Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, September 6, 2015

ISMAIL SABRI BERCAKAP BENAR... JANGAN BIARKAN DAP JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!



Ada malaun yang berkata, Cina amat mustahil menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kata mereka, kalaupun UMNO tidak lagi menjadi kerajaan, kepala kerajaan tetap Melayu.

Yang menariknya, antara malaun-malaun yang bercakap seperti itu adalah veteran UMNO yang pernah jadi Menteri, pernah jadi Menteri Besar dan seringkali digambarkan sebagai seorang yang kuat membaca serta mengkaji.

Kita tidak pertikaikan keintelektualannya tetapi sebaliknya dia tidaklah perlu merendah-rendahkan keintelektualan pihak yang tidak berada dalam saf kepimpinan tetapi berkuasa menerusi pangkahan di kertas undi.

Tidak ada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menggariskan bahawa kewajipan seorang Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, Menteri Pelajaran, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Hakim Negara dan beberapa jawatan lagi, dikhususkan untuk Melayu-Bumiputera. Semua jawatan tersebut diperuntukkan sama seperti KONTRAK SOSIAL yang tidak berdokumen tetapi sekadar satu kefahaman dan tolak ansur sahaja.

DAP atau mana-mana entiti politik tidak memerlukan 2/3 penguasaan Parlimen secara bersendirian untuk mengubah segala-galanya termasuklah peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Cukup dengan penguasaan 112 kerusi Parlimen yang merupakan jumlah paling minoriti dalam penguasaan Parlimen Malaysia daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen. Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menjadikan jumlah tersebut berkali-kali ganda jumlahnya terutama menerusi pencantuman Singapura dengan Malaysia. Apatah lagi, antara dasar dan matlamat utama penubuhan DAP adalah mencantumkan Singapura dengan Malaysia kembali. Dan kerana itulah juga, DAP di Malaysia dan PAP di Singapura adalah sama dalam segala-galanya kecuali di Singapura, parti tersebut dikuasai oleh keluarga Lee dan di Malaysia, DAP dikuasai oleh keluarga Lim.

Kewujudan Institusi Raja-Raja Melayu juga tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan. Untuk meminda mana-mana bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan, memerlukan majoriti dua pertiga. Justeru, tiada sebarang masalah untuk penggubahan Perlembagaan Persekutuan apabila sudah memegang majoriti besar.

Kalaupun ada yang berkata, DAP perlu melepasi beberapa tahap seperti PDRM, ATM dan YDP Agong untuk jawatan tersebut, barangkali mereka tidak menilainya dari sudut Perlembagaan. Kalau sudah tidak ada penetapan dalam Perlembagaan Persekutuan tentang wajibnya seorang Melayu-Bumiputera dan beragama Islam, bagaimana pula malaun-malaun tersebut cukup yakin status tersebut tidak akan berubah?

Apa yang memberikan keyakinan kepada mereka bahawa beberapa Artikel dalam Perlembagaan Malaysia terutama sekali Artikel 2, 3, 32, 152, 153 dan sebagainya? Bahkan yang membabitkan Kewarganegaraan iaitu Artikel 14 sehingga Artikel 30?

Kata Ismail Sabri, sekiranya orang Melayu gagal untuk mempertahankan kerajaan UMNO/ BN, tidak mustahil DAP akan menjadi Perdana Menteri.

“Kalau kita (orang Melayu) gagal mempertahankan kerajaan ini, tidak mustahil Perdana Menteri kita daripada kalangan DAP.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak disebut Perdana Menteri mesti dari kalangan Malayu, Bumiputera. Sesiapapun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pemaju Masyarakat Risda 2015 di Hotel Kuala Lumpur International pada Jumaat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, sekiranya pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) akan membentuk sebuah kerajaan jika menguasai Parlimen.

“Dan secara konvensyennya di dalam parti yang bergabung tadi kalau parti itu majoritinya terbanyak, dia boleh minta menjadi Perdana Menteri.

“Kalau mereka (DAP) minta menjadi Perdana Menteri, sama ada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng akan menjadi Perdana Menteri dalam Perlembagaan,” katanya. (FMT)



5 comments:

Anonymous said...

kalau bole dah lama dah cina jadi pm
yang penting kalahkan omno
cakap nak bagi orang melayu takut
cerita bab artikel
sapa yang setuju artikel tu dulu ?
Dan secara konvensyennya di dalam parti yang bergabung tadi kalau parti itu majoritinya terbanyak, dia boleh minta menjadi Perdana Menteri
masa kat pp dulu omno banyak kerusi pasai pa tak minta jadi km
bila matdo mau tipu lagi melayu

Anonymous said...

jangan tanya orang melayu .. tanya pada diri sendiri. tak guna pun orang melayu undi UMNO kalau UMNO pun sama hampeh..

banyak isu dalam UMNO yang tak ditangani dengan baik.. pemimpin yang tak perform dan banyak kes harus dibuang.. hapuskan

ini yang buat orang ni yang membangsatkan parti UMNO

Najib dan kroni kroni wajib dihapuskan

Anonymous said...

DS Najib adalah perdana menteri Malaysia yang terakhir dari bani Melayu.

Anonymous said...

tun Razak perkasakan UMNO.najib bunuh UMNO.org melayu tak tau nak undi siapa esok(walaupun esok bukan PRU) DAP musuh Islam.PKR musuh melayu.PAS?sejak malaun2 anwarinas dah berambos dari PAS,nik ajis pun dah tak ada,nampaknya kepimpinan ulamak semangkin kuat.no choice,kita cuba PAS pulak.

Anonymous said...

Mmg benar kata2 Ismail sabri trsbut.. Jika nak cuba undi lah pakatan yg konon mnjamin masadpan anak cicit korang..kami yg afa pngalaman skadar menasihat, bkan mghalang..korang pun tahu kabinet yg drancang lbih mmberatkan dap..sekadar lbih lmbut gigi dr gusi..selok belok politik bkan cam main pondok2..pikir sbelom trlambat, kita x punye bnyak masa lg..asyik test parti je..negara ktinggalan dblkg..sbaiknya bina negara yg makmur n brsatu lah wahai melayu skelian..hidup melayu..!!

 
Blogger Templates