Saya merujuk kepada kenyataan media oleh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail hari ini berkaitan lapuran hudud qazaf terhadap Tan Sri Shafee
Abdullah konon menuduh Anwar Ibrahim berliwat.
Lapuran dibuat dibawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syarie Selangor berkaitan kesalahan hudud qazaf.
1. Seksyen 36 hanya berkaitan hukuman hudud qazaf terhadap 'orang yg menuduh orang lain melakukan zina'.
2. Sedangkan dakwaan terhadap TS Shafee adalah berkaitan menuduh Anwar
melakukan liwat sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Oleh itu, berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah, 'zina' tidak termasuk
liwat!
3. Atas alasan inj sahaja saya mendesak JAIS supaya menolak lapuran hudud qazaf terhadap TS Shafee.
4. DS Wan Azizah pernah menegaskan termasuk semasa kempen PRK Permatang
Pauh bahawa PKR menolak cadangan PAS untuk mengemukakan RUU berkaitan
hudud, dan jika dibawa ke Parlimen beliau tidak akan menyokongnya.
5. Jelas ini adalah amalan politik dualam & cakap tak serupa bikin.
Dalam menolak RUU Hudud PAS, mereka mahu hukuman hudud qazaf dikenakan
terhadap TS Shafee.
6. Ini adalah satu sikap hipokrit politik yang membuktikan PKR bersedia
mempermainkan hukum hudud hanya untuk kepentingan peribadi dan politik
mereka!
7. Saya berharap rakyat termasuk umat Melayu-Islam khususnya ahli PAS
dapat melihat sandiwara ini dan menolak politik batil yang dibawa oleh
PKR.
8. Malah PAS wajib memutuskan segala bentuk kerjasama politik dgn PKR
sebagaimana mereka lakukan terhadap DAP demi untuk mempertahankan maruah
Islam!
Sekian terima kasih.
Zulkifli Noordin
Jumaat
09 Ramadhan 1436
26 Jun 2015
2 comments:
Mempersenda dan mempermainkan agama Islam untuk kepentingan peribadi ... tunggulah balasannya di akhirat kelak.
Terbaik..zul hang memang loyar...
Post a Comment