Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label SKMM. Show all posts
Showing posts with label SKMM. Show all posts

Wednesday, August 3, 2016

TINDAKAN SKMM TERLALU LEMBUT TERHADAP JUDI ONLINE, WALAUPUN IANYA SEMAKIN MENJADI-JADI!!!



Kalau semuanya nak harapkan aduan, baru nak bertindak, jawabnya memang tidak akan ke mana-manalah undang-undang negara ini. Penguatkuasaan sekadar berdasarkan aduan. Tak ada aduan, bermakna tak adalah tindakan.

Dengan kata lain, bila tak ada aduan, kesimpulan mudah yang dibuat ialah, tiada sebarang masalah dan kalau ada pun masalah, ia akan ditepi dengan label, hanya remeh, renyah dan mengada-ngada.




Sudah ramai pengguna telefon bimbit yang merungut nombor telefon mereka telah dicabuli dengan iklan-iklan judi online. Bagaimana sindiket-sindiket judi tersebut memperolehi nombor telefon mereka, hampir tidak ada jawapan, terutama sekali daripada TELCO.

Selain judi online, turut mencabul adalah peniaga insuran yang akan menyamar sebagai kakitangan bank yang seringkali digunakan oleh pemilik nombor telefon. Kononnya mereka mewakili pihak bank walaupun sebenarnya mereka tidak ada kena-mengena dengan bank, melainkan memperolehi nombor telefon pelanggan yang sepatutnya dirahsiakan oleh pihak bank.

Di mana fungsi SKMM dalam hal ini?




Cukupkah dengan hanya menyekat, memansuh dan menyita nombor-nombor telefon yang berkaitan dengan sindiket judi, tetapi pada masa yang sama, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap sindiket tersebut yang boleh menggunakan nombor baru tanpa sebarang sekatan?

Kalau PBT dan PDRM tidak mampu menghapuskan dan menangani masalah premis judi haram dengan saling tuding menuding menyalahkan antara satu sama lain, nampaknya SKMM juga tidak kurang cacatnya dalam tindakan mereka yang lebih kepada LAKONAN semata-mata.


Maka tidak hairanlah mengapa terlalu banyak kes-kes berkaitan POTA yang dibiarkan begitu sahaja oleh SKMM.

Mengapa agaknya, semua agensi penguatkuasaan tidak boleh digembeleng untuk  memerangi sebagai contohnya sindiket judi online ini dan menangkap dalang serta taukeh besarnya?

Ada apa-apa cerita lain di belakang kisah ini?


Friday, October 2, 2015

RAKYAT LEBIH GEMARKAN JALUR LEBAR BERKELAJUAN RENDAH... HAHAHAHAHA... KOLEKSI DATA LAWAK APAKAH INI WAHAI SKMM?



Kedudukan Malaysia dalam ranking penggunaan Internet dunia setakat 2014 adalah pada tangga ke-37. Pengguna Internet di Malaysia adalah seramai 12,150,362 orang. Pertambahan pengguna setiap tahun adalah 16% bersamaan dengan 1,698,742 orang. Jumlah penduduk negara ini pula adalah seramai 30,187,896 orang. Perubahan jumlah penduduk bagi setahun adalah 2.85%. Penembusan Internet pula hanyalah 40.25%. (RUJUK SINI)

Jawapan yang diberikan oleh SKMM berhubung harga dan kelajuan Internet di Malaysia, membuatkan ramai pengguna Internet yang mencemuh badan tersebut.

Kegagalan pihak berkenaan untuk berkompromi atau mengarahkan TELCO yang merupakan provider utama Internet menurunkan harga, lebih banyak diperkatakan oleh masyarakat pengguna berbanding kelajuan Internet.

Dengan memberikan alasan, pengguna lebih banyak memilih Internet berkelajuan rendah untuk mengurangkan kos pembayaran, ternyata, hala 'sokongan' SKMM dapat dilihat lebih condong kepada provider berbanding pengguna.

Ketika negara-negara lain sedang berlumba-lumba untuk memastikan perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi diberikan kepada para pengguna, di Malaysia pula, lain jadinya. Perkhidmatan Internet berharga tinggi dilihat menjadi keutamaan kesemua pihak terbabit.

Ini dapat dilihat menerusi alasan, pengguna yang memilih Internet berkelajuan tinggi perlu membayar lebih kepada TELCO. Lebih malang lagi ialah, walaupun pengguna memilih skim yang berkelajuan tinggi dan provider pula meuwar-uwarkan tentang perkhidmatan 3G atau 4G, liputan talian pula amat mengecewakan. Dengan kata lain, pengguna membayar untuk harga tinggi sedangkan perkhidmatannya amat terhad.

Sebenarnya pusinglah kut mana pun, alasanlah apa pun oleh SKMM dan sewaktu dengannya, hakikat sebenar yang dihadapi oleh masyarakat pengguna Internet di negara ini adalah ORIENTASI MENGAUT KEUNTUNGAN BERLEBIHAN oleh TELCO. Syarikat-syarikat tersebut tidak pernah peduli sama ada pengguna boleh menggunakan perkhidmatan mereka secara optimum atau langsung tidak menggunakannya, sebaliknya, yang syarikat-syarikat tersebut hadap sangat adalah KEUNTUNGAN TINGGI.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM (RUJUK SINI) sebenarnya tidak lebih daripada sekadar untuk menyedapkan telinga para pengguna yang saban waktu terus ditekan dengan harga yang adakalanya tidak munasabah berdasarkan mutu perkhidmatan syarikat-syarikat tersebut.


Saturday, August 15, 2015

SKMM HANYA ARAHKAN MALAYSIAKINI TARIK BALIK DUA ARTIKEL FITNAH



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan dua notis kepada portal berita Malaysiakini untuk mengeluarkan dua artikel yang didapati mengandungi fakta tidak benar daripada laman sesawangnya.

SKM dalam kenyataanya berkata, artikel tersebut yang bertajuk, 'Reports filed against Chief Sec, PSD Head' dan 'Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA' telah disiarkan semalam.

"SKMM mendapatkan berita dalam kedua-dua artikel tersebut tidak benar sepertimana penafian SKMM yang pegawai-pegawainya telah membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Kerajaan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009," kenyataan tersebut dipetik sebagai berkata.

Sehubungan dengan itu, SKMM mengingatkan portal berita tersebut agar lebih bertanggungjawab an memeriksa kebenaran berita-beritanya sebelum menerbitkan atau memuatnaik ke laman sesawang.

SKMM turut menekan bahawa penyiaran kandungan yang tidak benar menerusi laman sesawang adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesalahan boleh membawa kepada hukuman denda sebanyak RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

BERNAMA



Monday, July 20, 2015

TINDAKAN SEKAT SARAWAK REPORT OLEH SKMM SUDAH TERLAMBAT!!!


Selepas berlaku pelbagai kekecohan, fitnah dan kerosakan besar, barulah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan menutup akses ke laman sesawang Sarawak Report.

Sarawak Report asalnya diwujudkan untuk menghentam, menfitnah dan cuba menggulingkan bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Walaupun pelbagai desakan dibuat agar akses kepada Sarawak Report segera disekat, SKMM langsung tidak peduli.

Begitu juga dalam hal 1MDB. Sarawak Report adalah antara yang paling kuat melakukan fitnah dan hasutan, sehinggakan sebahagian besar rakyat Malaysia cukup percaya dan beranggapan, apa-apa sahaja yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah umpama ayat-ayat al Quran yang tidak dipinda atau diubahsuai selain wajib diimani.

Semua tuduhan yang dilemparkan oleh Sarawak Report, akan dianggap sebagai fakta. Fitnah Sarawak Report tentang akaun peribadi Najib Abdul Razak, disambut dengan gesaan agar Najib Abdul Razak mendedahkan semua akaun peribadinya untuk dinilai oleh rakyat Malaysia. Malah ada yang BEROTAK SEKERAT, menggesa pula pihak bank agar menjadikan kerahsiaan akaun peribadi pelanggan-pelanggan mereka sebagai akses semata-mata untuk membuktikan tiada sebarang penyelewengan dilakukan.

Menariknya, puak yang sama, yang kuat berkompang agar bank dan Najib Abdul Razak mengikut kehendak mereka, tidak pula mampu berbuat begitu. Tiada seorang pun daripada mereka yang bercakap pandai, berani untuk mendedahkan setiap butiran dan perincian dalam akaun bank masing-masing kepada awam terutama sekali punca dan kemasukan wang ke dalam akaun mereka.

Setelah sekian lama, SKMM bagaikan baru tersedar dari tidur dan melakukan sekatan, walaupun ketika sekatan dibuat, kerosakan telah pun berlaku secara besar-besaran dan TIDAK LAGI BOLEH DIPERBAIKI atau mengambil masa dan kos yang sangat besar untuk pemulihan.

Artikel berikut dari CILISOS sedap untuk dibaca!!!


Thursday, July 9, 2015

SKMM PERLU TERANGKAN, MACAM MANA PENDATANG ASING DAN HARAM DI CAMERON HIGHLAND BOLEH GUNAKAN PARABOLA SECARA TERBUKA!!!



Bukan satu, tetapi lebih 300 parabola digunakan secara berleluasa dan terbuka oleh pekerja asing di kawasan tanah tinggi ini.

Parabola yang dilarang penggunaannya di negara ini boleh dilihat di kebanyakan rumah pekerja di kebun-kebun sayur terutama di Ringlet seperti tiada sekatan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan set parabola haram itu diseludup dari Thailand, Singapura dan Indonesia yang biasanya dibawa bersama barang-barang larangan import kastam lainnya.


Selain tauke, pekerja mereka juga didapati semakin berani memasang cakera haram di bumbung rumah masing-masing sama ada secara terbuka atau tersembunyi di bahagian belakang kediaman.

“Set parabola haram yang dipasang ini mampu menerima siaran televisyen percuma dari luar negara termasuk dari negara asal warga asing berkenaan,” kata sumber yang mengiringi wartawan Utusan Malaysia ke tanah tinggi itu.


Apa yang membimbangkan, kata sumber tersebut, warga asing itu menerima setiap siaran secara langsung tanpa tapisan.

“Banyak unsur tidak baik dalam siaran televisyen yang diterima oleh parabola tersebut. Kalau begitulah caranya bagaimana mereka hendak membiasakan diri dengan budaya tempatan?,’’ kata sumber itu lagi.


Sumber itu juga mempersoalkan ketegasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam menangani masalah tersebut kerana perbuatan tersebut semakin membimbangkan.

“Sepatutnya SKMM melakukan operasi untuk membanteras habis-habisan penggunaan parabola haram berkenaan, tetapi keadaan itu seolah-olah tidak berlaku,’’ katanya.

Turut menjadi persoalan, bagai­manakah parabola itu boleh melepasi kawalan pihak berkuasa sehingga begitu mudah digunakan secara meluas di kawasan ini.

“Agensi yang terlibat perlu menjalankan siasatan rapi dan membanteras penggunaan parabola sebelum menjadi semakin tidak terkawal,’’ katanya. (SUMBER)


Saturday, January 3, 2015

BERITA PALSU BANJIR: TAK FASAL-FASAL 14 ORANG INI KENA BERSOAL JAWAB DAN TERDEDAH KEPADA AKTA HASUTAN!!!


CYBERJAYA: Setelah lapan individu tampil untuk memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

“Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil telah pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka telah hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan,” kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin.

Beliau berkata MCMC bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat.

Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenal pasti untuk tampil membantu siasatan:

1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. Ketiga-tiga individu telah tampil memberi keterangan.

2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. Empat individu telah tampil dan dua individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 881026-03-5993). 
Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan

ii. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083). 
Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan

3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu telah tampil.

4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). 
Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang

5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139). 
Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah

6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil,
i. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183). 
Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu

ii. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145). 
Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

iii. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901). 
Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor

iv. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708). 
Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan

v. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). 
Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang

7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104). 
Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

ii. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106). 
Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

iii. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916). 
Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154). 
Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka

9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303). 
Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26100 Kuantan, Pahang

10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258). 
Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan

Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat MCMC, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera.

Tuesday, December 30, 2014

SKMM DIPERSENDAKAN OLEH AYAHNDA RAJA PROVOKASI MENERUSI PELBAGAI FITNAH SUBVERSIF!!!



Dua hari lepas, Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) menyiarkan beberapa nama individu yang mempunyai kaitan dengan penyebaran maklumat palsu membabitkan kejadian banjir di Manek Urai.

Ia bagaimanapun, tidak mengurangkan kepelbagaian berita dan maklumat palsu, bahkan fitnah semakin menjadi-jadi di Facebook memandangkan SKMM masih gagal mengesan serta mengambil tindakan ke atas individu-individu berkenaan.


Antara yang paling kurang ajar dan mempunyai maksud jelas membangkitkan kemarahan, kebencian dan konflik di negara ini adalah individu yang menggunakan akaun Facebook atas nama Ayahnda Raja Provokasi. Beberapa pendedahan sebelum ini, masih gagal menjentik tindakan daripada SKMM. Tiada sebarang ulasan daripada SKMM walaupun hasutan yang dilakukan oleh individu terbabit sebenarnya jauh lebih merbahaya berbanding maklumat palsu Manek Urai yang disebarkan

Satu-satunya yang diketahui laporan polis dibuat adalah membabitkan niat jahat yang dibuat ke atas Ketua Polis Negara. Selain daripada itu, tidak ada.


Ketika rakyat Malaysia sedang menumpukan perhatian kepada musibah banjir yang sedang melanda di beberapa buah negeri, individu berkenaan sekali lagi berusaha membangkitkan kebencian antara penganut Islam dan Kristian. Individu ini berniat untuk menimbulkan kekacauan serta peperangan saudara di Malaysia, manakala kegagalan pihak berkuasa untuk mengesan dan menangkapnya, telah digunakan untuk menambahkan lagi bahang hasutan yang telah dimulakannya.

Monday, December 29, 2014

JOM KITA TOLONG SKMM DEDAHKAN PUAK YANG KUAT BUAT FITNAH DAN TEMBERANG BANJIR UNTUK DAPAT PERHATIAN!!!



Semenjak awal banjir lagi, Pakatan Rakyat tidak langsung muncul, tidak langsung peduli dan tidak langsung mencari jalan untuk menolong rakyat yang terjejas walaupun sebahagian daripada mereka adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat sendiri.

Tetapi apabila Kerajaan Pusat, agensi-agensi berkaitan serta UMNO-BN dan badan-badan sukarela mula menghantar bantuan setelah jalan perhubungan dan akses untuk ke tempat-tempat yang terjejas banjir, barulah Pakatan Rakyat terutama sekali DAP mencari jalan untuk mempopularkan diri.



Paling ketara ialah, para penyokong PASMA yang bukan sahaja mengajar para penyokong mereka yang merupakan mangsa banjir untuk tidak berterima kasih tetapi juga mengajar mereka dengan pelbagai perkara fitnah supaya imej PAS dan PASMA tidak terjejas kerana bantuan-bantuan yang diterima.

Manakala para penyokong mereka yang berada di atas kerusi empuk dan di hadapan komputer pula, mencipta pelbagai cerita, pelbagai sajak dan puisi, pelbagai versi rintihan dan pelbagai kejadian-kejadian aneh yang berlaku dalam tayangan imaginasi mereka.



Jadi, mari kita TOLONG MEREKA untuk menceritakan perkara sebenar di bawah siasatan SKMM kalau benarlah berita tentang SKMM sedang memburu golongan yang buat cerita fitnah tentang banjir....

Mari kita dedahkan satu persatu menggunakan medium yang sangat mereka sukai iaitu FACEBOOK dan blog!!!


Friday, October 17, 2014

HARGA INTERNET MALAYSIA JAUH LEBIH MAHAL DAN LEMBAB BERBANDING KAMPUCHEA DAN VIETNAM!!!


Harga internet dan jalur lebar di negara ini disifatkan terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok Hoong berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia perlu diturunkan kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini.

“Dari pemerhatian kami, kualiti servis internet yang ditawarkan perlu ditingkatkan berdasarkan banyak rungutan daripada pengguna yang kecewa dengan harga yang mahal tetapi servis yang teruk.

“Kebanyakan masyarakat di negara ini yang menggunakan internet terdiri daripada mereka yang masih belajar dan baru hendak mula bekerja. Harga purata untuk jalur lebar dan internet mudah alih sekitar RM79 dan RM133 akan membebankan mereka,” katanya, semalam.

Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada 22 peratus pada 2008 kepada 60 peratus pada suku pertama tahun ini.

Malah, berdasarkan kajian Bank Dunia, peratusan ini akan terus meningkat pada tahun akan datang.

Menurut Kok Hoong, kerajaan perlu memikirkan cara menurunkan harga internet berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat.

“Kita sedang menuju ke arah negara maju dan ekonomi baru yang menggunakan internet dalam semua urusan.

“Masyarakat juga menjadikan penggunaan media sosial sebagai salah satu sumber pencarian mereka terutama dalam urus niaga elektronik,” katanya.

Jadi katanya, harga internet yang murah akan memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memperoleh perkhidmatan yang ditawarkan.

Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat menurunkan harga internet, kualiti perkhidmatan itu perlu dipertingkatkan selari dengan harga yang dikenakan.

“Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengujian internet dunia Ookla, Malaysia berada pada kedudukan 126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia,” katanya.

Malah katanya, Malaysia berada di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu.

 
Blogger Templates