Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label zahid hamidi. Show all posts
Showing posts with label zahid hamidi. Show all posts

Sunday, November 24, 2019

ZAHID HAMIDI PERLU LEBIH SEDAR, ANTARA AKAR UMBI DENGAN BEKAS PEMIMPIN UMNO YANG BERPALING TADAH, MANA LEBIH UTAMA DAN LEBIH PENTING!!!



Presiden UMNO, Zahid Hamidi masih lagi bercakap tentang 'terbukanya' UMNO untuk menerima semula bekas Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang telah melompat menyertai PPBM selepas UMNO-BN hilang kuasa pada 9 Mei 2018. (RUJUK SINI)

Adakah Zahid bercakap atas kapasiti peribadinya atau dia bercakap atas kapasitinya selaku Presiden UMNO yang merasakan, dia serba tahu kehendak akar umbi dan marhaein UMNO?

Kalau Zahid begitu bimbangkan dan kisahkan sangat dengan bekas pemimpin-pemimpin dan wakil rakyat UMNO itu, bagaimana pula dengan orang-orang UMNO yang tidak berjawatan, yang setia bersama-sama UMNO malahan sanggup mempertahankan UMNO ketika UMNO berada di ambang kehancuran dan dihina dalam segenap segi?

Bukankah sepatutnya Zahid perlu lebih bimbangkan akar umbi? Bukankah Zahid sepatutnya lebih mengambil hati akar umbi UMNO yang gigih pertahankan UMNO dan setia dengan kewujudan UMNO meskipun mereka kehilangan maruah yang mereka bangga-banggakan selama lebih 6 dekad?

Puluhan ribu orang Melayu yang tidak berpangkat, berpendapatan dan bergelaran walaupun setia di dalam UMNO, terus memperjuangkan UMNO tatkala para pemimpin UMNO yang bergelar, berdarjat dan berpangkat berpaling tadah.

Puluhan ribu orang Melayu selepas 9 Mei 2018 akan terus mengingati pemimpin-pemimpin UMNO yang lari meninggalkan UMNO dan memburuk-burukkan UMNO malahan berikrar untuk menguburkan UMNO setelah mereka kaya raya, senang lenang dan memiliki harta yang bertimbun-timbun selama berada di dalam UMNO.

Mana mungkin orang-orang Melayu itu sanggup untuk menerima bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang cuba dipeluk Zahid itu kembali. Bekas pemimpin-pemimpin UMNO itu tidak ubah seperti biawak dan pemakan bangkai lain yang sanggup membunuh walaupun spesies sendiri demi tembolok dan nafsu mereka.

Zahid sepatutnya lebih sedar dan ambil tahu bahawa semasa UMNO mengalami zaman terburuknya, marhein-marhein yang tidak dianggap lebih bernilai berbanding para pemimpin UMNO yang telah berpaling tadah itulah, yang cuba membetulkan persepsi menerusi pelbagai media, terutama sekali media sosial selepas Mahathir mencengkam media-media arus perdana untuk dirinya.

Mereka inilah yang terus berjuang sehingga ke hari ini dengan kepercayaan bahawa UMNO adalah ABATA. Mereka inilah yang terus bertekad untuk memastikan UMNO hidup dan bangkit kembali supaya UMNO boleh menjadi warisan bangsa sekaligus melestarikan wasiat datuk nenek mereka agar UMNO kekal sebagai wadah perjuangan bangsa dan agama.

Kini, setelah kembali bersama-sama PAS yang terpisah semenjak 1951 (rujuk sebentar pada tahun 1969 sehingga 1974), UMNO seperti sudah kembali boleh bernafas. Sambutan rakyat terhadap UMNO nampak sedikit pulih walaupun sebenarnya sambutan itu sebenarnya lebih kepada Najib Abdul Razak, bukannya para pemimpin UMNO secara keseluruhannya.

Orang UMNO lebih selesa bersama-sama jemaah PAS berbanding bekas pemimpin UMNO yang pernah cuba membunuh dan melupuskan mereka. Takkan Zahid tak tahu dan tak nampak? Takkan Zahid tak merasai denyut nadi akar umbi UMNO?

Takkan Zahid hendak terus melayan kerenah pemimpin-pemimpin UMNO atau bekas pemimpin UMNO yang telah berpaling tadah dengan mengenepikan akar umbi UMNO?

Seelok-eloknya, Zahid selaku pemimpin utama UMNO sudah boleh 'move on' dan melupakan para pengkhianat UMNO itu. Tak salah kalau UMNO mengikuti jejak langkah PAS yang menampilkan muka-muka baru kepimpinan yang lebih berdaya tahan serta mempunyai latar belakang akademik mahupun dari golongan profesional berbanding mengumpulkan para pemimpin UMNO untuk pemilihan semata-mata.

Dan lebih baik Zahid kehilangan bekas pemimpin-pemimpin UMNO tersebut berbanding kehilangan sokongan daripada akar umbi yang sememangnya menolak total golongan pengkhianat berkenaan.

Tuesday, August 29, 2017

PERTELINGKAHAN DALAMAN PKR, ZAHID HAMIDI PULA DISERET SEBAGAI 'PEMBELA' RAFIZI RAMLI!!!



Rafizi Ramli mengakui, individu yang diserang oleh Latheefa Koya secara aktif menerusi media sosial adalah dirinya. Dan lebih menarik lagi ialah apabila Rafizi Ramli mengakui, dia cuba dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Zahid Hamidi. 

The Star Online melaporkan, Rafizi berkata, tuduhan dan dakwaan kononnya dia telah dibeli oleh Datuk Seri Zahid Hamidi telah dibuat oleh sekumpulan orang di dalam PKR dalam kempen senyap mereka menentangnya. Kononnya, Zahid telah membelinya dan Rafizi bersetuju untuk menjual diri sebagai pertukaran agar tidak dipenjarakan.


Rafizi bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan berkata dia tidak akan menjawab segala tuduhan Latheefa memandangkan "satu dunia telah tahu yang tuduhan-tuduhan tersebut tidak benar."

Latheefa membuat beberapa tuduhan serius yang mendakwa Rafizi berterusan menipu menggunakan angka-angka palsu dan telah menyelewengkan wang derma, membuat janji-janji palsu dan terlibat dalam politik wang untuk membeli sokongan.


Sementara itu, Rafizi telah menamakan Azmin, Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Xavier Jeyakumar, Dr. Shaharuddin Badaruddin, Zuraida Kamaruddin, R. Sivarasa, Saifuddin Abdullah, Kamaruddin Jaafar dan Fahmi Fadzil antara mereka yang kuat menyokong kerjasama dengan PAS.

Manakala William Leong, Saifuddin Nasution, Nik Nazmi Nik Ahmad, Tan Yew Kew, Syed Ibrahim Syed Noh, Johari Abdul, Sim Tze Tzin dan Fariz Musa adalah mereka yang menentang cadangan untuk menjalinkan kerjasama semula dengan PAS.

Rafizi Ramli yang kerapkali berjaya menenggelamkan PKR dengan sensasi dirinya, dikatakan mengetuai kumpulan kedua PKR yang digelar sebagai 'Geng Ponorogo' iaitu sebuah kumpulan yang cuba mewujudkan pertelingkahan dan masalah dalam PKR. 


Tidak cukup dengan serangan Latheefa Koya, Siti Aishah Shaik Ismail yang merupakan Ketua Srikandi PKR juga menyerang 'Geng Ponorogo' dengan mengkhususkan Rafizi Ramli. Rafizi disifatkan Siti Aishah sebagai pemimpin yang perasan bagus tetapi gagal mengeja namanya dan nama bapanya dengan betul. 

Menerusi tulisan Siti Aishah, 'Geng Ponorogo' telah menfitnahnya sebelum ini. Dia sendiri mahu menuntut isu fitnah tersebut sehingga ke akhirat!

"Kau eja nama aku dengan bapak aku pun salah ada hati nak mengaku kau pemimpin yang bagus. Ingat kau fitnah aku sebab tak pernah tanya terus pada aku atas segala rumusan yang kau buat. Ini kali kedua kau berhutang maruah dengan aku dan keluarga, semoga akhirat kau cari aku."

Pertelingkahan antara fraksi-fraksi dalam PKR, bukanlah satu perkara yang asing. Ironinya, dalam setiap pertelingkahan dan perbalahan mereka, UMNO dan beberapa orang pemimpin utama UMNO akan ditarik sekali. 

Kali ini, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi pula yang dikaitkan dengan Rafizi Ramli. Hujahnya cukup mudah, Rafizi sedang berhadapan dengan masalah undang-undang dan dia sedang berhadapan dengan hukuman penjara. Sebelum ini, Rafizi telah dipersalahkan kerana akibat daripada Langkah Kajangnya telah mempercepatkan hukuman penjara Anwar Ibrahim, sebagaimana yang didakwa oleh Latheefa Koya. 


Justeru, Rafizi menjadi sasaran mudah dan budak jahat yang perlu dihapuskan. Lebih-lebih lagi, Rafizi sebenarnya mempunyai pengikutnya sendiri yang jauh lebih ramai berbanding peminat-peminat dan penyokong-penyokong PKR. Rafizi juga telah menenggelamkan banyak nama-nama lain yang dianggap lebih besar dan lebih berwibawa, bahkan lebih kanan dan lebih senior di bahu Anwar Ibrahim.

'Kehebatan' Rafizi Ramli itu dilihat berlaku kerana adanya bantuan dari pihak lawan. Tumpuan yang diberikan kepada Rafizi dilihat amat keterlaluan sehingga dia dilihat lebih besar daripada PKR apatah lagi pemimpin-pemimpin utama PKR. Rafizi mungkin bukan Setiausaha Agung PKR lagi tetapi perhatian dan kepercayaan para pengikut kepada Rafizi, jauh lebih besar berbanding yang diterima oleh PKR dan saf kepimpinan utama PKR.

Siapa lagi pihak lawan yang lebih besar dan lebih berpengaruh selain daripada pemimpin UMNO. Dan lebih mudah untuk mencetuskan kebencian terhadap pemimpin dalam parti seperti PKR dengan mengaitkan individu tertentu dengan pemimpin-pemimpin besar dari UMNO.

Rafizi mungkin sudah terkena ulah itu setelah sekian lama dia juga sebahagian daripada sistem 'SEMUA SALAH UMNO.'


Saturday, February 11, 2017

ZAHID HAMIDI TAMPILKAN BUKTI DAN KEMUDIAN GELAR AZMIN ALI SEBAGAI PEMBOHONG!!!



Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi memberikan tamparan tepat ke batang hidung Azmin Ali apabila mengatakan Azmin Ali adalah seorang pembohong dalam usaha Menteri Besar Selangor itu untuk menutup dan mengalihkan perhatian daripada dua isu penting yang sedang berlaku di Selangor.

Selepas semalam muncul WhatsApp yang menggunakan nombor telefon Indonesia, dan menyebut nama seorang menteri sebagai individu yang akan meletak jawatan dalam tempoh terdekat sebagaimana didakwa oleh Azmin Ali, satu nama lagi disebut-sebut sebagai orang yang dikatakan akan meletak jawatan.


Dan memandangkan isu tersebut kurang mendapat sambutan, jentera propaganda Azmin Ali mula menghantar 'maklumat-maklumat beracun' kononnya menteri tersebut yang bercakap sendiri dengan Azmin Ali. Dan menteri berkenaan adalah Anifah Aman, Menteri Luar.

Bagaimanapun, Anifah sendiri menafikan dia adalah Menteri Kanan yang didakwa akan meletak jawatan. Tdak cukup dengan itu, Anifah juga menunjukkan gambarnya bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang duduk semenja dalam satu majlis di Ranau.

Zahid berkata, Azmin Ali adalah seorang pembohong dan cuba menarik perhatian ramai selepas muncul dua isu besar membabitkan SPRM di Selangor.




Monday, December 12, 2016

SURAT LAYANG ZAHID: JANGAN UMUM SIASAT SAHAJA TAPI BIARLAH SIASAT, TANGKAP, DAKWA DAN HUKUM!!!



KAJANG, 11 Dis (Bernama) -- Polis sedang memburu penyebar surat layang yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pihak yang menyebarkan surat layang itu melalui media sosial melakukan tiga kesalahan iaitu memalsukan tandatangan beliau, menggunakan bahan rasmi kerajaan dan menimbulkan perkara membawa fitnah (menyebar fitnah).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis telah menerima sekurang-kurangnya 20 laporan polis berhubung penyebaran surat layang itu.

Katanya beliau dimaklumkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang melakukan siasatan secara mendalam untuk memburu penyebarnya.

"Saya pasti siapa-siapa sahaja yang melakukannya akan menerima tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) kee-24 di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas penyebaran lampiran surat layang yang mengandungi senarai kabinet baharu dengan Ahmad Zahid dinamakan sebagai Perdana Menteri di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp.

Surat layang tersebut juga menggesa semua anggota kabinet mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden berkata surat itu adalah satu fitnah untuk mewujudkan ketegangan dalam BN dan UMNO.

"Mereka melihat kemesraaan saya dan perdana menteri yang terjalin sejak 1987 ketika Najib masih Menteri Belia dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO. Mereka cemburu dengan perpaduan dan keakraban yang wujud. Maka, mereka melakukan perlagaan antara pemimpin.

"Mereka tahu jika kedua-dua pemimpin (Najib dan Ahmad Zahid) itu boleh dipecahkan, matlamat mereka tercapai," katanya.

Ahmad Zahid berkata surat layang itu tidak memberi kesan mendalam kepada UMNO dan BN kerana ramai tidak percaya dengan surat tersebut berikutan pemalsuan kepala surat dan juga tandatangan beliau.

Selain itu, katanya, senarai jawatan yang disebutkan juga tidak mengikut protokol atau garis panduan.

Semalam, Najib yang juga Presiden UMNO berkata penyebaran khabar angin itu adalah usaha untuk merosakkan hubungan rapat beliau dan timbalan perdana menteri. ----- BERNAMA


Sunday, December 11, 2016

AKHIRNYA ZAHID HAMIDI BAGI RESPONS BERHUBUNG SURAT LAYANG LAWAK SELEPAS NAJIB DAN KU NAN BUAT RESPONS LEBIH AWAL!!!



Akhirnya Timbalan Perdana Menteri memberikan ulasan berhubung penyebaran surat layang yang menggunakan namanya dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri.

Walaupun sedikit terlewat memandangkan respons berhubung surat layang tersebut dibuat oleh Perdana Menteri dan Setiausaha Agung UMNO terlebih dahulu berbanding tuan punya badan, tetapi ia adalah respons yang ditunggu-tunggu.


Surat layang tersebut sememangnya surat palsu. Sememangnya surat tersebut digunakan untuk melaga-lagakan antara Najib Abdul Razak dan Zahid Hamidi.

Terdapat terlalu banyak kesalahan dan kesilapan di dalam surat tersebut. Apatah lagi, laras bahasa yang digunakan pula, lebih banyak menggunakan laras bahasa broker-broker politik yang banyak bersidai di lobi-lobi hotel.


Dengan penafian yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, seharusnya siasatan yang lebih agresif dan aktif dibuat untuk mengenalpasti siapa sebenarnya yang mencipta dan kemudiannya mempopularkan surat layang tersebut.

Sunday, September 25, 2016

HABISLAH MALAYSIA... HABISLAH NAJIB.... ZAHID HAMIDI BAWA MASUK SPY AMERIKA NAK TANGKAP NAJIB LA!!!!



Habislah Malaysia...

Habislah Najib...

Habislah Rosmah...

Zahid telah menderhaka kepada Najib...

Zahid cari fasal untuk memudahkan Najib dan Rosmah ditangkap oleh agen-agen perisikan Amerika Syarikat dengan membawa mereka masuk ke negara ini.

Sebagai sebuah negara yang sedang menuju kebankrapan, Malaysia amat terdedah kepada ancaman kuasa asing terutama sekali Amerika Syarikat.

Lagipun secara logiknya, sebagai sebuah negara bankrap, jadah apa pula pelaburan baru masuk ke negara ini. Mana ada dalam logik, sebuah negara bankrap akan menarik perhatian pelabur-pelabur asing, terutama sekali syarikat-syarikat besar yang berorientasikan keuntungan.

Motorola Solution Inc diberitakan akan menamatkan operasi di dua buah negara dan memindahkan operasi mereka ke Malaysia.

Bagi mereka yang terbuai dek teori konspirasi, apatah lagi teori kemuflisan Malaysia, sudah pasti berita ini akan disensasikan dan dikaburkan dengan elemen-elemen ala filem perisikan Hollywood.

Terutama yang sebelum ini cukup beriman dengan teori AKTA PATRIOT, Guantanamo Bay dan sebagainya, pastinya berita ini akan membawa bersama, The Avengers, James Bond, FBI, XXX, Captain America, dan pelbagai watak perisikan hebat Hollywood ke Malaysia bagi merealisasikan keinginan mereka untuk melihat Amerika Syarikat memberkas Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Cuma satu perkara yang tidak akan berani mereka sebut atau sentuh, di sebalik pemindahan operasi Motorola Solution Inc. yang sudah pasti dibuat berdasarkan kos dan keuntungan, tidakkah ia menyanggah tohmahan bahawa peluang pekerjaan telah tertutup di negara ini?

Tidakkah kehadiran Motorola Solution Inc. yang cuba bangkit kembali dalam industri komunikasi di Malaysia sebagai satu penanda aras bahawa Malaysia bahkan Najib Abdul Razak tidaklah seteruk seperti yang digambarkan?


Saturday, September 10, 2016

KALAU PENGERUSI BN NEGERI PUN DAH MULA SALAHKAN UMNO SEBAB GAGAL TAWAN PULAU PINANG, BERMAKNA APA?



Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang rupa-rupanya masih lagi hidup dalam angan-angan. Masih lagi dalam cubaan untuk tidak mengaku salah sebaliknya cuba melepaskan kesalahan tersebut kepada pihak lain sambil memberikan contoh Selangor dan Kelantan untuk menutup masalah partinya sendiri.

Tanpa sedikit pun menyebut bahawa UMNO bukan sahaja mengekalkan, tetapi juga menambahkan bilangan kerusi yang dimenangi, tetapi parti-parti komponen BN seperti GERAKAN, MCA dan MIC pula tidak sahaja kehilangan sebaliknya gagal mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi mereka sendiri.

Teng Chang Yeow dilihat cuba menyelar Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang menyeru agar jentera pilihanraya Barisan Nasional diperkukuhkan dan mengatur strategi yang lebih berkesan untuk menawan semula Pulau Pinang. (RUJUK SINI)

Menurut Teng Chang Yeow, kekalahan di Pulau Pinang adalah kerana UMNO. Para pengundi benci UMNO tetapi yang kalah adalah GERAKAN, MCA dan MIC. GERAKAN, MCA dan MIC tidak salah apa-apa.

Yang bekerja kuat adalah UMNO, tetapi yang hanya mahu menikmati hasil adalah GERAKAN.

Dan sekarang pun, kalau bukan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang digerakkan oleh Naib Presidennya, Huan Chen Guan, GERAKAN masih belum bergerak-gerak. Banyak isu yang telah dibangkitkan oleh PCM termasuklah isu skandal rasuah dan salahguna Lim Guan Eng serta pentadbirannya di Pulau Pinang, manakala GERAKAN pula sekadar claim credit atas kerja berat yang dilakukan oleh PCM.

Pandai Teng Chang Yeow bercakap kononnya, Zahid seharusnya tahu mengapa jentera pilihanraya terbaik UMNO pun gagal memenangkan Permatang Pauh pada PRK lepas. Begitu juga dengan Kelantan dan Selangor di mana UMNO-BN gagal menawan kedua-dua negeri tersebut.

Kesimpulan yang dibuatnya ialah, UMNO kalah kerana UMNO itu sendiri. Walaupun hakikatnya, UMNO tidak kalah, sebaliknya Barisan Nasional yang kalah kerana pengundi-pengundi Cina tidak mengundi MCA dan GERAKAN. Terbukti di Pulau Pinang, mana-mana kerusi yang ditandingi oleh GERAKAN, tertungging kepada DAP secara amat sadis.

UMNO sahaja yang perlu bekerja, sedangkan GERAKAN goyang kaki macam taukeh besar?

Pemimpin GERAKAN Pulau Pinang itu seharusnya sedar diri, menyalahkan UMNO kerana kegagalan mendapatkan undi daripada bukan Melayu untuk GERAKAN tidak akan membuatkan GERAKAN lebih kuat dan lebih berpengaruh.

Seharusnya GERAKAN dan Teng Chang Yeow belajar dari PCM dan Huan Chen Guan, bukannya sentiasa mengharapkan UMNO yang akan bekerja untuk mereka.

Atau sebenarnya, kenyataan Teng Chang Yeow itu tidak lebih daripada sekadar pre-empt untuk kemenangan DAP pada PRU-14 nanti?


Friday, August 19, 2016

ZAHID KEMARUK UNDI KAUM INDIA SAMPAI SANGGUP LETAK BATU ASAS PEMBINAAN KUIL? BIAR BETUL!!!!



Cerita yang menjadi viral dan sedang hangat dibincangkan serta dicecehkan oleh puak-puak balik sana ialah Zahid Hamidi terlalu kemaruk nak dapat sokongan daripada masyarakat India bagi membuktikan dia adalah Timbalan Perdana Menteri dan Pemangku Timbalan Presiden UMNO yang mempunyai pengaruh lebih besar berbanding Muhyiddin Yassin. 

Satu klip video dikitarkan dan dimuatnaik menunjukkan Zahid Hamidi dalam satu upacara meletakkan batu asas untuk sebuah kuil Hindu di Bagan Datoh, kononnya!

Maka bertempik soraklah para penyokong Cap Bunga seraya membanding-bandingkan Zahid dengan Muhyiddin Yassin. Kata mereka, Muhyiddin Yassin tidak pernah mengorbankan prinsipnya selaku pemimpin UMNO yang beragama Islam dengan terlibat dalam apa-apa upacara keagamaan lain-lain agama selain Islam.

Punyalah kemaruk dan terdesak demi memuliakan Muhyiddin Yassin walaupun hakikatnya mereka tahu bahawa mereka sedangkan melakukan fitnah yang sangat berat ke atas Zahid Hamidi walaupun pada masa yang sama, mereka pandai pula mengecop FITNAH pada kes perceraian melibatkan seorang bekas timbalan pendakwaraya dengan isterinya yang mempunyai kaitan dengan Muhyiddin Yassin.

Klip video di atas telah digunakan untuk tujuan tersebut. Dan mereka yang tidak ada otak, menerimanya sebagai satu kebenaran. 

Hakikatnya...


Klip video tersebut sebenarnya menunjukkan Zahid Hamidi dan Menteri Sri Lanka dalam satu majlis pecah tanah untuk pembinaan kilang projek usahasama syarikat Malaysia, Hyrax Oil dan syarikat Sri Lanka. 

Hyraz Oil adalah milik seorang wanita Melayu warga Malaysia!

Barangkali mereka terkeliru dan tidak kenal atau tidak dapat membezakan yang mana satu Zahid Hamidi dan yang mana satu Subramaniam, Presiden MIC.

Ini adalah kerana yang meletakkan batu asas untuk pembinaan sebuah kuil di Melaka adalah Subramaniam yang secara kebetulan memberikan komen berhubung siasatan kematian menantu Zahid.

Penggunaan fitnah berdasarkan berita yang diputarbelitkan, turut digunakan secara meluas, terutama sekali yang boleh membangkitkan sentimen di kalangan rakyat, sepertimana yang cuba dilakukan oleh sebuah portal yang diketahui memang kaki putarbelit ke atas rakyat Sabah. 


Dan sekali lagi juga, Zahid Hamidi dijadikan sebagai subjek sasaran yang kononnya seorang monster yang bersikap kuku besi dan menganggap rakyat Sabah sebagai golongan bodoh yang tidak boleh berfikir kecuali percaya bulat-bulat kepada berita yang mereka mahu sampaikan. 

Isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan PROJEK IC yang banyak dikaitkan dengan Dr. Mahathir, masih lagi menjadi satu sentimen yang cukup besar dan mampu mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Sabah. 

Portal terbabit 'bijak' dalam memanipulasi isi kandungan atau petikan yang diambil bagi mewujudkan kemarahan tersebut walaupun isi kandungannya ialah, pemberian sijil kelahiran bukan bermakna pemberian kewarganegaraan kepada anak baru lahir PTI di Sabah berbeza sama sekali dengan pemberian Kad Pengenalan pada zaman Mahathir.


Saturday, August 6, 2016

MEMANG BETUL PUN KATA ZAHID, PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO SETEMPAT HANYA NAMPAK MUKA KALAU ADA PEMIMPIN BESAR DARI PUSAT!!!



Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Zahid Hamidi mungkin telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan para pemimpin setempat apabila dia menempelak sebilangan daripada mereka yang suka menghilangkan diri dari Kawasan tetapi hanya akan muncul dan menyua-nyuakan muka serta batang hidung apabila pemimpin-pemimpin besar UMNO Pusat datang ke Kawasan mereka.

Zahid menyelar para pemimpin akar UMNO ketika berucap dalam mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datoh. Menurut Ahmad Zahid lagi, terdapat sebilangan pemimpin bahagian yang hanya berjumpa dengan orang ramai pada peringkat akar umbi hanya apabila dia datang melawat kawasan.

Justeru, Zahid menyeru para pemimpin di Bagan Datoh agar turun untuk bertemu dengan akar umbi, terutama sekali yang membabitkan pemimpin-pemimpin pada peringkat Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri selain tidak hanya bertemu masyarakat hanya apabila dia balik Kawasan. Apa yang dicakapkan oleh Zahid Hamidi sebenarnya bukanlah perkara baru pun. Dah lama berlaku pun. Contoh terbaik ialah Mukhriz Mahathir sewaktu menjadi Menteri Besar Kedah. Sehinggakan mesyuarat Exco Negeri Kedah pun, dibuat di Kuala Lumpur!

Itu belum lagi Ketua-Ketua Bahagian dari negeri-negeri lain tidak berada di Kawasan masing-masing, sebaliknya lebih selesa tinggal di Kuala Lumpur dengan alasan mereka berniaga di Kuala Lumpur. Tetapi apabila mengetahui ada pemimpin besar Pusat yang datang ke Kawasan mereka, mereka akan cepat-cepat balik, mengaturcara agar tembelang mereka tidak dipecahkan.

Selain kedatangan pemimpin Pusat, satu-satunya acara yang membolehkan para pemimpin setempat tersebut lekat di Kawasan tersebut adalah pada musim pemilihan.

Mungkin sudah berbuih mulut dan telinga tentang arahan agar para pemimpin setempat lebih banyak berendam di kawasan masing-masing. Bukannya hanya turun kawasan apabila ada kepentingan lain.

Memang betullah seperti yang dikatakan, kebanyakan orang UMNO ni, terutama pemimpin-pemimpin setempat berasa sangat selesa dan berasa tidak takut langsung akan kekalahan kerana TERLALU BANYAK PILIHAN.

Apatah lagi dengan trend masakini yang menyalahkan pemimpin atasan bagi menghalalkan perbuatan masing-masing terutama sekali Najib Abdul Razak.

Bukankah itu yang sering berlaku dalam UMNO?



Thursday, August 4, 2016

KATA ZAHID, JANGAN RASA SELAMAT DENGAN KEMENANGAN BESAR UMNO DI PRK KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR!!!



Pilihanraya samalah macam berjudi. Malah kalau nak dikatakan satu perjudian pun, memang tepatlah sebab memang ada pihak yang mengambil kesempatan membuat pertaruhan dalam setiap pilihanraya, tak kiralah sama ada PRU, PRK atau PRN. Dan jumlah pertaruhan pun bukannya kecil. Sangat besar, bahkan mencecah bilion ringgit.

Hanya ada dua keputusan sahaja daripada pilihanraya - samalah macam judi - iaitu Menang atau Kalah!

Kalau menang, belum tentu akan menang selama-lamanya tetapi kalau kalah, sudah pasti mempunyai peluang untuk menang kalaupun tidak akan tetap kalah sampai bila-bila, bergantung kepada usaha, nasib dan masa.

Barangkali menyedari fakta itulah, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pemangku Timbalan Presiden UMNO dalam Majlis Rumah Terbuka di Kuala Kangsar semalam, memperingatkan tentang kebarangkalian yang akana terjadi sekiranya sikap mengambil mudah dan rasa terlalu selamat dengan hanya bersandarkan kepada keputusan PRK Kuala Kangsar diambil kira untuk PRU-14 nanti.

Pada PRK Kuala Kangsar, calon BN, Mastura Mohd Yazid berjaya menewaskan calon-calon lain dengan majoriti yang agak besar iaitu 6,969 undi.

Ancaman terhadap kelangsungan kemenangan UMNO-BN bukan sahaja datangnya daripada corak kempen yang berbeza masakini terutama dengan penggunaan media sosial/alternatif tetapi juga membabitkan bekas orang kuat UMNO seperti Mahathir, Muhyiddin, Mukriz dan Shafie Apdal yang telah meninggalkan UMNO-BN atau dipecat, yang mahu melihat UMNO-BN kalah pada PRU akan datang.

Namun sejauh manakah orang UMNO-BN sedar tentang ancaman tersebut memandangkan ada sebilangan mereka yang masih lagi berbangga-bangga dengan kemenangan besar UMNO-BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar?

Pada ketika ANC sedang giat mencari pengaruh dan kekuatan terutama di akar umbi, kebanyakan pemimpin UMNO masih lagi beraya sakan walaupun Aidil Fitri telah sebulan berlalu. Terlalu banyak isu yang hampir tidak ditangani oleh UMNO-BN walaupun sebahagiannya pula begitu sibuk menyerang sesama sendiri atau menonjolkan nama untuk pemilihan akan datang dengan isu-isu sensasi yang tidak ke mana-mana pun.

Isu-isu melibatkan Lim Guan Eng, Mahathir dan kroni-kroninya, Shafie Apdal dengan pembohongannya di Tenom dan Semporna selain Muhyiddin yang mempunyai masalahnya sendiri dan Mukhriz yang kekal menjadi pengantin, langsung tidak berani disentuh. Kalau sentuh pun, sekadar cuit-cuit untuk memastikan nama mereka tidak tenggelam.

Keupayaan lawan perlu dihormati dan diterima apatah lagi pada masa kini, fitnah dan tohmahan serta cerita-cerita sensasi yang tidak masuk akal, diterima sebagai satu kebenaran total yang tidak boleh disanggah-sanggah.

Belum ada gerak kerja seperti yang ditunjukkan semasa PRK atau PRU. Belum nampak kesungguhan untuk mempertahankan atau menambah kemenangan. Malah belum nampak kesungguhan untuk memastikan UMNO-BN akan terus mengekalkan kuasa di Putrajaya pada PRU akan datang.

Seperti yang dikatakan oleh Zahid, seharusnya perangai rasa selamat disingkirkan, tetapi itulah yang dilakukan dan diamalkan oleh para petugas parti dan pemegang jawatan dalam parti.

Perlis, Kedah, Perak, Pahang dan Terengganu adalah empat buah negeri yang dikesan sedang berhadapan dengan masalah pengekalan kuasa. Namun setakat ini, kebanyakan pemimpin dan petugas UMNO-BN masih lagi beraya sakan.

Apakah kata dua yang diberikan oleh Pemangku Timbalan Presiden itu akan dijadikan perkara serius atau ia sekadar satu lagi peringatan yang hanya berlalu dibawa angin sahaja seperti sebelum-sebelum ini kerana terlalu memandang rendah keupayaan pihak lawan?

Sampai bila 'LAMBAT PANAS' dan 'LAMBAT BERMULA' sebelum mula pulun pada saat-saat akhir akan terus diamalkan oleh UMNO-BN? Bagaimana dengan calon-calon yang bakal dicagarkan di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen? Adakah mereka telah dipilih dan mereka mula membuat kerja untuk meyakinkan para pengundi bahawa mereka adalah calon terbaik atau semuanya menunggu kerana 'BELUM ADA PERUNTUKAN'?

Tak tahulah kalau kebanyakan orang dan pemimpin UMNO masih lagi hidup pada zaman nak menelefon seseorang perlu beratur di pondok telefon awam yang satu-satunya ada di dalam kampung!!!


Monday, June 13, 2016

ZAHID PUJUK MAHATHIR MASUK BALIK UMNO ATAU SEBENARNYA BAGI ISYARAT, MAHATHIR SUDAH NYANYUK?



Kenyataan Zahid bahawa UMNO bersedia untuk menerima kemasukan Tun Dr. Mahathir semula ke pangkuannya, sebenarnya cukup menggambarkan besar hati para pemimpin UMNO masakini terhadap orang tua itu, meskipun pada masa yang sama, Tun Dr. Mahathir mahu menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional dengan sokongan tidak berbelah bahaginya kepada PAN dan Mat Sabu.

Bagi yang mengingati semula sejarah Zahid sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'dimalukan' dengan penyenaraian nama-nama syarikat yang dimilikinya ketika Mahathir bergelut untuk mengekalkan kuasa selain memancung sesiapa sahaja yang menentangnya, pasti beranggapan Zahid sepatutnya menyimpan dendam terhadap Mahathir.

22 tahun Mahathir memerintah negara ini. Seluruh UMNO dikerah memberikan taat setia kepadanya Perlembagaan UMNO dan undang-undang pemilihan parti dipinda dan digubal bagi memberikan kelebihan kepada Mahathir agar kedudukannya tidak terancam. Sesiapa sahaja yang mahu mencabar kedudukannya sebagai Presiden parti perlu terlebih dahulu melepasi undi bonus yang sudah sedia ada untuk Mahathir sebelum mendapatkan undi-undi soheh daripada perwakilan.

Mujurlah, Najib mengubah UMNO menjadi lebih demokratik walaupun masih berbaur kapitalis tetapi yang pasti, jauh lebih demokratik berbanding pada zaman Mahathir sebagai Presiden dan Perdana Menteri Malaysia.

Sebenarnya, sama ada Mahathir berada di dalam UMNO atau berada di luar UMNO, tiada bezanya. Mahathir mungkin mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Jasa-jasanya kepada pembangunan negara, tidak boleh dinafikan dan ditolak walaupun sebahagian besar daripada jasa-jasa pembangunan tersebut dibayar oleh rakyat Malaysia menerusi sistem konsesi yang amat kejam.

Zahid mungkin berbahasa kepada orang tua seperti Mahathir. Namun isyaratnya amat jelas bahawa UMNO dan Barisan Nasional, bahkan parti-parti lawan perlu bergerak ke hadapan dengan meninggalkan Mahathir yang masih lagi terigau-igau dengan kekuasaannya sebagai orang yang paling berkuasa di negara ini selama 22 tahun.

Pengalaman Mahathir mungkin berharga tetapi mendepani permasalahan pada masa kini, pengalaman Mahathir itu tidak ubah seperti kitab buruk yang disimpan hanya sebagai kenangan dan nostalgia bukannya untuk dikaji ulang atau disemak.

Yang pasti, Mahathir tidak berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh Najib sekarang ini. Zaman Mahathir adalah zaman kertas dan pen, televisyen dan radio serta media cetak yang memerlukan masa untuk diterbitkan dan disiarkan. Zaman Najib adalah zaman hujung jari yang mana belum sempat Najib habis bercakap, beritanya sudah terpampang dan viral di dalam dunia maya.

UMNO dan kepimpinan perlu menghapuskan cita-cita atau lebih tepat lagi angan-angan untuk melihat Mahathir merujuk semula kepada UMNO walaupun pada masa yang sama, mereka juga amat sedar, untuk tujuan itu, rakyat akan disembelih lagi semata-mata untuk memastikan kroni-kroni Mahathir akan mendapat projek-projek besar kerajaan atau konsesi-konsesi yang projek mereka dibiayai oleh wang rakyat seperti ERL, diberikan pampasan bernilai berbilion ringgit setiap tahun.

Biarkan Mahathir di luar UMNO. Mahathir berkongsi penyakit dengan budak didikannya iaitu Anwar Ibrahim. Mereka tidak boleh tidak ada kuasa atau pengaruh di kalangan masyarakat kerana ketiadaan kuasa dan pengaruh atau lebih tepat lagi kehilangan populariti boleh menyebabkan mereka jatuh sakit kalau tidak pun sakit jiwa.

Justeru, kenyataan Zahid itu sebenarnya mengandungi makna-makna tertentu yang lebih mengarah kepada pemantapan UMNO untuk mendepani cabaran semasa, bukannya menangani masalah yang ditimbulkan oleh bekas Presidennya yang sakit hati kerana arahan dan suruhannya tidak dipatuhi oleh Presiden masakini.


Monday, May 23, 2016

ZAHID HAMID IKRAR AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENSABOTAJ DALAM JABATAN IMIGRESEN!!!



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri berang apabila berita tentang kelemahan dalam Jabatan Imigresen yang menyebabkan Kerajaan mengalami kerugian kerana sistem MyIMMS dibekalkan tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga warganegara Malaysia.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 yang telah dikeluarkan mendedahkan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama jabatan itu kurang memuaskan terutama membabitkan pengurusan pekerja asing.

Menurut laporan itu, sistem yang digunakan tidak memenuhi peraturan ditetapkan kerajaan berikutan objektif ia ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam, agensi luar dan pihak berkepentingan.

“MyIMMS merangkumi tiga komponen utama iaitu aplikasi, rangkaian dan pusat data. Ketiga-tiga komponen ini membolehkan pengguna melaksanakan proses kemasukan, pemprosesan, pengesahan, penghantaran dan penyimpanan maklumat dari pejabat imigresen ke pangkalan data dan sebaliknya.

“Ketiga-tiga komponen utama myIMMS ini dipasang di semua pejabat imigresen seluruh negara, semua pejabat Atase’ Imigresen di luar negara dan juga boleh diakses agensi luar,” kata laporan itu.

Jabatan Audit Negara memaklumkan Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan pelantikan HeiTech Padu Berhad secara rundingan terus bagi kontrak myIMMS bernilai RM29.9 juta yang ditandatangan pada 1 November 2010 bagi tempoh setahun. (RUJUK SINI)

Berang dengan penyelewengan tersebut, Timbalan Perdana Menteri mengisytiharkan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang telah menipu Kerajaan.

Masalah-masalah membabitkan penyelewengan dan salahguna kuasa terutama membabitkan pembelian aset atau kemudahan, bukan kali pertama didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Bahkan setiap tahun, Laporan Ketua Audit Negara akan mendedahkan tentang permasalahan ini. 

Bagaimanapun, hampir tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh Kerajaan ke atas kakitangan mereka yang melakukan perbuatan tersebut. Harap-haraplah Zahid Hamidi memulakan sesuatu yang sangat jarang dilakukan iaitu, PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KE ATAS KAKITANGAN IMIGRESEN SENDIRI yang menyebabkan Jabatan Imigresen dilihat sebagai salah sebuah agensi kerajaan paling lemah!!!


Tuesday, May 17, 2016

LIM KIT SIANG SALAHKAN ZAHID HAMIDI KERANA KEWUJUDAN DAN PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG DI NEGARA INI!!!



Kalau ikut-ikutkan Lim Kit Siang dan puak-puak penentang kerajaan, setiap undang-undang di negara ini dianggap sebagai satu kesalahan, pembunuhan demokrasi dan pengekang kebebasan rakyat. Kalau boleh, mereka mahu negara ini tidak berundnag-undang dan kalaupun undang-undang itu wujud dan mahu dilaksanakan, ia hanya boleh dikuatkuasakaan ke atas pemimpin, ahli dan penyokong Barisan Nasional dan Kerajaan Persekutuan semata-mata.

Disebabkan itulah, Lim Kit Siang mendesak Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi untuk meminta ampun secara peribadi dan bertanggungjawab kerana menghalang Ketua BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada meninggalkan negara ini. 

Kata Kit Siang, tindakan Ahmad Zahid Hamidi itu telah melanggar hak-hak Maria Chin dan Tony Pua. Bukan itu sahaja, menurut Kit siang lagi, Ahmad Zahid telah melakukan tiga kesalahan kerana tidak membenarkan Maria Chin dan Tony Pua meninggalkan negara ini iaitu TIDAK DEMOKRATIK, MELANGGAR KEBEBASAN BERGERAK dan MEMBUATKAN MALAYSIA DIKECAM DUNIA KERANA MENGEKANG HAK ASASI. 

Senangnya Kit Siang bercakap. Kalau orangnya, apa-apa kesalahan yang dilakukan, undang-undang Malaysia tidak boleh dikenakan. Tapi dia dan golongan dia jugalah yang begitu sibuk nak mengenakan orang lain. 

Adakah Maria Chin dan Tony Pua bebas daripada undang-undang? Adakah semua orang DAP terkecuali daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga membuatkan mereka teruja menjadikan fitnah sebagai salah satu budaya hidup mereka seperti yang ditunjukkan sekarang terutama sekali oleh Nga Kor Ming?

Menariknya, Lim Kit Siang merupakan orang yang paling bertanggungjawab mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang sehingga kini tidak pernah dibicarakan dan dikenakan sebarang tindakan undang-undang termasuklah perlucutan kewarganegaraan kerana menentang Perlembagaan Malaysia, terutama sekali yang berkaitan dengan Artikel-Artikel membabitkan Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu, Agama Islam dan Bahasa Melayu.

Lim Kit Siang terus cuba mengungkit sambil mengukuhkan penipuan yang telah pun disanggah dan dibuktikan tidak benar!!!

Katanya, orang yang paling tidak boleh dibenarkan keluar negara adalah Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak kerana terlibat dalam skandal kewangan global iaitu RM55 bilion 1MDB dan derma RM2.4 bilion. Skandal-skandal tersebut katanya sedang disiasat oleh lapan negara di dunia ini dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat. 

Apakah sebenarnya Lim Kit Siang sedang cuba MEMPERTAHANKAN dan MELINDUNGI anak lelakinya, Lim Guan Eng yang sekarang ini terhimpit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan membabitkan tanah di Pulau Pinang? Apatah lagi Lim Guan Eng pula dilihat sangat kerap ke Hong Kong?


Friday, May 6, 2016

TUTUP BUKU LAMA, BUKA BUKU BARU... JANGAN BUAT POSTER LAWAN!!!



"Tutup buku lama dan buka buku baharu," itu pesanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merujuk kepada sebarang konflik dalaman parti-parti komponen BN di Sarawak pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11(PRN-11) 

Timbalan perdana menteri mengakui setiap pemimpin mempunyai penyokong mereka sendiri, justeru sokongan kepada calon yang selain daripada pemimpin mereka, sudah tentu akan berbelah bahagi.

Namun, beliau mengagumi penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Marudi Sylvester Entri Muran, yang turun bersama beliau untuk beri sokongan penuh kepada calon langsung BN bagi kerusi itu pada pilihan raya kali ini, Datuk Dr Penguang Manggil.

"Beliau juga meminta semua penyokong untuk sokong calon sebagai calon BN. Kalau beliau sudah sokong, pengikut jangan cakap apa-apa pula.

"Jangan buat poster tak elok, sebab kita berada di bawah satu payung," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rela, di sini hari ini.

Pada majlis itu, kedua-dua calon turut bersalaman dan berpelukan di atas pentas dan menerima tepukan serta sorakan gemuruh lebih 3,000 hadirin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata atas semangat BN, semua jentera perlu bekerja keras untuk setiap calon yang telah dipilih.

"Esok hari paling penting untuk kita. Kita mahu tebus maruah. Kita mahu tolong Tok Nan (Ketua Menteri Sarawak). Pastikan Tok Nan jadi Ketua Menteri Sarawak semula.

"Kita mahu kerajaan Tok Nan kuat. Oleh itu yang lama dan yang baharu perlu bersatu hati dan pastikan anak-anak buah masing-masing beri sokongan pada Tok Nan melalui calon yang dipilih," tambahnya.

PRN-11 bagi Dun Marudi akan menyaksikan Penguang berdepan calon PKR Elia Bit dan calon Bebas Luois Jalong.

Pada PRN 2011, Sylvester menang selesa dengan kelebihan 3,202 undi dalam pertembungan empat penjuru menentang calon PKR, SNAP dan Bebas. - Bernama


Sunday, April 10, 2016

MALAYSIA PANTAU PELARIAN DARI CHINA - ZAHID HAMIDI



Malaysia bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak bagi memantau pergerakan pelarian etnik Uighur dari China yang dikatakan menjadikan negara ini sebagai transit untuk ke negara ketiga. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerjasama itu membabitkan polis antarabangsa (INTERPOL), polis kalangan negara ASEAN (Aseanapol) dan pihak keselamatan negara China iaitu Homeland Security Of China. 

Katanya, Malaysia akan mendapatkan maklumat lebih terperinci daripada INTERPOL bagi menyiasat dakwaan ada antara kumpulan pelarian itu anggota kumpulan militan. 

"Mereka dikatakan menggunakan Malaysia dan Thailand sebagai negara kedua untuk ke negara ketiga. Justeru, adalah tidak adil untuk menuduh mereka sebagai anggota pengganas," katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan program Kembara Kebajikan di Hutan Melintang di sini, sebentar tadi. 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, setakat ini, terdapat dua orang yang dikatakan suspek anggota kumpulan militan dan pihak keselamatan akan melakukan pemantauan secara berterusan. 

Beliau berkata, kumpulan pelarian itu pula mempunyai pasport dan Malaysia sedang bekerjasama dengan China mengenai kemungkinan menghantar mereka pulang ke negara berkenaan. 

Mengenai dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan bersekongkol dengan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan, Ahmad Zahid berkata, pemimpin hari ini sebelum ini adalah pengikut setia bekas Perdana Menteri itu yang diajar supaya patuh kepada kepemimpinan yang baik. 

"(Oleh itu) jangan dia ubah pendirian untuk mengajar kami sebaliknya. Dulu, dia marah kami guna saluran antarabangsa kononnya ada yang jadi 'tali barut' asing. Janganlah lakukan sesuatu yang mengakibatkan orang tidak menghormati kita," katanya. - SUMBER

Thursday, March 24, 2016

ANAK ZAHID CERITAKAN PENGALAMANNYA BEREFORMASI... KENA PANCUT AIR FRU DAN SELUAR KOYAK!!!



"Saya rasa demonstrasi jalanan bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sama ada masalah rakyat mahupun negara, sebaiknya ia perlu diselesaikan menerusi meja rundingan."

Demikian luah anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid ketika mengimbau kembali mengenai kenyataan kontroversinya berkaitan isu himpunan Bersih 4.0 lalu.

Nurul berkata, kritikannya terhadap perhimpunan itu adalah kerana beliau juga pernah terlibat dengan demonstrasi sebelum ini, sebab itulah beliau tidak mahu orang lain turut mengikut jejak langkahnya itu.

"Saya pernah terlibat dalam demonstrasi ketika zaman reformasi dahulu, ketika itu saya baru berumur 20 tahun, saya masih ingat ketika itu saya dengan beberapa pemimpin kena tembak dengan air FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) sebab kami dibarisan paling hadapan.

"Habis gatal satu badan...dengan laungan 'undur Mahathir' saya turut dikejar oleh SB (cawangan khas) sehinggakan seluar saya terkoyak kerana tersangkut dengan pokok ketika lari ke Kompleks Daya Bumi ketika itu.

"Bila direnungkan saya rasa seperti saya dipergunakan, sebab itulah saya katakan bahawa demonstrasi ini tidak relevan, sebab saya pernah alami ketidak warasan itu, jadi saya tidak mahu orang ramai jadi tidak waras, sepatutnya saya boleh jadi pelajar terbaik tetapi sebab terlalu sibuk hendak berpolitik 'ntah apa-apa ntah' ini saya telah buang banyak masa," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.

Terdahulu nama Nurul pernah dikecam gara-gara tindakannya yang menyelar Perhimpunan Bersih 4.0 sebagai 'kerja bodoh'.

Berbicara lanjut, Nurulhuidayah berkata, tindakannya itu tidak diketahui oleh abahnya (Ahmad Zahid).

"Kiranya abah saya pun tidak tahu, saya buat perkara begini," katanya.

Sementera itu, Nurulhidayah berkata, menerusi peristiwa itu beliau banyak mempelajari mengenai erti hidup.

"Sekarang ini saya makin cerdik (berseloroh) apa-apa yang berlaku itu saya belajar daripada pengalaman lalu," katanya.

Dalam pada itu, ketika berbicara mengenai karier politik Ahmad Zahid, Nurulhidayah berkata, mereka melalui bermacam-macam liku sebelum ayahnya berada ditempatnya kini (sebagai TPM).

"Abah pernah ditahan ISA selama 10 hari, abah ditangkap di Sabah, bayangkan waktu itu saya baru berusia 18 tahun.

"Mak ada cakap kalau abah ditahan dua minggu maknanya Abah akan berada dalam penjara selama dua tahun, tetapi Alhamdullilah abah dibebaskan.

"Itu pun mak tulis surat kepada perdana menteri ketika itu, abah dibebaskan di Kuala Lumpur, abah ditinggalkan dilebuh raya dengan mata tertutup," katanya.

Sebab itulah ujarnya, beliau sangat terkesan sekiranya ada pihak cuba menyinggung perasaan ayahnya itu.

"Mana mungkin saya hendak rosakkan nama beliau, sebab saya tahu perjalanannya begitu sukar," katanya. - SINAR HARIAN

NOTA THE SAVIOUR: 

Menambah nilaikah kenyataan Nurul Hidayah untuk bapanya, atau untuk UMNO sendiri?

Dengan keadaan sekarang, kenyataan Nurulhidayah ini akan membuatkan persepsi ke atas bapanya semakin buruk. Seharusnya dia katup mulut dan tak payahlah mesra wartawan, mikrofon dan kamera media sangat... 

Nak tolong abahnya, tolong dari belakang tanpa perlu menonjolkan diri!

Rasa-rasanya Zahid Hamidi sendiri pun tidak senang dengan gelagat anaknya yang kelihatan seperti keterlaluan berminat dalam politik dan cuba menggunakan kelebihan nama Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri... cuma sebagai bapa, takkan dia hendak tegur macam tegur anak kecik. Apatah lagi Nurulhidayah pun bukannya budak kecik lagi... dah tua pun... ibarat ranting pokok, kalau dipaut, akan patah dan tidak lagi lentur!!!


Tuesday, February 9, 2016

SEDAP FITNAH KERETA BARU TPM, TAPI CEPAT PULA TERKANTOINYA!!!!



Ada semacam maklumat 'bekas aliran dalaman' yang sedang mengalir untuk menaikkan kemarahan dan seterusnya menaikkan kebencian khususnya terhadap Ahmad Zahid Hamidi. Terdapat juga beberapa isu termasuklah pembuangan eye-bag yang ditukarkan menjadi kononnya kemasukan kologen dan vitamin C serta botox, menjadi isu serta buah mulut yang cukup menyeronokkan.

Isu-isu berkenaan bagaimanapun lenyap begitu sahaja kerana ia tidak lebih daripda sekadar satu gosip murahan sambil mencari dan mengunyah kuku seperti aci-aci estet zaman dahulu.

Hari ini nampaknya satu lagi isu murahan ditimbulkan. Cuma kali ini nampak cerdik sedikit la kut pasai ia turut melibatkan Istana Johor yang tidak diketahui oleh si tukang penyebarnya atau sememangnya sengaja dibuat begitu bagi tujuan menipu.

Sekeping gambar kononnya menunjukkan sekeping gambar kerja sebuah kereta mewah dengan nombor pendaftarannya tertulis, 'TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA', cuba digambarkan dan dipersepsikan kononnya Zahid Hamidi sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mempersiap-siapkan diri dengan pelbagai kereta-kereta mewah yang tidak pernah dimilikinya selama ini.


Agak malang kerana berita tersebut disanggah dengan pantas apabila ada pihak memberikan penjelasan panjang lebar berhubung kedudukan kereta tersebut.

Nak menjatuhkan Barisan Nasional bukan begini caranya... seperti yang mereka sendiri katakan, nak kalahkan dan hapuskan terus Pakatan bukannya susah, cukup dengan mengerat nama Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Nik Aziz, musnahlah Pakatan Rakyat. Setakat video rasuah dengan Anwar Ibrahim tungging terbalik di atas perut betina jantan, tidak akan mengurangkan kekuatan tersebut kerana perbuatan seperti itu sudah diterima secara menyeluruh oleh para penyokong mereka.

Jadi, kalau betul-betul nak jatuhkan Zahid Hamidi atau mana-mana pemimpin UMNO bahkan UMNO dan Barisan Nasional sekalipun, eloklah mereka sendiri kotakan apa yang mereka katakan apabila gambar bogel Anwar Ibrahim ditampal dan videonya dijaja.

Kenapa double standard bab nih?


Friday, January 29, 2016

HILANG SUDAH RM2.6 BILION SONGLAP DUIT 1MDB, TIMBUL CERITA ZAHID JUMPA 'ARWAH' RAJA ABDULLAH!!!



Kita sedang melihat satu putaran cerita yang amat menarik. Kisah 1MDB hilang begitu sahaja. 'Kebimbangan' kononnya 1MDB telah disalahgunakan dan menyalahgunakan wang rakyat bagi mengembangkan tembolok dan nafsu Najib-Rosmah, semakin dilupakan. Sebaliknya, tumpuan kini ialah cerita bagaimana Zahid boleh bertemu dengan Raja Abdullah untuk mengesahkan wang RM2.6 bilion itu adalah derma peribadi daripada bekas Raja Saudi itu.

Tiada lagi Akta Patriot, RICO atau AMLA. Yang dimomokkan sekarang adalah butiran tentang pengesahan wang berkenaan berstatus derma daripada orang yang sudah pun meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Mereka yang sebelum ini beria-ia mahu membuktikan bahawa ianya adalah wang 1MDB dengan menggunakan khidmat Clare dan WSJ, kini telah cuba untuk melupakan hujah-hujah mereka sendiri. Dan apabila Peguam Negara menyatakan, mengesahkan dan memberikan bukti bahawa wang tersebut adalah derma peribadi dari keluarga diraja Arab Saudi, menerusi siasatan yang telah dijalankan oleh SPRM, masing-masing bertungkus lumus mencari ruang yang membolehkan mereka terus melakukan serangan.

Dan Zahid Hamidi dilihat sebagai saluran terbaik untuk mereka melepaskan geram kerana Peguam Negara 'membebaskan' Najib daripada hukuman yang mereka ingin benar lihat.


Zahid dikatakan telah bertemu dengan hantu Raja Abdullah. Dengan kata lain, mereka dengan penuh gembira menyatakan bahawa Zahid terkantoi menipu dengan memberi alasan yang paling tidak munasabah sehingga menjadikan pertemuan yang tidak mungkin boleh berlaku, sebagai alasan untuk membela Najib Abdul Razak.

Malangnya, mereka sendiri memaparkan keghairahan yang memakan diri. Apakan tidak, mereka tidak berhati-hati dan tidak faham perkataan 'REPRESENTATIVES' atau 'REPS' yang terdapat di dalam printscreen mereka sendiri!

Nampak gayanya, perkataan 'DEDAK', 'pendapatan haram', 'jilat punggung Jib', dan seangkatan dengannya akan semakin meriah apabila sanggahan seperti ini didedahkan. Golongan yang bijak pandai yang menampilkan pelbagai bukti yang tersepuk ke muka sendiri pula, nampak gayanya terpaksa mencari-cari perkataan lain untuk melepaskan geram.

Barangkali mereka tidak cukup kenyang dengan memakan 'rezeki halal' daripada perbuatan menfitnah kut....


Wednesday, January 27, 2016

JANGAN KERANA RM2.6 BILION, PROSES UNDANG-UNDANG NEGAR A DIPERSOALKAN, KATA ZAHID HAMIDI!!!



Siasatan yang membawa kepada penemuan Peguam Negara berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion dilakukan secara teliti dan menyeluruh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setiap bukti dan perkara berkaitan, disiasat dengan mendalam.

“Tiada siapapun harus mempersoalkan proses undang-undang kita atau kecekapan dan kebebasan institusi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Seperti telah dijelaskan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media semalam , kata Ahmad Zahid tiada syarat dikenakan dengan derma yang telah dibuat kepada Najib secara peribadi, iaitu ia dibuat daripada kepercayaan kepada beliau dan kepimpinannya berhubung isu-isu utama.

“Saya mengetahui perkara ini selepas bertemu sendiri dengan penderma yang dimaksudkan. Perdana menteri memilih sendiri untuk menggunakan sumbangan (itu) untuk kepentingan parti dan keperluan masyarakat di seluruh Malaysia,” katanya.

Sambil berkata isu itu terlalu banyak menghabiskan masa, Ahmad Zahid berharap ia tidak diungkit lagi.

“Kita mesti bersatu dan bergerak ke hadapan di bawah kepimpinan perdana menteri untuk Malaysia.

“Beliau adalah orang yang amat bersesuaian untuk membawa kita mengharungi kemelut ekonomi global semasa dan ancaman keselamatan yang dihadapi kini,” katanya.

Ahmad Zahid seterusnya berkata ahli politik sentiasa bersedia untuk diserang oleh musuh-musuh yang ingin merosakkan reputasi dengan tuduhan palsu untuk menidakkan mereka.

“Bagaimanapun, adalah salah untuk merosakkan reputasi kerajaan dan negara untuk kepentingan politik peribadi. Kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan peribadi,” tegasnya. - POST METRO


Thursday, December 31, 2015

ZAHID HAMIDI PERLU ELAK PERANGKAP WSJ DAN SARAWAK REPORT YANG KIAN KALUT DENGAN ISU 1MDB MEREKA!!!



Golongan yang melihat 1MDB sebagai musuh mereka, bahkan berusaha untuk membuktikan bahawa 1MDB adalah punca kepada segala permasalahan di Malaysia, masih lagi terpaksa menggantungkan harapan mereka kepada dua buah media yang berpangkalan di luar negara untuk memburuk-burukkan 1MDB selain cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 1MDB tidak akan mampu membayar hutang-hutangnya.

Dan sudah ada yang berkempen kononnya, hutang-hutang 1MDB itu akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung risiko membayar hutang negara menerusi kenaikan cukai dan pelbagai lagi.

Berita terbaru ialah jualan kepentingan 60% Bandar Malaysia kepada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, (RUJUK SINI) disambut sinis kononnya 1MDB tidak lagi berkeupayaan sehingga terpaksa menjual segala-galanya.

Anehnya, kumpulan yang sama menyatakan 1MDB tidak mampu membayar hutang, meskipun telah dibuktikan bahawa liabiliti 1MDB jauh lebih rendah berbanding pemilikan aset agensi yang merupakan milik penuh Kementerian Kewangan itu.

Dek kerana itulah, para penentang 1MDB masih lagi terpaksa menggunakan modal basi membabitkan Jho Low, dan segala isu-isu yang dibangkitkan oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report. Kedua-dua media tersebut pula kelihatan semakin kelam-kabut apabila berita membabitkan penyerahan bukti percakapan oleh Xavier Justo kepada PDRM mula diperkatakan.

Kenyataan Zahid Hamidi bahawa rakyat Malaysia tidak seharusnya mempercayai bulat-bulat berita yang disiarkan oleh Wall Street Journal kononnya USD850 juta telah dipindahkan dari 1MDB, segera menarik perhatian golongan terbabit.

Berkempen kononnya, kata-kata Zahid tidak boleh dipercayai berbanding laporan yang disiarkan oleh WSJ sudah cukup untuk membuktikan kepada kita, betapa teruknya korupsi yang telah melanda jiwa dan pemikiran golongan terbabit.


Sedangkan pada masa yang sama, PAC yang sedang menyiasat kes tersebut, mempunyai pendapat yang sama sekali berbeza. Tidak itu sahaja, Timbalan Pengerusi PAC yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw telah meminta agar WSJ menyerahkan bukti-bukti yang mereka ada kepada PAC untuk disiasat berbanding menjadikannya sebagai isu sensasi untuk melakukan pemberitaan mereka. (RUJUK SINI)

Sebenarnya, apa yang dituduh oleh WSJ dan Sarawak Report langsung tidak mempunyai sebarang bukti. Para pengikut mereka seperti yang kita dapat baca DI SINI, tidak lebih daripada sekadar berusaha meyakinkan diri sendiri bahawa segala siasatan yang dilakukan oleh PAC yang mengandungi para pemimpin pelbagai parti politik termasuklah Tony Pua, tidak lebih daripada wayang semata-mata.

Dengan kata-kata lain, mereka sudah pun membuat kesimpulan bahawa hanya dengan melakukan tekanan kepada Zahid Hamidi, maka Timbalan Perdana Menteri itu akan melatah, melompat dan seterusnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mereka putar belitkan.

Salahkah Zahid Hamidi dalam isu ini sedangkan kes 1MDB masih dalam siasatan PAC? Apa perlunya, WSJ, Sarawak Report atau sesiapa sahaja yang mempunyai prasangka buruk terhadap 1MDB cuba menjadi batu api sedangkan yang turut menyiasat 1MDB untuk membuktikan wujudnya salah laku adalah pemimpin-pemimpin parti kesayangan mereka sendiri iaitu DAP dan PKR?


 
Blogger Templates