Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, February 27, 2015

SUNGGUH KESIAN WEI AIK, SURAT JEMPUTANNYA TIDAK SAMPAI DAN GAMBAR GUAN ENG PULA DICAMPAKKAN KE DALAM TONG SAMPAH!!!


Semalam adalah perayaan ulang tahun Jade Emperor bagi masyarakat Hokkien dan ia merupakan sambutan Tahun Baru bagi masyarakat Cina dari suku Hokkien.

Kebanyakan masyarakat Hokkien kalau di Malaysia bermastautin di bahagian Utara Semenanjung termasuklah di Pulau Pinang.

Semalam juga, telah diadakan sambutan ulang tahun Jade Emperor di Pulau Pinang. Sambutan besar-besaran turut dibuat di Chew Jetty di Parlimen Tanjong, kawasan yang kononnya sarang terkuat Ng Wei Aik yang sebelum ini merupakan ADUN Komtar dan cukup terkenal menerusi tindakannya menghalau para peniaga dari suku Malabari atau Melayu Peranakan, 'pulang' ke India. Dia pernah terlibat dalam kes tong gas sebuah restoran mamak.



Yang datang ke majlis tersebut adalah pemimpin-pemimpin Cina dari Barisan Nasional. Kelibat Ng Wei Aik dan Lim Guan Eng, langsung tidak kelihatan. Lebih malang lagi, gambar-gambar Lim Guan Eng yang tergantung telah diambil oleh sebilangan hadirin dan dicampakkan masuk ke tong sampah!

Rupa-rupanya Ng Wei Aik tidak mendapat jemputan. Ternyata dia begitu kecewa kerana tidak dijemput dan kekecewaannya itu diluahkan menerusi kenyataannya di media sosial.


Ng Wei Aik cakap.... Saya nak buat umuman di sini. bukan saya tak nak hadir majlis sembayang di chew jetty,sebagai mp tanjong, saya memang harap sertai majlis mlm ini. tetapi sampai hari ini, saya belum terima sebarang jemputan atau telephone dari pemimpin chew jetty. mereka bukan saja tak mau wang diberi oleh kerajaan negeri, tetapi juga tak peduli cm dan wakil rakyat yg dipilih oleh rakyat penang. wat kind of thinking they hv? (Tan Khai Beng)

Sampai terpaksa guna modal, PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI. Malah terpaksa mengungkit yang dia adalah wakil rakyat kawasan tersebut. Paling menyedihkan sekali ialah apabila dia turut mengungkit, perayaan yang begitu besar dan amat penting kepada masyarakat Hokkien tersebut turut mengenepikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng!

Tak kesian ke kat Ng Wei Aik yang mendapat jolokan ROTTWEILER di kalangan masyarakat Cina Pulau Pinang tu?


2 comments:

Anonymous said...

Orang Chew Jetty tak suka sama Ng Wai Aik. Ini Adun Samseng kerajaan DAP Pulau Pinang.

Anonymous said...

Tapi kita juga kena berhati hati......dah bykkkk kali hanya lakunannnnnn....kan sekarang musim boikot, mungkin hanya nak tunjuk dia org bergaduh...di belakang kita tak tauuuuu.....harapan supaya org melayu dah kembang hati , tak jd boikot...dah 2x p.raya menunjukkan citer sebenar...depan lain belakang lain.......saya tetap dulukan brgan melayu, bumiputera, islam..dan kedai melayu bumiputera islam........

 
Blogger Templates