Pengurusan Suria KLCC sekali lagi mendapat kecaman dan menjadi perhatian apabila menganaktirikan produk tempatan...
Cuma kali ini, pengurusan Suria KLCC tidak tampil memberikan penjelasan mengapa mereka menolak jenama produk tempatan di premis yang dibina menggunakan wang rakyat itu.
Tindakan Suria KLCC Sdn. Bhd. mengarahkan BTC Clothier Sdn. Bhd. berpindah ke lokasi baru, memberikan gambaran bahawa pengurusan tersebut mendiskriminasi jenama-jenama Malaysia. Itu yagn dikatakan oleh Liew Yam Ngoon, 64, pengasas, CEO dan pengarah BTC Clothier yang memiliki dan menguruskan 'BritishIndia', di Mahkamah Tinggi semalam.
BTC Clothier telah menyaman Suria KLCC kerana membatalkan perjanjian sewa mereka menerusi surat bertarikh 4 Julai 2014.
Menurut Liew, Suria KLCC sebelum ini menunjukkan sokongan kuat ke atas jenama-jenama tempatan dan telah membantu pameran BritishIndia bersama-sama jenama-jenama antarabangsa yang lain.
"Bagaimanapun, kini Suria KLCC tidak lagi memberikan sokongan kepada jenama-jemana Malaysia dan berusaha keras untuk mendiskriminasinya. Semenjak Andrew Brien menjadi CEO Suria KLCC, semuanya berubah secara drastik. Satu demi satu, jenama Malaysia dikeluarkan dari premis-premis defendan seperti Kelantan Delights, Ombak, Mayfair dan Carat Club," katanya pada hari kedua perbicaraan.
Menurut saksi, lima tahun lepas, Suria KLCC telah mencuba secara tidak sah untuk membatalkan Perjanjian Sewa dengan BTC Clothier dengan memberikan alasan yang mereka mempunyai rancangan bagi sewaan baharu secara campuran.
Saksi itu berkata, lima tahun kemudian, Suria KLCC masih menggunakan alasan yang sama tetapi sehingga sekarang, tiada rancangan besar atau bukti yang diberikan kepada BTC Clothier mengenai perkara itu walaupun banyak permintaan dibuat.
Liew berkata BTC Clothier telah membuka sebuah kedai di Suria KLCC sejak 1998 dengan menyewa lot-lot di Lot 111A-B, Aras 1, dan ia terletak di lokasi strategik di gedung beli-belah itu.
Pada 24 Februari, tahun ini, BTC Clothier memperoleh injunksi daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang Suria KLCC daripada mengganggu perniagaannya di premis tersebut sementara menunggu kes saman itu didengar.
Pada Julai 2014, BTC Clothier, selaku plaintif, memfailkan saman terhadap Suria KLCC mendakwa defendan secara menyalahi undang-undang menamatkan perjanjian sewaan melalui surat bertarikh 4 Julai, 2014.
Dalam pernyataan tuntutannya, BTC Clothier berkata Suria KLCC mengancam untuk menutup premis BritishIndia pada 10 malam pada 7 Julai, 2014, jika plaintif enggan menerima tawaran sewaan baharu daripada defendan.
BTC Clothier mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa perjanjian sewaan sekarang antara kedua-dua pihak masih sah dan bahawa tindakan defendan untuk menamatkannya adalah menyalahi undang-undang.
BTC Clothier juga mahu supaya defendan atau kakitangan mereka tidak mengganggu urusan perniagaan di premis tersebut atau menutup atau menyekat peragaan produk.
Syarikat itu juga memohon ganti rugi am, faedah dan kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
BTC Clothier yang menjual pakaian berjenama dan barangan kelengkapan rumah, mempunyai 13 cawangan di Malaysia dan lima di Singapura selain rangkaian runcit di seluruh Asia Tenggara.
BTC Clothier diwakili peguam Gideon Tan sementara peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Suria KLCC.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin bersambung 25 Ogos. – Bernama
High risks, low reward – lament of a firefighter
37 minutes ago
3 comments:
Fenomena ni bukan sebab CEO baru tetapi lebih kepada PM yg tiada citarasa dan kebanggaan barangan tempatan. Ni lebih kepada fulus, negara pun boleh digadaikan.
PM jugak yg salah... entahlah labuuuu..
GILA RBA NI....tak dak kerja lain ,..fitnah pm saja kerjanya....menyusahkan betul manusia sebegini.
Post a Comment