Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 25, 2015

DRAMA HALAU HADI AWANG NAIKKAN MAT SABU, AKHIRNYA YANG TERKENA ADALAH MELAYU-ISLAM JUGA!!!



Walau apa pun drama yang sedang berlangsung antara PAS dan DAP serta rasukan PKR agar UMNO dan Najib Abdul Razak turut bermain dengan drama hudud bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat, yang pasti, permainan sebenar adalah bukan sekadar berlegar di sekitar PAS-PKR-DAP-UMNO tetapi sebenarnya melangkau jauh dari lingkungan Melayu-Islam-Bumiputera, sepertimana yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew lebih lima dekad lalu.

Sudah ada perubahan besar dalam PAS. Beberapa pemimpin yang sebelum ini dilihat sentiasa patuh dan akur dengan segala titah perintah DAP terutama sekali dari Lim Guan Eng, mula bercakap terbalik. Sudah mula berani menyanggah Lim Kit Siang, bapa si Guan Eng yang mahukan Hadi Awang digantikan dengan orang lain sebagai Presiden PAS. Kata mereka, halau dan putuskan hubungan dengan Hadi Awang bermakna putus hubungan dengan PAS. DAP tanpa PAS, tidak mungkin akan dapat mengekalkan 37 kerusi Parlimen yang dimiliki sekarang.

Terbaru adalah Mahfuz Omar selepas Khalid Samad dan Nizar Jamaluddin.

Punah juga harapan Husam Musa, Phahrolrazi Zawawi dan beberapa orang yang lain untuk melihat 'perubahan' besar dalam PAS.

Tuduhan ke atas Hadi Awang kononnya telah bekerjasama dengan UMNO, rupa-rupanya tidak disenangi oleh para pemimpin kanan PAS yang lain. Apath lagi dengan hakikat bahawa penerimaan undang-undang hudud yang penuh kontrovers itu hanya berlangsung di Kelantan dan pembentangan RUU Hudud di Parlimen tidak lama lagi, hanyalah untuk membolehkan DUN Kelantan menggazetkan undang-undang berkenaan bagi perlaksanaan di negeri itu, apatah lagi undang-undang syariah itu hanya terkesan kepada golongan beragama Islam, menjadikan perjuangan DAP itu hanya dilihat sebagai cubaan untuk menghalang orang Melayu-Islam daripada bekerjasama dan mengukuhkan keamanan di negara ini.


PKR dan para pemimpin Melayu mereka sedang berusaha untuk mendapatkan jawapan TIDAK daripada Najib Abdul Razak bagi memanjangkan dan merealisasikan objektif utama DAP. Itulah yang membuatkan mereka terlalu kalut memberikan tekanan kepada Najib sehingga perlu memberikan tempoh selama 48 jam untuk Najib menyatakan TIDAK kepada undang-undang hudud bagi tujuan manipulasi.

PKR melihat Barisan Nasional sebagai gabungan dan campuran yang pelbagai dan lebih rumit berbanding Pakatan Rakyat. Barisan Nasional bagaimanapun bertunjangkan UMNO dan DAP seringkali melabelkan UMNO sebagai ABANG BESAR, manakala parti-parti seperti MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain sebagai budak buli UMNO semata-mata.

Justeru jawapan TIDAK itulah yang amat diperlukan oleh PKR daripada Najib Abdul Razak bagi tujuan memecah belahkan Barisan Nasional pula. Lagipun dengan penentangan yang ditunjukkan oleh MCA, GERAKAN dan MIC kepada PAS, PKR dan DAP melihat ini adalah peluang utama mereka untuk mengalihkan isu perpecahan dalam Pakatan Rakyat walaupun mereka akhirnya melihat memecahkan dan menjuzukkan Melayu-Bumiputera-Islam jauh lebih menarik demi memastikan kelangsungan dan ketuanan DAP!!!




2 comments:

Anonymous said...

jadi jalan mana yg selamat dibawa ah jib gor?atau biarkan ahli parlimen BN menentukan pilihan masing2..

Unknown said...

Hukum islam ada 2 iaitu hukum syarak dan hukum jazak. Hukum syarak ada 5 ia itu yang wajib, yang sunat, yang haram, yang makruh dan yang harus. Hukum jazak ada 2 iaitu hukum pembalasan , buat baik balasan akhirat surga buat jahat balasan neraka. Seperti orang kapir yang mati pasti ke neraka. Orang yang lahir islam tapi tak ikut hukum syarak(agama,) mati tunggu la di padang masyar perbicaraan d hadapan allah swt iaitu hukum jazak masa itu kuasa politik, jawatan, harta tak berguna.

 
Blogger Templates