Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Monday, March 27, 2017

BARU SURAT TUNJUK SEBAB, BELUM LAGI DIBERSARAKAN AWAL, GURU-GURU PRO PEMBANGKANG SUDAH MULA PANAS PUNGGUNG!!!



Seperti penghujung tahun 1990-an di mana kebanyakan kakitangan awam masih lagi bergaji kecil dan tidak mempunyai manfaat serta keistimewaan besar seperti yang dinikmati di bawah pentadbiran Abdullah Badawi dan terlebih-lebih lagi di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, ramailah penjawat awam terutama guru-guru yang berjiwa pembangkang mula naik angin dengan kenyataan keras oleh Menteri Pelajaran, Mahdzir Khalid. Apatah lagi dengan kenyataan terbaharunya bahawa 5 orang guru telah diberikan surat tunjuk sebab selepas mereka didapati berceramah dan di atas pentas ceramah parti pembangkang.

Beberapa pihak terutama dari pembangkang, mula bercakap tentang betapa tidak adilnya pihak kerajaan menyekat kebebasan bersuara guru-guru terbabit. Malah kerajaan juga diminta bersikap lembut dan terbuka dengan guru-guru atau kakitangan awam yang bersifat vokal terhadap kerajaan.

Pada ketika kebanyakan kakitangan awam di seluruh dunia tertakluk dengan perintah awam atau pekeliling kerajaan masing-masing, di Malaysia pula kakitangan awamnya diharapkan diberikan sebebas-bebasnya.

China dan blok komunis paling keras terhadap kakitangan awam yang bersifat vokal. Kalau bukan hukuman mati, mereka akan dihadiahkan dengan hukuman penjara dan kerja berat.

Amerika Syarikat sendiri memilih kakitangan awam yang tidak vokal. Singapura sebagai contoh terdekat turut membuang dan mengenakan tindakan tatatertib keras terhadap kakitangan awam yang memburuk-burukkan kerajaan.

Sebenarnya tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan hari ini adalah selaras peraturan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr Mahathir pada tahun 2001.
Peristiwa reformasi yang dicetuskan Anwar Ibrahim pada 1999 telah mencetuskan satu gelombang politik baru di Malaysia. Anwar bukan saja dapat menarik sokongan org biasa untuk berlawan dengan Dr Mahathir. Anwar juga dpt menarik kakitangan2 kerajaan utk bersamanya bagi menentang Dr M.
Tindakan kakitangan kerajaan menentang kerajaan telah memberi ingauan buruk terhadap Dr M. Apa lagi selepas keputusan PRU 1999.
Lantas diperkenalkan olehnya suatu benda yg bernama AKUJANJI. Dimana kakitangan kerajaan diwajibkan bersumpah utk taat setia kpd kerajaan. Siapa yg langgar AKUJANJI akan dikenakan tindakan sebagaimana yg mereka ikrar dlm perjanjian itu. Pada masa itu juga ada berlaku kebocoran keluar dokumen2 kerajaan. Termasuklah bukti rasuah 6 kotak yg didendangkan Ezam.
AKUJANJI telah menimbulkan masalah kpd Cuepacs dan kakitangan2 kerajaan. Tapi biasalah....siapa berani lawan Dr M. Akhirnya AKUJANJI dilaksanakan juga pada 2002.
Semua kerajaan negeri2 juga ikut sama dlm melaksanakan AKUJANJI terhadap kakitangan mereka. Pada masa itu Terengganu diperintah oleh Pas. Negeri itu enggan melaksanakan AKUJANJI. Kerana mahu memberi kebebasan kpd kakitangan kerajaan negeri mereka. (RUJUK SINI)

Apa yang dilakukan oleh pentadbiran Turki yang diketuai oleh Recep Tayyib Erdogan, yang memecat lebih 30,000 orang kakitangan awam di negara tersebut yang terbukti tidak menyokong kerajaan, sepatutnya membuka lebar-lebar mata kakitangan awam di negara ini.

Apatah lagi terdepat lebih 200,000 orang dalam senarai menunggu untuk menjadi guru atau lebih 1 juta orang rakyat Malaysia yang memohon menjadi kakitangan kerajaan, seharusnya menjadikan mereka tidak berada dalam zon selesa kerana tugas mengekalkan jawatan dan manfaat daripada perkhidmatan awam kini telah menjadi satu pertandingan.

DAP menerusi Tony Pua sendiri sudah berkali-kali memberitahu iltizam mereka sekiranya pembangkang berjaya mengambilalih Putrajaya, tugas pertama yang akan mereka lakukan ialah memecat 80% daripada kakitangan awam di Malaysia yang disifatkan sebagai MAKAN GAJI BUTA.

Mungkin kakitangan awam yang begitu aktif menyokong pembangkang menerusi media-media sosial termasuklah Facebook dan WhatsApp berasa selamat kerana mereka masih tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib, tetapi dalam jangka panjang, tatkala ada perubahan pentadbiran, mereka akan menjadi sasaran utama walaupun mana-mana pihak menjadi kerajaan sekalipun.

Jadi, tidak perlulah menyalak dan memekak dan tidak perlulah juga seronok dengan 'sokongan' yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang dalam isu ini kerana nama mereka sudah pun ada dalam 'senarai'.

Bukankah lebih baik sekiranya mereka menunaikan amanah yang diaku janjikan dengan sebaik-baiknya dan memilih parti-parti kesukaan di atas kertas-kertas undi pada hari Pilihanraya tanpa perlu menunjukkan kecenderungan semasa bertugas?


Sunday, December 11, 2016

DIBURU TINDAKAN TATATERTIB, GURU-GURU KGM YANG SELAMA INI BEGITU ANGKUH, MULA GELISAH DAN TERPAKSA BERBOHONG UNTUK SELAMATKAN DIRI!!!



Semenjak pendedahan yang dibuat membabit group laman KGM di Facebook yang kemudiannya menjadi viral, Kementerian Pelajaran Malaysia mula mengambil tindakan menyiasat walaupun setakat ini belum ada lagi yang dikenakan tindakan tatatertib.

Rupa-rupanya pendedahan tersebut, membuatkan admin-admin group terbabit jadi tidak tentu arah apatah lagi Menteri terbabit, turut memberikan respons.

Dua amaran telah dikeluarkan oleh menteri terbabit kepada guru-guru yang aktif menentang dan mengutuk majikan mereka di dalam Facebook melalui group tersebut.

Netizen sebelum ini telah membuat pendedahan besar tentang group tersebut. Namun admin-admin group tersebut cuba menafikannya. Bahkan cuba berselindung dan berbohong kononnya mereka telah menyingkirkan ahli-ahli KGM yang didapati 'melanggar' peraturan yang telah ditetapkan.


Anehnya, mereka juga turut menyerang seorang doktor pakar yang turut membuat pendedahan tentang kegiatan guru-guru terbabit.

Tidak senang dengan apa yang sedang berlaku, mereka bukan sahaja menyerang peribadi doktor terbabit, tetapi juga menyebarluaskan gambar keluarga serta kenderaan doktor tersebut.


Sekali lagi apabila didedahkan, adminnya cuba membuat penafian dan cuba menipu kononnya mereka bukanlah guru-guru yang menentang majikan sendiri, sebaliknya ia adalah satu bentuk kebebasan bersuara. Anehnya, guru-guru yang tidak sependapat dengan mereka, dilaporkan telah ditendang keluar dari group tersebut. Yang banyak 'bercakap' sekarang dalam group tersebut hanyalah guru-guru yang satu kepala dengan admin-admin group terbabit yang KESEMUANYA menentang majikan sendiri.

Contoh terbaik ialah apabila seorang guru menyalahkan 'Pendidikan Seks' dalam silibus dan menuduh tiada silibus sahsiah dan penekanan agama sehinggakan mereka malu untuk mengajar mata pelajaran berkenaan. Gambaran yang diberikan oleh guru terbabit ialah, matapelajaran seks yang diarah ajar adalah CARA-CARA PERSETUBUHAN!

Walhal silibus yang sama, turut terdapat dalam matapelajaran Pengetahuan Agama Islam, sama ada di peringkat Sekolah Kebangsaan mahupun SAR dan ianya tidaklah berkisar semata-mata tentang perkara jimak seperti yang cuba digambarkan oleh guru terbabit.


Dengan dua amaran yang dikeluarkan oleh menteri terbabit, admin-admin group tersebut mula terasa bahang dan terpaksa membela rakan-rakan setugas mereka yang bakal dikenakan tindakan tatatertib. Apatah lagi pada masa kini, terdapat lebihan guru yang masih menunggu untuk dihantar tugas.

Penyingkiran guru-guru terbabit daripada perkhidmatan awam, langsung tidak merugikan sektor pendidikan. Sebaliknya akan membuka lebih banyak peluang kepada bakal-bakal guru yang sedang menunggu untuk ditugaskan.

Tiada gunanya mereka menggunakan media-media sosial seperti Facebook untuk membela diri, kerana dari media-media sosial itulah juga, pelbagai bentuk bukti telah pun diperolehi!

Sekarang, kita tunggu tindakan selanjutnya daripada Kementerian Pelajaran selepas dua amaran diberikan oleh Menteri Pelajaran, Mahdzir Khalid kepada guru-guru pro-pembangkang itu.

UPDATE:

Penjelasan daripada Dr. Aznil Hisham adalah seperti di bawah...









Thursday, November 10, 2016

HEBAT SANGAT MENGUTUK, GURU-GURU DALAM CLOSED GROUP FB 'KGM' LANGSUNG TAK BELA RAKAN-RAKAN MEREKA YANG DISAMAN IBU BAPA PELAJAR SMKTTDI!!!



Bukan satu rahsia lagi, golongan guru merupakan kelompok paling ramai yang menunjuk pandai dan pada masa yang sama menuntut segala macam kemudahan dan kesenangan atas alasan beban kerja yang semakin bertambah. Walaupun masih terdapat guru yang tetap setia menjalankan tugas dan amanah, tetapi kelompok yang cukup hebat bersuara lantang seolah-olah mereka makan gaji untuk jadi wakil rakyat pembangkang di dalam perkhidmatan perguruan, lebih menonjol berbanding guru-guru yang amanah dan memastikan undi mereka semasa PRU SEBAGAI RAHSIA.

Group tertutup 'KAMI GURU MALAYSIA' menghimpun penjawat-penjawat awam yang berasakan mereka lebih hebat daripada semua orang dan negara serta rakyat negara ini berhutang sepenuhnya dengan mereka.

Tiada bezanya antara mereka dengan puak yang setiap masa berada di FB dan kemudian menampilkan sifat tidak tahu bersyukur dengan apa yang mereka telah terima dan nikmati.

Seperti yang dikatakan oleh Dr. Aznil Hisham, seorang lagi Facebooker yang sering menjadi bahan momokan puak menonjol dalam Grup KGM itu, golongan yang seperti tidak tahu apa tanggungjawab mereka, perlu memandang lebih jauh.



5. Kita lihat emolumen yg dibayar kepada penjawat awam, adalah 30% dari jumlah bajet keseluruhan. 30% adalah jumlah angka yg besar iaitu bersamaan RM 78 billion. Dan tidak heran apabila pembangkang berazam untuk membuang separuh penjawat awam apabila mereka berkuasa kelak.

6. Persoalan?? Siapa yg mereka akan buang? Doktor? Polis? Tentera? Guru??

7. Jumlah penjawat awam kini adalah 1.6 juta orang. Malaysia mempunyai penjawat awam yg ramai. Jika kita lihat UK, mereka memiliki hanya 1.2 juta penjawat awam, walhal penduduknya adalah 64 juta orang berbanding Malaysia 29 juta orang. Anda boleh lihat negara2 membangun lain dan nisbahkan dengan penduduk negara mereka. Malaysia kekal tinggi.

8. Sekali lagi, siapa yg akan menjadi "mangsa" mereka?

9. Jom kita lihat statistik penjawat awam di Malaysia. Penjawat awam yg paling ramai di Malaysia adalah guru (> 400 000) berbanding polis dan tentera (200 000). Sudah nampak siapa yg akan jadi mangsa?

10. Persoalan seterusnya adalah bagaimana mereka hendak kurangkan separuh guru2 ini tanpa mengganggu perkhidmatan pendidikan? Sudah pasti ada caranya.

11. Lihat kembali sejarah. Guru2 pernah ditawarkan bercuti 25 hari setahun namun kena bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Namun, guru2 tidak bersetuju. Mereka lebih rela untuk cuti 7 hari setahun dengan 2 sesi persekolah. BN kerajaan yg prihatin. Mereka akur dengan permintaan guru.

12. Sekarang, jika pembangkang memerintah, dan mereka mahu buang separuh penjawat awam, guru adalah profesion yg akan di lihat mereka. Mereka jadikan cuti setahun guru 25 hari, dan guru yg sama berkhidmat dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Tidakkah separuh dari guru boleh "dijimatkan"?

13. Bukan saya nak menakutkan para guru. Tapi segala kemungkinan boleh berlaku. Mereka melihat 29 juta rakyat utk undi mereka. Mereka tak pandang 400 000 guru untuk undi mereka.

14. Buang separuh penjawat awam, bermakna kerajaan yg dipimpini pembangkang kini boleh memperolehi jumlah lebih banyak dari kutipan GST tahunan.


Berita tentang kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (SMKTTDI) apabila ada ibu bapa yang tidak berpuas hati kerana anak-anak mereka dihukum duduk di atas tar kerana lambat datang ke sekolah, seharusnya membuka mata guru-guru terbabit.

Tiada seorang pun daripada mereka yang sibuk mengecam itu ini, berani menyentuh tentang kisah saman pihak sekolah ini. 

TTDI merupakan kawasan Melayu elit yang sebahagian besar daripada mereka tidak mengundi tetapi berasakan mereka lebih bijak berbanding Melayu-Melayu yang lain. Dan seperti biasa, apabila Melayu berada di kawasan bandar, mereka akan cuba menghilangkan susur galur dan asal-usul mereka. Justeru, mereka akan memilih anti-kerajaan sebagai cerminan status kehidupan mereka. 

Hairan juga mengapa KGM tidak langsung melancarkan solidariti kepada rakan-rakan mereka di sekolah terbabit sebaliknya terus sepi dan menutup mulut. Adakah kerana mereka beranggapan guru-guru dan pentadbiran sekolah tersebut, tidak layak diperjuangkan sepertimana mereka sibuk memperkatakan tentang kesusahan mereka membeli belah dan meneruskan gaya hidup mewah.


Friday, October 30, 2015

PATUTLAH NURUL IZZAH LULUS DAN DAPAT IJAZAHNYA DARI 'BELAKANG PINTU'... KATANYA GURU HANYA MENGAJAR DUA JAM SEHARI!!!



Postingnya di dalam blog sendiri tiga hari lepas, sebenarnya mahu menghentam Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Sekali pandang, dia mahu mengutuk dan mencerca Kementerian Pelajaran yang dilihat banyak menganiayai golongan pencinta pembangkang paling ramai dalam perkhidmatan awam, iaitu GURU!

Namun, kenyataannya itu sebenarnya menjelaskan bahawa dia sebagai anak perempuan Anwar Ibrahim, tidak faham dengan apa yang disuarakannya.

Tidak dinafikan, bebanan guru memang bertambah terutama dengan pelbagai perubahan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran setiap kali berganti Menteri dan KSUnya. Setiap penguasanya, sudah pasti akan cuba memperkenalkan wadah-wadah dan dasar-dasar baru yang akhirnya tidak ke mana malah akhirnya membebankan guru dan pelajar itu sendiri.

Maka tidak hairanlah apabila ramai guru yang memilih untuk menjadi penyokong pembangkang kerana berasakan mereka telah dibebani kerja berlebihan oeh majikan sendiri, sekalipun sekiranya pembangkang yang mengambilalih kepimpinan negara, bebanan mereka akan bertambah berkali-kali ganda, memandangkan pembangkang cenderung untuk meminimakan tenaga kerja tetapi memaksimakan output.



Sama ada Nurul Izzah faham atau tidak, tugas mengajar oleh guru di sekolah, tidak hanya melibatkan kurikulum, tetapi juga ko-kurikulum.

Jangan hairan apabila Nurul Izzah berpandangan begitu kerana dia sangat skeptik kerana sudah terlalu lama terdedah kepada pembohongan yang melibatkan ibu bapanya semenjak dia kecil lagi. Justeru, dia melihat tugas guru hanyalah di dalam bilik darjah, menulis di papan hitam, papan hijau atau papan putih dan selepas itu, tamatlah tugas guru. Pendidikan bagi orang seperti Nurul Izzah tidak lebih daripada membaca buku, buat latihan dan kerja rumah serta lulus peperiksaan. Bahagian-bahagian pendidikan lain terutama melibatkan moral, perpaduan, sukan dan sebagainya, tidak dikategorikan sebagai pendidikan.


Namun di sebalik kebodohan orang yang lulus menggunakan kaedah 'belakang pintu' itu, sebenarnya ada kebenaran tentang tugas-tugas guru yang menimbun. Di bawah ini kita senaraikan tugas-tugas guru yang rasmi mahupun tidak rasmi.

Apatah lagi dengan penggunaan 1BESTARINET yang memberikan pendapatan lumayan kepada pihak-pihak tertentu seperti YTL, tetapi bukan sahaja tidak berkesan, bahkan langsung tidak boleh digunakan, menyukarkan lagi guru-guru untuk meneruskan polisi pendidikan negara.


Namun apabila Nurul Izzah menyatakan guru-guru di Malaysia hanya meluangkan masa mengajar hanyalah 2 jam sehari, ia merupakan satu penghinaan besar kepada golongan penjawat awam itu yang ramai menyokong PKR dan Nurul Izzah sendiri. Sepatutnya Nurul Izzah mengambil kira sekali tugas mengajar dan tanggungjawab para guru yang tidak sahaja melibatkan pengajaran di dalam kelas, tetapi juga di luar kelas.

Sekadar menggunakan data-data yang kemudiannya diputarbelitkannya kerana gagal faham, Nurul Izzah sebenarnya lebih kepada menghina golongan guru yang telah bertungkus-lumus untuk menjalankan tugas mereka sebaik-baik mungkin, bahkan dalam banyak kes, menjadi pengasuh dan penjaga anak-anak tanpa berbayar dan diberikan upah oleh ibu bapa!!!


Tuesday, July 7, 2015

JANGGUT, MUKA DAN NAMA MACAM ORANG ISLAM, TAPI PERANGAI GURU INI MENGALAHKAN SYAITAN TERLEPAS KANDANG!!!



Astaghfirullah hal azim...

Dalam bulan mulia bulan penuh keberkatan pun masih ada yang hatinya hitam sebegini. Bukan soal arwah orang UMNO atau PAS biarpun dari mana-mana parti. Hinaan yang dilemparkan terhadap arwah Mohd Nor Shauqi A Rahman, amatlah tidak wajar lebih-lebih lagi apabila kata-kata itu diucap oleh seorang guru yang sepatutnya membawa imej dan contoh yang baik.

Arwah yang merupakan seorang penceramah bebas, disegani sebagai seorang ustaz dan imam, dipanggil menghadap penciptaNya setelah terlibat dalam sebuah kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas di Kilometer 352.3 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), dekat Bukit Besi 5 Julai lalu.

Rentetan insiden itu, seorang guru di dalam sebuah kumpulan 'chat' politik telah menghamburkan beberapa kejian yang melampau ke atas arwah yang dilabel sebagai Tok Imam UMNO sehingga mengatakan "tok imam sejid dirar mapus marin" dan "kalo imam sejid dirar sah masuk neraka"



Rata-rata netizen yang membaca penulisan guru berkenaan naik angin dengan perbuatan guru tersebut. Selain beliau tidak memikirkan harus menjaga tutur kata di bulan puasa, guru yang dikenali dengan nama Tuan Sembok itu langsung tidak kisah soal hati keluarga mangsa yang masih bersedih dengan pemergian arwah.

Orang ramai mengharapkan guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kuala Ibai itu dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana perbuatannya benar-benar telah mencalarkan imej guru-guru dan Jabatan Pendidikan.

SUMBER: IMPACTIONIST


Tuesday, June 30, 2015

TIGA GURU LELAKI IKAT DAN BELASAH MURID PEREMPUAN ORANG ASLI BERUSIA 10 TAHUN DI KUALA BETIS!!!



Belum reda panas kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun didera dan dizalimi oleh ibu tirinya sehingga patah tulang belakang, muncul pula berita tentang seorang kanak-kanak Orang Asli diikat, dan dibelasah oleh tiga orang guru lelaki kerana dituduh mencuri.

Kejadian dilaporkan berlaku di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis pada 15 Jun lalu. Dan perkara itu tersiar dalam laman Facebook Centre for Orang Asli Concerns's (COAC).

Murid Tahun 4, Siti Nur Azdilia, telah diikat dan dibelasah oleh tiga orang guru lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Saki, Cikgu Arif dan Cikgu Salib pada 15 Jun. Menurut ibu saudara mangsa, 'wajah dan tangannya lebam, manakala pahanya telah ditendang oleh guru-guru itu.'

Ekoran penderaan tersebut, Siti telah dibawa ke hospital kerajaan di mana doktor yang merawatnya telah merakamkan gambar-gambar kecederaan yang ditanggungnya dan berkata, laporan akan disediakan selepas laporan polis dibuat.

Nenek murid perempuan itu, Andak, pada mulanya enggan membuat laporan polis memandangkan mereka tinggal jauh dari perkampungan utama. Bagaimanapun selepas dia membuat laporan polis pada 27 Jun, rakan salah seorang guru-guru itu, Cikgu Ali, melakukan ziarah bersama-sama keluarganya dalam usaha untuk mempengaruhi Andak untuk menarik kembali laporan polis yang dibuat.

Individu tersebut turut menerangkan yang dia mempunyai hubungan dengan polis dan Anda akan berhadapan dengan masalah bagi mendapatkan keadilan untuk Siti memandangkan dia mendakwa mempunyai bukti-bukti kukuh tentang perbuatan Siti.

Andak juga telah dilawati oleh guru besar dan beberapa orang guru bagi memaksanya untuk menarik kembali laporan polis yang dibuat.

Nenek tua itu bagaimanapun, agak beruntung kerana mendapat sokongan daripada komunitinya, di mana ramai daripada mereka berasakan 'guru-guru tersebut telah berpakat untuk menganiayai seorang kanak-kanak dan tidak sepatutnya dibenarkan mengajar di sekolah'.

"Walau apa pun alasan yang mereka berikan, mereka tidak boleh menghalalkan perbuatan tersebut. Pihak sekolah juga tidak sepatutnya melindungi guru-guru seperti itu."

Seorang peguam tempatan, Siti Zainah merayu bagi mendapatkan kepastian kes Siti akan dipandang serius oleh pendakwaraya. Selain itu, serangan tersebut turut dilaporkan secara lisan kepada SUHAKAM dan Jabatan Orang Asli (JOAS).


Monday, June 22, 2015

GURU SURUH MINUM AIR KENCING... MACAM ULANGAN PENDAJALAN YANG DILAKUKAN PUAK DAP KE ATAS GURU MELAYU TIDAK LAMA DULU SAJA!!!



Sekali lagi isu, guru kurang sensitif dengan sensitiviti agama didedahkan. Dan pendedahan tersebut disiarkan oleh The Star Online serta mendapat reaksi yang berbeza-beza daripada pengguna media sosial.

Bagaimanapun, majoriti mengutuk guru berkenaan.

Dalam sepucuk surat yang ditulis oleh 'waris' pelajar-pelajar terbabit yang kemudian disusuli pula dengan laporan polis oleh 30 orang ibu bapa pelajar-pelajar di sebuah sekolah rendah di Sungai Petani, guru yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan telah menyuruh para pelajar bukan Islam membawa bekalan air mereka sendiri sepanjang bulan puasa, kemudian minum di tandas atau minum air kencing mereka sendiri.

Seorang bapa bernama Jaya Sharma Gopal KR, 37, menyatakan tindakan guru tersebut adalah melampau. Mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku berdasarkan pengakuan dua orang guru, dia mempersoalkan kewajaran guru berkenaan menyuruh para pelajar minum air kencing.

Beberapa kejadian sebelum ini menunjukkan ia bukanlah perkara baru. Lebih banyak fitnah ke atas guru dibuat oleh ibu bapa yang melampau dan ada sesetengahnya mempunyai motif politik seperti yang melibatkan seorang pelajar perempuan di Cheras, Kuala Lumpur diarahkan pulang kerana memakai baju kurung yang jarang serta tidak mengenakan butang yang mendedahkan sebahagian dadanya.


Alasan yang diberikan oleh bapanya adalah, anaknya bukan Melayu dan memakai baju kurung. DAn kerana anaknya bukan Melayu, jadi pihak sekolah tidak membenarkan anaknya mengenakan baju kurung. (RUJUK SINI)

Bapanya adalah penyokong kuat Sarawak For Sarawakians yang memperjuangkan pengeluaran Sarawak daripada Persekutuan Malaysia, walaupun bapanya adalah berbangsa India yang berkahwin dengan Bumiputera Sarawak.

Kham Agung Lawrence Jayaraj, bapa pelajar terbabit diketahui mempunyai motif subversif untuk membangkitkan kebencian di kalangan penduduk Sarawak kepada Kerajaan Malaysia. (RUJUK SINI)


Sebelum itu pun, satu lagi kejadian yang disensasikan oleh pihak tertentu melibatkan penggunaan sebuah bilik persalinan ditukarkan menjadi tempat makan. Yang disiarkan dan dikatakan ialah guru di sekolah yang terletak di Sungai Buloh telah memaksa para pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan dan bukan di kantin. Sehinggakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran pun turut memberikan perhatian kepada kes tersebut dan guru terbabit dikenakan tindakan tatatertib sekalipun tuduhan yang dilemparkan sangat jahat dan lebih kepada fitnah. (RUJUK SINI)

Justeru, tidak mustahil juga sekiranya dalam kes murid 'dinasihati' minum air kencing ini juga sebenarnya, SILAP FAHAM YANG DISENGAJAKAN dan DISENSASIKAN.


Friday, May 22, 2015

INILAH NASIB GURU-GURU KAFA YANG SEKARANG INI KUAT SOKONG PAKATAN KALAU PAKATAN MENANG PRU-14 NANTI!!!



Haram tak sekutik pun, para penyokong Pakatan Rakyat yang sangat Islamik, kononnya memperjuangkan keadilan dan kebajikan rakyat dan keadilan bersuara membabitkan seorang guru KAFA yang juga merupakan 'rakan sejawat' mereka yang kuat menyokong Pakatan, malah bersorak kegirangan dan bersyukur kepada Allah kerana Pakatan menang besar di Selangor.

Kebanyakan guru-guru KAFA merupakan golongan yang kuat menentang Kerajaan. Mereka menyertai rakan-rakan makan gaji di dalam JAKIM, mahupun jabatan-jabatan agama negeri untuk menyebarkan cerita tentang kezaliman Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO-BN.

Bagaimanapun, sesuatu yang pasti ialah, walau sekuat, sekejap dan setegar manapun sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat, dalam bab gaji dan elaun, mereka akan segera mencari UMNO-BN juga dengan alasan Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO-BN mengambil cukai dari rakyat Malaysia tanpa mengira parti.

Namun, pada masa yang sama, penambahan peruntukan bagi pentadbiran dan hal ehwal agama Islam kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang dari Kerajaan Pusat, langsung tidak disebut atau dikaji. Sebaliknya mereka boleh pula mendabik dada, kononnya Kerajaan Negeri yang menambah peruntukan berkenaan sekalipun KESELURUHAN PERUNTUKAN ITU DATANG DARIPADA KERAJAAN PUSAT BULAT-BULAT!

Perhatikan bagaimana bangga dan megahnya para penyokong DAP bercakap tentang 'penambahan peruntukan' untuk sekolah agama, masjid dan guru-guru agama di Pulau Pinang tanpa seorang pun menyebut, peruntukan itu bukan datang dari Kerajaan Negeri, sebaliknya dari Kerajaan Pusat.



Guru-guru KAFA telah dijadikan alat yang paling mudah untuk memburuk-burukkan kerajaan UMNO-BN. Mereka tanpa sedar telah dipergunakan dan kemudian ditinggalkan. Mereka tidak lebih daripada sekadar golongan mazhab rendah yang hanya digunakan untuk undi tetapi kebajikan mereka tidak akan dijaga. Sebaliknya mereka yang perlu patuh kepada segala arahan dan perbuatan Kerajaan Pakatan.

Berbeza, sekalipun guru-guru KAFA tersebut menentang UMNO-BN, tidak pula kedengaran gaji mereka disekat atau diturunkan. Guru-guru KAFA anti UMNO-BN itu juga tidak dipecat sekalipun ada kalangan mereka yang terlibat aktif dalam demonstrasi jalanan mahupun kempen dan ceramah. Malahan tidak kurang juga daripada mereka yang menjadi pemimpin dalam PKR dan PAS tetapi masih juga diberikan gaji.

Berbeza dengan Pakatan... lawan kalu, mereka akan dipecat....

Itu yang mereka bangga-banggakan sangat?

UMNO-BN seharusnya mencontohi tindakan PKR dan Pakatan Rakyat. KASI PECAT SAJA GURU-GURU KAFA YANG MENENTANG DAN SELALU MELAWAN!!!


Saturday, May 16, 2015

SATU PENGUMUMAN, TIGA INSENTIF UNTUK PARA GURU, TAPI ADAKAH MEREKA BERSYUKUR?



Tak kelihatan pula pujian dan kesyukuran daripada grup-grup dalam media sosial yang melibatkan para guru bercakap, mengulas mahupun memperkatakan tentang tiga insentif yang dibuat oleh Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran untuk mereka. Sebaliknya, tetap juga ramai guru yang bercakap tentang politik negara, tentang betapa zalimnya kerajaan dan betapa bermasalahnya kerja mereka kerana bebanan yang konon-kononnya terlalu besar.

Ketika sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yagn diadakan di Kubang Pasu hari ni, Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah mengumumkan tiga berita untuk para guru.

Berita pertama adalah Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn (Akta 763) telah diluluskan oleh Parlimen dan telah diwartakan. Melalui yayasan tersebut, guru-guru akan dibantu untuk mendapatkan pembiayaan bagi melanjutkan pelajaran termasuklah mereka yang tidak layak mendapat biasiswa krajaan kerana melebihi had umur. Yayasan tersebut turut menjaga kebajikan guru terutama yang memerlukan bantuan kecemasan, bencana alam, khairat kematian dan bantuan peralatan sokongan selepas rawatan.

Berita kedua ialah, persetujuan kerajaan untuk menyeragamkan had umur pegawai-pegawai awam termasuklah guru bagi mengikuti ijazah sarjana dan ijazah sarjana doktor falsafah (PhD) dari 43 tahun kepada 45 tahun.

Dan sudah tentulah berita ketiga membabitkan kewangan!

Kementerian Pelajaran telah menaikkan kadar elaun sedia ada yang berkuasa semenjak tahun 2000 dari RM150 kepada RM300 sebulan bagi 2,405 orang pengetua sekolah menengah. Manakala untuk 7,757 guru besar sekolah rendah pula, elaun sedia ada akan dinaikkan daripada RM200 sebulan berbanding RM100 sebelum ini.

Kenaikan tersebut berkuatkuasa 1 Jun 2015.

Menariknya, pada ketika beberapa sektor perkhidmatan awam mengeluh berat tentang 'ketidakadilan yang sedang berlaku dalam perjawatan', guru-guru pula terus dimanja dan dibelai walaupun sebahagian daripada mereka lebih berminat dengan politik daripada tanggungjawab sebenar.


Zalim lagikah kerajaan di bawah Barisan Nasional berbanding guru-guru KAFA di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja dinafikan kenaikan gaji sungguhpun menerima PERTAMBAHAN PERUNTUKAN untuk agama Islam daripada KERAJAAN PUSAT, tetapi juga dihalau seperti anjing kurap dan diarahkan menamatkan perkhidmatan seperti yang berlaku kepada seorang guru KAFA yang juga merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat baru-baru ini!!!


Tuesday, May 12, 2015

AMBIK PERHATIAN KEMENTERIAN PELAJARAN!!! INILAH GURU-GURU YANG MENGAJARKAN ILMU SESAT DAN MENENTANG SEMUA DASAR KERAJAAN!!!




Perihal Kerajaan Malaysia yang amat memanjakan kakitangan awam, sudah terkenal seantero dunia. Dengan kesatuan-kesatuan sekerja yang cukup aktif mendesak kenaikan gaji selain mengurangkan kerja, Kerajaan Malaysia sebenarnya menghadapi kepincangan yang cukup ketara dari segi perkhidmatan awam.

Dan lebih malang lagi ialah apabila sebahagian daripada kakitangan awam pula bertindak sebagai musuh dalam selimut, yang membocorkan pelbagai rahsia, mengajarkan pelbagai ilmu salah selain bertindak sebagai telunjuk lurus kelingking berkait, walaupun cuba dinafikan oleh penguasa-penguasa perkhidmatan awam.



Jabatan Perkhidmatan Awam khabarnya telah membekukan pengambilan kakitangan baru. Menariknya, yang paling kuat melalak dan menyalak menyalahkan Jabatan Perkhidmatan Awam kerana tidak membuat pengambilan baru itu adalah DAP - parti politik yang pernah menyuarakan akan mengoptimumkan tenaga kerja di perkhidmatan awam dan memecat 80% daripada keseluruhan kakitangan awam yang terdiri dari kaum Bumiputera di seluruh negara. (RUJUK SINI)

Barangkali DAP sudah bertaubat atau barangkali juga melihat ini adalah peluang untuk mereka menghasut dan mencari pengaruh di kalangan kakitangan awam sehingga apabila mereka telah berkuasa, mereka melaksanakan pembuangan dan pemecatan yang dirancang?

Antara sektor perkhidmatan awam yang penting adalah perguruan dan pendidikan. Banyak pepatah yang mengatakan, generasi baru akan dibentuk oleh guru. Pepatah Melayu juga menyebut, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari!



Barangkali peribahasa itu cukup sesuai untuk menggambarkan apa yang sedang berlaku di kalangan segelintir guru yang bijak menggunakan media sosial untuk menghebahkan pendirian dan kepercayaan mereka, tetapi tidak cukup pandai dan berakal untuk memikirkan kewarasan mereka.

Kontroversi Tabung Haji Properties-TRX-1MDB juga nampaknya turut dijadikan isu penting oleh guru-guru berkenaan yang barangkali sudah tidak mempunyai kerja tetapi amat berminat dengan politik, untuk menyebarkan pembohongan serta fitnah.

Barangkali lemak sangat sebab setiap perbuatan mereka, sekalipun salah, dibela oleh pegawai atasan demi KPI, maka guru-guru berkenaan meneruskan sikap mereka yang sebenarnya mengkhianati amanah dan tugas yang digalas.

Sewajarnya, Kementerian Pelajaran mahupun Kementerian-Kementerian lain mengambil langkah-langkah yang lebih drastik untuk mengekang kebobrokan Perkhidmatan Awam di negara ini!!!

Nota: Print Screen di atas diperolehi dari grup Facebook Kami Guru Malaysia. 


 
Blogger Templates