Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label zaid ibrahim. Show all posts
Showing posts with label zaid ibrahim. Show all posts

Friday, December 8, 2017

UNTUK RAIH SIMPATI SELEPAS DIMURKAI KDYMM SULTAN SELANGOR, ZAID IBRAHIM BERPURA-PURA TAKUT DITUKUL DAN MINTA BANTUAN ZAHID HAMIDI!!!



Selepas mengetahui kemurkaan KDYMM Sultan Selangor terhadap dirinya, ditambah pula dengan 'nasihat' baginda agar Zaid keluar dari Selangor dan pulang semula ke Kelantan, Melayu DAP yang lebih terkenal dengan gelaran KATAK KEMBONG itu terpaksa mencari jalan untuk meraih simpati sebanyak mungkin.

Kenyataan yang dikeluarkannya dua hari lepas kepada KDYMM Sultan Selangor yang mengandungi unsur-unsur ancaman, telah menimbulkan kemarahan ramai orang Melayu Selangor. Beberapa pihak telah pun membuat laporan polis, malahan Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung menjadi medan untuk melampiaskan kemarahan terhadapnya.


Salah seorang yang berbuat begitu adalah Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Bersama-sama dengan Pengerusi Briged Kesatria Muda UMNO, Armand Azha, patung Zaid Ibrahim telah ditukulnya pada bahagian muka. Malahan, Jamal turut memberi isyarat bahawa Zaid Ibrahim akan 'ditukul' kerana kebiadapannya terhadap KDYMM Sultan Selangor.


Rupa-rupanya Zaid Ibrahim kecut perut. Pada mulanya, dia cuba menyembunyikan ketakutannya dengan mengeluarkan satu lagi kenyataan menerusi Twitter yang meminta agar orang ramai cuba memahami kenyataannya yang memberi amaran kepada KDYMM Sultan Selangor.


Namun itu pun tidak cukup. Zaid mungkin melihat inilah masanya untuk meraih simpati mengambil contoh daripada apa yang dilakukan oleh Azmin Ali ketika adiknya, Azwan Ali berpaling tadah dengan mengeluarkan kenyataan, walau apa pun yang berlaku, dia tetap sayangkan adiknya.


Zaid mula meraban tentang keselamatan ahli keluarganya. Seolah-olah kemarahan orang ramai itu merupakan satu kejahatan yang akan mengancam keselamatan nyawa ahli keluarganya. Zaid membuat laporan polis dan kemudian mengeluarkan pelbagai kenyataan.


Namun kenyataan dan reaksinya yang paling kelakar ialah bilamana dia memberitahu yang dia tidak mempunyai kawan-kawan. Jadi, dia mengharapkan agar pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri dapat diadakan bagi membolehkan dia meminta bantuan daripada PDRM bagi menjaga keselamatan keluarganya yang diancam akan 'ditukul' oleh Jamal dan UMNO.


Tak cukup pandai lagi Zaid berlakon. Dia sepatutnya belajar berlakon daripada Lim Guan Eng. Perlu ada tonasi pada suara, memek muka memohon simpati atau paling tidak pun, tampalan plaster luka di dahi.

Wednesday, December 6, 2017

ZAID IBRAHIM, SI KUDA TUA YANG DIGUNAKAN DAP UNTUK MENYATAKAN TENTANGAN TERHADAP RAJA-RAJA MELAYU!!!



Tidak menghairankan apabila Zaid Ibrahim, sang katak yang akhirnya tersadai di pangkuan Lim Kit Siang dan DAP memulakan serangan ke atas KDYMM Sultan Selangor. DAP sememangnya memerlukan seorang individu Melayu untuk membuat serangan seperti itu memandangkan serangan-serangan ke atas institusi kesultanan Melayu sebelum ini, bukan sahaja tidak berjaya, tetapi meninggalkan kesan buruk ke atas parti tersebut.

DAP pernah bercadang mahu menyaman KDYMM Sultan Perak ekoran Pakatan kehilangan Kerajaan Negeri Perak pada 2009 apabila tiga orang ADUN mereka lompat parti walaupun sebelum itu, Pakatan begitu seronok apabila seorang ADUN BN melompat ke Pakatan.

Bagaimanapun, DAP begitu memuji KDYMM Sultan Selangor apabila baginda menolak perletakan semua jawatan yang disandang oleh ADUN Bukit Lanjan yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong apabila gambar-gambar aibnya disebarkan oleh bekas teman lelakinya sendiri. DAP menyifatkan tindakan baginda sebagai sesuatu yang bijak.


Namun pada tahun 2011, berlaku kemelut Damansara Utama Methodist Church (DUMC) dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengakhiri kerjaya politik Hasan Ali. KDYMM Sultan Selangor telah diseret untuk campurtangan menyebabkan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR menyerang baginda pula.

Begitu juga ketika upacara pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada tahun 2012. Bagaimanapun, hanya Azmin Ali, Tian Chua dan Khalid Samad yang menjadi tumpuan kerana saksi melihat mereka sahaja memperolok-olokkan beberapa orang Raja-Raja Melayu selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam upacara tersebut. (RUJUK SINI)

2014, sekali Selangor kelam-kabut apabila Anwar Ibrahim yang cuba mengelak daripada dipenjarakan kerana jenayah liwat, bersetuju dengan rancangan LANGKAH KAJANG Rafizi Ramli yang akhirnya menyaksikan PRK Kajang diadakan, dan Khalid Ibrahim digulingkan walaupun dia yang membiayai kempen Pakatan sepanjang PRK tersebut.



KDYMM Sultan Selangor kemudiannya dipermain-mainkan oleh PKR dan DAP apabila mereka sekadar menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar walaupun baginda telah meminta lebih dari dua nama. Dengan kata lain, PKR dan DAP sengaja ingkar dalam usaha memaksa KDYMM Sultan Selangor akur dengan kehendak mereka.

Justeru apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim amat mudah ditelah. Bagi mengurangkan risiko kepada parti menjelang PRU-14 terutama membabitkan sokongan orang Melayu-Islam, maka DAP menggunakan tenaga kerja mereka dari kalangan orang Melayu seperti Zaid Ibrahim dan Zaidi Ahmad, bekas juruterbang TUDM yang dipecat kerana melanggar arahan untuk menyuarakan kebiadapan mereka kepada KDYMM Sultan Selangor, khususnya dan institusi raja-raja Melayu, amnya.

DAP akan menggunakan kesemua cara untuk menunjukkan kebencian dan tentangan mereka terhadap institusi raja-raja Melayu sekalipun pada masa yang sama, mereka juga akan melafazkan ikrar kononnya akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta peruntukan-peruntukannya. Bagaimanapun, seandainya kita perhatikan DAP itu sendiri wujud hasil daripada tentangan mereka terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya yang membabitkan peruntukan-peruntukan terhadap Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu bahkan Artikel 16A yang membabitkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai pra-syarat untuk memegang kewarganegaraan negara ini!


Tuesday, June 27, 2017

ZAID IBRAHIM YANG SESAT LAGI MENYESATKAN... SURUH BERDOA PUN SALAH!!!



Zaid Ibrahim cuba menjadi samseng agama apabila berasa jijik dengan permintaan seorang juruterbang Air Asia meminta para penumpang dalam penerbangan Perth-Kuala Lumpur berdoa ketika pesawat berkenaan menghadapi masalah teknikal.

Melayu DAP itu sebenarnya cuba mengkagumkan ketua-ketuanya kononnya dia memperjuangkan liberalisme dan menentang sebarang pemaksaan elemen-elemen Islam ke atas orang bukan Islam.

Sudah pasti manusia bernama Zaid Ibrahim ini mahu matinya dan diuruskan oleh agama, bukannya mayatnya dicabik-cabik dan diberi makan anjing liar atau burung nasar.

Ironinya dia cuba menghalang kebebasan beragama orang lain. Juruterbang itu tidak memaksa mana-mana penumpang untuk berdoa mengikut doa-doa Islam. Sebaliknya setiap penumpang yang ada dalam penerbangan tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bebas berdoa dengan gaya atau keperluan mereka sendiri termasuklah golongan Atheis.





"Juruterbang AirAsia gesa penumpang berdoa ketika penerbangan Perth hadapi masalah. Saya lebih suka juruterbang tidak beritahu saya bahawa kematian semakin hampir.

"Juruterbang seharusnya memberi harapan dan meninggalkan yang lain kepada Tuhan dan para penumpang. Sekiranya Air Asia mahu ceburi bidang agama, lantik Imam dan Paderi yang betul," tulis Zaid Ibrahim di Twitternya.

Dalam setiap agama, terutama sekali Islam, umat digesa dan dituntut agar memperbanyakkan doa, baik ketika senang dan mewah apatah lagi ketika susah.

Apa yang dilakukan dan disuarakan oleh Zaid Ibrahim sebenarnya tidak lebih daripada sekadar menunjukkan kejahilannya dalam beragama walau apa agama yang dianutinya kini malah walaupun dia seorang atheis atau liberalis.

Ajaran yang cuba dibawa oleh manusia yang suka melompat-lompat dan tidak tetap pendirian ini sebenarnya SESAT YANG MENYESATKAN!!!


Tuesday, February 7, 2017

LOMPAT SI KATAK LOMPAT? TIDAK, SEBALIKNYA ZAID ADALAH SERAMPANG DUA MATA UNTUK DAP DAN CAP BUNGA MENGHANCURKAN PAS DI KELANTAN!!!



Tidaklah menggemparkan pun apabila Zaid Ibrahim, bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu yang pernah digantung kerana politik wang, yang juga bekas calon PKR Hulu Selangor beberapa hari selepas masuk parti tersebut, kemudian berasakan dia terlalu hebat sebagai calon Timbalan Presiden PKR, tetapi gagal di tangan Azmin Ali, selepas itu mengambilalih sebuah parti daif dan menjadi presiden sebelum sedar dia tidak mempunyai pengikut dan akhirnya terkontang-kanting sebelum cuba menonjolkan diri menerusi kenyataan media.

Akhirnya Zaid Ibrahim melihat DAP sebagai tempat untuk dia bangkit semula di dalam politik. Apatah lagi DAP memang mencari macai-macai Melayu yang boleh digunakan untuk skru Melayu sebagaimana yang dinyatakan oleh Hew Kuan Yau yang mahu mempromosikan calon DAP Melayu Batu Kitang dalam PRN Sarawak yang baru lepas.

Keyakinan bahawa DAP akan menang besar, ditambah pula cita-cita DAP untuk bertanding dan menguasai Parlimen Kota Bharu, dilihat oleh Zaid Ibrahim sebagai peluang terbesar dan terbaiknya untuk kembali mendaki tangga politik semula. Zaid amat berkeyakinan dia adalah calon DAP terbaik untuk Parlimen Kota Bharu yang kini disandang oleh PAS menerusi Takiyuddin Hasan.

Kali terakhir DAP bertanding di Parlimen Kota Bharu adalah pada tahun 1990 di kerusi DUN Padang Garong.

Kali terakhir DAP meletakkan calon-calonnya di Kelantan dan Terengganu adalah pada tahun 1980-an.

Selepas tahun 2008, terutama selepas kejayaan DAP menambah kerusi di Sarawak, DAP menjadi kepala pakatan pembangkang. DAP mula membuat pelbagai tuntutan untuk memperbesarkan lagi kedudukan parti tersebut berbanding PAS dan PKR. Kemuncak daripada cita-cita tinggi DAP itu ialah perselisihan faham akibat RUU355 dengan PAS yang akhirnya menyaksikan DAP menerajang PAS keluar dari Pakatan.

Semenjak itulah, DAP menerusi PAN yang merupakan parti serpihan PAS tajaannya, memburuk-burukkan PAS dan kepimpinannya. Apabila Mahathir menyertai kem DAP menerusi partinya, Cap Bunga, PAS dan kepimpinan Abdul Hadi Awang kekal sebagai sasaran utama mereka.

PAS dan Abdul Hadi Awang dikatakan telah menjadi macai Najib Abdul Razak. Walaupun tuduhan tersebut dilihat amat melampau, tetapi ia bertujuan untuk merendahkan moral para pengikut PAS yang diketahui totok dan tegar agar mengalihkan sokongan daripada PAS kepada PAN dan DAP sendiri.

Apatah DAP selama dua penggal sudah terbiasa dengan sokongan yang diberikan oleh PAS sekaligus membolehkan Lim Guan Eng mendabik dada kononnya DAP adalah sebuah parti yang hebat, manakala bapanya, Lim Kit Siang pula tanpa segan silu menyatakan DAP dan dia sendiri bukannya anti-Islam walaupun perbuatan mereka bertentangan.

Kehadiran Zaid Ibrahim di dalam DAP sebenarnya tidak lebih daripada sekadar mahu merobek-robekkan kekuatan PAS di Kelantan dan Terengganu. Zaid Ibrahim tidak mempunyai pengaruh dan kekuatan di dalam UMNO.


Cap Bunga yang dipengerusikan oleh Mahathir sendiri pun tidak berminat untuk menambat Zaid Ibrahim memandangkan kerugian yang bakal mereka perolehi, apatah lagi Cap Bunga juga sebenarnya berhadapan dengan konflik yang sama seperti yang terdapat di dalam UMNO iaitu PEREBUTAN JAWATAN DAN PENGARUH.

Kenyataan sinikal Mahathir tentang katak yang melompat melibatkan Zaid itu sebenarnya tidak lebih daripada sekadar melepaskan rasa leganya kerana sekurang-kurangnya Cap Bunga mempunyai 'orang hubungan' di Kota Bharu apabila Zaid berada di dalam DAP.


Wednesday, September 21, 2016

AJARAN BARU 'AGAMA' ZAID IBRAHIM... KITA DIBENARKAN MENGHINA DAN MENGUTUK ULAMA... YANG TAK BOLEH DIKUTUK, SI TUA MAHATHIR JER!!!



Berkata orang yang berkongsi minat terhadap kuda dengan Tun Dr. Mahathir, TIDAK SALAH kalau kita hendak mengutuk, menghina, mencerca mahupun memaki hamun tokoh-tokoh agama termasuklah para mufti adalah tidak salah sama sekali. Malah kita dibolehkan berbuat demikian kerana mereka hanyalah manusia biasa dan kedudukan mereka tidak sama dengan ALLAH.

Yang tidak dibenarkan memaki hamun hanyalah kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan terutama sekali Tun Dr. Mahathir kerana ketiga-tiga orang ini adalah BERHALA HIDUP yang memberikan keuntungan besar kepada perjuangan pembangkang.

Zaid mengulas tentang penangkapan Sidek Kamiso kerana 'menghina Islam' berhubung tweet Sidek semasa kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Haron Din. Zaid mempersoalkan penangkapan Sidek yang menurutnya, tidak seharusnya dilayan seperti penjihad dari DAESH dan permohonan reman ke atasnya oleh polis. 

Permohonan reman ke atas Sidek Kamiso bagaimanapun, ditolak oleh majistret di Johor.

Bagi Zaid, membuat tweet walau dengan ayat-ayat apa sekalipun, bukanlah satu kesalahan dan ia tidak boleh dipandang serius. Sebaliknya yang bersalah adalah umat Islam di negara ini yang terlalu sensitif dan terlalu menganggap segala-galanya adalah 'menghina Islam' sedangkan mereka sendiri tidak tahu maksudnya. 

Menurutnya lagi, sebagai contoh, jikalau dia hendak mengatakan sesuatu yang biadap terhadap Abdul Hadi Awang atau Nasruddin Hassan Tantawi yang merupakan Ketua Penerangan PAS, ia adalah satu perkara yang dibolehkan dan tidak salah.

"Sesetengah orang terlalu memandang tinggi orang-orang tertentu yang berimejkan agama sehinggakan kita tidak dibenarkan menyentuh mereka di luar kehormatan peribadi, sedangkan tiada apa atau sesiapa pun yang berkedudukan sama dengan Allah. Menghina mereka tidak seharusnya mengundang dakwaan jenayah." (RUJUK SINI)

Dalam ajaran Zaid Ibrahim, orang Islam tidak seharusnya cepat membuat kesimpulan hanya kerana sebilangan pemimpin mereka memakai serban dihina, maka ianya bermaksud menghina Islam. Apatah lagi ahli-ahli politik tidak terlindung daripada elemen penghinaan walaupun setelah mereka meninggal dunia.

Itu fatwa dan ijtihad Zaid Ibrahim la... yang pasti fatwa dan ijtihad tersebut, sudah pasti akan berubah apabila terkena ke batang hidungnya sendiri sepertimana yang berlaku kepada Lim Guan Eng yang cukup pakar menggunakan mahkamah dan perundangan untuk menghentikan penghinaan ke atas perbuatan dan dirinya.



Thursday, June 4, 2015

KESIAN SUNGGUH KAT ZAID IBRAHIM NIH... SEL-SEL OTAKNYA SEMAKIN TERUK KEROSAKANNYA SAMPAI TAK BOLEH DIPULIHKAN LAGI!!



Antara pencen dan golongan KUCIWA yang masih terus bersuara adalah Zaid Ibrahim, sang oportunis yang meneka, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat akan menang pada PRU-13 serta merampas Putrajaya dari UMNO-BN.

Zaid Ibrahim, bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu yang pernah digantung keahliannya kerana politik wang, pernah diangkat sehingga menjadi menteri undang-undang ketika di bawah pentadbiran Abdullah Badawi tetapi kemudian memilih untuk menyokong Anwar Ibrahim sebab dia diberitahu Pakatan Rakyat, khususnya PKR amat kuat.

Dia cuba menjadi Timbalan Presiden PKR tetapi gagal. Dia cuba menjadi Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor tidak lama selepas dia masuk PKR secara rasmi tetapi dia juga kalah. Kemudian selepas gagal menjadi Timbalan Presiden PKR, mengambilalih sebuah parti picisan dan menukarkan namanya sebagai KITA untuk dia bergelar Presiden. Namun akhirnya, dia tetap tidak ke mana-mana.

Zaid Ibrahim tanpa UMNO hanyalah haiwan politik yang kelaparan dan tidak berpadang!!!

Kecewa dan kalah di mana-mana, Zaid Ibrahim cuba menunjuk pandai untuk mengatur perjalanan UMNO dan PAS. Bukan main lagi dia mengutuk, mencerca dan memperlekehkan Najib dan Abdul Hadi Awang.

Zaid Ibrahim langsung tak sedar diri, buta mata hati dan otaknya diserang penyakit kecamuk yang amat kronik!

Konon-kononnya demokrasi dalam UMNO dan PAS sudah mati kerana calon-calon kegemarannya tumbang atau tidak berani muncul menentang arus. Dan yang paling menarik ialah apabila Zaid melabelkan orang Melayu sebagai PEMALAS UNTUK BERFIKIR.

Fikir kepala hotak dia...

Nak fikir macam dia? Fikir sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Ingat orang Melayu tak boleh fikir ke, manusia seperti Zaid Ibrahim banyak dapat projek ketika dalam UMNO tetapi memekak selepas tidak dapat lagi projek dan kemewahan.

Golongan pencen dan KUCIWA seperti Zaid Ibrahim ni sebenarnya tidak lebih mulia tahapnya berbanding ABDUL RANI KULOP!!!

 
Blogger Templates