Doktor tersilap potong kaki pesakit
-
Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati
pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada
pembedahan, ...
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh
-
The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac.
Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking
the 15th...
IRF, MPF Bersama-sama GBM Sokong Buku G25!
-
Begitu dahsyat pengaruh kumpulan liberal Gagalis 25 (G25) yang terdiri
daripada kumpulan pesara kakitangan awam. Nampaknya, usaha melobi pendapat
umum dal...
ANGGOTA POLIS DITEMBAK DI LEHER DI RANTAU PANJANG
-
Seorang anggota polis dari PGA telah mengalami kecederaan akibat terkena
tembakan di leher. Anggota polis berkenaan yang berpangkat koperal
dilaporkan pa...
Which Past Should We Preserve?
-
The attempt by Nga Kor Ming to have Chinese new villages listed as UNESCO
heritage sites has caused a tiff between the DAP and its partner UMNO. The
Chines...
Penangan Ariana Rose
-
NINA FARZUIN MD SHAROM, FOTO : SUHAIZUL IZHAR
14 Februari 2014
[image: Penangan Ariana Rose]
�WATAK sebagai seorang Muslim yang saya bawa menerusi drama in...
foodland ad boaz
-
foodland ad boaz Shop the deals! In the event that you have a few
supermarkets close by, go to a few of them to get the great arrangements
(make sure you a...
TERKINI: MB KEDAH PENING KEPALA
-
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan hasrat
untuk mengekalkan kesemua sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) di
bawa...
FOKUS..
-
Aku berpendapat masanya dah tiba.
Hentikan segala krisis dan konflik.
Hentikan segala perebutan untuk kepentingan peribadi.
Ini masa membalas segala seran...
Azmin Tidak Berkeupayaan Mentadbir, Kata Khalid
-
Kerajaan Selangor boleh dianggap mengkhianati janji manifesto mereka dalam
dua kempen pilihan raya umum yang lalu sekiranya pemberian air percuma
kepada ...
Untung Jadi Cinabeng Di Malaysia
-
Untung jadi Cinabeng ni. Banyak duit, dah bunuh orang, boleh lari ke luar
negara.
Jangan kata penulis dengki dengan Cinabeng pula ya. Penulis cuma
men...
PERBANDINGAN NAJIB DAN MAHATHIR DIMATA ORANG SABAH
-
Saya tertarik mengulas sedikit tulisan Datuk Dr Salleh Said dalam catatan
terbaru dari blognya Sskeruak.blogspot.com.
'Pemerintahan Datuk Seri Najib Tun ...
Kren tumbang di Makkah,154 cedera.
-
بسم الله الرحمن الرحيم MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah
terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa
bumbung Masjidi...
Padang Serai Lagi.....
-
Pemilihan Ketua Bahagian Padang Serai bertambah hangat disaat-saat akhir
ini. Saya ingatkan semua proses pancing undi berjalan dengan lancar tanpa
ada unsu...
Education Provision for Thai People Living Abroad
-
Thailand has provided education for Thai people across the globe
•America
•Europe
- Kingdom of Sweden (Stockholm)
- The United Kingdom (London, Manch...
Novel Terakhir...
-
*"Novel terbaru yang baru siap setebal 299 muka bertajuk ‘MANDALA DUNIA KE
DUA’ mujur menjadi peneman. Untuk edit kali ke 8 dan terakhir dapat juga
dil...
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex
-
* Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex *
Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan
dollar per hari) terdiri d...
Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang PH Baharu
-
TAHNIAH kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas perlantikan sebagai Ketua
Pembangkang..
Khabarnya beliau telah mendapat sokongan Tun M, DAP, Amanah dan W...
Jambatan untuk rakyat Sarawak..
-
Projek jambatan yang dibina merentasi sungai-sungai di Sarawak merupakan
suatu projek yang menjadi kemestian bagi pihak kerajaan Barisan Nasional
kerana ...
Lowongan Kerja CRRANTE Cosmetic Cab. Purwokerto
-
Lowongan kerja *CRRANTE* - *Lowongan kerja purwokerto* hari ini, merupakan
Perusahaan yang bergerak di bidang *cosmetic. CRRANTE cosmetic *atau *PT.
Lautan...
Latest Trends in Fashion and Jewelry
-
The fashion industry is filled up with glitter and glamor. And one has to
be fully updated to sync with this glamorous industry. You should be aware
of a...
Nick Xenophon : Bila lalat cuba menghurung
-
Pemerhati politik Malaysia pasti tahu siapa mamat ni, ahli parlimen
dan seorang senator yang pro kepada kaum lut ini telah diusir akibat
kengegehan belia...
RM19K sebulan.....
-
Betulkah Musli Oli kena bayar RM19K sebulan utk buat kerja ngan UMNO?? Atas
tugas apa tu...kipas ayam panggangkah, atau tukang angkat beg Ketua
Menteri?? B...
SKIM MENIPU KERAJAAN SABAH DIGAGALKAN
-
KEPEKAAN tinggi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor
berkaitan skim menipu kerajaan Negeri untuk tujuan mengaut hasil mineral di
negeri y...
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota
-
*Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula
bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan
se...
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH?
-
*Solat* Sunat *Hajat* merupakan *solat* sunat yang didirikan untuk memohon
*hajat* atau ketika berada dalam kesulitan.
Pada kebiasaannya dilakukan secar...
ayam
-
Kisah Pandiran Semasa (Part 262) - ayam jantan.. !Sudah hampir 4 minggu tok
tidak lagi mengopey pagi pagi di kedai Siah. Tok bukan merajuk, tapi tok
mengam...
Antara Kuasa Eksekutif & MPN
-
Apa jua yang diputuskan sekalipun pada MMI biarlah ada HORMATnya.
Sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang disifatkan gagal sewajarnya
Mahiaddin perlu...
JAJARAN BAHARU SEBAGAI STRATEGI POLITIK AMPUH ZAHID
-
Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan. Siapa sangka BN boleh
kalah PRU14 lepas? Siapa sangkat PAS dan UMNO boleh tubuhkan MN? Siapa
sangka PH h...
BELAJAR BUAT 3D DI ARTCAM
-
Assalamualaikum
Hi Gaiiisss
Hari ini aku belajar buat 3D dalam ArtCam dan inilah
hasilnya https://www.youtube.com/watch?v=PRJbW4lvVfQ
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
Bajet: Antara gila kuasa dan titah tuanku
-
Hari ini bakal jadi penentu sama ada bajet 2021 yang dibentangkan akan
diluluskan atau sebaliknya.
Yang di Pertuan Agong telah bertitah dan menyeru ...
PRU 15 - UMNO BOLEH MENANG?
-
UMNO boleh menang PRU15? ....boleh. UMNO boleh menang PRU 15 nanti kalau:
Kalau mana-mana pemimpin yang sudah kalah ataupun lengit semasa PRU14 yang
lepa...
APA OPTION PALING BAIK YANG TSMY BOLEH PUTUSKAN?
-
Ketika termetrinya Piagam antara UMNO dan PAS, ramai yang menitis airmata.
Terharu dan gembira, bercampur baur perasaan. Berpuluh tahun bersengketa,
akhi...
Itik Daging Segar Dari Ladang di Hulu Langat
-
Bagi penggemar daging itik di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan berdekatan,
kini anda boleh mendapatkan itik segar yang dipelihara di ladang kami di
Sung...
PROPAGANDA MO1 DAN KEHEBATAN TUN M
-
Berkabung untuk UMNO
Samaada kita sedar atau tidak kem MO1 telah membuat propaganda terhadap
rakyat Malaysia. MO1 telah membuat propaganda untuk memfitna...
Miss P Buka Rahsia Sulit Guan Eng
-
Miss P atau nama sebenarnya Phang Li Koon pemilik asal banglo di Jalan
Pinhorn yang dibeli oleh Lim Guan Eng telah membuka rahsia yang selama ini
cuba dise...
RM2.6 BILION DERMA RUPANYA…TAPIIII…..
-
Apa kecoh-kecoh ni Najib?
SPRM mengesahkan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun
peribadi YAB PM, Dato’ Sri Najib Tun Razak ialah derma dar...
Opah Checks In...
-
Here I am, back again for the umpteenth time, with yet another promise to
stay committed (and not really believing if I ever could). The flesh has
been we...
MANA UCAPAN TAKZIAH DAP ?????? !!!!!
-
PUAS MENCARI DI SELURUH ALAM MAYA. TAK ADA SATU PUN UCAPAN TAKZIAH DARI
PARTI RASISI DAP UNTUK KEMANGKATAN DYMM SULTAN AZLAN. TAK ADA. APA
MAKNANYA. MEREK...
Selamatkan PAS?
-
Hari ini Awang Selamat mengulas kenyataan Datuk Harun Taib, Ketua Dewan
Ulamak PAS berkaitan dengan kelemahan PAS sejak akhir-akhir ini yang mana
ianya mul...
KELAKUAN Pemain Bola Sepak Terkenal !!! FUHHHH
-
1. Pemain paling suka meludah di padang = Florent Malouda - France
2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England
3. Pemain yang menguruskan ...
ADUN BATU CAVES ROMPAK PASIR SELANGOR
-
[image: skandalpasir]
PENULIS menjangkakan, dengan terbongkarnya skandal pasir di Selangor ini,
akan ada seorang lagi rakyat Selangor aka kroni PKR yang ...
(Gambar) Demo didepan rumah Haji Mohamad Sabu..
-
Entah dari mana datangnya puak-puak ini, bekas-bekas talibarut penjajah
agaknya? Tiba-tiba muncul petang semalam mengadakan demontrasi dihalaman
rumah Timb...
UMAT DALAM KERAGUAN
-
Oleh Aziz Jamaludin Mhd TahirKETIKA Ali bin Abi Talib secara diplomatik
kalah kepada Muawiyah bin Abu Sufyan dalam Perang Siffin, sekumpulan
penyokongnya b...
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON
-
*Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.*
Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14,
perkara yang paling ketara ialah per...
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota
-
*Zakat Fitrah dan kemiskinan kota*
Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada
seorang wanita Melayu rakyat Malaysia, b...
Subur industri judi di Malaysia
-
Sebelum ini kita dengar syarikat operator nombor ramalan (NFO) iaitu Sports
Toto Bhd melaporkan ia memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM68.5 juta
bag...
Mostbet-az90
-
Mostbet-az90 geniş çeşidli bazarlara və rəqabətli əmsallara malik onlayn
idman mərc platformasıdır. Mostbet-az90 saytı müştərilər üçün canlı
hadisələr, o...
-
Catatan Dhuha Feb 21 Catatan Dhuha. Kadang-kadang musibah yang menimpa kita
mampu meluruskan jiwa, menyedarkan diri daripada kelalaian dan mampu
menyelamat...
SENTIMEN PASARAN & KEYAKINAN PELABUR
-
Komen umum saya terhadap artikel di bawah: Agak balanced kerana ia turut
menyebut yang pro dan contra. Ia tertumpu kepada stock market per se, bukan
ekonom...
Catatan Di Belakang Tirai Besi
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini
saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan
selepas...
-
SHAH ALAM, 20 OGOS: Belanjawan 2016 akan tertumpu kepada pembangunan secara
terus kepada rakyat dan ia dijangka dibentangkan, pada November ini .
Dato’ Ment...
A Goat Named 'Shahrukh Khan' in Bakrapur
-
Shahurkh Khan
Unlike Anurag Kashyap’s more elaborate ode to Amitabh Bachchan by making a
short film on him in *Bombay Talkies*, actor-filmmaker Makarand D...
Will Razaleigh replace Anwar?
-
*ALLAH ISSUE*': *Anwar has fallen out of favour with Pas, says MP*
KUALA LUMPUR: TALKS about Pas enticing Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah
to lead the...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
Malaysiakini - Pelan PM letak jawatan disusun
-
kemaskini 10 April 2008:10:26pm
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang dengan
timbalannya mengenai pelan peralihan kuasa, kata nai...
Salah satu perkara kelakar yang melibatkan Kerajaan Pakatan Harapan adalah kesungguhan beberapa orang menterinya untuk berlakon dan menampilkan diri mereka sebagai pejuang rakyat dengan apa cara sekalipun.
Antara menteri yang paling gila publisiti sebegitu adalah Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan.
Dua hari lepas, Syed Saddiq dalam satu kenyataan menerusi Twitter yang kemudiannya dipanjangkan ke Facebook menyatakan tentangannya terhadap tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memansuhkan 9 jenis elauan kritikal bagi 38 bidang kerja profesional. Walau bagaimanapun, Syed Saddiq hanya menyentuh tentang doktor muda dan jururawat sahaja.
Menurutnya, dia terkejut dan sama sekali membantah perlaksanaan pemotongan tersebut. Reaksi netizen bagaimanapun jauh berbeza daripada jangkaannya. Teruk Syed Saddiq kena bantai dalam page FB dia sendiri. Malahan netizen mempersoalkan, dia selaku Menteri Kabinet mengapa tidak menentang dari awal terutama ketika mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet.
Beberapa orang menteri lain termasuklah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah juga cuba menimbulkan persepsi bahawa keputusan memansuhkan BIPK dibuat oleh JPA sekaligus membenarkan teori konspirasi Deep State yang dipopularkan olehnya sebelum ini. (RUJUK SINI)
Bagaimanapun, JPA dalam kenyataannya menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet dan dipersetujui serta diluluskan oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad pada 23 Oktober 2018 menerusi ciapan Twitter Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar. (RUJUK SINI)
Antara yang hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam itu termasuklah:
1. Mahathir Mohamad 2. Muhyiddin Yassin 3. Lim Guan Eng 4. Azmin Ali
Apabila viral berita yang JPA akan memotong elaun kritikal untuk penjawat awam termasuklah yang melibatkan doktor dan jururawat, Syed Saddiq cuba mengambil kesempatan untuk mempromosikan dirinya apabila menerusi media sosial, dia berkata, elaun kritikal untuk doktor-doktor muda dan jururawat tidak seharusnya dimansuhkan, sebaliknya yang perlu dipotong adalah elaun Menteri dan Ahli Politik.
Justeru, sebagai bersolidariti dengan doktor-doktor muda dan jururawat, menurut Syed Saddiq dia akan meneruskan potongan gajinya sebanyak 10% dan pulangkan elaun percutian dan memendekkan percutiannya.
Dan seperti biasalah, golongan muda paling mudah terpengaruh dan terpesona dengan drama terbaru Syed Saddiq sebelum masing-masing menutup mulut selepas Syed Saddiq teruk kena belasah oleh netizen kerana terus berdrama.
Awal pagi tadi, Syed Saddiq dengan penuh bangga kata, dia telah berjumpa dengan Perdana Menteri walaupun Perdana Menteri sekarang sedang bercuti di Jepun. Menurutnya, Perdana Menteri telah bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan Pekeliling JPA berkenaan pemansuhan Elaun Kritikal penjawat awam.
Menariknya, dia mendabik dada itu adalah kejayaannya (Youth Power) walaupun sebenarnya adalah kerana desakan dan suara rakyat. Kalau rakyat dan netizen terus diam, pemansuhan tersebut tidak akan sama sekali ditangguhkan atau dibatalkan memandangkan JPA kata, Mesyuarat Kabinet sendiri sudah bersetuju dengan pemansuhan itu.
Namun ramai yang turut mempersoalkan kenyataan Syed Saddiq itu kerana kemungkinan-kemungkinan berikut:
1. Rancangan itu mungkin ditangguhkan sekarang tetapi akan mula dilaksanakan pada bila-bila masa dalam tahun 2020 atau 2021 tanpa sebarang pengumuman lagi.
2. Tidak mansuh tetapi elaun akan dipotong dengan alasan, "Kerajaan memahami bebanan penjawat awam dan disebabkan itu, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pembayaran elaun kritikal pada nilai RM100 (atau kurang) sebulan."
Bukankah alasan dan amalan yang sama dibuat dalam isu BR1M yang diubah menjadi BSH tetapi jumlahnya dikurangkan dan jumlah penerima juga dikurangkan lebih separuh? Apatah lagi, dalam isu elaun kritikal ini, Kerajaan Pakatan telah pun mengeluarkan kenyataan lebih awal tentang lambakan doktor, jururawat, pembantu perubatan, doktor gigi, ahli farmasi dan sebagainya di pasaran.
3. Memotong elaun semua penjawat awam tanpa mengira junior atau senior pada kadar tak kurang 10% seperti yang dilakukan oleh pentadbiran Mahathir pada tahun 1998.
4. Menaikkan kadar caj di hospital-hospital dan klinik kerajaan seperti caj wad dan sebagainya.
5. Menaikkan kadar cukai pendapatan perjawatan-perjawatan yang memperolehi elaun kritikal ini.
6. Elaun kritikal tak dimansuhkan dan kekal macam sekarang tetapi tiada kenaikan pangkat, bonus dan gaji untuk beberapa tahun.
Sebab itulah, tak perlu terlalu gembira dengan pengumuman bersendirian Syed Saddiq.
Apatah lagi, Syed Saddiq cuba mempotretkan dirinya sebagai antara menteri yang paling berkuasa dengan melanggar semua kementerian dan portfolio.
Ingat lagi tentang Food Panda, masalah yang sepatutnya di bawah Kementerian Sumber Manusia tetapi Syed Saddiq cuba menonjolkan diri sebagai juara dengan berkata, masalah tersebut selesai menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri. Hakikatnya, masalah itu tidak selesai, malahan Mahathir sendiri kata, yang kata selesai itu adalah Syed Saddiq dan itu adalah pendapatnya sendiri.
Masalah elaun kritikal ini juga melibatkan beberapa kementerian termasuklah Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan selain Kementerian Sumber Manusia. Tetapi sekali lagi Syed Saddiq mahu tunjuk hero. Lebih menarik, Kementerian Kesihatan baru sahaja bercadang hendak berjumpa dengan JPA tetapi Syed Saddiq terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan bahawa pemansuhan tersebut ditangguhkan.
Itulah kehebatan Syed Saddiq. Dia cukup cekap untuk memintas apa-apa sahaja isu yang timbul dan akan mempergunakannya untuk tujuan meraih publisiti buat dirinya. Cuma dalam kes yang melibatkan Kementeriannya sendiri, terutama sekali melibatkan prestasi buruk di Sukan SEA, Syed Saddiq tiba-tiba sahaja diserang penyakit apendiks dan terpaksa masuk hospital dan selama seminggu, dia tidak boleh menerima pelawat.
Dia pun dah terjangkit penyakit yang sama dengan Penasihat Seumur Hidup DAP yang juga berjawatan MENHAN dan Pengerusi PPBM yang berjawatan Perdana Menteri.
Teruk sangat u-turn ni... wartawan mana pula pi sua mikrofon kat depan dia sampai dia boleh buat u-turn sebegitu hebat sampai terlupa yang pada 19 November 2019, dia sendiri yang keluarkan kenyataan:
“UMNO serahkan sepenuhnya perkara ini kepada Jawatankuasa (Lembaga) Disiplin bagi menjalankan siasatan." (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/518718/lembaga-disiplin-umno-siasat-pertemuan-sulit-azmin)
Salah seorang Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob pula berkata Lembaga Disiplin UMNO bebas memutuskan bagaimana siasatan dijalankan, selain membuat keputusan secara telus dan adil. (https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/11/630803/lembaga-disiplin-umno-bebas-siasat-pertemuan-sulit)
Tapi 17 Disember, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Hishamuddin Hussein Onn kerana 'masalah tersebut telah selesai sepenuhnya'. (https://www.sinarharian.com.my/article/62315/BERITA/Politik/Surat-tunjuk-sebab-yang-tersebar-tidak-sah-Ahmad-Zahid)
Turut dinafikan ialah, sepucuk surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin UMNO terhadap Hishammuddin yang didakwa melanggar Perlembagaan parti itu dan tata etika sebagai ahli UMNO. Berdasarkan surat yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Mohamed Apandi Ali itu, Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu perlu menghadiri satu sesi pendengaran di Ibu Pejabat UMNO, Kuala Lumpur bagi memberi penjelasan pada 26 Disember ini.
Hari ini, Tan Sri Apandi Ali mengumumkan peletakan jawatannya beliau sebagai Pengerusi Lembaga Displin UMNO serta-merta. Keputusan itu diambilnya ekoran keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Bekas Peguam Negara itu berkata, pembatalan itu adalah sesuatu yang tidak bertepatan dengan Perlembagaan Parti.
“Saya tidak rela dijadikan sebagai kuda tunggangan.Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” katanya.
Ironinya, sama seperti perangai pemimpin-pemimpin Pakatan yang segera menyalahkan Najib Razak, Kerajaan UMNO-BN, Ketua Setiausaha, JPA dan rakyat apabila terkantoi dan dah tak ada alasan lain, perkara yang sama juga sedang berlaku dalam UMNO.
Sudah ada yang berkata, kemelut yang 'dicipta dan dibesar-besarkan' oleh Apandi Ali, dalangnya adalah Najib Razak.
Siapa kata TONGONG ITU TIDAK BOLEH DIWARISI DAN DIJANGKITI?
Akar umbi UMNO kelihatan keras menyokong UMNO walaupun UMNO ada banyak masalah dan sedang berhadapan dengan kepupusan selama-lamanya. Tapi nampaknya pucuk pimpinan pula, masih lagi bermain politik dengan mentongong-tongongkan akar umbi.
Macam biasalah... bila dah teruk kena hentam dengan netizen, maka para pemimpin Pakatan Harapan akan segera mencari alasan untuk mengkambinghitamkan individu atau pihak yang paling mudah mereka mangsakan.
Dalam isu penghapusan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), yang benar-benar terjejas turut melibatkan jururawat, pegawai perubatan, pegawai pergigian, pensyarah perubatan dan pensyarah pergigian yang akan mula berkhidmat pada 1 Januari 2020.
Jikalau kita merujuk Pekeliling JPA, keputusan menarik balik elaun kritikal tersebut telah pun diputuskan semasa Mesyuarat Khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir sendiri! (RUJUK SINI)
Keputusan Kerajaan Pakatan yang dilaksanakan oleh JPA ini, bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia, tetapi juga turut dibantah ramai. Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut membuat petisyen untuk membantah keputusan Kerajaan Pakatan Harapan ini. (RUJUK SINI)
Bagaimana keputusan Kerajaan Pakatan ini akan memberikan kesan yang besar kepada penjawat awam dan perkhidmatan kesihatan secara amnya?
Seorang doktor junior (yang akan mula bekerja pada tahun 2020) akan bertugas sebagai MO pada tahun 2022. Walaupun junior, mereka juga akan dibebankan dengan kerja yang banyak dan tempoh bekerja yang sama seperti MO senior tetapi dengan gaji yang lebih rendah.
Sekaligus menjadikan MO junior itu, telah dijadikan hamba abdi atau buruh murahan yang dipaksa merawat pesakit!
Gaji mereka juga akan dikurangkan sebanyak 15%. Pengurangan tersebut sangat besar berbanding bebanan kerja yang tidak akan berkurangan malahan akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
Dengan status 'doktor kontrak', mereka juga akan berhadapan dengan masalah untuk menyambung pelajaran kepakaran.
Kerajaan Pakatan dan Kementerian Kesihatan di bawah Pakatan bercakap tentang mewujudkan nisbah 1 doktor untuk 450 pesakit. (1:450). Sedangkan apa yang mereka lakukan sekarang ialah, ditambah pula dengan pengurangan penjawat awam terutama dalam bidang perubatan sehingga kita boleh melihat sendiri kesesakan luar biasa di hospital-hospital kerajaan, 1 orang doktor bagi 10,000 orang pesakit.
Bertahun-tahun belajar dan kemudian memberikan tumpuan serta masa bekerja yang melebihi waktu kerja manusia biasa, seorang doktor di mata Pakatan Harapan, lebih hina daripada seorang menteri atau timbalan menteri yang belajar pun tak habis. Gaji doktor-doktor itu pula, jauh lebih rendah berbanding elaun parking menteri.
Malang betul rakyat Malaysia kerana mendapat kerajaan yang gagal memilih keutamaan dan lebih seronok memangsakan rakyat. Sepatutnya yang dipotong adalah elaun-elaun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri yang melampau tinggi berbanding kualiti kerja dan perkhidmatan mereka.
Dr. Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri buat kali kedua ini, sudah beberapa kali berseronok bercuti di luar negara menggunakan wang negara, sedangkan rakyat pula, kebanyakan peruntukan mereka bukan sahaja dipotong, malahan banyak yang dihapuskan.
Kecenderungan Kerajaan Pakatan untuk membela taukeh-taukeh yang lari cukai menerusi pengenalan semula SST, mungkin membuatkan mereka rasa rakyat terlalu bodoh dan mudah dizalimi. Nilai cukai yang dilarikan itu bernilai ratusan ringgit. Dan disebabkan itulah, rakyat menerima kesan termasuklah pemotongan elaun BPIK ini mahupun peruntukan-peruntukan lain.
Dan mungkin sedar mereka dihentam dengan teruk, Syed Saddiq merupakan Menteri Pakatan yang paling awal cuba berlakon konon-kononnya menentang perlaksanaan penghapusan tersebut. Alasan yang diberikannya membuatkan FB peribadinya dihurungi netizen yang meluahkan rasa meluat dan jijik mereka dengan lakonannya.
Kemudian Menteri Kesihatan pula cuba cuci tangan dan buat kerja tuding jari - amalan yang menjadi kebiasaan bagi para pemimpin Pakatan.
Konon-kononnya ini adalah kerja 'daulah terpendam' atau 'deep state' dalam usaha untuk memburukkan Kerajaan Pakatan. 'Daulah terpendam' yang dimaksudkan itu sudah tentulah kakitangan awam yang mereka tidak dibenarkan menggunakan media sosial dan mereka tidak boleh bersidang media untuk menyanggah segala tuduhan oleh pemimpin kerajaan.
Para pemimpin Kerajaan Pakatan yang lebih lajak dari laju itu, terlalu memandang rendah kepada kakitangan awam serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Yang patut mereka tujukan kemarahan atau komplen, atau kritikan atau tuduhan adalah Perdana Menteri, Dr. Mahathir. Bukannya JPA memandangkan keputusan memansuhkan elaun tersebut adalah keputusan mesyuarat jawatankuasa kabinet yang dipengerusi serta dipersetujui oleh PM ke-7.
Agak aneh apabila Menteri Kesihatan dan Menteri KBS kata mereka tak tahu, sedangkan dalam mesyuarat kabinet, sudah tentu mereka ada sekali. Takkan masa mesyuarat, mereka tidur, terlelap atau sibuk main game online?
Para pemimpin Pakatan tak perlulah berdrama dan gemar menyalahkan kakitangan awam dengan alasan 'Daulah Terpendam' itu.
Yang pastinya, mereka sendiri yang setuju mansuh. Mereka sendiri yang bantah. Bila kena hentam, mereka pula sibuk menyalahkan pihak lain sambil cuba menampilkan diri sebagai hero!
Berdasarkan jadual, hari ini selepas Solat Jumaat, Najib Abdul Razak akan membuat sumpah laknat atau mubahalah untuk mengisytiharkan dirinya tidak bersalah selepas pembunuh Altantuya Shaariibu menuduh Najib Abdul Razak memberikan arahan 'tembak untuk bunuh' kepadanya.
Ritual Islam yang berasaskan kepada Ayat 61 dalam Surah Al-Imran itu, akan dilaksanakan di Masjid Jamek Kampung Baru.
Apa itu Sumpah Laknat atau MUBAHALAH?
Sumpah laknat secara harfiahnya bermaksud 'sumpah melaknat' atau sumpah yang dibuat oleh seorang Muslim kepada Allah Taala, meminta petunjuk-Nya dalam bentuk laknat ke atas pihak atau orang yang menuduhnya berbohong atau melakukan fitnah.
Dalam Undang-Undang Syariah Malaysia, Sumpah Laknat Mubahalah tidak diterima pakai walaupun pentadbiran agama berbeza dari satu negeri ke negeri yang lain.
Sumpah laknat berbeza daripada sumpah yang dibuat dalam mahkamah syariah. Sumpah di mahkamah-mahkamah syariah biasanya membabitkan kes-kes pertikaian perwarisan harta di kalangan ahli keluarga di mana mereka bersumpah dengna nama Allah bagi kenyataan yang telah mereka buat.
Bagaimana seseorang melaksanakan 'sumpah laknat'?
Sumpah laknat tidak hanya terhad di Malaysia, malahan ia diamalkan di seluruh dunia, terutama di negara-negara Islam. Dalam istilah Bahasa Arab, sumpah laknat adalah mubahalah. Tiada sebarang ritual standard yang telah ditetapkan oleh Islam walaupun perkara ini disebut di dalam al Quran.
Ulama-ulama Islam mempunyai perbezaan pendapat tentang bagaimana ritual mubahalah dilaksanakan. Namun dalam beberapa kes, orang Islam yang melakukan sumpah laknat ini akan bersumpah dengan nama Allah dan dengan memegang al Quran atau Surah Yassin.
Pada tahun 2019, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad menulis dalam laman sesawangnya bahawa bersumpah dengan al Quran 'adalah dibenarkan', selagi mana sumpah tersebut dilaksanakan dengan nama Allah terlebih dahulu. (RUJUK SINI)
Kebanyakan ulama bersetuju bahawa mubahalah kali pertama disebut menerusi Ayat 61 Surah Ali Imran yang terjemahannya adalah seperti berikut:
"Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."
Ayat tersebut turun kepada Nabi Muhammad s.a.w selepas delegasi Nasrani dari Najran menolak ajaran Nabi Muhammad s.a.w yang mana antara lain adalah tentang Nabi Isa a.s (atau Jesus) yang juga merupakan salah seorang nabi serta rasul dalam Islam. Islam mengajarkan bahawa Nabi Isa a.s adalah seorang utusan Allah Taala, seorang manusia bias adan bukannya Anak Tuhan sebagaimana yang diimani oleh kaum Nasrani.
Bagaimanapun delegasi Nasrani dari Najran itu memperlekehkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Pad aketika itulah Nabi Muhammad s.a.w mengusulkan agar mubahalah dilaksanakan bagi membuktikan baginda bercakap besar. Ketakutan kerana tanda-tanda kerasulan dan kenabian terdapat pada Nabi Muhammad s.a.w, delegasi Nasrani tersebut enggan bermubahalah dan kemudian berdamai dengan baginda.
Ramai ulama bersetuju bahawa mubahalah hanya boleh dilakukan sebagai jalan akhir, selepas kedua-dua pihak buntu selepas masing-masing memberikan bukti-bukti kukuh untuk membuktikan mereka adalah yang benar.
Sesetengah ulama pula berpendapat, mubahalah hanya boleh dilaksanakan untuk perkara-perkara membabitkan kebenaran agama atau akidah dan tidak boleh digunakan untuk perkara-perkara keduniaan.
Sesetengah ulama pula berpendapat mubahalah, sama seperti sumpah biasa di mahkamah-mahkamah syariah, hanya boleh dilaksanakan sebahagian daripada prosiding perundangan dalam mahkamah-mahkamah syariah dan diadili oleh hakim syariah.
Lebih afdal sekiranya, mubahalah membabitkan dua pihak - yang dituduh dan yang kena tuduh - dengan kedua-dua belah pihak bersumpah dengan nama Allah yang pihak lawan akan mendapat laknat sekiranya mereka berbohong.
Di Malaysia, sumpah laknat merupakan antara ritual yang digunakan dalam kaitan dengan skandal seks, sama ada untuk mengesahkan yang dituduh itu tidak bersalah atau yang dituduh itu melakukan sepertimana yang dituduh.
Pada 5 Ogos 1997, Azizan Abu Bakar telah membuat sumpah laknat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bahawa dia adalah mangsa hubungan sejenis (homoseksual) dengan Anwar Ibrahim yang pada ketika itu memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Pada tahun 2011, trio terkenal 'Datuk T' yang membabitkan Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Shuib Lazim berkata, mereka pada bila-bila masa sanggup menjalani sumpah mubahalah dan di mana-mana termasuklah di Makkah untuk menegaskan bahawa video seks yang mereka tularkan, sememangnya membabitkan Anwar Ibrahim.
Pada April 2011, Shazryl kemudiannya bersumpah laknat dalam sebuah masjid di Sentul selepas solat Jumaat dengan kehadiran ramai dengan ketiga-tiga mereka hadir sambil mengenakan rompi anti peluru di bawah baju Melayu yang mereka pakai.
Dalam satu kejadian yang lebih menggemparkan, pada Ogos 2008, bekas pembantu Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di mana dia secara rinci menggambarkan apa yang telah dilakukan dan berlaku kepadanya.
Dalam sidang media pada Mei 2013, Saiful berkata, dia telah membuat sumpah laknat sekali lagi di Makkah. Menurutnya, tiada apa-apa yang berlaku kepadanya sekaligus membuktikan dia tidak bersalah. (RUJUK SINI)
Lain-lain sumpah laknat yang mendapat perhatian termasuklah:
Sumpah laknat oleh Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang bercita-cita hendak menjadi Ketua Pemuda UMNO tetapi kalah di tangan Khairy Jamaluddin pada 23 September 2013.
Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin yang mencabar Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderudin Ahmad untuk bersumpah laknat namun tidak disahut oleh Mufti Kedah. Asri mendakwa dia telah difitnah oleh Mufti Kedah sebagai penyebar ajaran Wahabi. Kejadian berlaku pada November 2013.
Disember 2017, penyanyi Noorshila Amin dan anak perempuannya Nurrul Admiena Norrizan membuat sumpah laknat dalam linangan air mata di hadapan orang ramai. Anak beranak tersebut bersumpah yang mereka tidak menipu wang lapan orang artis yang lain. Penuduh mereka, pelakon Lana Nodin bagaimanapun tidak hadir.
Jun 2018, Khairuddin Abu Hassan mencabar Ahmad Zahid Hamidi membuat sumpah laknat selepas Zahid secara bersumpah dengan nama Allah yang dia telah dirayu untuk bertemu dengan Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia selepas PRU-14.
Memang laju Lim Kit Siang memberikan ulasan dan menunjukkan reaksinya apabila Najib Abdul Razak mengeluarkan kenyataan yang dia hendak membuat Sumpah Laknat Mubahalah di Masjid Kampung Baru. (RUJUK SINI)
Dan seperti biasalah, kesempatan itu segera diambil oleh Lim Kit Siang untuk memperlekehkan apa-apa sahaja kepercayaan orang Islam.
Sumpah Mubahalah merupakan sebahagian daripada ritual dalam ajaran Islam sesuai dengan Ayat 61 Surah Al-Imran yang bermaksud:
"Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta." (Ali 'Imran 3:61)
Tafsir Al-Jalalain tentang ayat ini adalah seperti berikut:
(Siapa yang membantahmu) mendebatmu dari golongan Nasrani (tentang hal itu setelah datang kepadamu ilmu) dengan perintah-Nya (maka katakanlah) kepada mereka (Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu) lalu kita kumpulkan mereka (kemudian mari kita bermubahalah) ertinya berdoa dengan khusyuk dan dengan merendahkan diri (sambil memohon supaya kutukan Allah ditimpakan-Nya kepada orang-orang yang dusta) iaitu dengan mengatakan, "Ya Allah, kutukilah orang yang dusta tentang peristiwa Isa."
Nabi saw. telah mengajak utusan Najran untuk itu, yakni tatkala mereka membantahnya dalam hal tersebut. Jawab mereka, "Kami akan memikirkannya dulu, kemudian akan datang kepada anda."
Kata salah seorang yang berpikiran sihat di antara mereka, "Tuan-tuan telah mengetahui kenabiannya, dan tidak suatu pun kaum yang mengadakan mubahalah dengan seorang nabi kecuali mereka akan celaka."
Ditinggalkannyalah orang tadi, lalu mereka berpaling. Mereka datang lagi menemui Nabi saw. yang ketika itu sudah keluar siap bermubahalah bersama Hasan, Husein, Fatimah dan Ali. Nabi saw. berkata kepada orang-orang Nasrani Najran, "Jika saya berdoa, aminkanlah."
Tetapi ternyata pihak lawan tidak bersedia berkutuk-kutukan itu hanya minta berdamai dengan membayar ufti.
Riwayat Abu Na`im dan diterima dari Ibnu Abbas, katanya, "Seandainya orang-orang Nasrani Najran itu bersedia meneruskan mubahalah niscaya mereka akan kembali ke negerinya sedangkan harta dan keluarganya tiada lagi." Diriwayatkan pula bahwa sekiranya mereka bermubahalah niscaya akan terbakar. (Tafsir Al-Jalalain, Ali 'Imran 3:61)
Doa Mubahalah bukanlah qazaf atau li'an seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak yang cuba memperlekehkan usaha Najib Abdul Razak itu. Walaupun ritual doa mubahalah tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti atau masukan dalam fakta di mahkamah, namun mereka yang berpegang kepada agama Islam, pasti akan tahu konsekuens daripada perbuatan tersebut, sebagaimana yang telah menimpa Mirza Ghulam Ahmad, pendiri agama Ahmadiyah atau Qadiani.
Justeru, orang kafir seperti Lim Kit Siang tidak akan faham kepentingan doa mubahalah kerana orang kafir sepertinya bukan sahaja tidak akan percaya dengan konsekuens doa tersebut, sebaliknya jauh lebih besar lagi, mereka tidak percaya langsung dengan Allah Taala dan Kuasa-Nya.
Memperlekehkan doa mubahalah seperti yang dilakukan oleh Lim Kit Siang sebenarnya merupakan rutin dan teras perjuangan DAP. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, para pemimpin DAP akan cuba menjadi Iblis yang akan mempertikaikannya. Bahkan Lim Kit Siang suatu ketika dahulu, pernah meminta agar ayat-ayat al Quran yang membabitkan tentang orang kafir, dipinda atau dimansuhkan. (RUJUK SINI)
Namun, apabila dirasakan terdesak, mereka tidak segan silu akan memetik ayat-ayat al Quran seperti yang kerap dilakukan oleh Nga Kor Ming, seorang evangelis yang sekarang ini merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat selain juga merupakan Ahli Parlimen dan ADUN di Perak. Malahan Lim Kit Siang juga pernah memetik ayat-ayat al Quran ketika dia mahu mengajar bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali. (RUJUK SINI)
Mungkin sesetengah orang kembang dengan apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang dan gerombolan DAPnya, tetapi bagi lebih ramai orang Islam yang waras dan beriman dengan Allah Taala dan rasul-Nya, perbuatan Lim Kit Siang itu sebenarnya adalah cubaan untuk memperlekehkan dan menghina agama yang dianuti oleh orang Islam.
Sesuatu yang amat menarik ialah bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh para penyokong Pakatan dalam isu ini amat bertentangan dengan apa yang mereka laungkan.
Apabila Ahli Parlimen Pasir Salah mempersendakan vibuthi (debu suci) yang dipakai oleh RSN Rayer, bukan main lagi mereka mengutuk, mengeji dan memperlekehkan Tajuddin Rahman. Malahan Tajuddin disifatkan sebagai tidak sensitif dan beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya kerana menghina agama serta ritual yang diamalkan oleh RSN Rayer.
Begitu juga apabila Raja Petra Kamaruddin menulis tentang serban Amar Singh, kaum Sikh mengamuk sakan sehingga memburunya ke Manchester. Malahan beberapa kumpulan agama lain di Malaysia pun turut menghentam Raja Petra Kamaruddin secara beramai-ramai.
Hari ini, Lim Kit Siang secara terbuka mempersendakan doa mubahalah yang hendak dilakukan oleh Najib Razak. Mereka yang mengutuk mengeji Tajuddin Rahman dan Raja Petra pula, menyokong kuat momokan Lim Kit Siang. Lebih malang lagi, sebahagian besar mereka pula adalah golongan yang mengaku mereka beragama Islam!
Kalau Vibuthi ada kena-mengena dengan Hindu, turban atau serban pula dengan agama Sikh, bukankah sumpah mubahalah juga ada kena-mengena dengan Islam, bahkan dinyatakan di dalam al Quran?
Apa yang malunya nak amalkan apa yang ada di dalam al Quran kalau kita mengaku kita orang Islam?
RASISME?
Jangan buat lawaklah! Takkan rasisme itu hanya membabitkan penghinaan orang Islam kepada bukan Islam sahaja. Bagaimana dengan orang bukan Islam yang sibuk nak jadi pengajar kepada orang Islam tentang Islam?
Kenyataan keras OIC terhadap KL Summit 2019 yang cuba diwujudkan oleh Mahathir dan Kerajaan Pakatan Harapan, sekaligus memberikan gambaran keparahan ekonomi, kewangan dan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Negara-Negara Islam sendiri.
Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang berperdanamenterikan Mahathir, telah mengambil langkah besar dan drastik bermula dengan mencetuskan kontroversi dan polemik dalam hubungan diplomatik dengan Arab Saudi terutama apabila Mahathir cuba mengalihkan perhatian kepada Qatar, Iran dan Turki.
Seolah-olah berdendam kerana RM2.6 bilion yang didermakan oleh Raja Arab Saudi kepada Najib dan diejek pula oleh Mahathir sebagai 'Arab Gila', namun ketika di mahkamah, Peguam Negara terkulat-kulat dan tidak berani mempertikaikan surat serta money trail dari Arab Saudi ke dalam akaun peribadi Najib, sebaliknya cuba mengabaikan surat tersebut dan enggan menerimanya sebagai bukti. (RUJUK SINI)
Berbekalkan propaganda kononnya Mahathir adalah pejuang Islam dan tokoh negarawan Islam yang hebat, KL Summit 2019 dipersembahkan kepada dunia, khususnya Negara-Negara Islam.
56 pemimpin-pemimpin utama Negara Islam dijemput ke KL Summit 2019. KL Summit 2019 digambarkan sebagai satu lagi blok alternatif terhadap OIC yang turut diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama (RUJUK SINI) dan kini dikatakan sebagai berada di bawah cengkaman kepimpinan defacto Arab Saudi. Apatah lagi, Mahathir dalam kenyataannya mengatakan, KL Summit 2019 adalah untuk membincangkan isu-isu Palestin selain memperbaiki kehidupan umat Islam - perkara yang sama yang dibincangkan dalam setiap pertemuan dan persidangan Negara-Negara OIC (RUJUK SINI) dan (SINI)
Selepas 'kata dua' yang diberikan oleh Raja Salman, Mahathir kemudiannya menafikan yang KL Summit 2019 hendak menggantikan OIC. Malah Mahathir semakin mengendurkan keangkuhannya apabila daripada 56 orang pemimpin Negara-Negara Islam yang dijemput itu, hanya 4 orang sahaja yang akan hadir.
Dan apabila benar-benar hadir, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang dijemput sendiri oleh Mahathir, malahan dijanjikan pelaburan 1 bilion selain pembukaan kilang Proton di Pakistan, juga membatalkan kehadiran pada saat-saat akhir kerana lebih mendengar cakap Raja Arab Saudi berbanding terpedaya dengan pujukan Mahathir.
Akhirnya yang sampai cumalah Perdana Menteri Turki, Presiden Iran dan Emir Qatar. Itu pun masa majlis makan malam, Erdogan dan isterinya hilang untuk sama-sama makan malam bersama-sama Anwar Ibrahim dan isterinya di Kedutaan Turki!
Mahathir ketika ditanya tentang pembatalan kehadiran oleh Imran Khan cuba menafikan yang Imran Khan lebih mementingkan hubungan negaranya dengan Arab Saudi berbanding Malaysia. Arab Saudi merupakan antara penyumbang kewangan terbesar kepada Pakistan. Sebaliknya nada merajuk dikeluarkan oleh Mahathir ialah, 'tiada paksaan jikalau tidak dapat hadir'. (RUJUK SINI)
Pada 21 November 2019, Mahathir berkata, lima buah negara iaitu TURKI, QATAR, INDONESIA, IRAN dan MALAYSIA - akan menjadi pengasas kepada satu blok baru yang bertindak sebagai alternatif kepada OIC. (RUJUK SINI)
Namun sehinggalah ucapan pembukaan dibuat malam tadi, kelibat Presiden Indonesia, Jokowi yang baru dilantik semula sebagai Presiden Indonesia, tidak kelihatan. Jokowi dijemput sendiri oleh Menteri Luar Malaysia, Saifuddin Abdullah. Begitu juga dengan Imran Khan yang dijemput sendiri oleh Mahathir.
Secara mudah, Mahathir sebenarnya hendak mengundang Raja Salman datang ke Malaysia untuk menunjukkan dia juga tidak kurang hebat berbanding Najib. Sekaligus dia mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi pembolehubah kepimpinan Islam menerusi KL Summit 2019.
Bagaimanapun, Raja Salman awal-awal lagi telah menolak kehadiran ke KL Summit 2019. Lebih malang lagi bila Raja Salman berkata, perbincangan membabitkan permasalahan umat Islam sejagat lebih wajar dibincangkan di bawah OIC bukannya KL Summit.
Mahathir lebih malu besar apabila dua negara Islam terbesar iaitu Arab Saudi dan Pakistan, enggan hadir ke KL Summit. Lebih malu lagi ialah apabila Indonesia yang berada paling hampir dengan Malaysia juga tidak hadir. Jemputan-jemputan kepada pemimpin-pemimpin Islam tempatan seperti Hadi Awang, Shahril Samad bagi memenuhkan kerusi kosong juga nampaknya tidak bersahut.
Umum dapat melihat bagaimana Mahathir sebenarnya sedang tersepit. Walaupun Iran dan Qatar yang merupakan dua buah negara 'musuh' Arab Saudi bersedia untuk menjadikan Malaysia sebagai sekutu mereka, tetapi keupayaan kedua-dua negara tersebut agak terbatas terutama apabila membabitkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang lebih berpengaruh seperti Amerika Syarikat, China dan Russia.
Selain RM2.6 bilion yang bukan sahaja diperemehkan, dihina dan dikatakan 'Arab Gila', turut menjadi bengkak bisul Arab Saudi ialah apabila Islamic Centre yang sepatutnya berpengkalan di Putrajaya pada zaman Najib dahulu, telah dibatalkan oleh pentadbiran Pakatan sebaik-baik sahaja mereka berjaya mengambilalih Putrajaya.
Berita-berita tentang kehebatan Mahathir dan rejimnya menekan serta cuba menganiaya Najib Abdul Razak, mudah dapat diperolehi daripada portal-portal berita antarabangsa dan mungkin telah dibaca oleh Raja Salman serta Kerajaan Arab Saudi. Apatah lagi keterujaan Kementerian Kewangan dan Kerajaan Pakatan meruntuhkan semua instrumen kewangan dan ekonomi umat Islam seperti Tabung Haji, FELDA, LTAT, PNB, dan sebagainya, turut diperkatakan secara terbuka, termasuklah oleh Nikkei yang berpengaruh di Jepun.
Bloomberg sendiri menggelarkan kejatuhan teruk pasaran bursa Malaysia sebagai 'MAHATHIR'S SLUMP' sekaligus ia merupakan satu penghinaan besar kepada Perdana Menteri Malaysia yang dianggap super genius itu. (RUJUK SINI)
Mahathir mungkin cuba membuktikan yang konon-kononnya dia sangat berpengaruh. Konon-kononnya dia tidak mungkin boleh ditolak oleh mana-mana pemimpin Negara Islam. Namun apa yang berlaku, akhirnya cukup memalukan.
Untuk pengetahuan, kebanyakan yang hadir di KL Summit 2019 bukanlah pemimpin-pemimpin tetapi hanyalah penasihat-penasihat dan mereka yang dikatakan 'bijak pandai' (Advisor and Intellectual) dari negara masing-masing. Sekaligus menunjukkan objektif penganjuran tersebut telah lari dari matlamatnya. Dan kehadiran penasihat serta bijak pandai tersebut sekadar untuk memenuhi kerusi-kerusi kosong atas biaya dari wang cukai rakyat Malaysia!
Perangkap yang dipasang oleh Tan Sri Shafee Abdullah sudah mengena!
Hari ini, Jabatan Penjara telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa banduan akhir hukuman mati, Azilah Hadri tidak pernah dibawa keluar sepanjang tahun 2019. Azilah Hadri juga tidak pernah dibawa keluar semenjak 15 April 2015. Dan kali terakhir dia dibawa keluar adalah pada 15 April 2015 bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Sepang.
Menurut Jabatan Penjara lagi, berdasarkan rekod juga, Azilah tidak pernah dibenarkan dibawa keluar untuk apa-apa jua maksud. Manakala rekod lawatan pula menunjukkan, dia hanya dilawati sebanyak 34 kali oleh ahli keluarganya, dan 15 kali oleh peguamnya sejak setahun yang lalu.
Justeru menurut Jabatan Penjara, sebarang kenyataan yang mendakwa Azilah telah dibawa keluar untuk bertemu dengan VVIP sepanjang tahun ini adalah tidak benar sama sekali.
Semalam, Tan Sri Shafee Abdullah mendakwa, berdasarkan sumbernya yang boleh dipercayai, Azilah telah dibawa bertemu VVIP pada bulan Februari di luar Penjara Kajang. Pada masa yang sama, Shafee turut mendakwa, Sirul yang ditahan di Australia turut dilawati oleh beberapa pihak bagi memujuknya untuk mengeluarkan dan membuat kenyataan yang hampir serupa dengan Azilah Hadri. (RUJUK SINI)
Akuan Bersumpah Azilah Hadri telah menjadi tumpuan utama sekaligus mengalihkan perhatian sebahagian besar rakyat Malaysia daripada pelbagai masalah yang sedang melanda negara ini kesan daripada kelemahan dan kepincangan pentadbiran serta pengurusan negara dalam pelbagai sektor terutama sekali ekonomi dan kewangan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Bukit Aman dalam satu kenyataan dua hari lepas menyatakan, PDRM belum lagi melihat Akuan Bersumpah tersebut. Polis juga perlu mengesahkan kesahihan Akuan Bersumpah tersebut terlebih dahulu. Kenyataan tersebut dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
Dia menyatakan perkara itu ketika ditanya adakah polis akan membuka kertas siasatan berhubung kemunculan Akuan Bersumpah Azilah Hadri. (RUJUK SINI)
Banyak pihak mempertikaikan kewujudan Akuan Bersumpah itu sendiri terutama sekali apabila Azilah Hadri yang merupakan banduan akhir, yang sudah kalah dalam semua proses mahkamahnya dan kini hanya menunggu pengampunan diraja, sepatutnya tidak dibenarkan keluar dari selnya. Lebih-lebih lagi kenyataan di dalam Akuan Bersumpahnya bertentangan sama sekali dengan kenyataan-kenyataan yang dibuatnya sepanjang proses perbicaraan dari Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Malah kemunculan kenyataan rasmi dari Jabatan Penjara turut menimbulkan kekeliruan memandangkan peguam Azilah sendiri, Datuk Hazman Ahmad percaya, Akuan Bersumpah itu sebenarnya telah dideraf oleh pihak lain bagi pihak Azilah dan bukannya datang dari Azilah sendiri. Hazman juga tidak tahu, peguam manakah yang dilantik oleh Azilah untuk menfailkan permohonan semakan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada Oktober lalu. (RUJUK SINI)
Sementara itu, seorang peguam terkenal, Shamser Singh Thind berkata, cerita dalam Akuan Bersumpah Azilah yang cuba mengaitkan pembabitan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shiiribu itu adalah tidak masuk akal.
Menurutnya, arahan melupuskan musuh tidak boleh dikeluarkan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri. Di bawah Seksyen 20(1) Akta Polis 1967 memperuntukan bahawa;
‘Tiap-tiap pegawai polis hendaklah mematuhi semua arahan yang sah berkenaan dengan pelaksanaan jawatannya yang mungkin diterimanya dari semasa ke semasa daripada pegawai atasannya dalam pasukan.'
Oleh itu, menurutnya, seorang pegawai polis hanya menerima arahan daripada pegawai atasannya, dan pegawai atasan polis tertinggi adalah IGP (Ketua Polis Negara). Harus diingati, Najib ketika itu hanyalah TPM (Timbalan Perdana Menteri), bukan PM (Perdana Menteri) atau Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri).'
“Cerita Cif Inspektor tak masuk akal! Arahan melupuskan musuh takkan boleh diberi oleh TPM? Azilah tak check dengan pegawai atasan diakah?" tanya Shamsher. (RUJUK SINI)
Penafian Jabatan Penjara, kenyataan peguam Azilah Hadri sendiri serta fakta-fakta kes yang dikeluarkan sepanjang kes perbicaraan pembunuhan Altantuya Shiiribu membabitkan Azilah dan Sirul yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan terbaru Azilah Hadri dalam Akuan Bersumpahnya itulah yang membuatkan ramai mempersoalkan Akuan Bersumpah tersebut.
Sementara itu, peguam yang mewakili Abdul Razak Baginda, orang yang dikaitkan dengan Altantuya Shiiribu dan pernah dibicarakan sebagai orang yang bersekongkol membunuh warga Mongolia tersebut, Manjeet Singh Dillon mendesak Peguam Negara agar mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap perbuatan membuat kenyataan berhubung satu akuan berkanun (SD) oleh Azilah Hadri yang disabitkan membunuh.
Manjeet Singh Dhillon berkata, perbicangan mengenai dakwaan Azilah bersifat prejudis terhadap perbicaraan satu saman sivil yang difailkan oleh keluarga Antantuya Shaariibuu, warga Mongolia yang dibunuh oleh Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar sewaktu mereka berkhidmat dalam Unit Tindakan Khas polis.
Semasa perbicaraan kes tersebut, mahkamah diberitahu bahawa Altantuya mempunyai hubungan dengan Razak. (RUJUK SINI)
Dalam pada itu, Mahathir seperti biasa, menafikan pengetahuannya berhubung Akuan Bersumpah Azilah Hadri. Malahan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PMO menyebut, Mahathir tidak pernah bertemu dengan Azilah Hadri (RUJUK SINI) biarpun pada 29 Jun 2018, Mahathir awal-awal lagi telah membayangkan bahawa kes pembunuhan Altantuya akan dibuka semula dan Najib akan didakwa.
Mahathir menyatakan perkara tersebut ketika mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia di Jakarta sempena lawatan rasmi beliau ke Indonesia. (RUJUK SINI)
Walaupun sudah 13 tahun dan sudah selesai perbicaraan melibatkan semua peringkat mahkamah dengan keputusannya, Azilah Hazri dan Sirul Azhar didapati bersalah serta dihukum gantung sampai mati, namun kes ini jugalah yang direkodkan sebagai mempunyai plot, sub-plot serta twist yang paling hebat.
Sepanjang perbicaraan, tiada langsung nama Najib Razak disebut. Namun apabila mendapat tahu bahawa Sirul dan Azilah pernah menjadi bodyguard Najib walaupun sebelum itu mereka juga adalah bodyguard Mahathir dan Abdullah Badawi, bermulalah nama Najib dikaitkan, malah para pemimpin PKR seperti Tian Chua dan Anwar Ibrahim berterus-terang menuduh Najib adalah orang yang mengarahkan pembunuhan Altantuya kerana mahu melindungi skandal kapal selam Scorpene.
Versi mereka yang sangat meluas dan dipercayai pada waktu itu ialah Altantuya adalah jurubahasa dan terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene di Perancis yang tak boleh menyelam. Walaupun fakta-fakta telah diberikan sekaligus menafikan plot cerita ciptaan pemimpin PKR dan DAP, namun orang ramai sangat percaya dengan cerita bohong tersebut.
Malah sampai ke hari ini pun, masih ada yang percaya, kedua-dua kapal selam yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia itu, tidak boleh menyelam dan hanya menjadi hiasan di Sepanggar sahaja.
Lebih mudah, kita perhatikan kronologi pembunuhan Altantuya ini mengikut karangan Pakatan DAP dahulu.
Mula-mula mereka kata Razak Baginda yang merupakan kawan baik Najib Razak yang bunuh Altantuya untuk melindungi hubungan sulitnya dengan Altantuya daripada pengetahuan anak isterinya sendiri.
Tidak lama selepas itu, ROSMAH MANSOR dikatakan telah mengarahkan Sirul dan Azhar bunuh Altantuya kerana Najib Razak ada skandal seks dengan Altantuya. Dari cerita Rosmah Mansor arahkan bunuh, muncul pula cerita Rosmah Mansor sendiri yang menyaksikan pembunuhan tersebut di sebuah kawasan di Bukit Cherakah sebab dia hendak memastikan yang Altantuya benar-benar mati.
Cuba dengar penjelasan Zulkifli Nordin bekas orang kuat PKR yang juga merupakan peguam Anwar Ibrahim serta Azilah Hadri.
Selepas itu muncul pula SD PI Bala yang membuat surat sumpah serupa sebelum dia 'dihantar' ke India bersama-sama keluarganya.
Bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan turut terpalit apabila dituduh menyorok bukti pembunuhan Altantuya. Musa Hassan telah membuat satu sidang media untuk menafikan tuduhan tersebut. Malahan dalam sidang media itu juga, Musa Hassan menyatakan pihak polis tidak menemui sebarang bukti pembabitan Najib Abdul Razak atau Rosmah Mansor dalam kes berkenaan.
19 Julai 2018, kertas siasatan kes pembunuhan Altantuya Shiiribu yang dibuka semula telah selesai dan kertas siasatan tersebut telah diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan daripada Pejabat Peguam Negara mahupun Peguam Negara sendiri. (RUJUK SINI)
Tuduhan demi tuduhan yang tiada hentinya yang dilakukan oleh DAP terutama oleh Lim Kit Siang, membuatkan pada 11 Oktober 2018, Najib sendiri mengarahkan pembantunya membuat laporan polis agar PDRM mengadakan siasatan semula kes pembunuhan Altantuya. (RUJUK SINI)
3 hari sebelum SD Azilah Hadri muncul, Mat Sabu yang merupakan Menteri Pertahanan telah menyatakan bahawa Kerajaan akan mengadakan tender terbuka untuk kontrak penyelenggaraan dua kapal selama Scorpene pada tahun 2021. Dalam jawapan bertulis kepada Senator PPBM Suhaimi Abdullah bertarikh 9 Disember itu, Mat Sabu berkata, proses pra-kelayakan akan dilakukan mengikut polisi kerajaan. (RUJUK SINI)
Kenyataan Mat Sabu mengejutkan banyak pihak terutama sekali yang terbabit dan terkait dalam keselamatan negara memandangkan yang hendak dibuat penyelenggaraan secara tender terbuka tersebut aset-aset strategik negara.
16 Disember 2019, Liew Chin Tong yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan dari DAP pula mengeluarkan kenyataan bahawa kos selenggara kedua-dua kapal selam tersebut adalah RM100 juta setahun. Lebih menarik ialah kenyataan Liew Chin Tong bahawa Malaysia tidak bercadang untuk menambah bilangan kapal selam walaupun Singapura dan Indonesia telah menambah bilangan kapal selam mereka sebanyak 5 buah manakala Vietnam pula 6 buah. (RUJUK SINI)
Dan sekali lagi, keputusan serta kenyataan Kementerian Pertahanan bukan sahaja dikecam tetapi dilihat sangat aneh terutama kesungguhan Kerajaan Pakatan mahu pihak asing menguasai dan menjadi sebahagian daripada pengurusan serta penyelenggaraan aset-aset strategik negara atas alasan OPEN TENDER.
Justeru, apa kaitan antara SD Azilah Hadri dengan kes ini semua?
INI ADALAH SKRIP TAHUN 1997-1998 DI MANA KAEDAH TERBAIK MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT DENGAN PELBAGAI ISU EKONOMI DAN PEREBUTAN KEPIMPINAN ADALAH DENGAN MEMBAWA CERITA LAIN.
Apabila nama Altantuya disebut, secara tidak langsung, ia adalah tentang dua buah kapal selam Scorpene yang cuba dijadikan senjata oleh DAP-PKR untuk menjatuhkan Najib dan Kerajaannya sebelum PRU-14 lagi. (RUJUK SINI)
Dan orang yang paling terkesan dalam 'skandal' ini sebenarnya bukanlah Najib Abdul Razak, sebaliknya Mahathir Mohamad!
Ketika kemuncak tuduhan bahawa Najib adalah perancang sebenar pembunuhan Altantuya Shiiribu oleh Mahathir, Sirul Azhar Umar menjadi watak yang menjadi tumpuan. Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenarkan Sirul dibawa pulang ke Malaysia selepas Sirul sendiri berjanji akan mendedahkan siapakah perancang sebenar pembunuhan tersebut jikalau Kerajaan Malaysia memberikan pengampunan penuh kepadanya (RUJUK SINI) namun Mahathir pada 8 Jun 2018 menyatakan dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar Umar pulang ke Malaysia. (RUJUK SINI).
Mengapa Mahathir kelihatan tidak berapa bersetuju dengan cadangan membawa pulang Sirul? Bukankah Mahathir mengulangi taktik dan alasan yang serupa dalam isu Jho Low yang sepatutnya menjadi perungkai utama Skandal 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd. yang sekarang ini memaksa Najib ke mahkamah.
Di sinilah, kes ini kembali kepada pembelian kapal-kapal selam tersebut!
Rancangan pembelian kapal selam itu telah mula dibahaskan di Parlimen seawal tahun 1993 lagi. Bagaimanapun, Mahathir dalam beberapa keadaan menafikan perkara tersebut dan mengatakan dia tidak tahu menahu tentang rancangan pembelian kapal selam berkenaan walaupun hansard Parlimen membuktikan sebaliknya.
Bekas Pegawai Penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten (B) Abdul Rahman Tun Haniff membuat pendedahan, orang yang mencadangkan pembelian kapal selam tersebut adalah Mokhzani Mahathir bersama-sama Ibrahim Mohd Noor yang pada waktu itu merupakan CEO BERNAS yang juga bertindak sebagai proksi Daim Zainuddin. (RUJUK SINI)
Rundingan dilakukan menerusi Syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda. Manakala pengarah-pengarah Syarikat Perimekar pula ialah:
1. Laksamana Muda (B) Hussin Tamby
2. Mazlina Makhzan yang juga merupakan isteri Abdul Razak Baginda.
Disebabkan itulah, pada tahun 1997, dalam Pameran LIMA 97, ada pembabitan kapal selam dari Perancis di Langkawi. Kemudian pada tahun 1998, Mahathir dan Perdana Menteri Perancis berutus surat berkaitan pembelian kapal selam itu. 6 tahun selepas itu, pada tahun 2002, kontrak pembelian kapal selam bernilai RM3.7 bilion diluluskan oleh Perdana Menteri pada waktu itu. (RUJUK SINI)
Mahathir adalah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan manakala Menteri Pertahanan pada waktu perancangan pembelian kapal selam selepas cadangan Mokhzani Mahathir, adalah Syed Hamid Albar. (RUJUK SINI) Manakala Timbalan Menteri Pertahanan dari tahun 1995 sehingga 1999 adalah Abdullah Fadzil Che Wan. Najib Abdul Razak pula adalah Menteri Pendidikan dari tahun dari 4 Mei 1995 sehingga 14 Disember 1999. (RUJUK SINI)
Altantuya Shiiribu sebenarnya tidak terlibat langsung dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene. Nama Altantuya hanya digunakan untuk mengaitkan Najib selain 'menyembunyikan' pembabitan Mahathir dan anaknya, Mokhzani. Apatah lagi isu kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam, cukup popular pada zaman Najib sebagai Perdana Menteri.
Dalam keterangannya kepada mahkamah, Abdul Razak Baginda memberitahu yang dia hanya mula mengenali Altantuya pada akhir tahun 2004. Rundingan pembelian kapal selam Scorpene pula telah bermula pada tahun 2000. Manakala perjanjian pembelian dua buah Scorpene itu dimuktamadkan menerusi Mahathir, dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2002. (RUJUK SINI)
Walaupun Altantuya dikatakan sebagai orang tengah dan jurubahasa dalam proses pembelian tersebut, namun sebenarnya jurubahasa dalam proses tersebut adalah seorang warga Inggeris bernama Martin Hill kerana kefasihannya dalam Bahasa Perancis. (RUJUK SINI)
Bagaimana pula dengan SIRUL AZHAR UMAR?
Antara fakta yang kurang diperkatakan ialah, Sirul Azhar pernah menjadi bodyguard Mahathir semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri. Perkara tersebut diakui oleh Mahathir dan Mahathir seperti terkesan berkata, semasa Sirul menjadi bodyguardnya, Sirul tidak pernah membunuh sesiapa. Dengan kata lain, secara tidak langsung, Mahathir cuba meletakkan kesalahan jenayah Sirul kepada Najib Abdul Razak kerana jenayah tersebut berlaku semasa Sirul menjadi bodyguard Najib walaupun hubungan Mahathir dengan Sirul jauh lebih rapat berbanding Najib Abdul Razak. (RUJUK SINI)
Ini adalah kerana selepas tugas Sirul sebagai bodyguard kepada Mahathir, tugas seterusnya selepas Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, adalah sebagai bodyguard Abdullah Badawi. Memandangkan Sirul adalah seorang bodyguard Perdana Menteri iaitu Mahathir dan Abdullah Badawi sehinggalah dia ditangkap atas tuduhan membunuh Altantuya pada tahun 2006, maka terlalu mustahil Najib yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, mengeluarkan arahan kepada Sirul untuk membunuh Altantuya.
Najib hanya dilantik menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 iaitu tiga tahun selepas Sirul dan Azilah ditahan atas tuduhan membunuh Altantuya.
Bagaimanapun, pada 30 Januari 2016, Sirul Azhar Umar yang sedang berada dalam tahanan di Australia menafikan pembabitan Najib dalam jenayah pembunuhan tersebut. Malahan Sirul juga bersumpah, Najib tidak terlibat langsung, sebaliknya dia faham cerita yang mengaitkan Najib adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Najib. (RUJUK SINI)
Dua kenyataan daripada Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan tentang kapal selam Scorpene itu sebenarnya mempunyai signifikan besar dalam perebutan jawatan Perdana Menteri. Walaupun secara luaran, kita melihat ianya ada kaitan dengan PRK Kimanis serta cubaan mengalihkan perhatian terhadap kegagalan Peguam Negara dalam cubaan mengenakan Najib dalam kes mahkamah 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd dengan mengalihkan pula kepada hukuman lebih berat menanti Najib sekiranya bersalah, iaitu gantung sampai mati, namun ianya lebih terarah kepada cubaan besar menghalau Mahathir dari Putrajaya untuk digantikan oleh Anwar Ibrahim.
Beberapa minggu ini, pasukan Anwar Ibrahim dan Mahathir berbalas-balas serangan menggunakan isu liwat dan video semburit membabitkan Azmin Ali serta Akuan Bersumpah Mohammed Yusoff Rawther.
Scorpene adalah fokus DAP-PKR untuk menunjukkan berlakunya penyelewengan dan rasuah dalam perolehan aset-aset strategik ketenteraan Malaysia. Dan urusan pembelian kapal selam tersebut turut melibatkan anak Mahathir serta rakan karibnya yang menggunakan proksi. Najib dan Rosmah Mansor pula hanyalah kambing hitam yang perlu dikorbankan dalam usaha mengorbankan Mahathir dan dinastinya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Najib Abdul Razak, Tan Sri Shafee Abdullah menyatakan rasa hairan bagaimanakah seseorang yang sudah dijatuhkan hukuman gantung boleh diberikan akses untuk bertemu seorang individu ternama ‘VVIP’ di luar penjara Kajang.
“Pertemuan antara Azilah dan VVIP ini telah mengambil tempat pada awal Februari tahun ini. Bagaimanakah seorang banduan hukuman gantung boleh keluar dan bertemu VVIP ini di luar? Bagaimana ini berlaku?"
Dalam pada itu, Shafee juga mendakwa ada beberapa individu termasuk ejen Malaysia serta wartawan Australia yang telah melawat seorang lagi bekas anggota polis, Sirul Azhar di pusat tahanan di Australia awal tahun ini.
Dakwa Shafee, kumpulan ini dipercayai cuba ‘memujuk’ Sirul supaya membuat kenyataan hampir serupa seperti Azilah terhadap Najib.
“Semua ini adalah plot terancang seseorang yang mahu mengenakan Najib sebenarnya.
“Saya juga tidak akan sesekali terkejut seandainya selepas ini Sirul pula bertindak seperti Azilah. Memang ada pihak termasuk ejen Malaysia dan wartawan Australia yang cuba memujuknya,” dakwanya. (RUJUK SINI)
Dakwaan Shafee itu hampir bersamaan dengan pendedahan yang dibuat oleh Kamarul Hisham Kamaruddin, peguam yang mewakili Sirul Azhar Umar pada 31 Disember 2015 bahawa terdapat beberapa pihak bukan sahaja membuat panggilan dan mengganggu Sirul, bahkan cuba menemui Sirul atas tujuan yang rasa-rasanya ramai yang sudah tahu. (RUJUK SINI) Begitu juga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh RPK, pemilik blog Malaysia-Today.
Pada 24 Februari 2015, Mahfuz Omar melakonkan gaya menghubungi Sirul dalam satu sidang telesidang yang turut dihadiri oleh wartawan. (RUJUK SINI)
Sementara itu, ketika ditanya wartawan ekoran dakwaan Shafee Abdullah bahawa ada VVIP yang berjumpa Azilah di luar penjara, Mahathir hanya mampu tersenyum sambil menggeleng ketika ditanya sama ada dia adalah orang yang berjumpa dengan Azilah Hadri yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati sebelum meninggalkan sidang media yang diadakan susulan lawatannya ke Bandar Malaysia selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian antara TRX City Sdn. Bhd (TRXC) dengan IWH CREC Sdn. Bhd. (RUJUK SINI) selepas IWH Crec Sdn. Bhd, dilantik semula oleh Kerajaan Malaysia ketika pentadbiran Mahathir-Pakatan Harapan pada 19 April 2019.
IWH Crec Sdn. Bhd merupakan syarikat pemaju yang dimiliki oleh kroni Mahathir, Lim Kang Hoo yang memperolehi semula projek Bandar Malaysia selepas pentadbiran Najib membatalkan perjanjian dengan IWH Crec Sdn. Bhd pada 3 Mei 2017. (RUJUK SINI)
Perubahan apa Bang Non?
-
Bulan lepas China tutup lgbt centre yang terakhir di negara itu yang selama
ini menjadi rumah selamat untuk geng pelangi..dan perkahwinan sesama jenis
te...
2022 - PERUBAHAN ERA ZAMAN SETIAP 1 ALAF
-
Kita sudah berada 22 tahun dalam alaf 21. Sepanjang alaf 21 ini banyak
peristiwa berlaku tanpa kita sangka. Berlaku banyak perubahan mendadak. Tak
ad...
BILA PEROMPAK MENGADU DIA DIROMPAK!!!
-
Bunyi macam tak masuk akal. Tapi hakikatnya, itulah yang sedang berlaku di
Sabah pada ketika ini. Shafiee dakwa Musa Aman sedang merampas hak rakyat
Saba...
Mukhriz dikorban kerana anwar
-
Mukhriz adalah korban kerakusan cita² anwar. Pelik? Bagi sesetengah orang
mungkin pelik. Tapi jika anda ikuti episod panjang perseteruan
Anwar-Mahathir m...
HARAMKAN DAP
-
Agar mereka tidak dapat bangkit lagi buat selama-lamanya, kerajaan
Perikatan Nasional wajar memulakan langkah untuk mengharamkan DAP.
Tanpa DAP Malaysia ...
BELASUNGKAWA - AL FATIHAH BUAT FLYING KICK
-
Dengan rasa penuh kesedihan saya merakamkan ucapan ini atas pemergian
seorang sahabat seperjuangan Bro Rosli a. k. a. blogger Flying Kick.
Semoga Alla...
ITIK DAGING UNTUK DI JUAL
-
Jualan bersih Kandang.
Sebanyak hampir 30 ekor itik daging berusia 16 minggu ke atas akan di jual.
Yang berminat membeli secara pukal atau sekor boleh hubung...
SELOKA MELAYU SASTRA ABADI
-
Ahum'ma Gusti Prabu Hyang Dikalamula,
Trisukhma Triloka Trisat Saktimaya,
seru Sapurba Nila Atama,
seru Baginda Sri Girinata,
mohon restu menyata kata,
kalam...
SST GANTI GST
-
KEMBALIKAN SST BUKTI PAKATAN HANYA MAHU UNTUNGKAN PENIAGA DAN BEBANKAN
RAKYAT
KENAPA?
1. Walaupun kadar Cukai Jualan 10% dan 20% dan di bayar awal di ki...
KISAH ADUN DAP KOMUNIS YANG BOLO!!!
-
Sekali lagi dan untuk sekian kalinya, DAP Melaka memalukan diri sendiri.
ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong secara melulu dan jelas berniat jahat
melemp...
BILA MAHKAMAH RAYUAN PUTUSKAN SPR MENANG.
-
2 keputusan mahkamah rayuan selang sehari.
pertama merujuk kepada kes persempadanan semula negeri melaka.
kemudiannya keputusan mahkamah rayuan untuk kes ...
ISYARAT UNTUK UMAT ISLAM
-
WAKIL Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Lim Kit Siang mencelah sebelum
Abdul Hadi Awang membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat, kelmarin.
Pembentangan ol...
RTP Percepat Pembangunan Di Kampung
-
KUCHING: Dengan adanya peruntukan Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP)
berjumlah RM5 juta, projek pembangunan infrastruktur di kampung dapat
dilaksanakan ...
Warisan Adakah benar pejuang "WARISAN" Sabah
-
Sejak Julai, 2016, admin melihat perjuangan parti Warisan banyak
mencanangkan parti memperjuangkan keluh kesah anak watan Sabah...
*Ahli diutamakan anak w...
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
-
Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam
pilihan raya umum negara itu pada tahun ini.
Pekerja seks selama 30 tahun itu me...
-
PENDEDAHAN FAKTA BOLASEPAK DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan
Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Perjanjian terbaru FMLLP antara FAM dan MP
SILVA, h...
UMNO Ampang bulldoze usul sokong Najib
-
Dengan kedatangan yang amat tidak memberansangkan , UMNO Ampang kini dalam
negeri segala penipuan (State of Denial).
Kedatangan perwakilan yang menurun, ti...
RM2.6 BILION DERMA RUPANYA…TAPIIII…..
-
Apa kecoh-kecoh ni Najib?
SPRM mengesahkan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun
peribadi YAB PM, Dato’ Sri Najib Tun Razak ialah derma dar...
GST - lambang cinta yang suci dan murni
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling
penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tidak
berbelah bagi...
TUN M JUGA SERING MELAKUKAN KESILAPAN
-
Siapa kata Tun M tidak pernah melakukan kesilapan, Tun juga seperti manusia
biasa yang tidak pernah sempurna dan sering melakukan kesilapan
antara kesilapa...
Kasi Tahaluf Siyasi - Haron Din
-
Patut lama dah dikaji. Pas bagai melukut ditepi gantang. Bila diperlukan
dijulang. Bila selesai digampangkan. Tengoklah 'line-up' Exco Kerajaan
P.Pinang. T...
TAKZIAH KEPADA MH370, MANGSA DAN DUNIA!!
-
"Top priority", iaitu untuk menemui pesawat sudah tercapai berdasarkan
sidang akhbar Perdana Menteri jam 10 malam tadi.
Walaupun butiran lanjut hanya akan ...
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam
-
Isu melibatkan akidah dan moral perlu dipandang berat oleh masyarakat dalam
memilih pemimpin dan pemerintah demi memelihara generasi akan datang.
Presi...
Masih di alun mimpi
-
Saya melihat ramai pemimpin Umno/BN, maaf, kurang committed, mereka
majoriti syok sendiri; bercakap kepada kelompok sendiri, kepada orangnya
sahaja, tidak ...
detik waktu sekarang
-
*untuk detik ini..*
*apa yang paling indah*
*adalah membenam kaki di lumpur selut*
*bermain baling selipar sama jiran-jiran kiri kanan;*
*dan tak pulang sela...
SARAVANAN LEMBU KORBAN
-
Saravanan telah menghubungi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya dan
cuba mencari kelemahan, kesalahan sekolah diatas program ibadah korban
peny...
Akramsyah: Proud son of NEP
-
'I Am The Son Of New Economic Policy And Proud Of It'
*Malaysia Digest*
Monday, 23 September 2013 08:20
*KUALA LUMPUR:* Akhramsyah Muammar Ubaidah S...
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin
-
Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat
menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap
pembangkang sew...
JANGAN JADI AGEN YAHUDI...
-
* Wall Street and London’s hegemonic ambitions in Asia, centered around
installing proxy regimes across Southeast Asia and using the supranational
ASEAN bl...
Versi A. Samad Said : Pakatan Bertuankan Dajjal?
-
halus betul muslihat yahudi,
nak sesatkan umat Islam akhir zaman ni,
bukan takat logo mata dajal sebiji,
sampai moto kempen pun ikut sekali,
kita tegur ...
BloggerUMNO
-
asalam...blog ini aslnya owner kepunyaan Cybertroopers UMNO under Media
UMNO.. xperlu di tnya mcm mna blog nie telah beralih tuan.. tpi saya nk
tnjukn pada...
Redirection to CyWar Putrajaya...
-
Anda akan di bawa ke blog baru eXception... Sila tunggu... Atau klik link
di bawah ini
CyWar Putrajaya - Bukan Sekadar Blog Partisan
Adam Adli Geli Gagal Lagi.....
-
Ceramah sampah yang hendak diadakan telah dibatalkan oleh penganjur.
Penganjur bimbang kerana telah mendapat sambutan terhangat dari golongan
"Hardcore" d...
Aziz Bari Pun Jadi Rebutan PAS/PKR?
-
Memang menjadi rumours kuat di dalam UIAM bahawa Aziz Bari akan meletakkan
jawatan dalam masa yang terdekat ini. Khabarnya, Aziz sudahpun memberitahu
kal...
Perpindahan Ke Blog Baru
-
Terima kasih di atas kunjungan anda. Blog Pendekar Siber telah dipindahkan
ke www.blogpendekarsiber.blogspot.com. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Kunj...
TIADA PAS TANPA NAMA ISLAM?
-
Nik Aziz menyanggah saranan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad
Zarkashi supaya menggugurkan perkataan Islam dari nama Pas dengan berkata
tanpa perkat...
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN
-
Selain daripada bangsat Ng Wei Aik, Amir Ghazali dari PKR dan Yusni Mat
Piah dari PAS telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Mala...
Dilema Malaysia Bhg 2 - Isu Perkauman
-
Malaysia amat bertuah kerana mempunyai pelbagai etnik dan budaya yang mana
kelainan etnik dan budaya ini memberi kelebihan kepada malaysia untuk
belajar hi...
MAK CIK KEMBOJA
-
DUA hari lepas Mak Cik Kemboja dan anaknya didakwa di mahkamah kerana
menghina Melayu.Boleh dikatakan setiap hari akan ada saja individu membuat
kenyataan...
-
Chia-Chia-Chia. Perkataan yang trending sekarang. Ia digunakan bagi
menggantikan perkataan Ha-Ha-Ha, dan tentunya dipopularkan oleh kumpulan
lawak Sepahtu....
How Does Music Influence Our Lives
-
Music influences our lives considerably because there is no man who can
admit he doesn't like music and he doesn't have a favorite song or artist.
Many pe...
Khas Untuk Zan Sala (MB Kedah)
-
Salam 'alaikum wa rahmatullahi ta `ala wa barakaatuh. Alhamdulillah
alhamdulillah rabbil-`alamin shalat salam` ala-asyraf al-Mursalin Sayyidina
Muhammad (s...
MN sokong Muhyideen Yasin
-
KUALA LUMPUR: Gabungan Muafakat Nasional, PAS dan Umno bersetuju untuk
menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana
Menteri Mal...
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
-
*SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA
PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM
11/5/2018 (J...
kafir dap merestui dan mengangkat mb baru kelate
-
kit siang yang klepetokrasi mengangkat jin gila mereng huse menjadi mb baru
qlate walaupun pru ke 14 belum nampak bayang pan akan menang dimana mana
mereka...
Mahathir Buat Kejutan Lagi..
-
Mahathir Buat Kejutan Lagi.. Blog popular Tun Dr Mahathir Mohamad kini
tidak boleh diakses, beberapa jam selepas beliau menulis mengenai perlunya
siasa...
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI
-
Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk
geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
teru...
Datin gets jail, but what about Suyanti?
-
*Mariam Mokhtar* | March 31, 2018
*Many questions still remain over the court case and the future of the
maid.*
COMMENT
The initial sentence given to a Dat...
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...