Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 15, 2015

KHALID SAMAD MALU KERANA BAHAN KUMUHAN UMNO MASUK PKR, TERPAKSA REKA CERITA KONONNYA SAIFUDDIN ABDULLAH ORANG BIJAK!!!



Wah, bukan main lagi berkokok Khalid Samad dan kawan-kawannya dengan kemasukan Saifuddin Abdullah ke dalam PKR.

Menurutnya, dia sangat gembira dengan kemasukan mana-mana pemimpin UMNO-BN ke dalam mana-mana komponen Pakatan Harapan, sekaligus menurutnya akan mengukuhkan Pakatan Harapan dan menumbangkan UMNO-BN dengan pantas. (RUJUK SINI)

Tetapi yang paling melucukan ialah apabila Khalid Samad menyatakan, lebih ramai ORANG BIJAK dari UMNO yang melompat keluar menyertai Pakatan Harapan.

Lawak lepas Asar yang membawa jenaka ke Subuh nih!

Asal masuk geng dia jer, mulalah orang yang tidak masuk itu bodoh, yang menyertai itu bijak-bijak belaka!

Bijak ler sangat sampaikan sehingga kini hanya tuduhan yang mampu dilemparkan tanpa disertakan dengan bukti. Malahan cerita kosong seperti CINCIN 24 JUTA pun masih lagi didendangkan dan dipercayai walaupun bukti-bukti yang telah ditunjukkan sebelum ini mengesahkan bahawa Khalid Samad dan kumpulannya adalah manusia-manusia bingai!


Bijak sangat ke Saifuddin Abdullah yang sudah lama dihalau keluar dari UMNO terutama selepas PRK Kerdau 2011 dahulu? Atau sebenarnya UMNO yang terlalu bodoh kerana terus menyimpan Saifuddin Abdullah walaupun telah berulang kali bukti-bukti nyata menunjukkan kesetiaannya adalah kepada Anwar Ibrahim sehingga hanya menunggu Saifuddin sendiri melucutkan keahliannya dari UMNO, bukannya ditendang terajang seperti yang dilakukan kepada Anwar Ibrahim?

Bijak sangat ler Pakatan Harapan yang lahir daripada Pakatan Rakyat, yang bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang bukan sahaja mencuri kerusi milik PAS seperti Khalid sendiri, bahkan lambang parti, logo parti, bendera parti, malahan jurucakap parti pun, dicuri dan dirompak sesuka hati?

Itu yang dinamakan bijak?

Kalau itulah namanya bijak, memang langit sudah terbaliklah, anak Samad oiii!!!


3 comments:

Ted Manoff said...

Dia kaki melanchap masa muda2 dulu..dah tua mental lah

Anonymous said...

Penghijrahan adalah bagus kalau ianya dibuat kerana prinsip tetapi dalam banyak contoh ianya tidak lebih seperti "Hijrah Rumput Hijau".

Anonymous said...

Sebenarnya yang BODOH ialah pemimpin2 UMNO.
Sepatutnya Sipudin dah lama dipecat . Walaupun dah tahu Sipudin "musuh dalam selimut" tapi masih tidak mahu ambil tindakan.
Inilah yang ramai rakyat nampak kelemahan pemimpin2 UMNO.

 
Blogger Templates