Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label Ahmad Bashah. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Bashah. Show all posts

Sunday, March 25, 2018

LEBIH BAIK 'MB LENA' YANG PRO-AKTIF BANTU RAKYAT DARIPADA 'MB BAKA CERDIK' YANG SIBUK MAIN DOLPHIN DI NEGARA ARAB!!!



Kedah adalah negeri yang tertua di Malaysia. Tamadun di Kedah merupakan antara tamadun tertua di dunia rantau timur. Zaman purbanya, Kedah terkenal sebagai pusat pengeluaran hasil-hasil besi sepertimana yang wujud di Sungai Batu, kawasan bersejarah yang cuba 'dilombong' oleh puak-puak Mukhriz untuk mengaut keuntungan besar terutama sekali menerusi pembinaan muzium yang entah apa-apa!

Dan Kedah mempunyai seribu satu sejarah yang tidak pernah diterokai, dimanipulasi mahupun dikembangkan.

Antara sejarah moden paling menarik Kedah adalah perlantikan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah selepas UMNO-BN berjaya menawan kembali Kedah dari tangan PAS pada tahun 2013. Selama tiga tahun Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah, prestasi Kedah jatuh merudum, jauh lebih teruk berbanding ketika ditadbir oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar dari PAS.

Harapan tinggi yang diberikan kepada Mukhriz, bukan sahaja tidak mampu digalas, malah diperlekeh-lekehkan oleh Mukhriz sendiri menerusi sikapnya yang sambil lewa. Akhirnya Mukhriz terpaksa disingkirkan dari jawatan Menteri Besar Kedah dan tempatnya digantikan oleh Ahmad Bashah Hanipah, pemimpin UMNO tempatan yang berpengalaman luas pada peringkat akar umbi walaupun mungkin tidak memiliki segudang ijazah atau pun bapanya seorang Perdana Menteri atau Menteri Kewangan atau memperolehi kontrak runding terus bernilai ratusan juta ringgit dalam bentuk monopoli untuk syarikatnya seperti yang dinikmati oleh Mukhriz Mahathir.

Tanpa bertangguh dan beretorik dengan jubah meleret, Ahmad Bashah dalam tempoh 2 tahun pulun sakan bagi menyiapkan loji air Sungai Santap. 5 bulan lepas, kesungguhannya akhirnya membolehkan peruntukan sebanyak RM1 bilion diluluskan bagi menaiktarafkan infra air bagi bekalan sehingga 2040. 

Mukhriz yang digambarkan sebagai 'BAKA CERDIK' dikelentong hidup-hidup oleh CEO SADA yang lain sehinggakan reserve margin 0%. NRW 54%. Infra tidak diselenggara. Paip seinci pun tidak pernah ditukar dan persediaan masa hadapan juga tidak dibuat atau dirancang. Ahmad Bashah yang dikatakan 'MB LENA' pula amat celik dan bertindak pro-aktif mengatasi dan menangani masalah ini.

Selain air, hampir 210,000 ketua isi rumah memperolehi manfaat Skim BARAKAH dalam tempoh tak sampai 18 bulan era Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah.

30,000 anak sekolah darjah 1 mendapat simpanan pendidikan DANA WARISAN PENDIDIKAN ANAK KEDAH meskipun Ahmad Bashah sendiri tidak sekolah tinggi dan berasal dari keluarga susah.

1800 pelajar SPM, STAM dan STPM yang selama tidak diberi harapan serta datang dari keluarga berpendapatan rendah, mendapat tiusyen percuma cuma dalam tempoh tak sampai 17 bulan selepas Ahmad Bashah menjadi Menteri Besar Kedah. Hasilnya, ramai daripada mereka memperolehi keputusan cemerlang dan sudah ada yang menjejakkan kaki ke IPTA pada sesi 2017.

'MB LENA' masih boleh ditemui pada tengah malam tetapi 'MB BAKA CERDIK' pula seperti yang diketahui, daripada rekod 10 orang Menteri Besar Kedah, hanya Mukhriz sahaja MB yang konon-kononnya muda tetapi jam 9:00 malam sudah tidak boleh diganggu selain kekerapannya berada di KL, bukannya di Kedah.

Pemimpin Kedah yang baik tidak perlu mengupah think thank dari Barat seperti yang dilakukan oleh Mukhriz sehingga sanggup menjual harga diri dengan menjadi manusia dua alam sekadar mencari sokongan. Tidak pernah BERYAHANANA dengan jubah meleret sana sini untuk mendapat sokongan daripada rakyat tempatan tetapi di luar kawasan, berHIP HOREY enjoy sakan dengan gaya mengalahkan orang putih yang tidak beragama. Tidak perlu bercakap tentang rakyat susah sedangkan pada masa yang sama, anaknya sendiri BANGGA MENGUMUMKAN kepada seluruh dunia berapa harga potong rambut dan canting bulu kening sambil mempamerkan beg tangan yang harganya ratusan ribu ringgit!


Thursday, March 15, 2018

MARAH BETUL MAHFUZ OMAR BILA AHMAD BASHAH BERTANYA, APA YANG DIA DAH BUAT DI POKOK SENA!!!!



Mahfuz Omar barangkali marah benar dengan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Hanipah apabila Menteri Besar Kedah itu mempersoalkan apa yang dilakukannya di Pokok Sena dan jikalau menang, apa yang mampu dilakukan untuk membangunkan kawasan Pokok Sena, begitu juga dengan Kuala Kedah yang kini diwakilii oleh pembangkang ketika berucap pada majlis Himpunan Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Negeri Kedah.

Dan sememangnya wajar pun Ahmad Bashah bertanya, bukan Ahmad Bashah sahaja, bahkan semua orang terutama sekali warga Pokok Sena, apa yang boleh dilakukan oleh Mahfuz Omar seandainya dia dipilih oleh pengundi sekali lagi selain jadi pelawak dan tukang hingaq. Selama beberapa penggal Mahfuz Omar menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena, apakah kebaikan yang dibawanya kepada penduduk?

Mahfuz pernah menceroboh DUN Kedah secara biadap konon-kononnya untuk menyerahkan memorandum membantah pembinaan rumah kakitangan kerajaan oleh Permodalan Kedah Berhad di Kampung Baru, Padang Tembak, Bukit Pinang. (RUJUK SINI)

Begitu juga dengan kes  membabitkan perumahan di Kuala Kedah. Mahfuz sekali lagi hanya boleh menjadi pelawak dan tukang bising tanpa memberikan sebarang sumbangan bermakna kepada masyarakat yang diwakilinya.

Justeru, untuk menjawab pertanyaan Ahmad Bashah, Mahfuz menyatakan Menteri Besar Kedah itu telah menyerlahkan kebodohannya dan beranggapan rakyat pada masa ini bengap sepertinya.

Kemarahan Mahfuz Omar tidak berhenti setakat perkataan 'bengap', malahan turut ditambah dengan perkataan dungu, buta pengetahuan, tidak mampu berfikir seerti hidup zaman kuno' dan berpemikiran politik sempit zaman 'Tok Nadok'.

Kata Mahfuz, Ahmad Bashah seperti masih belum belum terjaga dan berharap rakyat dapat ditakut-takutkan dengan politik pembangunan, sedangkan pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah.

Mahfuz lupa, dia juga merupakan sebahagian daripada kerajaan kerana dia berada di barisan pembangkang di Parlimen yang meluluskan dan melepaskan peruntukan. Berbanding orang awam, Mahfuz jauh lebih tahu keperluan penduduk terutama sekali di kawasan yang diwakilinya.

Bagaimanapun, sikap Mahfuz menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak pemerintah dan pentadbir semata-mata, merupakan sikap yang paling tidak bertanggungjawab sekaligus menunjukkan Mahfuz memang tidak sewajarnya dilantik lagi sebagai Ahli Parlimen.

Dengan kata lain, Mahfuz sama seperti kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang dan sebahagian besar dari blok kerajaan yang MAKAN GAJI BUTA tetapi berlagak dan sentiasa bercakap pandai!

Sunday, January 21, 2018

AHMAD BASHAH TERLALU KUAT! PAKATAN PERLUKAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MENANG KEDAH!!!



Inilah mulut-mulut yang begitu sedap mengutuk dan mengata apabila Perdana Menteri Malaysia melakukan lawatan rasmi yang membawa misi perdagangan ke Amerika Syarikat, mahupun membawa masuik pelaburan asing ke negara ini.

Najib jual Malaysia. Najib gadai tanah rakyat. Najib jual negara. Dan segala macam tohmahan serta  perlecehan yang lain. 

Namun akhirnya yang terbukti cuba mendapatkan bantuan pihak asing, terutama daripada kuasa besar bahkan sembunyi-sembunyi meminta bantuan adalah mereka sendiri. 

Pada 16 Januari lalu, bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Star, satu pertemuan 'sulit' tetapi terancang telah diadakan membabitkan Duta Amerika Syarikat yang sedang melakukan 'lawatan rasmi ke Kedah' dengan empat orang pemimpin Pakatan Harapan Kedah. 

Pertemuan yang berlangsung selama lebih kurang sejam tersebut dilihat sangat penting memandangkan PRU-14 semakin hampir dan dana pilihanraya amat diperlukan. Dan seperti yang diketahui Amerika Syarikat menerusi agensi-agensi tertentunya, akan menaja kumpulan-kumpulan atau individu-individu tertentu seperti mana yang berlaku kepada Anwar Ibrahim, Malaysiakini, Majlis Peguam, C4, BERSIH dan sebagainya.

Apa agaknya hendaknya digadaikan dan dicagarkan kepada Amerika Syarikat oleh para pemimpin Pakatan Harapan Kedah itu sebagai timbalbalas sokongan kuasa besar itu kepada Pakatan Harapan Kedah yang nampaknya kini diketuai oleh Amiruddin Hamzah, bekas ADUN dan Timbalan Pesuruhajaya PAS yang kini telah berpindah masuk ke PPBM?

Sama seperti yang dihujahkan oleh para penyokong Pakatan apabila membabitkan Najib Abdul Razak, terlalu mustahil Amerika Syarikat saja-saja berminat dan baik hati mahu 'membantu' terutama pihak yang sedang menentang Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh Ahmad Bashah Hanifah kalau tiada apa-apa yang menarik. Tentu ada ganjaran besar yang ditawarkan bagi membolehkan bantuan dan perhatian Amerika Syarikat bagi menawan salah sebuah negeri di Malaysia?

Kalau dikatakan Amiruddin berpengalaman sebagai Exco Perdagangan yang mahu membawa masuk pelaburan dari Amerika Syarikat, semasa dia masih Exco dahulu, tiada juga pelaburan dari Amerika Syarikat. Malahan semasa Amiruddin sebagai Exco, pelaburan asing yang masuk ke Kedah amat menyedihkan. 

Dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat pastinya tidak akan tertarik dengan padi, atau hotel-hotel mewah milik kroni Mahathir di Langkawi melainkan sesuatu yang lebih besar lainnya sehingga perlu membantu menggulingkan Ahmad Bashah Hanipah yang dilihat sebagai sekutu kuat Najib Abdul Razak.

Thursday, June 15, 2017

AHMAD BASHAH BUKAN SAJA BAGI BAYARAN KHAS KEPADA PENJAWAT AWAM NEGERI TETAPI JUGA KAKITANGAN PUSAT YANG BEKERJA DI KEDAH!!!



AHMAD BASHAH PASTIKAN TIADA TERTINGGAL...TIADA YANG TERPINGGIR.

1. 12,800 golongan frontliner yang berjasa pada masyarakat setempat seperti bidan kampung, bomoh patah, siak, jurumandi mayat dan penggali kubur disantui diberi imbuhan untuk sambutan Hari Raya.

2. 25 ribu ketua keluarga melibatkan hampir 100 ribu isu rumah pula menikmati kotak makanan lengkap Barakah.

3. Menerusi kolaborasi bersama Yayasan TH pula 9 ribu penerima zakat seluruh Kedah beroleh manfaat.

4. Dalam masa yang sama 6090 kakitangan negeri menerima imbuhan RM 1 ribu setiap seorang melibatkan biaya RM6.1 juta.

5. Hampir 100 ribu kotak kurma turut diagih serata negeri.

6. Ini belum dihitung sumbangan pada masjid dan surau bagi majlis berbuka dan moreh..

7. Tidak ketinggalan golongan jururawat. Pasukan keselalamatan dan badan beruniform yang bertugas di negeri Jelapang Padi.

8. Di kawasan DUNnya sendiri lebih 45 ribu isi rumah mendapat pelbagai agihan barangan, wang zakat dan bantuan bersistem demi meraikan Aidilfitri.

9. Mahasiswa anak Kedah di Lembah Klang turut didekati dan diambil peduli. Demikian juga pertubuhan belia dan ratusan NGO selain penjawat awam persekutuan dan negeri termasuk penghulu.

10. Jelas, Ramadan kali ini membawa limpahan rahmat dan rezeki pada pelbagai golongan.

11. Tekad Ahmad Bashah menjadikan 2017 selaku tahun meningkatkan sistem penyampaian ternyata membuahkan hasil.

12. Dengan prinsip kebajikan diutama..aspirasi masyarakat dijana, sentuhan kepimpinan beliau..sikap merakyat yang ditunjukkan membolehkan seluruh segmen masyarakat didekati.

13. Semuanya kerana falsafah rakyat Kedah adalah keluarga besar beliau. Maka upaya kerja kebajikan berpasak pada amalan Tiada Yang Tertinggal dan Tiada Yang Terpinggir.

14. Menerusi gerakerja dasar mudah dilaksana dan kesan cepat dirasa...masyarakat di Kedah terus diberi perhatian dengan keperluan mereka dijulang, hasrat ditatang.

# BashahPeduli
# RakyatCentric
#MuafakatKedah.

Copy Paste


 
Blogger Templates