Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 22, 2015

SAIFUDDIN ABDULLAH MENYERTAI MEJA BULAT PAKATAN HARAPAN ATAS KAPASITI DIRI SENDIRI ATAU ATAS NAMA YAYASAN PERGERAKAN MODERAT GLOBAL?



Saifuddin Abdullah, bekas Ahli Parlimen Temerloh, bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan sekarang ini mengetuai sebuah yayasan tajaan kerajaan yang sebenarnya dicipta untuk mewujudkan 'kerja kosong' buatnya, begitu berani mempamerkan belang dan sokongannya kepada Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Mat Sabu dan Lim Kit Siang.

Sekaligus menepati segala dakwaan demi dakwaan yang kerap dinafikannya sebelum ini.

Bangga betul Saifuddin Abdullah setelah dia menghadiri mesyuarat meja bulat yang secara rasminya telah menubuhkan Pakatan Harapan yang melibatkan PKR, DAP dan Amanah tanpa PAS dan Parti Sosialis Malaysia.


Tidak pula dipastikan, siapakah yang diwakili oleh Saifuddin Abdullah. Adakah Yayasan Pergerakan Moderat Global yang telah diwujudkan selepas Saifuddin Abdullah hilang jawatan sebagai Ahli Parlimen Temerloh pada PRU-13 lalu dan sepatutnya menjadi sebahagian NGO pro-kerajaan yang memperkenalkan dasar-dasar serta polisi moderat kerajaan Najib Abdul Razak, telah bergabung dengan Pakatan Harapan?

Ura-ura Kerajaan 16 September 2008 mahu ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim, Saifuddin Abdullah yang pada waktu itu merupakan Ahli Parlimen Temerloh dikatakan salah seorang daripada Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti dan menyertai Kerajaan 16 September Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Kerajaan 16 September hanya wujud dalam angan-angan. Kegagalan yang cuba ditutup dengan alasan kononnya Tian Chua dan kumpulannya gagal menawan serta mengepung Ahli-Ahli Parlimen BN dari Sabah yang pergi ke Taiwan, akhirnya menutup cerita Kerajaan 16 September.

PRU-13, walaupun Saifuddin Abdullah telah 'diberitahu' bahawa kedudukannya selaku calon Temerloh hanya akan membuatkan UMNO-BN kehilangan penguasaan ke atas kerusi tersebut ekoran kebencian pengundi-pengundi Temerloh kepadanya, namun kedegilannya menyaksikan bukan sahaja UMNO-BN kehilangan satu kerusi Parlimen, tetapi Saifuddin Abdullah sendiri tercampak tanpa berjawatan.



Barangkali kerana terlalu banyak menjerit di media, pujukan menyaksikan dia memperolehi Yayasan Pergerakan Moderat Global. Namun kedudukannya itu telah digunakan untuk berkempen buat Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, DAP dan Lim Guan Eng pada sepanjang masa.

Tidak menghiraukan tekanan dan desakan agar dia melepaskan keahliannya dalam UMNO dan menyertai PKR atau DAP yang diminatinya,

Apa yang dilakukan oleh Saifuddin Abdullah adalah mencabar UMNO untuk bertindak.

Pertanyaan yang banyak disuarakan ialah, mampukah UMNO bertindak dan mengambil tindakan tatatertib ke atas Saifuddin Abdullah?

Atau adakah Saifuddin Abdullah akan menggunakan nama Perdana Menteri untuk melepaskan diri sepertimana yang seringkali dilakukan oleh beberapa orang yang masih berada di dalam UMNO tetapi tindak tanduk mereka jelas mahu melakukan sabotaj dan kerosakan lebih besar kepada UMNO dan Kerajaan.

Ramai yang masih menantikan jawatan Saifuddin Abdullah sendiri!!!


3 comments:

Anonymous said...

Maksud movement of moderates yg ada hari ini ialah..Melayu menggadai HAKnya..puak pendatang dapat apa yg dihajati mereka..
Tidakkah apa yg termaktub dalan perlembagaan sudah cukup ramuannya dan sebati dengan faktor sejarah dan sttuktur sosialnya.
Cukup2lah...

Anonymous said...

Waima atas kapasiti apa pun..si celaka ni dah lama bersendiwara cuma kebodohan NAJIB saja yg bolih membiarkan berlaku. Najib lebih rela kehilangan sokongan rakyat..
Pelihara lah monyet kau itu NAJIB.

Anonymous said...

Politik Baharu pak hang

 
Blogger Templates