak kerana sikap merendah dirinya serta polisinya yang mempertahankan kepentingan Sarawak, turut menyatakan perkara yang sama kepada kaum guru.

"Mun si maok sitok, ndak ndak sia (kalau tak suka berada di sini, keluarlah). Jangan banyak sangat bunyi. Ada ramai orang lain yang mahu bertugas di sini. Sama ada anda berdedikasi atau sebaliknya." (SUMBER)

Sunday, December 7, 2014

BARU CADANG PASPORT ANTARABANGSA ALVIN TAN DIBATALKAN... UGUTAN ZAHID DIBALAS GELAK TAWA ALVIN TAN!!!

1974 dahulu, Hishamuddin Rais yang mendapat pembiayaan dan dana bantuan daripada gerakan sosialis antarabangsa melarikan diri tanpa sebarang pasport. Hasilnya dia dipenjarakan di merata-rata negara kerana melanggar peraturan imigresen sehinggalah dia tiba di London atas nama suaka politik.

2014, Alvin Tan melarikan diri daripada undang-undang Malaysia kerana terlibat dalam kelucahan dan hasutan serta penghinaan melampau. Dia berpangkalan di Amerika Syarikat.

Untungnya, dia adalah Cina dan namanya tidak mempunyai unsur-unsur Arab. Amerika Syarikat menerima dengan senang hati orang-orang sepertinya.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri berkata, Kementerian Dalam Negeri sedang BERCADANG-CADANG dan MENIMBANG-NIMBANG untuk membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan. Mungkin Menteri berkenaan cuba mengugut dan menakut-nakutkan Alvin Tan.

Bagaimanapun, Alvin Tan sedikit pun tidak gentar dengan ugutan Menteri Dalam Negeri. Bahkan dia mencabar Zahid agar membatalkan pasportnya dan bukannya mengugut atau menimbang-nimbang.

Ketiadaan sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa, khususnya Imigresen membolehkan Alvin Tan lepas lari dengan memberikan alasan yang paling remeh menggunakan penggambaran di Singapura walaupun hakikatnya, Singapura melarang kemasukan Alvin Tan ke negara itu.

Lembab bertindak selain berharap perangai Alvin Tan akan reda serta hilang begitu sahaja seperti Hishamuddin Rais merupakan satu kesilapan besar kerana pihak berkenaan gagal mengambil kira faktor Media Sosial yang kitarannya tidak bertempoh dan tidak berhayat, bahkan sentiasa diperbaharui sepanjang masa.

Sekarang bukan zaman ugut atau menimbang-nimbang lagi. Pihak berkuasa seharusnya bertindak, bukannya bercakap semata-mata. Zaman sekarang, hanya yang pro-kerajaan sahaja yang masih takut dengan ugutan dan akan tunduk mengikut nasihat serta ugutan pihak berkuasa. Yang PRO-PAKATAN, bukan sahaja tidak takut, bahkan mereka mempunyai back-up yang akan menghentam kerajaan dan individu dalam kerajaan menerusi pendedahan demi pendedahan sehingga akhirnya individu paling lantang dalam kerajaan pun akan tutup mulut dan buat-buat pekak badak!!!


Friday, November 21, 2014

TAKKAN NAK MAKI AL-JAZEERA LAGI SEBAB LAPOR HARGA SEORANG PELARIAN YANG DIDAGANGKAN DI MALAYSIA?

Setiap kali ada isu besar yang membabitkan pendatang asing, maka setiap kali itulah juga pihak berkuasa di negara ini akan membuat pelbagai dalih dan alasan termasuklah mengikrarkan kononnya mereka akan memerangi habis-habisan pendatang tanpa izn.

Namundi sebalik 'peperangan' tersebut akhirnya ia akan bertukar menjadi satu perniagaan yang sangat bagus dan untung besar seperti Program 6P yang sehingga kini tiada sebarang keberkesanan melainkan, lebih ramai pendatang asing yang sepatutnya bekerja, tetapi lebih banyak melepak dan mula mengambilalih kerja-kerja rakyat tempatan.

Antara pendatang asing yang paling ramai di Malaysia adalah berstatus PELARIAN. Kebanyakan daripada mereka datangnya dari Myanmar. Berbeza dengan Thailand dan Indonesia, pendatang Myanmar di Malaysia sangat bebas, tidak diletakkan di dalam kurungan sepertimana yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia pada tahun-tahun 70-an sehingga awal 80-an membabitkan pelarian Vietnam tetapi mereka dibenarkan berkeliaran sehingga sebahagian daripada mereka menjadi pencari dan pencuri barangan lusuh, kertas-kertas terpakai termasuklah surat-surat di dalam peti surat, pengemis dan pengemis di persimpangan lampu isyarat.

Tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia, bahkan mereka dengan begitu berani meminta KAWASAN JAJAHAN seperti Selayang untuk mereka jarah dan jadikan kawasan komuniti.

Hebat Malaysia!

Semalam Al-Jazeera menyiarkan tentang perniagaan manusia melibatkan pelarian UNHCR. Dalam rancangan '101 East' bagi mendapatkan status pelarian UNHCR, pelarian tersebut perlu membayar antara RM1,700 sehingga RM3,000 melalui orang tengah di UNHCR yang berpengkalan di Malaysia.

Laporan yang sama turut disiarkan oleh The Malay Mail.

Sedar tak sedar, sebenarnya pemansuhan kem pelarian seperti yang diwujudkan di Pulau Bidung dan Jalan Sungai Besi adalah untuk membuka jalan kepada UNHCR lepas tangan daripada bertanggungjawab ke atas pelarian, dan semuanya perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia termasuklah isu keselamatan membabitkan rakyat negara ini.

UNHCR cuba mengajar Malaysia bagaimana hendak melayan pelarian, bagaimana hendak memastikan standard layanan dan bagaimana hendak melindungi pelarian tetapi tidak pernah mahu bertanggungjawab.

Malaysia seharusnya kembali mewujudkan kem-kem pelarian yang semua kosnya perlu ditanggung oleh UNHCR dan pada masa yang sama, memperketatkan kawalan di sempadan. Terlalu mengikut telunjuk akkhirnya tetap menjadikan Malaysia sebagai sasaran untuk terus ditekan sebagaimana pendedahan tentang PEMERDAGANGAN MANUSIA melibatkan pelarian yang dilapor oleh Al-Jazeera!

Bila lagi Malaysia hendak berubah? Sampai bila Malyasia harus mengikut cakap orang dan pihak luar yang sebenarnya hanya mahu melihat Malaysia jadi badut yang boleh digelak-gelakkan!



Thursday, November 20, 2014

INDONESIA BERANI KARAMKAN KAPAL-KAPAL NELAYAN MALAYSIA ATAS ALASAN JAGA SEMPADAN, IMIGRESEN MALAYSIA PULAK MALU-MALU NAK BANTERAS PATI INDONESIA!!!


Dasar Jokowi untuk menjaga kepentingan negaranya, menyaksikan perintah mengaramkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang memasuki perairan negara itu secara haram atau tidak disengajakan, pasti akan menimbulkan kejengkelan memandangkan Malaysia menampungkan belasan juta rakyat Indonesia di serata Malaysia sama ada sebagai pekerja halal atau pun pendatang haram.

Pentadbiran baru Presiden Indonesia merancang untuk mewujudkan pengawal-pengawal laut yang menjaga sempadan negara itu daripada dicerobohi oleh kapal-kapal dari negara jiran, terutama sekali kapal-kapal nelayan.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247
 
Blogger Templates