Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pkr-pas. Show all posts
Showing posts with label pkr-pas. Show all posts

Sunday, March 4, 2018

PKR MULA LANGGAR KAWASAN PAS DAN PPBM SELEPAS MUHYIDDIN DIURA-URAKAN BERTANDING DI MUAR!!!



Semakin kuat desas-desus yang mengatakan, Muhyiddin Yassin, Presiden PPBM merangkap penyandang jawatan Ahli Parlimen Pagoh akan berpindah ke Muar selepas Pagoh diisytiharkan kubu selamat untuk PPBM.

Parlimen Muar terdiri daripada satu Parlimen dan dua DUN. Parlimen Muar disandang oleh Razali Ibrahim dari BN yang hanya memperolehi majoriti 1,646 undi berbanding nama yang tidak dikenali ditampilkan oleh PKR pada PRU-13 lalu iaitu Nor Hizwan Ahmad.

Manakala DUN Maharani pula dikuasai oleh PAS yang meletakkan Muhammad Taslim yang berjaya mengalahkan calon BN, Datuk Zulkhairi Ahmad dengan majoriti 3,136 undi. Muhammad memperolehi 12, 731 undi berbanding Zulkhairi yang hanya memperolehi 9,595 undi. Muhammad adalah penyandang.



DUN Sungai Balang pula berjaya dimenangi oleh Zaiton Ismail yang memperolehi 9,716 undi berbanding calon PAS, Malik Mohamed Diah yang memperolehi 8,081 undi.

Bagaimanapun, berbanding Muhyiddin Yassin yang dilihat sebagai liabiliti terutama sekali membabitkan kes peribadinya dalam perceraian sepasang suami isteri sehingga Muhyiddin seperti hilang dari radar politik arus perdana dan lebih banyak dibayangi oleh Mahathir dan anaknya, Mukhriz, PKR sebenarnya mempunyai calon lain yang lebih sesuai untuk Parlimen Muar. Apatah lagi, pada PRU lalu, PKR terpaksa mengalah kepada PAS di Muar, dan akhirnya PKR tidak memperolehi satu pun kerusi sedangkan PAS memiliki kerusi DUN Maharani.



Umum mengetahui, hubungan antara PKR dengan PAS telah putus selepas PKR berkeras untuk bekerjasama dengan DAP dan PPBM serta PAN. Seperti di Selangor dan di Kedah, PKR segera mengambil kesempatan dengan membayangkan yang mereka akan bertanding bagi pihak Pakatan Harapan di tempat-tempat yang pernah ditandingi oleh PAS walaupun umum mengetahui PKR hanya bergantung kepada PAS sebelum ini.

Parlimen Muar juga bakal menyaksikan perkara yang sama.



Untuk Parlimen Muar, PKR sudah pun mempunyai calon mereka sendiri, bukannya Muhyiddin Yassin. Calon untuk PKR adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang sekarang, Mohd Rashid Hasnon.

Mohd Rashid Hasnon adalah anak jati Muar. Pendidikan awalnya adalah di Muar High School dan Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi. Rashid menamatkan peringkat A-Level di Southampton Technical College, United Kingdom dan seterusnya lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Dia kemudiannya menerusi pengajian dalam bidang Master in Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990.


Peluang untuk Mohd Rashid Hasnon dikatakan jauh lebih cerah di Parlimen Muar berbanding Muhyiddin Yassin apatah lagi Syed Saddiq Abdul Rahman yang diura-urakan lebih awal akan disandarkan PPBM di Parlimen Muar pada PRU kali ini.

Dan PKR juga tidak mahu melepaskan DUN Sungai Balang walaupun mereka pejam mata dengan DUN Maharani. Biarpun PAN juga mengintai peluang di Sungai Balang menerusi tuntutan Salehuddin Ayub, namun seperti yang diketahui, berbanding PKR, PAN tidak mempunyai calon dan nama mantap di Sungai Balang.



Justeru, PKR memulakan kempen secara agresif di Muar. Dua malam sudah bertempat di 33, Sungai Balang Besar, Muar, berlangsung program ceramah umum Pakatan Harapan 'MUAR KUNCI KE PUTRAJAYA'.

Program tersebut sebenarnya anjuran PPBM yang menampilkan Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai 'key person' tetapi perhatian kepadanya telah dirampas oleh Nurul Izzah, Teo Nie Chin, Salahuddin Ayub, Yatin Sarpan yang merupakan Ketua PKR Cabang Muar dan Naim Jusri yang merupakan Ketua AMK Cabang Muar selain juga merupakan Penyelaras DUN Sungai Balang serta Mohd Haslin Abdul Latif AJK PAN Kawasan Muar.

Mukhriz Mahathir yang sepatutnya turut hadir, tidak muncul-muncul dan akhirnya memberi alasan kononnya terpaksa menghadiri retreat PPBM di Bukit Merah Lake Town. 



Mungkin menyedari bahawa program tersebut dianjurkan oleh PPBM, menyebabkan jumlah kehadiran terlalu hambar. Dianggarkan lebih kurang 160 orang sahaja yang hadir walaupun barisan yang ditampilkan untuk menyampaikan ceramah adalah 'bintang-bintang' Pakatan. Tidak seperti ketika program yang diadakan semasa PRU-13 lepas iaitu semasa PAS masih berada bersama-sama Pakatan Harapan, jumlah penyertaan kaum Cina dalam majlis itu juga sangat daif.

Laungan 'REFORMASI' yang dibuat oleh Nurul Izzah sewaktu mengakhiri ucapannya, hanya disambut hambar oleh para hadirin. Manakala sebahagian hadiri pula dilihat meninggalkan majlis ketika Salahuddin Ayob sedang memberikan ucapan.

Sekaligus memberi isyarat jelas bahawa PPBM bakal dan sepatutnya diketepikan kerana menjadi antara faktor penyumbang utama mengapa kurangnya sambutan untuk PKR dan DAP. Kehambaran di Muar sebenarnya bukanlah kali pertama yang melibatkan PPBM bahkan di Taiping di mana Mahathir turut berkempen malam tadi pun, jumlah kehadiran terlalu menyedihkan walaupun jentera PPBM cuba menggambarkannya sebagai gah!


Thursday, August 24, 2017

RUNDINGAN GAGAL, AMANAH SEDIA ARAH PKR KELUAR PAKATAN HARAPAN!!!



PAS menerusi Naib Presidennya, Nik Amar menyatakan dengan tegas, PAS tidak akan bekerjasama dengan PKR lagi walaupun terdapat desas-desus menyatakan penyatuan kedua-dua parti itu membabitkan pembahagian atau penentuan kerusi bagi menghadapi Barisan Nasional pada PRU-14.

Menurut Nik Amar, keputusan itu jelas selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR pada Mei lalu. Biarpun usaha untuk menjalin semula hubungan dan pujukan dilakukan oleh wakil-wakil Pakatan Harapan, usaha mereka dilihat tidak ubah seperti jantan yang gilakan talak.

Usaha memujuk PAS semakin ketara apabila PAS Permatang Pauh menghantar isyarat, yang mereka mahu bertanding semula di Parlimen Permatang Pauh yang sekarang ini diwakili oleh Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali pula menyarankan agar PKR 'bertaubat nasuha' terlebih dahulu sebelum menjalinkan hubungan dan kerjasama semula dengan PAS.

PKR Selangor berhadapan dengan masalah yang sangat kritikal ekoran keengganan PAS menyertai Pakatan Harapan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media lewat petang ini yang disiarkan dan ditularkan menerusi kumpulan WhatsApp pro-PAN, Pengarah Komunikasi PAN, Abdul Khalid Samad pula berkata, PAN sudah menjangkakan PAS akan menolak sebarang usaha untuk bergabung biarpun didesak oleh PKR. Ini adalah kerana menurutnya, PAS sangat yakin mereka cukup kuat untuk memenangi semua kerusi atas kekuatan diri mereka sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Sekaligus penolakan ini akan dilihat sebagai pengakuan bahawa PKR sebenarnya tidaklah sekuat sepertimana yang didakwa selama ini.

Selain itu, menurut Khalid lagi, PAS turut menyedari bahawa PAN sudah bersedia untuk bersaing dengan mereka di semua kerusi. Pilihanraya akan datang ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan bahawa PAN tidak mempunyai sokongan dan daya tarikan di kalangan masyarakat Melayu khususnya.

Khalid menambah, PAN sudah bersedia untuk berhadapan dengan PAS di semua kerusi. Justeru, sekiranya PKR masih mengharapkan PAS, maka tindakan tersebut dilihat sebagai bukti bahawa PKR sebenarnya yang takut untuk berhadapan dengan PRU-14 tanpa PAS.

Sehubungan dengan itu, PAN mengharapkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan disegerakan untuk memutuskan kedudukan parti-parti yang ingin membawa PAS bergabung dalam Pakatan Harapan. PAN menurutnya berpendapat, sukar untuk Pakatan bergerak selagi PKR masih tidak putus asa memujuk PAS untuk bersama-sama sedangkan PAS tidak sekelumit pun untuk bersama.

Oleh kerana itu, PAN bersedia untuk menolak PKR keluar dari Pakatan Harapan dan bergerak bersama DAP dan Parti Cap Bunga.


Bagaimanapun, sejam selepas kenyataan media Khalid Samad itu tersebar menerusi sistem WhatsApp, satu pemberitahuan mengatakan kenyataan media tersebut adalah PALSU.

Namun sesuatu yang pasti, rasa tidak puas hati di kalangan para pemimpin PAN yang dikatakan 'masih bayi' dan 'tidak mempunyai pengaruh' oleh Elizabeth Wong dalam usaha memujuk PAS supaya menjalinkan kembali kerjasama dengan PKR, amat menebal. Rata-rata di dalam Group WhatsApp yang dianggotai oleh ahli-ahli pro-PAN dan DAP mengutuk dan menyelar tindakan PKR serta Azmin Ali kerana masih memandang PAS tanpa menghiraukan PAN yang bersungguh-sungguh mahu bekerjasama dengan PKR.


SINDIRAN TAJAM ELIZABETH WONG KEPADA PAN SEBENARNYA HELAH UNTUK PUJUK PAS YANG TAK MAHU BERTAHALUF SIYASI DENGAN MACAI-MACAI DAP!!!



Elizabeth Wong sememangnya mencari fasal dengan Parti Cap Bunga dan PAN. Sama seperti Azmin Ali, Elizabeth Wong juga nampaknya lebih memihak PAS berbanding Parti Cap Bunga dan PAN dalam usaha mempertahankan Selangor daripada dirampas oleh UMNO-BN.

Elizabeth Wong adalah ADUN Bukit Lanjan. Dia juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan merupakan antara figur penting dalam kerjasama antara PAS-PKR. Bukit Lanjan walaupun merupakan kawasan campuran dalam daftar pengundi terkini, Elizabeth Wong amat mengharapkan para pengundi PAS terutama dari kawasan TTDI untuk memenangkannya.

Apatah lagi PAS pernah menjadi pembela Elizabeth Wong dalam isu gambar-gambar aibnya suatu masa dahulu dengan UMNO dipersalahkan, walaupun gambar-gambar tersebut dikatakan datang daripada bekas teman lelaki Elizabeth yang juga merupakan salah seorang ahli PKR.

Keghairahan PAN untuk menguasai tempat di Selangor amat ketara apabila mereka sangat yakin, ahli-ahli PAS akan beralih menyokong mereka selepas perpecahan dengan parti induk itu. Sudah beberapa kali para pemimpin PAN di Selangor khususnya mendesak PAS agar menyerahkan kerusi mereka kepada PAN dengan alasan, PAS menang 15 kerusi di Selangor kerana aura pemimpin-pemimpin yang kini sudah menyeberang masuk ke PAN, bukan kerana PAS.

Justeru, tindakan Azmin Ali berunding dan masih lagi 'menyimpan' PAS dalam pentadbiran negerinya, amat tidak disenangi oleh PAN yang beranggapan, PKR sengaja 'membela janda yang telah ditalak tiga berbanding isteri baru yang belum dijamah.'

Selain PAN, Parti Cap Bunga turut tidak senang kerana Azmin Ali dan PKR Selangor masih terus melayan dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka, malah langsung tidak memberikan harapan kepada PAN dan Cap Bunga.

Elizabeth Wong dalam satu kenyataan mengulangi pendirian PKR Selangor bahawa pintu rundingan persefahaman politik dengan PAS adalah diperlukan dan tidak boleh mengharapkan PAN yang lemah.

Menurutnya lagi, PAN masih bayi. Para pemimpinnya khususnya Mat Sabu dan Husam Musa belum cukup mampu untuk dikenali dan memiliki aura untuk mengumpulkan sokongan orang Melayu kepada PAN dan seterusnya untuk PKR sepertimana yang pernah ditunjukkan oleh PAS sebelum ini. Katanya lagi, PAN memerlukan masa beberapa tahun lagi untuk memperolehi sokongan daripada Melayu-Islam.

Secara tidak langsung, di sebalik cakap besar dan mendabik dada, kepimpinan PKR sendiri melihat PAN tidak lebih daripada sebuah parti picisan yang terpaksa bergantung kepada orang lain untuk hidup. Sindiran tajam Elizabeth Wong terhadap kepimpinan PAN menunjukkan PAN secara jelas tidak mempunyai kemampuan, tiada halatuju atau apa-apa yang kondusif melainkan dendam terhadap PAS.

Samalah juga dengan Parti Cap Bunga yang dipimpin oleh Mahathir dan Mukhriz, yang hanya berdendam terhadap Najib tanpa sebarang matlamat terutama sekali Mahathir dan Mukhriz sendiri terpalit dengan pelbagai skandal dan kegagalan.

Namun pada masa yang sama, ramai juga yang tahu, kenyataan yang keluar dari mulut Elizabeth Wong itu sebenarnya adalah satu pujukan, memandangkan PAS sebelum ini dan ditegaskan berkali-kali oleh Pengarah Penyelidikan PAS, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki, tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan parti-parti politik yang mempunyai pertalian dengan DAP dan PAN.

Mungkin kalau terdesak, Elizabeth Wong atau mana-mana pemimpin PKR akan mengeluarkan kenyataan menghentam, menyindir dan mengecam DAP pula... semata-mata untuk kembali meraih simpati dan sokongan daripada PAS.


Sunday, August 13, 2017

HILANG LAGAK DAN CAKAP BESAR, AKHIRNYA PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PKR BERDATANG SEMBAH KEPADA HADI AWANG!!!



Setelah berlagak kononnya PKR tersangat kuat dan tidak memerlukan bantuan PAS, akhirnya pemimpin-pemimpin besar PKR terpaksa membuat kunjungan 'muhibbah' ke atas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Sekaligus kehadiran Wan Azizah dalam kunjungan tersebut membawa makna bahawa kedatangan mereka adalah utusan khas dan membawa misi pujukan DAP bagi mendapatkan bantuan PAS seperti pada 2 PRU lalu.

Pada ketika ini, PKR bernaung secara langsung di bawah kekuasaan DAP. Arahan DAP akan dituruti oleh PKR tanpa banyak soal. Putus hubungan PKR-PAS juga adalah atas arahan DAP yang berasakan mereka lebih kuat dengan kehadiran Parti Cap Bunga dan PAN.

Bagaimanapun jangkaan awal DAP tentang kekuatan kedua-dua parti baru tersebut meleset teruk. Cap Bunga sedang bergelut dengan pelbagai masalah termasuklah masalah peribadi Dr. Mahathir yang sekarang ini berhenpas pulas mencari jalan untuk menyelamatkan ketiga-tiga orang anak lelakinya yang sedang berhadapan masalah dengan LHDN. Manakala PAN pula masih gagal memperolehi sokongan daripada ahli-ahli PAS biarpun dibiayai oleh DAP.

PKR selain DAP mempunyai dan masih berhubungan dengan PAS terutama sekali di Selangor dan Kelantan. Azmin Ali sendiri sudah beberapa kali memaklumkan dia tidak akan membubarkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PKR-DAP-PAS di Selangor biarpun secara rasmi PAS telah memutuskan tahalyf siyasi dengan PKR.

Sebabnya mudah, Azmin Ali sedar tanpa PAS, PKR tidak akan ke mana-mana. Azmin sendiri sedang berhadapan dengan kehilangan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa sekiranya dia mengambil sikap bermusuh dengan PAS.

Justeru tidak menghairankan langsung apabila pemimpin-pemimpin PKR itu membuat kunjungan hormat dan muhibbah ke atas Presiden PAS.

PAS perlu dipujuk supaya PKR tidak kehilangan Selangor!

Wednesday, June 28, 2017

AIDIL FITRI DIGUNAKAN AZMIN ALI SEPENUHNYA UNTUK PUJUK PAS BERSAMA-SAMA PKR DI SELANGOR!!!



Berasakan Aidil Fitri tahun ini adalah Aidil Fitri terakhir sebagai Menteri Besar Selangor dan kepala Kerajaan Negeri Selangor, Azmin Ali telah mengarahkan pemimpin-pemimpin Melayu PKR Selangor agar memastikan kunjungan ke rumah-rumah terbuka para pemimpin PAS Selangor turut sama membawa misi memujuk. 

Sumber-sumber menyatakan, tahun ini awal-awal lagi beberapa orang pemimpin Melayu PKR sudah sampai di rumah para pemimpin PAS Selangor. Malah, para pemimpin PKR setempat juga, diwajibkan ke masjid dan surau bersama-sama pemimpin PAS setempat untuk menunaikan Sunat Solat Aidil Fitri. Arahannya jelas iaitu, mereka harus berada sebelah menyebelah walau dengan cara apa sekalipun.

Semuanya kerana terlalu terdesak!

Selepas PAS memutuskan kerjasama atau tahaluf siyasi dengan PKR secara rasmi di peringkat Pusat, PKR Selangor sememangnya sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Walaupun Wan Azizah, Presiden PKR dengan dibantu oleh anaknya, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli cuba berlagak macho dengan cubaan menggertak PAS bagi tujuan mengkagumkan DAP dan Lim Guan Eng, hakikatnya mereka sendiri sedar, PKR tidak akan ke mana-mana tanpa bantuan daripada PAS. Bahkan besar kemungkinan PKR akan mengalami kekalahan yang paling teruk dan kehilangan kerusi Parlimen terbanyak selepas berjaya memenanginya dengan bantuan PAS selama ini.

Azmin Ali sendiri mungkin terpaksa berpindah dari kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa memandangkan Gombak dan Bukit Antarabangsa merupakan sarang PAS. Kemenangan Azmin Ali di Gombak khususnya, banyak dibantu oleh undi-undi orang PAS. Begitu juga dengan Bukit Antarabangsa, terutama melibatkan kawasan orang Melayu di Keramat AU dan Jalan Enggang.

Di sebalik semua kemelut tersebut, Azmin masih cuba menggambarkan kononnya sokongan akar umbi ke atasnya masih cukup kuat. Isu 3 orang Exco PAS cuba diperlihatkan sebagai tidak memberikan kesan negatif secara langsung kepada Kerajaan Azmin Ali. Ini adalah kerana ketiga-tiga wakil PAS dalam pentadbiran Azmin itu, sudah 'diikat' Azmin dan kartelnya dengan pelbagai kemudahan selain bantuan yang kerap diberikan kepada mereka yang sebenarnya lebih kerap berbanding kepada wakil-wakil PKR sendiri. 

Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan PKR Selangor. Azmin Ali dianggap trojan horse yang cuba menghapuskan legasi DAP-PKR terutama selepas dia merupakan penyokong kuat Dr. Mahathir di dalam Pakatan Harapan. Azmin dianggap sebagai 'musang yang dibiarkan dan dibela bersama-sama ayam di dalam satu reban'. 

Di sebalik umpat keji dan cercaan yang diberikan kepada Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR itu bagaimanapun cukup yakin, 3 orang Exco PAS itu selain 13 orang ADUN PAS dan lebih kurang 5000 orang petugas politik PAS di Selangor akan berkempen untuk memenangkan pasukan mereka, sekalipun pada masa yang sama, akan memboikot DAP.

Azmin berharap, sekiranya ini yang berlaku, dia boleh mendabik dada terhadap DAP yang banyak mengongkong Azmin Ali dan pentadbirannya selama ini. Banyak keputusan yang dibuat terutama membabitkan kewangan, tender dan projek di Selangor, 

'Kekuatan' itulah yang membuatkan Wan Azizah terpaksa akur dan menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada Azmin Ali untuk menguruskan isu di Selangor walaupun ditentang keras oleh Rafizi Ramli. Bagaimanapun, Rafizi juga terpaksa akur apabila Wan Azizah menjelaskan tentang rasional PKR perlu berbaik-baik dengan PAS kerana kesannya bukan sahaja di Selangor tetapi di beberapa negeri lain, termasuklah di Perak dan Pulau Pinang.

Disebabkan itulah, Azmin mengeluarkan arahan kepada semua pemimpin PKR Selangor agar terus memujuk dan berbaik-baik dengan PAS Selangor. Aidil Fitri tahun ini, perlu diuruskan sebaik-baiknya bagi mendapatkan atau lebih tepat lagi, menakluk kepercayaan daripada ahli-ahli PAS memandangkan PAN yang dipimpin oleh Mat Sabu langsung tidak boleh diharap kerana terlalu tamakkan jawatan dan kedudukan di Selangor!


Sunday, June 4, 2017

TAKUT JUGA HILANG PENDAPATAN, TIADA SEORANG PUN AHLI PKR YANG LETAK JAWATAN DARI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN!!!!



16 Mei lalu, Biro Politik PKR dengan penuh bangga, dengan penuh tegas, dengan penuh lagak mengeluarkan arahan kepada semua ahli-ahli PKR yang menerima jawatan lantikan politik dalam Kerajaan Negeri Kelantan agar meletakkan jawatan serta-merta dalam usaha untuk memberikan tekanan kepada tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor meninggalkan Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, turut memberikan tekanan kepada Ahli-Ahli Majlis PBT dari PAS untuk mengosongkan jawatan masing-masing bagi memberi laluan kepada ahli-ahli dari PAN yang merupakan sekutu PKR-DAP di Selangor.

Keengganan ketiga-tiga orang Exco PAS untuk melepaskan jawatan, menerima kecaman teruk daripada para pengikut PAN dan Cap Bunga khususnya. Beberapa orang pemimpin tertinggi DAP dan PKR turut berbuat demikian walaupun mereka juga sedar, ketiadaan PAS di Selangor akan menyebabkan Azmin Ali kehilangan jawatan selaku Menteri Besar, bahkan Pakatan akan terbubar daripada menjadi Kerajaan Negeri.

Alasan, dinasihati oleh titah KDYMM Sultan Selangor agar mengekalkan 'kabinet' sedia ada telah digunakan oleh Azmin Ali untuk terus bernafas sebagai Menteri Besar. Pun begitu, pembenci-pembenci PAS terus menyerang tanpa henti dan melabelkan PAS sebagai tidak bermaruah kerana enggan keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Namun, keengganan lantikan-lantikan politik dari PKR di Kelantan untuk meletakkan jawatan sebagaimana yang diarahkan oleh Biro Politik PKR pada 16 Mei, lansung tidak diperkatakan. Malah cuba disorokkan.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob mengesahkan, TIADA SEORANG PUN LANTIKAN POLITIK PKR yang akur dengan keputusan Biro Politik parti mereka untuk melepaskan jawatan.

"Mereka tidak letak apa-apa jawatan dan setakat ini berjalan seperti biasa," katanya.

Di sebalik pelbagai label yang diberikan kepada Exco PAS dan PAS sendiri, nampaknya ahli-ahli PKR juga tidak menghormati arahan yang idkeluarkan oleh Biro Politik PKR.

Dilaporkan, ADUN Guchil dari PKR, Mohamad Roslan Puteh berkata, sehingga kini semua lantikan politik belum meletakkan jawatan kerana masih berlaku rundingan antara Kerajaan Negeri dengan PKR Pusat berhubung perkara itu.

Dalam bahasa yang lebih mudah faham, arahan yang dikeluarkan oleh Biro Politik PKR pada 16 Mei lalu sebenarnya hanyalah DRAMA MURAHAN seperti yang sering dipertontonkan oleh PKR membabitkan pelbagai isu, termasuklah RUU355.

Hakikatnya, berbanding PAS di Selangor yang sudah tentu akan mengancam kewujudan PKR dan DAP sebagai Kerajaan Negeri, di Kelantan sebenarnya, perletakan atau penarikan diri lantikan-lantikan politik dari PKR, tidak memberikan sebarang kesan atau kudis pun kepada pentadbiran negeri. Sebaliknya, PAS boleh mengisi kekosongan tersebut tanpa perlu bimbang menghadap KDYMM Sultan Kelantan bagi mempersembahkan pembubaran DUN kerana kekurangan majoriti atau berhadapan dengan ancaman undi tidak percaya seperti yang akan dihadapi oleh Azmin Ali di Selangor.

Maka timbullah persoalan, sebenarnya, rundingan apa yang sedang dijalankan membabitkan PKR dengan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS? Adakah dalam hal ini, Biro Politik PKR sekali lagi membuat arahan atau PKR sebenarnya jauh lebih tamak berbanding PAS tetapi sentiasa cuba berlagak hero walaupun hakikatnya, mereka perlu bergantung dan bersandar kepada PAS pada sebarang masa?


Tuesday, May 16, 2017

SEDANG TULAR KENYATAAN MEDIA, PKR PECAT TIGA ORANG EXCO PAS SELANGOR!!!



Khabarnya ada mesyuarat yang telah dijalankan oleh PKR membabitkan Kerajaan Negeri Selangor malam ini. Khabarnya juga Mesyuarat Biro Politik PKR itu lebih tepat lagi adalah untuk membuat keputusan berhubung kedudukan tiga orang Exco PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor dan keputusan telah pun dibuat.

Ada kenyataan media yang digunakan atas nama Wan Azizah Wan Ismail sedang ditularkan sekarang ini. Bagaimanpun, kesahihannya belum lagi dapat dipastikan.

Semalam, satu kenyataan media daripada Salehhin Mukhyi telah dipalsukan dan disebarkan. Kenyataan asal adalah terhadap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar. Bagaimanapun, kenyataan media yang dipalsukan itu, telah membuang nama Noh Omar sebaliknya digantikan dengan 'Presiden PAS'. Kenyataan palsu tersebut kemudiannya ditularkan oleh puak-puak Cap Bunga dan PKR di media-media sosial.

KENYATAAN MEDIA

KEADILAN telah mengambil keputusan didalam Mesyuarat Biro Politik PKR yang bersidang dan telah bersetuju sebulat suara untuk memecat 3 Exco PAS di dalam Kerajaan Selangor berkuatkuasa serta merta.

KEADILAN akan mengarahkan YAB Dato' Seri Azmin Ali menghadap Sultan sekembalinya dari Brusell untuk menghantar nama barisan Exco yang baru. Kekosongan Exco tersebut akan diisi oleh KEADILAN dan DAP. 

Perkembangan terbaru ini tidak sama sekali menjejaskan kerajaan negeri Selangor memandangkan kerajaan negeri hari ini mendapat mandat penuh rakyat negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berfungsi seperti biasa untuk fokus membangun negeri dan memenuhi aspirasi rakyat.

KEADILAN mengulangi tekad untuk terus menentang kerajaan UMNO BN dan PAS untuk mencapai matlamat murni ini semua parti politik progresif mesti bergabung tenaga dan bersatu untuk menyelamatkan Malaysia dengan mengenepikan kepentingan parti masing-masing dan meletakkan agenda rakyat sebagai kerangka kepentingan bersama.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
16 Mei 2017


##TERKINI 10:45 MALAM

PKR menafikan telah mengeluarkan kenyataan media itu dan menyatakan, kenyataan media tersebut adalah PALSU.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laman Facebook rasmi PKR.





Monday, May 23, 2016

KANTOI BERBOHONG, DEWAN ULAMA PAS SAHKAN AZMIN ALI UGUT TIGA EXCO PAS!!!



Azmin Ali, Elizabeth Wong dan Tian Chua serta Pejabat Menteri Besar Selangor, telah menafikan Azmin memberi kata dua kepada tiga orang Exco dari PAS agar meletak jawatan pada hari ini jikalau PAS terus berkeras untuk bertanding di Sungai Besar. Ketiga-tiga Exco itu kemudiannya mengadu kepada kepimpinan utama PAS, menyebabkan Presiden PAS mengeluarkan kenyataan yang kemudian, menaikkan kemarahan Lim Guan Eng. 

Beberapa pihak dalam PAS cuba membela Azmin Ali, namun Dewan Ulama Pas mengesahkan dakwaan tiga Exco Pas Selangor diberi kata dua agar meletakkan jawatan sekiranya parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, adalah benar.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pihak­nya mempunyai maklumat jelas mengenai perkara itu dan menyifatkan penafian Mohamed Azmin kepada pihak media kononnya kata dua tersebut tidak berlaku adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, tindak-tanduk Menteri Besar Selangor itu dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada pemimpin pakatan pembangkang dan Mohamed Azmin menjadikan Pas sebagai ‘modal’ untuk melepaskan diri.

“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan Exco Pas letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ (sah) dia arah Exco Pas meletakkan jawatan jika Pas terus bertanding di Sungai Besar,” kata­nya sebagaimana dipetik Free Malaysia Today hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Khairuddin kesal dengan kenyataan Mohamed Azmin yang dilihat menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti, ketika menyangkal adanya rundi­ngan rasmi pengagihan kerusi antara Pas dan PKR.

“Walau bagaimanapun, Pas mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Mohamed Azmin, malah memahami situa­si yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu. Kita maafkan Azmin atas kecelaruan fikiran dia akhir-akhir ini,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan salah seorang Exco Pas Selangor seolah-olah ‘mencabar’ Mohamed Azmin apabila berkata, fokus Pas sekarang adalah untuk menang PRK Parlimen Sungai Besar.


Sunday, September 13, 2015

BIMBANG KEHILANGAN SELANGOR DAN KERUSI-KERUSI LAIN TANPA SOKONGAN PAS, PKR DAN RAFIZI RAMLI CUBA PERDAYA PAS UNTUK BENTUK PAKATAN BARU!!!



Sedar bahawa tanpa PAS, PKR tidak lebih daripada sekadar PARTI JAMBAN yang hanya muat untuk punggung AHLI-AHLI KELUARGA ANWAR IBRAHIM terutama sekali di Selangor, hari ini, Setiausaha Agung PKR merangkap SOTONG PALING KUAT PEMBOHONGANNYA, Rafizi Ramli mengumumkan bahawa PKR akan bertemu dan berbincang dengan PAS untuk membentuk pakatan baru.

Sekaligus, PKR cuba menunjukkan bahawa mereka 'tidak peduli dengan arahan DAP' agar memutuskan semua bentuk hubungan dengan PAS.

PKR telah pun membentuk pakatan bersama-sama dengan Parti Amanah Negara (PAN), 'anak parti' DAP yang dianggotai oleh para penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang sebelumnya merupakan ahli dan pemimpin PAS. Bagaimanapun, GHB atau PAN di sebalik gembar-gembur tentang puluhan ribu ahli PAS yang menyertai parti pimpinan Mat Sabu itu, masih tidak cukup meyakinkan PKR boleh membantu mereka untuk kekal sebagai pemerintah di Selangor. Sebaliknya, PKR sangat sedar bahawa tanpa sokongan PAS, Rafizi Ramli sendiri besar kemungkinan akan hilang jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan yang disandangnya sekarang kerana hampir keseluruhan sokongan yang diterimanya daripada para pengundi Melayu adalah dari PAS dan UMNO yang kecewa dengan calon MCA di kerusi berkenaan.

Dikhabarkan, PKR akan bertemu dan berbincang dengan wakil PAS di ibu pejabat PKR esok.

Perlu diingatkan, tidak semua para pemimpin PAS yang pro-Anwar dan Lim Guan Eng, keluar dari parti itu untuk bersama-sama dengan PAN. Golongan yang lebih sesuai disebut sebagai PARASIT itu masih ramai di dalam PAS, terutama sekali yang memegang jawatan sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.

Pertemuan dan perbincangan tersebut akan turut dihadiri oleh Wan Azizah.

PAS walaupun telah diterajang oleh DAP daripada gabungan Pakatan Rakyat, masih utuh menyokong Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, malah empat orang wakil mereka, merupakan Exco negeri Selangor.

PAS juga merupakan pihak yang paling banyak menjayakan aktiviti Pakatan Rakyat, malah mengambil peranan yang sangat aktif dalam sebarang tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh PKR dan DAP.

Kecuali BERSIH 4.0 di mana DAP berjaya menghimpunkan para penyokong mereka untuk berdemonstrasi di jalanraya dan di kawasan utama aktiviti perniagaan Melayu di Kuala Lumpur, demonstrasi-demonstrasi lain diperkukuhkan oleh PAS.

PKR sendiri amat bergantung harap kepada sokongan PAS dalam semua pilihanraya. PRK terbaharu iaitu di Permatang Pauh menunjukkan kebergantungan PKR dan Wan Azizah kepada PAS apabila tumpuan kempen mereka diberikan kepada kelompok tegar PAS yang dikatakan, akan memulaukan PKR dan calonnya.

Wan Azizah akhirnya berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei 2015 dengan undi majoriti 8841 berbanding 11,721 yang dimenangi oleh suaminya, Anwar Ibrahim pada PRU-13.


 
Blogger Templates