Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, September 2, 2015

SURUHANJAYA PILIHANRAYA AKAN JADI SASARAN SERANGAN DAP SELEPAS BERSIH 4.0!!!



Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR, bakal dijadikan serangan seterusnya apabila DAP berjaya mengumpulkan kekuatan para penyokong mereka yang terdiri daripada masyarakat Cina dalam BERSIH 4.0 dengan antara lain tujuan demonstrasi tersebut bertujuan untuk mempertikaikan peranan dan tugas SPR.

BERSIH 4.0 sama seperti siri demonsrasi BERSIH yang lain, tidak berpuas hati apabila SPR tetap mendapati bahawa keputusan semua Pilihanraya Umum memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional meskipun BN tidak lagi memperolehi majoriti 2/3.

DAP yang sangat bercita-cita tinggi, terutama selepas mereka berjaya 'menawan dan menjajah' PAS pada tahun 2008 sehinggalah PAS akhirnya sedar dan menyingkirkan para pemimpin proksi DAP dalam PAS, sentiasa mewujudkan perasaan tidak percaya kepada SPR. Berbeza pula dengan diri mereka sendiri, DAP sentiasa digambarkan sebagai pihak yang paling jujur dan sentiasa amanah.


Cadangan SPR untuk membuat persempadanan semula mengikut hak-hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan, ditentang keras oleh DAP. Alasan yang mereka berikan ialah, SPR membuat persempadanan secara tidak adil dan lebih memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional.

Dan para penyokong mereka pun ikut bersorak dan menyalak.

Bagaimanapun, keputusan PRU jelas menunjukkan bagaimana DAP telah berjaya mengumpulkan para penyokong yang entah dari mana datangnya. Jumlah pengundi mereka secara drastik meningkat tinggi walaupun satu fakta yang sukar dinafikan ialah, orang Cina tidak suka berkeluarga besar. Zaman orang Cina berkeluarga lebih dari empat orang, sudah lama berlalu berbanding orang Melayu-Bumiputera dan India.

Dengan 'kejayaan besar' BERSIH 4.0, DAP dan rakan sekongkol mereka sudah pasti akan melakukan tekanan kepada SPR agar melakukan persempadanan semula mengikut design mereka sendiri. Apatah lagi DAP sudah tahu pola pengundi yang membolehkan mereka merampas atau menambah kerusi Parlimen mahupun DUN.


Setiap kali DAP melihat persempadanan semula melibatkan kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Bumiputera, mereka pasti akan cuba membawanya ke mahkamah untuk mempertikaikannya. Dibantu oleh PKR yang cuba menjadi pengaut keuntungan daripada isu yang ditimbulkan oleh DAP, parti yang diketuai oleh Lim Guan Eng itu sebenarnya mahukan lebih banyak kerusi Parlimen bandaran diwujudkan kerana di kawasan bandar, penduduk dan pengundi Cina lebih ramai.

BERSIH 4.0 adalah pemangkin kepada serangan lebih kejam dan keras DAP ke atas SPR. Kegagalan SPR untuk menguatkuasakan dan menggunapakai SISTEM BIOMETRIK telah dipergunakan sepenuhnya oleh DAP untuk mengeji SPR dan pada masa yang sama, membuatkan SPR terlalu sibuk sehingga tidak lagi teringat dengan SISTEM BIOMETRIK yang jauh lebih cekap berbanding sistem dakwat kekal yang digunakan oleh negara zaman batu.

SPR sedang melakukan persempadanan semula di Sarawak dan Sabah. Tidak lama lagi, SPR akan melakukannya di Semenanjung pula.


Sabah dan Sarawak mungkin kurang tentangannya kerana di sana DAP hanyalah sebuah PARTI SEMENANJUNG yang kegiatan mereka, hanyalah sekadar di kalangan masyarakat Cina yang malu untuk mengakui DAP adalah PARTI SEMENANJUNG. Tetapi persempadanan semula di Semenanjung pasti akan menyaksikan pembabitan lebih aktif DAP untuk memaksa Suruhanjaya Pilihanraya mengikut kehendak mereka dengan membanyakkan kerusi-kerusi Parlimen bermajoritikan Cina.

Dan seandainya SPR terpengaruh sepertimana dalam kes penggunaan dakwat kekal berbanding SISTEM BIOMETRIK, maka tercapailah cita-cita besar DAP mewujudkan sebuah 'Empayar Cina Pantai Barat' di Semenanjung Malaysia yang menganjur dari Kedah sehingga ke pangkal Singapura.

Dek kerana itulah walaupun BERSIH dalam motto mereka kononnya memperjuangkan KETELUSAN DAN KEADILAN PILIHANRAYA tetapi langsung tidak menyebut tentang perlunya SISTEM BIOMETRIK yang boleh menyaring dan menghapuskan pengundi hantu serta pengundi palsu yang bukan rakyat Malaysia yang tidak faham Bahasa Kebangsaan.


4 comments:

Anonymous said...

Sangat setuju SPR guna sistem biometrik. Boleh elak dan kesan banyak kad pengenalan yang hilang. Denda kad pengenalan yang murah bila hilang memudahkan lagi puak DAPigs wujudkan pengundi hantu.. lebih parah bila ada hantu rasuah di Jabatan Pendaftaran Negara yang bantu hantu2 cina dapat ic.

Anonymous said...

sapa dulu ubah semapadan praya orang besar omno jugak nama dia matde
sikarang baru mau kecoh lagi ka
dap kalau menang pun tak cukup kerusi untuk bentuk kerajaang posat
yang penting kasi itu bn telungkup
58 tahun menyusahkan orang saja
dulu kawasan melayu kuat dipecah masukan cina bila china tarak sokong itu omno bodo baru kecut
kelantan terengganu patut tambah kerusi melayu tak buat takut sokong pas.yang penting sokong melayu pas atau omno
itila omno hati manyak busk jugak tamak kuasa

Anonymous said...

bn mmg menyusahkan org pemalas dan yg tk guna akal dgn sebaiknya

megat panjialam said...

Apara anon11.19 bercakap mcm org mabuk ketum. Jika persempadanan dulu UMNO yg buat tak kira lah zaman mahathir ke pak lah ke Kelantan Kedah, Penang, Perak tidak la dipenuhi pengundi2 DAP dan totok2 PAS. Penang pasti kekal bawah BN. Kerana tidak cukup kerusilah DAP hancurkan PAS atas kebodohan para pemimpin Pas.

 
Blogger Templates