Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label malaysiakini. Show all posts

Thursday, May 30, 2019

TRAUMA AKAN KEKALAHAN, MALAYSIAKINI DIGUNAKAN UNTUK LAGA-LAGAKAN PEMIMPIN UMNO AGAR KERJASAMA UMNO-PAS TIDAK JADI KENYATAAN!!!



Berbanding PAS, UMNO merupakan parti yang paling mudah dilaga-lagakan dan dikacau bilaukan. Selain kerana bilangan ahlinya, sebahagian besar yang menyertai UMNO terutama sekali pada zaman kebelakangan ini didorong oleh keinginan besar mendapatkan projek. Justeru apabila UMNO dan Barisan Nasional kelihatan hampir kalah, mereka beramai-ramai menyeberang ke PPBM. Malah apabila UMNO dan BN benar-benar kalah pada 9 Mei 2018, lebih ramai lagi termasuklah pemimpin-pemimpin kanan UMNO yang bertindak keluar parti untuk menyertai PPBM khususnya.

Golongan oportunis di dalam UMNO itulah yang menjadi modal dan aset utama parti-parti lawan, khususnya DAP dan PKR selain PPBM dan PAN. Tanpa golongan oportunis tersebut, UMNO sukar digugat dan sukar dikalahkan. 

Bukan cerita rahsia bilamana kawasan yang sepatutnya menang, tetapi disebabkan oleh pemimpin setempat terentak hati dan kecewa kerana pelbagai sebab, akhirnya berlaku sabotaj yang menyaksikan pihak lawan menang.

Kalau zaman sebelum Internet menjadi medium utama, surat layang, buku hantu dan sebagainya adalah senjata utama. Kini, dengan kemudahan Internet, kerja-kerja penghancuran UMNO jauh lebih mudah dan lebih berkesan, terutama sekali apabila menggunakan portal-portal berita seperti Malaysiakini yang sentiasa istiqamah dalam perjuangannya untuk melupuskan UMNO. 

Cara yang paling senang untuk menghancurkan UMNO adalah dengan melaga-lagakan pemimpin. Dan perkara ini nampaknya sedang rancak dilakukan. Dirancang oleh orang luar UMNO, disokong oleh golongan oportunis dalam parti dan disemarakkan serta ditularkan pula oleh golongan pencari makan. 


Malaysiakini dalam laporannya pada 30 Mei 2019 bertajuk, 'Mat Hasan Dalang Mahu Singkir Zahid, Najib', yang memetik Straits Times kononnya Muhamad Hasan, pemangku Presiden UMNO serta Khaled Nordin sedang melobi pindaan perlembagaan UMNO yang bertujuan untuk menyingkirkan Presiden parti, Zahid Hamidi dan bekas Presiden, Najib Abdul Razak. 

Laporan berkenaan turut mendakwa bahawa niat tersebut dilakukan menerusi cadangan pindaan Fasal 9.9 Perlembagaan UMNO. 

Khaled Nordin dalam kenyataan menerusi Facebooknya menegaskan, kenyataan itu tidak benar sama sekali dan bersifat fitnah. Tiada sebarang cadangan pindaan Fasal 9.9 seperti yang didakwa. Malah  dia turut melahirkan kehairanan, dari mana sebenarnya Malaysiakini mendapat maklumat sedemikian dan tidak menamakan sumber.


Ironinya, Khaled Nordin sekadar mendesak agar Malaysiakini menurunkan laporan tersebut yang disifatkannya sebagai tidak beretika. Tiada sebarang ancaman untuk mengambil tindakan sivil seperti saman fitnah seperti yang sering dilakukan oleh para pemimpin DAP, khususnya Lim Guan Eng mahupun Mujahid Yusof apabila mereka dalam keadaan yang sama. 

Serangan-serangan seperti ini semakin kerap dan adakalanya langsung tidak berasas ekoran gabungan UMNO-PAS semakin menunjukkan persefahaman yang baik, apatah lagi semakin aktif bergerak bersama-sama di seluruh Semenanjung. Kenyataan Presiden PAS bahawa UMNO dan PAS akan menandatangani Piagam Kerjasama UMNO-PAS, telah membuatkan para pemimpin Pakatan, khususnya DAP dan PKR cuba menjadikan PAS sebagai sasaran serangan bagi membolehkan berlakunya perpecahan antara UMNO dan PAS. (RUJUK SINI)


Kerjasama antara UMNO dan PAS telah dimulakan pada peringkat pemimpin atasan oleh Najib Abdul Razak dan Abdul Hadi Awang tidak lama sebelum PRU-14. Bagiamanapun, disebabkan reaksi akar umbi kedua-dua parti, kerjasama dalam PRU-14 tidak dapat direalisasikan yang akhirnya menyaksikan UMNO dan PAS kecundang apabila persaingan sesama mereka, memberikan kemenangan tipis kepada banyak Pakatan terutama sekali di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Selepas Najib meletakkan jawatan, Zahid Hamidi yang mengambilalih jawatan Presiden bertindak lebih agresif dan aktif bersama-sama Presiden PAS untuk menggabungkan kerjasama kedua-dua parti itu. Bagaimanapun, Zahid Hamidi lebih banyak melakukannya secara senyap-senyap dan kurang diperkatakan. 

Muhamad Hassan bagaimanapun melakukannya secara terang-terangan dan akhirnya memimpin 3 PRK yang memberikan kemenangan kepada UMNO-BN menerusi kerjasama padu dengan PAS.


Dengan sambutan akar umbi, bahkan orang Melayu di Semenanjung untuk kerjasama kedua-dua parti itu, Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP terpaksa menggiatkan usaha untuk menghasut, melaga-lagakan dan memecah belahkan para pemimpin UMNO dan PAS. Beberapa siri skandal seperti Wang UMNO RM90 juta cuba dipopularkan oleh Pakatan, namun tidak mendapat sambutan. Begitu juga dengan isu 'pendedahan dedak' oleh menantu Presiden PAS, juga kurang mendapat sambutan. 

Persoalannya kini, mampukah para pemimpin dan akar umbi bertahan dengan cubaan melaga-lagakan pemimpin oleh Malaysiakini dan jentera-jentera saraf Pakatan memandangkan dalam beberapa kes sebelum ini, UMNO mudah kecundang sehingga akhirnya berpecah dan memberikan kemenangan kepada pihak lawan.


Thursday, July 13, 2017

'PENUMPANG FEEDER BUS MRT' KECAM FITNAH MALAYSIAKINI KONONNYA PENUMPANG DIHALAU KE BELAKANG BAS UNTUK BAGI RUANG NAJIB DAN ROSMAH!!!



Malaysiakini dan kecenderungannya untuk menghasilkan berita-berita yang memperlekehkan Malaysia, khususnya dan menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malaysiakini dalam setiap pemberitaannya akan cuba menyelitkan nilai-nilai ini seboleh-boleh mungkin walaupun berita yang dilaporkan itu hanya dua perenggan.

Semalam, Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isteri bersama-sama anggota rombongan mencuba laluan MRT terbaru. Dan salah satu acara adalah dengan menaiki feeder bus.

Malaysiakini dalam laporannya menyatakan, ahli-ahli rombongan telah diminta mengosongkan kerusi pada bahagian hadapan bagi membolehkan Perdana Menteri dan isterinya menaiki bas tersebut.

Dengan kata-kata lain, persepsi yang diberikan oleh Malaysiakini ialah Najib dan Rosmah bermuka-muka dan tidak dipedulikan oleh pengguna-pengguna bas yang lain. Malaysiakini turut memberikan gambaran bahawa bas yang dinaiki oleh Najib dan Rosmah itu adalah bas awam yang berkhidmat sebagai feeder bagi perkhidmatan MRT. (RUJUK SINI)

Hakikatnya adalah amat berlainan daripada gambaran yang diberikan oleh Malaysiakini. Apatah lagi program berkenaan adalah program tertutup dan tiada media yang dipelawa bersama-sama.

Fitnah yang dilakukan oleh Malaysiakini, kemudiannya dibidas oleh seorang Netizen yang juga merupakan salah seorang daripada anggota rombongan di dalam bas berkenaan. 


Memperkenalkan dirinya sebagai William Cheah, dia mengakui, dia bukannya seorang yang berminat dengan politik tetapi amat benci dengan berita palsu semata-mata untuk mensensasikan sesuatu isu.

Menurutnya, dia dan isterinya, Yilyn Chan berada di dalam bas itu. Malah, dia juga merupakan 'komuter' yang telah ditempatkan di kerusi belakang sekiranya itulah yang cuba diberitahu oleh portal berusia 18 tahun itu yang mendapat dana daripada George Soros, bahkan salah seorang pegawai Soros turut ditempatkan di dalam Malaysiakini bagi memantau aktiviti Malaysiakini agar selari dengan kehendak Soros Foundation. 



William Cheah menambah, orang yang menulis berita tersebut barangkali tidak tahu atau sengaja cuba mengelirukan pembaca. Ini adalah kerana bas berkenaan adalah sewa khas dan semua kerusi telah ditulis nama. Semuanya telah dirancang dengan teratur. William dan isterinya memang ditempatkan di kerusi belakang tetapi mereka gembira kerana serba-serbinya selesa. 

Tiada sesiapa pun yang menolak mereka ke belakang hanya untuk memberi ruang kepada Perdana Menteri dan isterinya, sepertimana yang cuba ditohmahkan oleh Malaysiakini. 

Menurutnya lagi, Najib dan Rosmah adalah hos yang terbaik. Ketika William melintasinya dan terhoyong-hayang, Najib telah memegangnya dan bertanya sama ada dia tak apa-apa. Najib juga menyapa dan bertanya pendapat dengan semua orang di dalam bas tersebut. Malah turut memainkan lagi Ed Sheeran menerusi Spotify untuk menghiburkan mereka semua.

William turut menyindir Malaysiakini agar mencari fakta sahih terlebih dahulu. Ini adalah kerana laluan MRT yang dicuba itu belum dibuka kepada pihak awam lagi. Sebaliknya hanya tetamu yang diundang!

"So what phantom commuters are you talking about??? Like the 40K Bangladeshi voters you can't seem to find or the Blackout that never happened? Or seriously...A Kajang Move that was so full of holes that even a whale could swim through? This is #therealkajangmove." 

Menurutnya, dia gembira dengan pengalaman berharganya bersama-sama Perdana Menteri mencuba satu lagi sistem pengangkutan awam yang menjadi mercutanda kejayaan Malaysia. Namun apa yang dilakukan oleh Malaysiakini, amat memalukan dan tidak seharusnya dilakukan oleh sebuah portal berita yang kononnya memberikan maklumat kepada rakyat.

"Never have I been so disgusted by media than today. You don't deserve to live beyond 18 years. I wish I could say you were low class but then that would be complimenting you. You don't have any class whatsoever."
William Cheah mengakhiri rasa meluatnya terhadap sikap Malaysiakini dengan berkata, rakyat dan masyarakat pembaca sebenarnya mahukan pihak media yang akan menyalurkan maklumat-maklumat benar bagi membolehkan rakyat membuat pilihan. Namun apabila media seperti Malaysiakini memilih berita palsu, mereka sebenarnya telah mengkhianati semua orang.

Setiap orang, terutama media bertanggungjawab untuk berlaku jujur atau sekurang-kurangnya tidak berbohong sewenang-wenangnya.

Saturday, July 1, 2017

POLITEKNIK SEBERANG PERAI DAN KEMENTERIAN PELAJARAN YANG DIFITNAH MALAYSIAKINI DAN P. RAMASAMY TAK BERANI AMBIL TINDAKAN SAMAN FITNAH?!!!



Malaysiakini sememangnya terkenal sebagai sebuah portal berita yang mencetuskan dan mengapi-apikan kebencian terhadap umat dan agama Islam di negara ini. Selagi tidak berlaku pertumpahan darah akibat kebencian kaum dan agama, portal berita yang dibiayai oleh George Soros yang sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang di Amerika Syarikat itu, tidak akan berpuas hati.

Dua hari lepas, Malaysiakini yang jelas mempunyai niat tertentu, telah menyiarkan berita dengan tajuk, "Saya Disaran Peluk Islam, Dakwa Pengendali Kantin Politeknik." (RUJUK SINI)

Beberapa pihak tampil untuk menafikan perkara itu termasuklah Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, M.Pirakash. Bahkan Politeknik Seberang Perai sebagai entiti yang dituduh serta Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan membuat penafian atas tuduhan yang dibuat oleh Malaysiakini. Sebaliknya penamatan kontrak tersebut adalah atas alasan pentadbiran dan bukannya diskriminasi kaum seperti didakwa. 

Malaysiakini kemudiannya menyiarkan permohonan maaf dan mengakui mereka telah 'tersalah siar'. Jelas, pengarang Malaysiakini tidak bertanggungjawab apabial sekadar 'mengaku kesilapan dan segala kesilapan dan kekeliruan amat dikesali' di hujung kecil di bawah laporan berita yang telah disunting bertajuk ‘Saya disaran peluk Islam, dakwa pengendali kantin politeknik’.

Gobi Krishnan Gopal, seorang pengendali premis makanan di Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang, dilaporkan oleh Malaysiakini mendakwa dia telah diarahkan memeluk agama Islam jikalau mahu meneruskan perniagaannya. 

Bekas jurutera berusia 45 tahun itu mendakwa, Ketua Pentadbiran PSP, yang kini telah bersara, 'mengarahkannya' dan isteri, Khor Hong Geik untuk memeluk agama Islam, lapor Malaysiakini.  


Penyiaran artikel tersebut menjadi viral dan menimbulkan fitnah dan buruk sangka Pelbagai komentar buruk yang berbau perkauman serta kebencian dan enghinaan ke atas Islam dibuat oleh agen propaganda pembangkang yang bersarang dalam Malaysiakini. Dan keadaan itu bertambah buruk apabila Malaysiakini mengakui, mereka 'tidak sengaja' melakukan kesilapan laporan. 

Lebih memburukkan lagi keadaan ialah apabila Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang diketahui merupakan penyokong kuat kumpulan pengganas LTTE turut menyibuk dan membuat sidang media mengecam pemaksaan Islam ke atas Gobi Krishnan selain mengecam pentadbiran Politeknik Seberang Perai. Dia cuba menimbulkan isu perkauman dan permusuhan agama. 



Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas Malaysiakini dan P. Ramasamy yang membuat sidang media di Tingkat 52 KOMTAR, Pulau Pinang itu. Raai yang melihat tujuan sidang media yang dibuat membabitkan P. Ramasamy itu sebenarnya sengaja bagi tujuan mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah untuk memburukkan dan mencemarkan institusi pengajian Politeknik dan Kementerian terbabit selain menimbulkan unsur-unsur kebencian kaum dan memperlekehkan agama Islam secara sengaja. 

Hasil siasatan yang dibuat mendapati: 

1. Bukan kontrak Gopi Krishnan Gopal sahaja yang tamat tetapi kontrak 6 orang pengendali makanan yang lain juga berakhir pada tarikh tersebut. Tidak timbul isu kontrak Gopi ditamatkan oleh PSP kerana dia seorang bukan Islam.

2. Jawatankuasa Sebutharaga PSP yang membuat penilaian ke atas sebutharga telah menolak sebutharga oleh 4 penender (termasuk 3 penender Melayu) kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Borang Sebutharga.
3. Sebutharga Gopi Krishnan Gopal ditolak kerana syarikat beliau tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam yang dinyatakan sebagai syarat utama kelayakan untuk sebutharga pengendali makanan di PSP.
4. Kod Bidang Kementerian Kewangan ini bukan dikhususkan atau dikhaskan untuk orang Islam sahaja sebagaimana Pensijilan HALAL oleh JAKIM. Semua bangsa dan agama boleh memohon untuk mendapatkannya dan akan diberikan kepada semua pemohon yang memenuhi syarat-syaratnya. 

Ternyata tidak berlaku diskriminasi perkauman dalam kes ini. Malah, 2 pengusaha kantin Melayu yang beroperasi hampir 10 tahun di PSP juga telah ditamatkan kontrak kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.


Mungkin sedar tentang kesilapan dan natijah undang-undang yang bakal dihadapinya, Gopi Krishnan kemudiannya membuat laporan polis dan mengakui, dia tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak untuk memeluk agama Islam pada hari yang sama. 

Politeknik Seberang Perai dan Kementerian seharusnya mengambil tindakan tegas ke atas Malaysiakini, beberapa buah akhbar Tamil dan P. Ramasamy yang jelas telah melakukan fitnah dan hasutan. 

Permohonan maaf dan alasan yang diberikan oleh Malaysiakini sebenarnya tidak ikhlas, malah sebenarnya sekadar memperlekeh-lekehkan undang-undang negara ini. Manakala P. Ramasamy sudah beberapa kali melakukan perkara yang sama tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang sebelum ini.


Monday, May 15, 2017

PENGARAH KINITV DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA SIAR VIDEO JELIK!!!



Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran, hari ini didakwa di Mahkamah Khas Siber Kuala Lumpur, kerana menyiarkan sebuah video jelik di portal KiniTV.

Video itu memaparkan sebuah sidang media yang diadakan oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang bertajuk “Khairuddin: Apandi Ali is not fit to be AG and he should quit immediately" dan “Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan.”

Menurut laporan Malaysiakini, video itu telah dimuatnaikkan dalam portal English dan Bahasa Malaysia KiniTV pada 27 Julai.

Premesh yang juga Pengarah portal berita video KiniTV bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dua tuduhan dengan sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain menerusi video yang mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dalam kapasitinya sebagai pengarah KiniTV Sdn Bhd, sama seperti tuduhan ke atas Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan pada November tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tuduhan, bagaimanapun peguam Fahri Azzat memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000 bagi semua tuduhan tanpa sebarang cagaran dan penjamin.

Hakim Zaman kemudian membenarkan Premesh diikat jamin sebanyak RM2,000 bagi setiap tuduhan dan menetapkan 15 Jun ini bagi sebutan kes.

SUMBER


Sunday, April 16, 2017

MALAYSIAKINI BUAT FITNAH TERHARAP RAZALI IBRAHIM BERHUBUNG MLA... TAK APA, KDN PEMAAF DAN RAZALI SENDIRI TAK MUNGKIN AKAN SAMAN MALAYSIAKINI!!!



Selepas Kementerian Dalam Negeri menerima permohonan maaf Nanyang Siang Pau berhubung karikatur yang menghina Presiden PAS dan Speaker Dewan Rakyat, Malaysiakini, portal yang dibiayai oleh George Soros pula meminta maaf kepada Razali Ibrahim kerana fitnah yang dibuat oleh portal tersebut.

Sebelum ini, portal berkenaan menyatakan kekesalan berhubung fitnah yang dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan. Mereka juga mengakui bahawa artikel yang menfitnah Abdul Rahman Dahlan itu hanya mengambil sebahagian daripada temubual Menteri berkenaan dan telah diputarbelitkan oleh wartawan-wartawannya untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap Abdul Rahman.

Itu cerita tentang balik kampung yang diperakui sendiri oleh Malaysiakini sebagai 'sengaja menfitnah' Abdul Rahman Dahlan. (RUJUK SINI)

Bagaimana pula dengan fitnah yang dibuat oleh Malaysiakini terhadap Razali Ibrahim berhubung kenyataan yang membabitkan MLA setelah berita Malaysiakini itu digunakan oleh Rafizi Ramli, Khairuddin Abu Hasan dan sebagainya untuk memanjangkan fitnah sekaligus menghidupkan semula saki baki serangan mereka terhadap 1MDB yang semakin lesu kebelakangan ini?

Pagi tadi, selepas objektif mereka terhasil, secara senyap-senyap Malaysiakini membuat permohonan maaf dan menyatakan mereka telah melakukan kesilapan komunikasi. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, wartawan Malaysiakini dan Pengarangnya tidak faham Bahasa Inggeris tetapi hanya bersemangat untuk memutarbelitkan dan membuat fitnah ke atas Razali Ibrahim.


Berikut adalah permohonan maaf Malaysiakini yang cuba disembunyikan!

Pada 14 April kami menerbitkan satu reaksi daripada Pejabat Peguam Negara Switzerland yang menyatakan bahawa mereka tidak menerima permohonan bantuan perundangan bersama (MLA) dari Malaysia.
Laporan itu juga menyatakan ia bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kepada parlimen. Ia adalah tidak tepat dan Malaysiakini sudah membuat pindaan pada berita berkenaan.
Razali menjelaskan kenyataannya di parlimen pada 23 Mac lalu merujuk kepada permohonan MLA dari Switzerland kepada Malaysia dan bukan sebaliknya.
Kami memohon maaf atas kesilapan itu.
Razali juga menggesa pihak yang mengkritiknya berdasarkan kepada laporan itu supaya memohon maaf dan melakukan pembetulan sewajarnya.
Razali menamakan bloger, OutSyed the Box; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden Parti Bebas Rasuah, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai pihak yang mengkritiknya berdasarkan kesilapan laporan itu. (RUJUK SINI)
Ini bukanlah kali pertama Malaysiakini menggunakan Modus Operandi yang sama. Buat fitnah, selepas kecoh dan viral, bimbang akan dikenakan tindakan undang-undang, Malaysiakini akan memuat kenyataan memohon maaf secara 'sembunyi-sembunyi' di sudut portal mereka yang paling terpencil.

Dan akhirnya masalah berkenaan pun selesai.

Malaysiakini kemudiannya mencari sasaran lain dan kemudian buat fitnah lagi. Kalau tak kecoh, kalau tak dilayan, fitnah tersebut akan dibesar-besarkan. Tetapi apabila dilayan dan dijawab, Malaysiakini akan buat permohonan maaf dan kalau teruk terkantoi, Malaysiakini akan menyatakan mereka telah membuat PINDAAN pada artikel fitnah berkenaan!

Mudah, kan?

KDN pula dengan bangganya memberitahu, mereka telah menerima permohonan maaf itu!


Sunday, February 12, 2017

SHAHRIL NAFI BERITA SPIN SINAR HARIAN MILIK KARANGKRAF YANG KEMUDIAN DIGUNAKAN MALAYSIAKINI KONONNYA FELDA HILANG RM4.3 BILION!!!



1. Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad mengesahkan yang agensi tersebut tidak kehilangan RM4.3 bilion seperti yang dilaporkan oleh portal media tertentu semalam.

2. Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru tersebut dia mempunyai senarai bagaimana kesemua jumlah RM4.3 billion itu digunakan untuk pelaburan jangka panjang di dalam dan di luar negara.

3. "Tiada wang yang hilang. Dari RM6 bilion yang diterima semasa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd, kita membelanjakan RM1.7 bilion untuk peneroka Felda bagi membayar setiap keluarga sebanyak RM15,000."

4. "Baki sebanyak RM4.3 bilion untuk pelbagai tujuan. Felda telah membuat bayaran "one-off" kepada kerajaan negeri Sabah (RM300 juta), Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan untuk peneroka Felda RM400 juta, perbelanjaan mengurus RM883 juta dan pelaburan dalam hartanah di dalam dan di luar negara, membeli saham-saham dan beberapa perkara lagi."

5. Shahrir membuat kenyataan tersebut apabila ditanya mengenai laporan oleh beberapa portal berita yang mendakwa kononnya RM6 bilion yang diterima oleh Felda selepas penyenaraian FGVH tidak dapat dikesan.

6. Katanya RM1.438 bilion dilaburkan dalam hartanah di Bukit Katil, Melaka pada nilai RM304 juta, Hotel Grand Borneo di Sabah (RM86 juta), Apartmen Servis Grand Plaza di London (RM500 juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) dan saham Iris Corporation Berhad shares (RM110 juta).

7. Menurutnya, Felda juga membeli Felda Technoplant Sdn Bhd yang bernilai RM38 juta manakala jumlah kerugian terkumpul Felda adalah sebanyak RM108 juta, melibatkan Projek Transnovasi.

8. Menurut Shahrir, Felda juga telah membuat keputusan untuk menjual hotel yang dibeli oleh agensi tersebut di London pada harga RM548 juta pada tahun 2012. Jualan hotel ini akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

9. "Tugas saya adalah untuk memastikan wang yang dilaburkan oleh Felda adalah mengikut perancangan dan untuk memastikan pelaburan ini memberikan pulangan yang baik," katanya.

MASALAH BILA ADA PAKAR EKONOMI FB YANG KELUAR STATEMENT LEBIH AWAL DARI EMPUNYA DIRI.

copy paste Facebook.


Tuesday, December 13, 2016

PENGASAS MALAYSIAKINI DIDESAK JELASKAN KENAPA NAMANYA DI DALAM OSF-SOROS!!!



Pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran seharusnya menerangkan bagaimana namanya boleh tersenarai dalam artikel yang dibocorkan oleh DC Leaks yang mendakwa dia berperanan sebagai penasihat OSF, kata Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff yang juga merupakan seorang blogger. 

Bekas pegawai TUDM itu berkata, berbanding sekadar menafikannya, Premesh seharusnya memberikan penjelasan mengapa namanya tersenarai di dalam dokumen itu terlebih dahulu. 

"Premesh perlu menerangkan mengapa dokumen dalaman OSF meletakkan namanya sebagai pengerusi kepada Lembaga Penasihat bagi Malaysia. Bukan saya yang meletakkannya di dalam dokumen-dokumen terbabit tetapi daripada dokumen-dokumen OSF sendiri," katanya.

Abdul Rahmat turut merujuk kepada laporan polis yang dibuatnya pada Khamis lalu berhubung dokumen-dokumen DC Leaks yang bocor yang mendakwa OSF milik George Soros menyalurkan dana kepada organisasi-organisasi tempatan. 

"Oleh kerana itu, tidak perlu untuk Premesh Chandran sekadar membuat penafian, sebaliknya  membenarkan polis melakukan siasatan," katanya sambil menambah Soros juga diketahui mempunyai kepentingan tidak langsung sebanyak 29% dalam pemilikan MalaysiaKini. 

Khamis lepas, Premesh menafikan perananya sebagai penasihat di dalam Open Society Foundation (OSF). 

"Saya tidak pernah melihat dokumen ini. Saya juga tidak terlibat dalam sebarang perbincangan tentang 'rangka kerja' atau pun enjadi pengerusi kepada mana-mana jawatankuasa yang berkaitan dengan OSF," katanya yang dipetik oleh Malaysiakini.

Menerusi laman sesawang merkea, Malaysiakini mengakui telah menerusi dana dan pelaburan daripada beberapa entiti yang berkaitan dengan Soros. Salah seorang daripada pemegang saham terbesar mereka terkini dan juga ahli lembaga pengarah adalah Harlan Mandel, yang sebelum itu berkhidmat sebagai Timbalan Konsul Besar untuk yayasan Soros. 



Wednesday, November 16, 2016

RAHMAN DAHLAN PUN AKAN BAGI KEMAAFAN KEPADA MALAYSIAKINI UNTUK MEMUDAHKAN PORTAL SOROS ITU TERUS MENFITNAH?!!!



Malaysiakini adalah portal Soros yang memutarbelitkan setiap berita sama ada tajuk, mahupun isi kandungannya demi kepentingan DAP dan pembangkang. 

Sudah beberapa kali pemimpin-pemimpin UMNO mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysiakini dan mereka berjaya. Tetapi Malaysiakini berjaya melepaskan diri dengan PERMOHONAN MAAF, AKUJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI PERBUATAN SERUPA dan sebagainya. Daripada fitnah yang perlu dibayar pampasan ratusan juta ringgit, akhirnya Malaysiakini 'dibebaskan' begitu sahaja. Dan Malaysiakini pun kembali mengulangi perbuatan mereka, walaupun mungkin pada pemimpin yang sama tetapi taktik serupa untuk pemimpin UMNO-BN yang lain. 

Nampak gayanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan juga sedang mengulangi perkara yang sama untuk Malaysiakini apabila proses mediasi antaranya dengan Malaysiakini dan wartawan Geraldine Tong ditetapkan pada 28 November nanti.

Pada 13 Januari 2016, Rahman yang ketika itu adalah menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan memfailkan saman fitnah terhadap Malaysiakini berhubung artikel dan video yang diterbitkan di laman portal itu.

Rahman yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Parlimen Kota Belud mendakwa artikel serta video yang diterbitkan tanpa kebenarannya itu tidak mencerminkan intipati asal sebaliknya ia disunting seolah-olah plaintif mengarahkan masyarakat di bandar pulang ke kampung.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa pada 6 November 2015, defendan secara semborono dan dengan niat jahat menerbitkan atau menyebabkan kenyataan fitnah dan palsu yang merujuk kepadanya, di laman web www.malaysiakini.com yang bertajuk “Minister’s ‘go back to kampung’ notion draws contempt”.

Abdul Rahman mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud dirinya tidak mempedulikan kesusahan yang dialami masyarakat berikutan kenaikan kos sara hidup, tidak menggalakkan masyarakat untuk mencari pendapatan di bandar dan tidak sensitif terhadap isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat awam.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Thursday, November 3, 2016

MALAYSIAKINI DIBIAYAI SOROS... KALAU TAK BERANI NAK BERTINDAK, TAK PAYAHLAH NAK CAKAP BERKOBAR-KOBAR!!!



Setiap kali BERSIH hendak mengadakan demonstrasi, setiap kali itulah juga akan terdedah bahawa BERSIH yang kini diterajui oleh Maria Chin Abdullah menerima dana daripada George Soros. Dan setiap kali itulah juga, nama Malaysiakini juga turut dikaitkan sekali kerana portal berita tersebut sememangnya dibiayai oleh George Soros menerusi yayasannya. Malah pemilikan George Soros dalam Malaysiakini adalah 29%. (RUJUK SINI)

Cerita-cerita tentang Malaysiakini dibiayai oleh George Soros bertujuan untuk meranapkan negara ini, sudah lama kedengaran.

Anehnya, selain daripada ikrar kononnya siasatan akan diadakan, kutukan terhadap golongan atau individu tertentu yang menggunakan dana asing bagi meranapkan pentadbiran dan pengurusan negara ini, kemudian ditambah pula dengan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin kerajaan, dari awal pendedahan tentang Malaysiakini dengan George Soros, belum ada tindakan yang paling konkrit melibatkan pihak berkuasa dan kerajaan ke atas portal tersebut.



Bahkan Malaysiakini dan para wartawannya begitu bebas termasuklah berada dalam Perhimpunan Agung UMNO, malah dibela pula oleh seorang ahli MT sehingga membolehkan wartawan Malaysiakini itu bebas melaporkan apa-apa sahaja berita yang diherotkan oleh editornya.

Dari semasa ke semasa, Malaysiakini terus mencipta tajuk-tajuk berita yang provokatif serta memberikan persepsi negatif kepada negara sepertimana yang ditunjukkan di bawah.


Sampai bila sebenarnya cakap-cakap sahaja yang kedengaran? Sampai bila sebenarnya tindakan hendak dilakukan?


Apakah kerana Majlis Peguam di negara ini yang turut menerima dana daripada George Soros membuatkan tindakan lebih tegas gagal dilakukan? (RUJUK SINI)

Keselamatan negara bukannya bersifat bermusim sebaliknya sepanjang masa. Jadi, eloklah berhenti bercakap berkobar-kobar sebaliknya bertindaklah!!!

Itu pun kalau betul-betul beranilah...

Kalau tidak, lebih baik diamkan diri seperti selalu!

Friday, July 8, 2016

NIAT MALAYSIAKINI SEBENARNYA ADALAH GAMBARKAN NAJIB SEBAGAI PENGGANAS IS!!!



Malaysiakini, portal yang sentiasa diwujudkan untuk mencipta persepsi negatif terhadap umat Islam dan Islam di Malaysia, dibiayai oleh Yahudi Zionis. Dan bukannya rahsia lagi, portal dan syarikat yang memilikinya dibiayai oleh pertubuhan milik George Soros.

Berita-berita yang boleh menimbulkan keburukan Islam dan umatnya di seluruh dunia, khususnya di Malaysia, menjadi teras kepada penerbitan setiap artikel dalam Malaysiakini. Selain mewujudkan salah tanggapan serta keburukan terhadap Islam dan umatnya, portal tersebut turut berfungsi mewujudkan pertembungan, permusuhan atau pun syak-wasangka di kalangan rakyat Malaysia, khususnya antara Bumiputera Islam dan bukan Islam selain berperanan mewujudkan dan menunjukkan kuasas besar di kalangan minoriti Bukan Bumiputera Kristian yang berada dalam hierarki tertinggi DAP.

Lebih 90% kaum Cina dan India di Malaysia beragama Buddha dan Hindu. Manakala lebih 99% yang beragama Kristian pula, mengamalkan ajaran Kristian murni tanpa sedikit pun menimbulkan masalah kepada rakyat Malaysia lain. Hanya 1% sahaja yang berlagak seperti Conquistador dan Crusader yang mana mereka ini berselindung sebagai ahli politik DAP. Begitu juga dengan ekstrimis dalam kelompok umat Islam, hanya segelintir yang berfikiran singkat mencari jalan mudah untuk masuk syurga, tetapi merekalah yang paling banyak mencipta persepsi betapa buruk dan ganasnya Islam kepada umat lain.

Golongan sangat minoriti inilah yang seringkali melakukan provokasi sepertimana kerap ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming bagi mendapatkan reaksi balas dari umat Islam. Dan apabila ada di kalangan umat Islam Malaysia yang tidak tertahan hati dengan provokasi-provokasi tersebut, portal-portal seperti Malaysiakini segera mengambil kesempatan dengan membuat provokasi jahat agar Islam dan umatnya, terutama sekali pemimpin beragama Islam kelihatan sangat jahat dan merbahaya kepada umat lain.

Provokator-provokator ini tidak sahaja bertindak menggunakan media seperti Malaysiakini di Malaysia, bahkan mereka juga menubuhkan kumpulan pengganas seperti Islamic State (IS) yang melakukan keganasan atas nama Islam dan Jihad di seluruh dunia walaupun hakikatnya ketua mereka yang dinamakan sebagai Abu Bakar Al-Baghdadi atau nama sebenarnya ELLIOT SHIMON merupakan seorang agen Mossad dan seorang penganut Yahudi berfahaman Zionis tegar. (RUJUK SINI) Satu lagi kumpulan pengganas yang diwujudkan oleh provokator tersebut adalah Al-Qaeda.

Dr. Zakir Naik merupakan antara musuh utama mereka. Selain mempunyai pengaruh besar, Zakir Naik juga merupakan antara ahli perbandingan agama yang boleh meruntuhkan usaha-usaha liberalisasi oleh kumpulan-kumpulan yang sedang bergiat cergas di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Mengaitkan Zakir Naik dengan keganasan adalah kerja yang paling mudah dilakukan. Kemudian, untuk 'versi Malaysia', mengaitkan pula dengan pemimpin-pemimpin beragama Islam seperti Najib Abdul Razak, Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang, juga merupakan serampang dua mata yang bukan sahaja dapat mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini, tetapi juga untuk mencipta penggantungan umat bukan Islam kepada DAP.

Kerana itulah, mereka amat berminat dan bersungguh-sungguh menyiarkan dan memanipulasikan berita-berita tentang rasuah, penyelewengan dan seumpamanya. Sebarang berita membabitkan para pemimpin beragama Islam, akan dibesar-besarkan, walaupun hakikatnya pengamal terbesar nilai-nilai tersebut adalah pemimpin mereka sendiri.

Ia samalah seperti menaikkan harga barang... mereka yang menaikkan harga barang, tetapi mereka segera menyalahkan pihak lawan!!!


Wednesday, June 1, 2016

DEMI MELINDUNGI DONGENGAN JAMBATAN KETIGA DAN KERETA KABEL LIM GUAN ENG YANG LAPAR DUIT RAKYAT, MALAYSIAKINI SENSASIKAN BERITA ANAK TIRI PM!!!



Portal Malaysiakini memang diketahui menyokong dan menyebelahi DAP dalam apa juga keadaan. Apabila DAP khususnya Lim Guan Eng dalam keadaan tertekan dan tidak dapat menjawab sebarang soalan yang ditanya kepadanya, khususnya melibatkan penyelewengan wang rakyat Pulau Pinang, Malaysiakini akan cuba mencari jalan untuk mengalihkan isu dan cuba membuatkan para pembacanya terlupa kepada masalah yang sedang menimpa Lim Guan Eng dan DAP.


Malaysiakini semalam memilih untuk menyerang dan membuat fitnah terhadap keluarga Perdana Menteri membabitkan anak tirinya, Riza dan Nooryana. Persepsi yang cuba diwujudkan oleh Malaysiakini ialah, Riza berjaya melarikan diri dari Amerika Syarikat di mana FBI, CIA, Patriot Act, AMLA dan sebagainya sedang memburunya kerana pembabitannya dalam wang 1MDB.


Walaupun tidak berasas dan hanya bersandarkan kepada fitnah dan tohmahan semata-mata, Malaysiakini terpaksa 'menebalkan muka' dengan mencipta cerita kononnya Riza meninggalkan majlis walaupun ucapan Perdana Menteri belum habis. Sedangkan terlalu ramai saksi yang melihat Riza serta Nooryana berada di dalam majlis tersebut sehingga selesai.

Berita yang cuba disensasikan itu sebenarnya melindungi sensasi sebenar yang untuk tidak diperkatakan membabitkan Lim Guan Eng. 


Lim Guan Eng seperti yang diketahui, telah menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk Jambatan Ketiga Pulau Pinang selepas menggugurkan cadangan pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang belanja tiga kajiannya bernilai RM305 juta telah 'HANGUS' begitu sahaja. 

Selepas Jambatan Ketiga Pulau Pinang, Lim Guan Eng bercerita pula tentang Link Ketiga yang membabitkan kawasan utara Seberang Perai/Bagan Ajam. Menurutnya, kewujudan Link Ketiga itu akan lebih menyenangkan memandangkan kawasan lain di Seberang Perai mempunyai jambatannya sendiri. 

Bagaimanapun, hakikat sebenar tidak menyokong langsung teori Lim Guan Eng. 

Link Ketiga yang diusulkan membabitkan Bagan Ajam ke Jambatan Pulau Pinang mempunyai jarak yang sama antara Bangsar dengan KLCC iaitu lebih kurang 10.6 kilometer atau lebih kurang 11 minit pemanduan. 


Bagan Ajam juga mempunyai jarak yang hampir sama dengan Jambatan Pulau Pinang Kedua.

Malahan, kesan daripada sistem lebuhraya yang cekap telah menghubungkan Bagan Ajam ke Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang Kedua dan pada ketika Kuala Lumpur dilanda kesesakan teruk, jumlah masa yang diambil dari Bagan Ajam ke kedua-dua jambatan tersebut jauh lebih singkat. 

Lebih menarik lagi, populasi Pulau Pinang hanya 700,000 berbanding Singapura yang mempunyai 6 juta penduduk. Lim Guan Eng mahukan Jambatan Ketiga, perkhidmatan feri dan kereta kabel untuk menghubungkan tanah besar dengan bahagian pulau manakala Singapura hanya mempunyai dua jambatan.

Oleh kerana itu, trafik dan trend pertumbuhan penduduk perlu dikaji secara teliti sama ada Link Ktiga perlu diwujudkan sedangkan trafik di Jambatan Kedua Pulau Pinang pun tersangat rendah manakala Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan menjadi 6 lorong hanya pada Ogos 2009.

Jambatan yang dikehendaki oleh Lim Guan membabitkan kos berpuluh-puluh juta ringgit hanya untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan setiap tahun, sedangkan perolehan Pulau Pinang tahunan (tanpa jualan tanah kerajaan) hanyalah lebih kurang RM200 juta ke RM300 juta setahun.

Jadi, disebabkan kebodohan Lim Guan Eng yang sedang berusaha menghilangkan sebahagian besar lagi wang rakyat Pulau Pinang itulah, maka Malaysiakini selaku portal 'rasmi' DAP perlu mensensasikan berita-berita fitnah membabitkan Perdana Menteri dan 1MDB biarpun sanggahan tentang fitnah terhadap 1MDB telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuklah di kalangan pemain media antarabangsa. 


Sunday, April 24, 2016

BINATANG MALAYSIAKINI YANG CUBA BUAT ONAR, KINI JADI BURUAN POLIS!!!



Polis berkata, mereka sedang menyiasat wartawan Malaysiakini di bawah Kanun Keseksaan selepas enam laporan polis dibuat berhubung artikel yang ditulis membabitkan sebuah seminar di Sibu, Sarawak. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SACP Dev Kumar berkata, wartawan tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana cuba mengganggu ketenteraman awam. 

Bagaimanapun, polis berkata, mereka tidak tahu menahu yang wartawan tersebut telah diarahkan pulang ke Semenanjung.

"Kami tidak mengetahui yang dia telah diminta meninggalkan Sarawak oleh majikannya," katanya.

Seksyen 505 (c) membabitkan sebarang kenyataan, khabar-khabar angin atau laporan 'yang berniat untuk menghasut' atau 'yang berniat untuk menghasut mana-mana orang dalam masyarakat untuk melakukan kesalahan ke atas orang atau pihak lain.'

Sekiranya didapati bersalah, orang yang didakwa boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali. 

Laporan-laporan polis telah dibuat ekoran penerbitan dan penyiaran artikel yang memetik kenyataan ADUN Nangka, Dr. Annuar Rapa'ee sebagai berkata, rakyat Sarawak perlu mengundi Barisan Nasional dalam Pilihanraya Negeri supaya 'pemimpin Islam boleh terus mengetuai kerajaan Sarawak.'

Annuar mendakwa, artikel tersebut telah memutarbelitkan ucapannya dalam sebuah seminar di Sibu. 


Saturday, April 23, 2016

BETINA OINK-OINK MALAYSIAKINI KELAM-KABUT LARI BALIK SEMENANJUNG SEBAB TAKUT!!!



Perbuatannya dengan sengaja memainkan isu perkauman dan keagamaan sebagai kempen Malaysiakini untuk memenangkan DAP, telah memakan dirinya.

Dua hari sudah, dia berlagak besar kepala kerana berasakan terlindung oleh DAP selain cukup yakin, semua tulisannya itu akan mencetuskan sentimen sekaligus melindunginya daripada sebarang natijah perundangan.

Setelah dua hari dan beberapa laporan polis dibuat, akhirnya Kow Gah Chie, BINATANG MALAYSIAKINI, cabut lari meninggalkan Sarawak dan pulang semula ke Semenanjung.

Difahamkan, Editorial Malaysiakini pada jam 2:00 petang tadi telah mengarahkan Kow Gah Chie segera keluar dari Sarawak bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang kerana cubaan mencetuskan permusuhan kaum dan agama di negeri itu.

Wartawan tersebut dikatakan telah menaiki penerbangan pulang dengan pesawat Air Asia jam 6:00 petang tadi.

Sebelum ini, wartawan tersebut telah menulis berita bertajuk, "UNDI BN UNTUK PASTIKAN UMAT ISLAM JADI KM SARAWAK' yang dipetik di luar konteks ucapan penyandang DUN Nangka, Dr. Annuar Rapa'ee, yang telah telah menyebabkan wujudnya kekeliruan umum.

Dr. Annuar telah menafikan laporan tersebut dan mencabar wartawan tersebut agar menyiarkan keseluruhan ucapannya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil oleh Dr. Annuar ke atas wartawan tersebut serta portal Malaysiakini yang cenderung untuk menyebarkan berita fitnah sebelum meminta maaf setelah dihantar perintah bela diri kerana saman fitnah.


BINATANG MALAYSIAKINI TIDAK BOLEH DIAJAR DENGAN CABAR, SEBALIKNYA PERLU DIHERET UNTUK SAMAN FITNAH DI MAHKAMAH!!!



Selepas The Malaysian Insider (TMI) tutup operasi, tinggallah Malaysiakini sebagai pembuat fitnah terbesar yang tidak tercabar, meskipun terdapat beberapa portal lain yang turut cuba menyaingi kehebatan Malaysiakini membuat fitnah dan tohmahan liar.

Dan bukan rahsia lagi siapa yang menaja kewangan Malaysiakini walaupun pada masa yang sama, Malaysiakini turut mendapat sumber kewangan dari pengiklanan membabitkan GLC biarpun telah didedahkan berulang-ulang kali bahawa Malaysiakini dibiayai oleh George Soros.

M.O Malaysiakini amat jelas iaitu menjadikan Islam, Melayu dan Bumiputera sebagai musuh Malaysia. Imej Islam, Melayu dan Bumiputera berada pada tahap paling rendah dalam persepsi Malaysiakini. Jadi, dalam apa cara sekalipun, Malaysiakini akan berusaha MEMBABIKAN Islam, Melayu dan Bumiputera apabila mendapat peluang.

Pilihanraya Negeri Sarawak menyaksikan Malaysiakini menghantar wartawan-wartawan totok kecinaan dan berhati khowloon mereka dari Semenanjung ke Sarawak untuk memburuk-burukkan Bumiputera dan Islam. Wartawan-wartawan totok yang tidak pernah bercampur dengan kaum-kaum lain.


Sama ada tidak faham bahawa politik perkauman dan agama tidak wujud di Sarawak, atau gagal memahami Bahasa Inggeris atau sememangnya telah ditanam dengan sifat terlaknat dalam dirinya, wartawan Malaysiakini, Kow Gah Chie melihat peluang terbaik untuk menaikkan sentimen anti orang Islam di Sarawak dengan membuat laporan fitnah ke atas calon BN DUN Nangka, Dr. Annuar Rapa'ee. 

Ucapan Dr. Annuar Rapa'ee agar para pengundi memilih dan mengundi BN untuk mengekalkan Adenan Satem sebagai Ketua Menteri, telah ditukarkan oleh wartawan Malaysiakini itu sebagai UNDI BN UNTUK KEKALKAN KETUA MENTERI ISLAM.

Annuar yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS), berucap di hadapan kira-kira 400 orang hadiri yang menghadiri forum bertajuk, 'Keluarga dan Kepimpinan Islam'. Dalam ucapannya, dia hanya menyentuh tentang pentingnya mengundi BN serta mempertahankan kepimpinan sedia ada kerana kepimpinan itu mendapat sokongan meluas atas layanan adil antara masyarakat Islam dan penganut agama lain.

"Saya sendiri sejak kecil hidup berjiran dengan masyarakat daripada kaum lain. Adakah saya terlalu dungu sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu? Kita di Sarawak tidak berpolitik dengan isu perkauman. Kita memperjuangkan keperluan dan membela nasib rakyat," kata Dr. Annuar.


Menurutnya, dia juga telah memberi penjelasan lanjut ketika ditanya oleh wartawan tersebut tetapi binatang Malaysiakini itu memilih untuk tidak menyiarkan penjelasan itu, sebaliknya secara sengaja mengaitkan agama Ketua-Ketua Menteri terdahulu serta membuat perbandingan jumlah penganut
agama di Sarawak.

Dr. Annuar telah membuat cabaran kepada wartawan Malaysiakini yang berasal dari Semenanjung itu. Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang wajar dilakukan oleh Dr. Annuar atau mana-mana pemimpin politik dari Sarawak.

Satu-satunya cara untuk mengajar BINATANG MALAYSIAKINI itu adalah dengan mengheret dan menyaman fitnah dengan kadar kerugian berjumlah besar selain tidak menerima permohonan maaf dan penarikan kembali artikel seperti yang diamalkan sebelum ini.

Itu sahaja cara untuk mengajar penfitnah-penfitnah tegar yang mewakili DAP itu!!!


Tuesday, March 22, 2016

VIDEO PEMUDA UMNO SELANGOR DESAK 'UNDUR NAJIB! UNDUR NAJIB' VIRAL... MALAYSIAKINI TERDESAK BANTU ALIHKAN ISU GUAN ENG!!!



Ternyata, Malaysiakini terpaksa bergantung kepada fitnah untuk meneruskan hayat politik dan menyelamatkan Guan Eng daripada diperosokkan ke penjara dengan cubaan mengalih isu menerusi mensensasikan klip video yang dilihat dan dirasakan mampu melakukannya.

Malaysiakini menerusi KiniTV telah menyiarkan klip video yang deskripsinya adalah seperti berikut:

Satu rakaman yang didakwa daripada kalangan pemuda Umno negeri Selangor mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi melepaskan jawatan kini viral di laman sosial. Rakaman tersebut dipercayai berlaku ketika satu mesyuarat pada hujung minggu lalu. Di dalam rakaman tersebut jelas terdengar laungan rasuah!... rasuah!

Bagaimanapun, fitnah yang cuba diutarakan oleh Malaysiakini tidak berhasil. Video berkenaan adalah video kitar semula pada tahun 2009 yang tidak ada kena mengena langsung dengan DS Mohd Najib Tun Razak mahupun DA Ahmad Zahidi.



Pergerakan Pemuda UMNO Selangor telah pun membuat laporan polis di IPK Selangor kerana fitnah tersebut. The Selangor Chronicle pula menjelaskan bahawa fitnah tersebut merupakan sinambungan daripada gambar-gambar yang telah disiarkan menerusi Facebook oleh pihak tidak bertanggungjawab dan gambar-gambar tersebut dirakamkan pada tahun 2009, telah digunakan untuk menimbulkan persepsi negatif ke atas Presiden dan Timbalan Perdana Menteri walaupun sebenarnya langsung tidak berkaitan. 

Nampaknya, peguam-peguam UMNO kenalah bekerja keras untuk menyaman Malaysiakini dan KiniTV... cuma janganlah hendaknya, kes saman tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

Pemuda UMNO Selangor tak teringin nak saman ke? Kalau Lim Guan Eng pun nak saman Shabudin Yahaya, takkan Pemuda UMNO Selangor sekadar buat laporan polis sahaja kut?


Friday, November 13, 2015

ADUHHHH... APA MASALAH NAJIB ABDUL RAZAK NIH? KENAPA ASYIK BUAT HAL SAJA?!!!



Inilah masalahnya malah menjadi salah satu punca mengapa Rafizi Ramli, Nga Kor Ming, Tony Pua, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, bahkan puak-puak Pro-Tun terkengkang-kengkang seronok!

Masalahnya datang daripada Najib Abdul Razak sendiri... masalah yang tidak sepatutnya menjadi masalah, sekarang sudah jadi masalah besar hanya kerana Najib Abdul Razak terlalu lemah-lembut dalam bertindak!!!

Najib telah menyaman Malaysiakini kerana melakukan fitnah. Najib tolak permohonan Malaysiakini untuk menyatakan kekesalan mereka menerusi kenyataan ringkas dalam portal tersebut. Sebaliknya Najib mahukan Malaysiakini memohon maaf atas fitnah yang mereka buat.

Pengurusan kes tersebut akan dibuat Selasa hadapan di hadapan Hakim Kamaludin Said di Mahkamah Tinggi Seremban.

Najib dalam kapasiti peribadinya dan Setiausaha Eksekutif UMNO, Abdul Rauf Yusoh bagi pihak UMNO, telah menfailkan saman fitnah pada Mei tahun lepas ke atas Mkini Dotcom Sdn. Bhd, Ketua Editor Malaysiakini Steven Gan dan bekas Ketua Editornya, Fathi Aris Omar berhubung dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei 2014 yang disiarkan dalam kolum 'Yoursay'.

Najib dan Rauf mendakwa, kedua-dua artikel tersebut, 'A Case of the PM Reaping What He Sows' dan 'How Much will Najib spend to keep Terengganu', telah mencemarkan reputasi mereka dan menunjukkan UMNO tidak cekap.

Menurut BERNAMA, defendan turut mendakwa, kedua-dua artikel tersebut juga menunjukkan UMNO telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan parti dan parti pemerintah berasakan Melayu-Bumiputera itu tidak demokratik. (RUJUK SINI)

Sepatutnya dalam hal ini, Najib bukan sahaja menekankan agar Malaysiakini yang cukup lincah dan berleluasa bermain dengan fitnah untuk meminta maaf secara terbuka, tetapi juga disaman dengan jumlah wang yang bernilai sangat besar sebagai pengajaran dan teladan.

Selagi permohonan maaf sahaja yang dituntut, Malaysiakini tidak akan berhenti daripada mengamalkan fitnah yang sudah menjadi budaya dalam kewartawanan serta laporan mereka.

Najib perlu menyertakan tuntutan MAAF DAN JUMLAH GANTI RUGI BESAR!!!

Tidak sepatutnya, Najib sekadar mendesak agar Malaysiakini memohon maaf sahaja.

Thursday, November 12, 2015

ZAHID CETUSKAN KEKECOHAN EKORAN PEMBATALAN PENGAMBILAN PEKERJA BANGLA DI BANGLADESH!!!... IYER KER?



Malaysiakini adalah portal yang diwujudkan untuk menghuru-harakan negara ini. Dimiliki dan dibiayai oleh George Soros, Malaysiakini dari awal kewujudannya dilihat membuat dan memberikan laporan putar belit untuk memburuk-burukkan kerajaan dan mana-mana pemimpin kerajaan.

Walaupun ada yang berpendapat, Malaysiakini adalah sebuah portal berita yang maksud penubuhan dan fungsinya adalah melaporkan sebarang berita, tetapi melihat kepada kecenderungannya untuk mencipta fitnah bagi tujuan mencetuskan persepsi dan penentangan, apatah lagi hampir tiada langsung berita-berita bercorak sama ke atas DAP dan PKR, Malaysiakini tidak syak lagi merupakan agen terlatih yang digunakan untuk memerangi Malaysia dari dalam.

Anda pernah melihat Malaysiakini bersungguh-sungguh membongkar penyelewengan tanah di Pulau Pinang? Ada atau tidak Malaysiakini melaporkan tentang Naib Pengerusi PKR Sabah yang telah diperintah membayar RM557 juta kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah kerana cubaan menipu tanah rakyat di Sabah?

Langsung tidak ada!!!

Justeru apabila Malaysiakini melaporkan kononnya Timbalan Perdana Menteri telah mencetuskan kekecohan kerana membatalkan atau menangguhkan perjanjian untuk pengambilan 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh, fitnah yang cuba dilakukan oleh Malaysiakini itu sudah dapat dihidu.

Motif fitnah yang dilakukan oleh Malaysiakini itu adalah untuk menunjukkan Zahid Hamidi mahu menganugerahkan projek pengambilan tenaga kerja berjumlah 1.5 juta orang Bangla itu kepada syarikat kroni yang ada bau-bau UMNO, SYNERFLUX yang mempunyai kaitan dengan BESTINET dan JR JOINT RESOURCES. (RUJUK SINI)

Asas kepada fitnah tersebut adalah sepucuk surat kononnya bertarikh 6 November yang berjaya diperolehi oleh Malaysiakini.

Timbul persoalan, bagaimana Malaysiakini boleh mendahului keputusan Kerajaan Malaysia dalam isu ini, sedangkan Kerajaan Malaysia belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini. Malah, Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia dan Bangladesh sendiri pun masih di peringkat perbincangan.

Kalau masih di peringkat perbincangan, bagaimana Zahid boleh over-rule segala-galanya dengan membatalkan atau menangguhkan pengambilan sepertimana yang dituduh oleh Malaysiakini? Apakah Malaysiakini hendak menyatakan bahawa Zahid dan Malaysia adalah negara tuan kepada Bangladesh dan Malaysia boleh berbuat apa-apa sahaja ke atas Bangladesh tanpa sebarang Memorandum Persefahaman?

Setakat ini, tiada mana-mana syarikat sama ada dari Malaysia atau Bangladesh telah diberikan autoriti bagi menguruskan pengambilan pekerja asing. Justeru, dari mana Malaysiakini perolehi surat bertarikh 6 November itu? Mengapa Malaysiakini tidak memaparkan surat berkenaan dalam laporan mereka, walaupun sebelum ini, Malaysiakini tidak sabar-sabar untuk menyiarkan sebarang dokumen bagi mengukuhkan hujah dan fitnah sepertimana yang mereka lakukan dalam isu 'cincin Rosmah Mansor'?

Apakah sekali lagi Malaysiakini bebas berbuat fitnah sesuka hati mereka, dan kemudian meneruskan legasi menghuru-harakan negara ini dengan laporan-laporan palsu yang bertujuan mewujudkan persepsi dan menaikkan sentimen?


Yang pasti, laporan yang dibuat oleh Malaysiakini dalam isu ini ialah, TUDUHAN BAHAWA ZAHID TELAH OVER-RULE UNTUK MEMASTIKAN SYARIKAT KRONI MEMPEROLEHI KONTRAK sepertimana yang terkandung dalam artikel mereka:

"Beliau tidak menyatakan nama syarikat yang dimaksudkannya tetapi dipercayai bahawa syarikat berkenaan adalah Synerflux.

Pada 21 September lalu, Wisma Putra, dalam surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Synerflux dilantik sebagai "entiti tunggal dan eksklusif” untuk menjalankan sistem pengurusan berpusat bagi pengambilan pekerja Bangladesh.

Bulan lalu, Zahid dalam jawapan bertulis kepada Parlimen memaklumkan kementeriannya "memilih Synerflux selepas menilai cadangan dan perbincangan awal dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen, berdasarkan konsep pengambilan pekerja Bangladesh melalui dalam talian".

Kaitan Bestinet dan Synerflux
Isu itu menjadi tajuk utama apabila firma - Real Time Networking - milik adik Zahid, Abdul Hakim Hamidi dilaporkan adalah antara mereka dalam perbincangan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut di mana setiap pekerja yang diambil dikenakan bayaran sebanyak RM3,000.

Zahid kemudian memberitahu Dewan Rakyat bahawa syarikat adiknya tidak akan dilantik.

Sistem pengurusan pengambilan pekerja asing dalam talian sebelum ini disediakan oleh Bestinet, tetapi khidmat firma itu digantung selepas ejen dalam dan luar negara mengadu tentang yuran tinggi yang dikenakan.


Friday, August 14, 2015

WATAK YANG SAMA, CERITA YANG SAMA, TAPI DI TANGAN MALAYSIAKINI, LAIN MAKSUDNYA!!!



Baca dua cerita yang sama sekali berbeza maksud walaupun peristiwa dan wataknya sama:

SINAR ONLINE

Saman bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pengedaran dokumen laporan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor selesai selepas menerima permohonan maaf bekas Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin selaku defendan membacakan permohonan maaf itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam M Gunalan sebentar tadi.

Khalid turut membacakan kenyataan penerimaan plaintif yang menerima permohonan yang dibuat Saifuddin.

Khalid memfailkan saman itu terhadap Saifuddin berdasarkan kapasiti peribadi dan jawatan Setiausaha Agong PKR.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen laporan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnahnya.

Dokumen itu didakwa dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan penyelesaian hutang Bank Islam.

Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 8.50 pagi diiringi pegawai penjara untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi kes tersebut yang telah ditetapkan untuk perbicaraan bermula hari ini.

Turut hadir, keluarga Anwar, Naib Presiden, Tian Chua, Rafizi Ramli, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifi Ahmad dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi.


Saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.

Kes itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam dan saling bermohon maaf.

Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid selaku plainatif, Saifuddin sebagai defenden dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes itu.

Turut hadir veteran DAP Lim Kit Siang, ahli keluarga Anwar dan penyokong.

Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen "Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor" bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Pada 21 September 2014 lalu, Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatannya sebagai menteri besar selepas Selangor melalui kemelut politik panjang.

MALAYSIAKINI TERANG-TERANG MELAKUKAN PENIPUAN DAN FITNAH KE ATAS ZETI!!!



Tajuk berita Malaysiakini yang berbunyi, ‘Zeti: I may be arrested for speaking about an individual‘, sebenarnya berniat jahat dan sengaja memesongkan kefahaman sebenar. 
Malaysiakini telah memetik Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz sebagai berkata(lihat tangkapan skrin di bawah):
“Otherwise, the moment I step out of this door, I will face arrest for talking about an individual right now.”
Yang sebenarnya yang dicakap Zeti ialah, “Otherwise, the moment that I step out of this door, I will face arrest for talking about an individual ACCOUNT.”
Cuba anda dengar sendiri rakaman audio-visual dalam klip video di bawah.
Banyak beza sebenarnya di antara isi percakapan Zeti dengan laporan palsuMalaysiakini.
Memang mengikut undang-undang pembankan (Bafia), butir-butir peribadi akaun adalah rahsia.
Yang dibuat spin Malaysiakini ialah gambaran bahawa Zeti akan ditangkap dengan serta-merta sekiranya beliau menyebut apa-apa tentang ‘seseorang individu tertentu’ pada masa kini.

Itulah. Portal-portal pemfitnah tak habis-habis dengan putar-belit criminal defamation mereka.
 
Blogger Templates