Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label sindiket. Show all posts
Showing posts with label sindiket. Show all posts

Monday, September 18, 2017

CERITA PUSAT TAHFIZ DAN KUMPULAN UNDERGROUND YANG TIDAK ADA KESUDAHAN!!!



Tragedi kebakaran yang memusnahkan tingkat atas dan mengorbankan 22 orang pelajar serta dua orang tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz di sebuah perkampungan Melayu di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, sememangnya menyentap dan meragut hati hampir kebanyakan orang di Malaysia, bahkan turut menarik perhatian antarabangsa.

Lebih mengejutkan lagi ialah 7 orang suspek yang melakukan perbuatan jenayah tersebut adalah remaja yang berusia antara 11 sehingga 18 tahun dengan 6 orang daripada mereka positif dadah. Setakat ini, punca khianat yang berkesudahan dengan pembunuhan tersebut seperti yang disebutkan oleh pihak berkuasa ialah ejek-mengejek.

Dari elemen-elemen serta langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya ada pada sesebuah pusat tahfiz, kurikulum dan ko-kurikulum yang disediakan untuk para pelajar, sehinggalah kepada elemen perniagaan dan perdagangan selain beberapa contoh penyalahgunaan dan memperdagangkan anak-anak tahfiz untuk kepentingan si pemilik tahfiz, semuanya dibincangkan secara terbuka tanpa sebarang tindakan dari pihak berkuasa.


Pengumuman pakej bantuan dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM80 juta untuk sekolah-sekolah tahfiz yang berdaftar dengan Kementerian pula (RUJUK SINI), nampaknya kurang mendapat perhatian media walaupun sesetengah pusat tahfiz menyambut baik inisiatif daripada Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Najib Abdul Razak. Ini adalah kerana bantuan dan peruntukan sebegitu tidak pernah wujud pada zaman 'kegemilangan' Malaysia di bawah Dr. Mahathir. Bahkan peruntukan dan bantuan untuk sekolah-sekolah tahfiz telah dihentikan. (RUJUK SINI)

Tanggapan negatif orang ramai terhadap pusat-pusat tahfiz sememangnya ada asas. Banyak tahfiz yang sekadar mempunyai kurikulum pembelajaran agama dan selepas bertahun-tahun, para pelajar yang sudah menghabiskan pengajian mereka, terkontang-kanting kerana ketiadaan sijil UPSR, PMR, SPM, STPM, mahupun STAM. Kelompok yang ramai ini, akhirnya menjadi satu pembaziran tenaga kerja dan terdedah kepada elemen-elemen negatif termasuklah menjadi sasaran-sasaran utama pengkaderan dan perekrutan DAESH, IS dan kumpulan-kumpulan pengganas yang lain.


Isu sebuah pusat tahfiz di Kuala Kangkung, Kedah yang mempergunakan anak-anak tahfiz untuk menjual barangan sehingga lewat malam, bahkan di seluruh negara, dengan mudirnya pula hidup mewah, manakala pusat tahfiz tersebut sekadar wujud tapi tidak beroperasi seperti sepatutnya, telah lama didedahkan oleh pelbagai pihak. Namun sehingga ke hari ini, anak-anak tahfiz dari pusat tersebut masih dapat kita lihat berlegar-legar di kawasan-kawasan tumpuan utama orang ramai untuk menjual barangan dan mengutip derma demi membiayai kehidupan mewah mudir mereka biarpun pada masa yang sama, pusat berkenaan telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa negeri. (RUJUK SINI dan SINI)

Akta Kanak-Kanak nampaknya tidak lebih daripada sekadar satu ancaman kepada mereka yang menyiarkan gambar kanak-kanak yang menjadi suspek jenayah. Paling lebih pun sekadar menjadi ambal kepada penguatkuasaan ke atas jenayah seksual melibatkan kanak-kanak. Perlindungan ke atas kanak-kanak nampaknya kurang dipedulikan, terutama sekali melibatkan golongan yang mempergunakan kanak-kanak seperti dalam kes sebuah pusat tahfiz di Kuala Kangkung, Kuala Kedah itu.


Cerita tentang 7 suspek pembunuh yang merupakan kanak-kanak bawah umur yang sedang hangat di media-media sekarang ini, tidak terhenti setakat itu sahaja. Ceritanya juga tidak terhenti setakat melankolik dan kesedihan keluarga mangsa. Ceritanya lebih besar dan lebih panjang terutama melibatkan pemerdagangan dan pengedaran najis dadah terutama yang melibatkan kawasan-kawasan berhabitatnya orang Melayu seperti Datuk Keramat dan Kampung Bharu di Kuala Lumpur.

Adakah pihak berkuasa dan orang ramai yang banyak bercakap tentang pusat-pusat tahfiz sekarang ini sedar tentang ancaman sebenar melibatkan generasi muda negara ini iaitu DADAH? Adakah pihak berkuasa sekadar menumpukan kepada pelaku dalam kes di pusat tahfiz di Keramat Hujung itu tetapi akan 'melepaskan' punca sebenar kepada perbuatan jenayah tersebut iaitu dadah?

Kumpulan UNDERGROUND manakah sebenarnya yang menguasai jaluran dan perniagaan dadah di Datuk Keramat sehingga membolehkan tujuh orang remaja bertukar menjadi pembunuh?

Apakah negara ini sudah bertukar menjadi sebuah negara yang tidak lagi berpegang kepada undang-undang sebaliknya dikuasai oleh kumpulan-kumpulan UNDERGROUND yang semakin hari nampaknya semakin berleluasa dan bermaharajalela... sama seperti kartel-kartel barangan keperluan asas dan harian yang bertindak menaikkan harga tetapi mereka tidak pernah dipersalahkan?

Tuesday, December 29, 2015

AKTIVITI JENAYAH GORES DAN MENANG TERUS BERLELUASA, JADIKAN WANITA DAN SURIRUMAH MELAYU SEBAGAI MANGSA... SIAPA YANG AKAN BELA APABILA AKTIVIS PPIM PUN DIGARI DAN DILOKAPKAN!!!




Pada November 2011, negara digemparkan apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama-sama Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) telah menyerbu sebuah pejabat 'GORES DAN MENANG' setelah isu penipuan tersebut seperti tidak dapat diatasi oleh KPDNKK dan agensi-agensi berkuasa Malaysia. (RUJUK SINI)

Turut bersama-sama mereka adalah mangsa GORES DAN MENANG yang telah diperdayakan oleh syarikat tersebut.


Julai 2015, satu lagi operasi menyerbu pejabat GORES DAN MENANG telah dibuat oleh PPIM. (RUJUK SINI)

Persoalan yang dibangkitkan tentang GORES dan MENANG ini ialah tempat operasi mereka memperdayakan mangsa adalah di pusat-pusat membeli belah. Sekaligus menimbulkan tanda-tanya yang besar, mengapa mudah mereka beroperasi memperdayakan mangsa sebelum mengheret mangsa mengikut mereka ke pejabat mereka bagi proses penipuan dan pemerdayaan seterusnya.



Hari ini, satu lagi kes membabitkan penipuan GORES dan MENANG telah didedahkan oleh Netizen. Penjenayah-penjenayah yang tidak takut dengan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan, telah cuba menjadikan wanita-wanita dan surirumah sebagai mangsa mereka.

Mujurlah mangsa tersebut berjaya mendapatkan bantuan daripada seorang Netizen yang kemudiannya memuatnaikkan berita tersebut di Facebook



Komen-komen seterusnya menunjukkan terlalu ramai yang sudah terkena dengan sindiket GORES DAN MENANG. Di sebalik iltizam kononnya pihak berkuasa sedang melaksanakan pelbagai langkah proaktif untuk menghalang dan membanteras sindiket tersebut, ternyata mereka masih beroperasi dan bergerak secara bebas.

DAlam kejadian terbaru itu juga, anggota sindiket beroperasi di hadapan TESCO EXTRA.



Baru-baru ini, dua orang aktivis PPIM telah ditahan dan dilokap, malahan reman ke atas mereka cuba ditambah kerana mereka membela pelanggan-pelanggan yang telah ditipu oleh peniaga-peniaga handphone di Kompleks Kota Raya Kuala Lumpur. Agak malang kerana peniaga-peniaga penipu itu pula, tidak ditahan, dilokapkan, ditahan reman atau pun reman mereka mahu ditambah kerana telah mencetuskan kemarahan orang ramai dengan menipu dan melakukan pemerasan.

Apakah sindiket GORES DAN MENANG juga hanya akan membuka mata pihak berkuasa apabila kejadian seperti di Low Yat dan Kota Raya tercetus?


 
Blogger Templates