Malah tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng juga marahkan media-media massa arus Perdana berbahasa Kebangsaan yang tidak menyiarkan berita tentang kemenangannya dalam kes-kes saman fitnah di mahkamah namun pada masa yang sama, tidak berkata apa-apa kepada media-media arus berbahasa Cina dan Inggeris serta portal-portal berita pro-DAP yang langsung tidak menyebut tentang kekalahan dan ganti rugi yang perlu dibayarnya kepada Utusan Malaysia dan sebagainya.
Semalam, Lim Guan Eng berkata, dia sedang membuat pertimbangan untuk menyaman akhbar dan Rahman Dahlan kerana tuduhan yang dilemparkan iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan projek tebusguna tanah membabitkan lebih dari 2,000 hektar, tuduhan yang dibuat oleh Rahman lanjutan daripada kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong.
Katanya lagi, dia melihat beberapa akhbar menerbitkan 'berita palsu' dan fitnah itu sambil memintanya menunjukkan bukti yang dia tidak pernah meluluskan projek-projek tebusguna tanah sebegitu.
"Ini tidak lain bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu RM2.6 bilion dan 1MDB RM42 bilion," kata Lim Guan Eng.
Lim Guan Eng nampaknya sangat sensitif dengan isu tebusguna tanah itu yang dibuat tanpa kelulusan mengikut prosedur. Itulah sebabnya, Lim Guan Eng mengunakan taktik klasik untuk mengalihkan perhatian kepada isu lain dengan mengatakan tuduhan ke atasnya adalah satu fitnah dan pengalihan isu.
Seminggu lepas, Rahman Dahlan berkata, projek tebusguna tanah di Pulau Pinang perlu dihentikan memandangkan kerajaan negeri tidak pernah mendapatkan pandangan Majlis Perancangan Fizikal Nasional (MPFN) sebelum memulakan projek.
"Projek penebusantanah berkeluasan lebih 100 hektar atau membabitkan 10,000 orang perlu dibawa ke pengetahuan MPFN. Garis panduan untuk negeri ialah untuk memaklumkan kepada MPFN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri membabitkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di Malaysia. Bagaimanapun, pentadbiran Pulau Pinang tidak menggunakan saluran MPFN, dan saya sangat kecewa. Saya akan meminta pihak penguatkuasa untuk melihat sama ada projek tebusguna tanah itu boleh dihentikan," kata Rahman Dahlan. (RUJUK SINI)
Kenyataan Rahman Dahlan bahawa usaha dibuat untuk menghentikan projek tersebut, telah membuatkan Lim Guan Eng tersentak dan marah. Dengan segera Lim Guan Eng meminta agar Rahman Dahlan untuk menunjukkan bukti yang Pulau Pinang telah menebus tanah melebihi 100 hektar.
Seminggu kemudian, Lim Guan Eng menukar ceritanya, bahkan berbanding meminta bukti yang menunjukkan Pulau Pinang telah meluluskan projek tebusguna tanah seluas lebih 100 hektar, sebaliknya Lim Guan Eng meminta bukti Pulau Pinang mempunyai projek tebus guna melebihi keluasan 2000 hektar! (RUJUK SINI)
Barangkali terkantoi kerana kebanyakan projek tebus guna itu lebih 100 hektar, Lim Guan Eng cuba tutup dengan mencabar agar ditunjukkan bukti projek tebusguna tanah atau lebih tepat lagi TAMBAKAN LAUT melebihi 2000 hektar.
Sedangkan undang-undangnya adalah 100 hektar bukannya 2000 hektar!!!
Mungkin elok juga kalau Lim Guan Eng menjelaskan tentang nombor tender PDC ini, RFP-PPPP/TE1/2014 yang dikeluarkan pada Ogos 2014 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk projek pengangkutan bernilai RM27 bilion yang telah dianugerahkan dan ditandatangani sebulan lepas kepada konsortium yang diketuai oleh Gamuda (60%) dan syarikat tempatan Pulau Pinang (40%).
Pautannya adalah laman sesawang Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri DI SINI.
Projek tersebut bernilai RM27 bilion dan keluasan tanah tebusguna tersebut adalah 1,500 ekar atau 607 hektar di kawasan Middle Banks yang merupakan kawasan ekologi paling sensitif di Pulau Pinang. Pembida yang berjaya akan dianugerahkan tebusguna tersebut sebagai bentuk bayaran.
Adakah projek berkeluasan 607 hektar itu yang sudah tentu melebihi 100 hektar, telah dirujuk dan mendapat kelulusan daripada MPFN sebelum Lim Guan Eng menganugerahkan projek tersebut sebagai bentuk bayaran?
Bagaimana sekiranya Kerajaan Pusat menerusi MPFN tidak meluluskan projek tebusguna tanah seluas 607 hektar tersebut, bagaimana Pulau Pinang hendak membayar puluhan bilion ringgit untuk projek yang telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri?
Adakah ini merupakan amalan biasa bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP untuk menganugerahkan projek tanpa terlebih dahulu memastikan bayaran untuk projek-projek yang dibuat?
DI SINI adalah bukti, projek tersebut bernilai RM27 bilion itu telah pun dianugerahkan yang membabitkan penebusan tanah sebagai tujuan bayaran.
Apa lagi yang Lim Guan Eng nak temberang?
LIM LIAN SEE
3 comments:
GAMUDA DAH JADI GEMUKDA
GUNA LA HUKUM UNTUK HENTIKAN PROJEK TU
APA BISING BISING OI MALAYU
NAK KUASA DAH DAPAT KAUSA 58 TAHUN
MALAYU NI CAKAP BANYAK TAPI MACAM
ORANG BOODOO
wow! kasi saman sama itu media anjing penjilat umno babi. confirm YB boleh menang. dah terbukti media2 anjing umno babi kalah bila kena saman. bravo YB!
Anon..3.20am...you are a bloody sick Dog, too much sniffing dog shit maybe..
Post a Comment