Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, October 14, 2015

PENYAKIT NYANYOK DAN LUPA TUN MAHATHIR SEMAKIN TERUK KE ATAU TUKANG PENASIHAT TERSALAH JAMPI UBAT?



Melayu mudah lupa, kata Tun Dr. Mahathir suatu ketika dahulu....

Tapi nampaknya, Tun Dr. Mahathir yang mahu Melayu jadi mudah pelupa. Tun Mahathir seperti sengaja menjahanamkan dirinya untuk generasi muda menyalahkannya dan melupakan jasa-jasa besarnya dalam membina negara ini, menerusi tindak tanduknya sendiri yang menyebabkan lebih banyak kegagalannya sepanjang 22 tahun pentadbirannya, dikorek dan diselak. Malah lebih teruk lagi, menyebabkan semakin ramai yang menyalahkannya kerana menjadikan Malaysia sebagai LUBUK KAPITALIS yang membuat duit pada setiap masa menerusi kontrak dan perjanjian berat sebelah yang akhirnya memaksa pula kerajaan mengenakan dan menaikkan cukai kepada rakyat.

Ura-ura kenaikan kadar tol melibatkan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya bertol di Lembah Kelang atau Selangor khususnya termasuklah syarikat konsensi Selangor yang memperolehi konsesi ke atas Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, telah diperkatakan seawal-awalnya bulan Jun lalu.

Bagaimanapun, isu kenaikan tol pada waktu itu, dikelabukan dengan isu penyingkiran atau penggubahan Kabinet Malaysia. Justeru, ia tidaklah begitu dibisingkan selain daripada beberapa nama dalam Kabinet yang akan digugurkan dan ditukar.

Jun 12, Tun Mahathir dalam satu sindiran tajam, kerajaan Najib besar kemungkinan akan menaikkan kadar tol pada Ogos kerana berkemungkinan GST tidak mencukupi untuk membayar segala hutang piutang yang sudah tentu dimaksudkannya adalah 1MDB. (RUJUK SINI)

16 lebuhraya dilaporkan akan menaikkan kadar tol mereka. Bagaimanapun, ramai yang melihat kenaikan tersebut sebagai masalah kerajaan semasa, bukannya masalah yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu yang telah meletakkan nilai perlindungan besar sehinggakan perjanjian tersebut hanya memihak kepada syarikat-syarikat konsesi bukannya kepada rakyat.

Kesemua lebuhraya bertol tersebut mempunyai tempoh konsesi dan persetujuan tentang kenaikan kadar tol semasa mereka diberikan lesen besar untuk menghirup darah rakyat Malaysia. Mana-mana kerajaan yang mewarisi kerajaan yang lepas, sama ada ianya melibatkan UMNO atau pun pembangkang sekarang ini, terpaksa akur dengan kontrak dan perjanjian yang telah ditandatangani. Kerajaan hari ini mewarisi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Itu adalah kepastian kecuali pembinaan lebuhraya-lebuhraya atau laluan bertol baru seperti Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan lebuhraya yang melupuskan kawasan tadahan hujan di Selangor, yang sedang dalam pembinaan sekarang, yang terhasil daripada kerajaan negeri masakini.

Di bawah Pentadbiran Najib Abdul Razak, lebuhraya yang dibina adalah Pan Borneo yang pembinaannya adalah melibatkan 1MDB dan BEBAS TOL!

Dan di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak jugalah, kadar tol PLUS serta beberapa lebuhraya berkaitan PLUS, masih mengekalkan kadar tol lamanya walaupun dari semasa ke semasa, penyelanggaraan dan pembaikian dilakukan secara berkala.

Pentadbiran Najib tidak mempunyai sebarang pilihan tetapi terpaksa menuruti tuntutan menaikkan kadar tol KERANA PERJANJIAN dan kontrak yang telah dimeterai sebelum pentadbiranya atau kerajaan Najib perlu membayar sejumlah besar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut menggunakan wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk memajukan kawasan luar bandar, berbanding kawasan bandar yang sudah tentu tidak akan memenangkan UMNO dan BN.

Sebenarnya, hakikat ini perlu dihadamkan. Tidak ada sebarang kenaikan tol (selain Johor Causeway) yang telah dinaikkan ketika pentadbiran Najib dan kali terakhir kenaikan kadar tol adalah pada tahun 2007.

Sebaliknya, Kerajaan Najib telah memberikan subsidi bagi menghalang kenaikan kadar tol oleh operator-operator swasta.

Pada 2011, Kerajaan Najib telah mengambil langkah drastik dengan menjadikan operator lebuhraya tol terbesar negar, PLUS menjadi hak Kementerian Kewangan (51%) dan KWSP (49%).

Pada 2012, kesemua kadar tol lebuhraya PLUS telah dirunding semula dan hasilnya, tiada sebarang kenaikan tol. Inilah puncanya mengapa lebuhraya-lebuhraya milik PLUS tidak berada dalam senarai 16 lebuhraya yang kadar tolnya dinaikkan.

Sindiran Tun Mahathir itu sebenarnya tidak lebih daripada salah satu iltizamnya untuk melihat Najib dan pentadbirannya terus dihentam dan dijatuhkan, walaupun pada masa yang sama, ramai yang tahu bahawa kesemua konsesi dan kontrak serta keistimewaan menjana pendapatan lumayan daripada perniagaan lebuhraya berlaku pada zaman pentadbirannya sepanjang 22 tahun.

Tidak salah jikalau rakyat turut menyumbang dan berkorban untuk negara, tetapi apabila pihak yang memperolehi laba terus-menerus melakukan desakan agar kekayaan dan kemewahan mereka terus menggunung, manakala rakyat pula semakin ikat perut, ia adalah satu kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan.

Bagaimana pihak yang mengaturkan agar rakyat terus membayar kekayaan dan kemewahan syarikat-syarikat konsesi tersebut, boleh pula menyalahkan pihak lain yang kononnya memaksa rakyat, sedangkan KEISTIMEWAAN itu telah diberikan ketika perjanjian dan kontrak ditandatangani, manakala pewarisnya pula terpaksa akur dengan segala perjanjian dan kontrak pada zamannya.

Usaha-usaha untuk mengambilalih konsensi, biasanya akan mengakibatkan kempen menjatuhkan pemimpin sedia ada sepertimana yang berlaku dalam isu IPP tenaga sehinggakan wujud pula konspirasi antarabangsa sepertimana yang terkandung dalam transkrip perbualan WhatsApp melibatkan Claire Rewcastle-Brown, Xavier Justo, Ong Kay Tat dan beberapa orang yang lain, di mana nama Tun Mahathir dan beberapa orang lain termasuklah Nurul Izzah dan Tony Pua juga disebutkan.

Tidak adil untuk Tun Mahathir dan para pengikutnya memperolok-olokkan Najib sedangkan kesemua konsesi tol tersebut dimiliki oleh syarikat-syarikat konsesi swasta yang dianugerahkan semasa dia masih menjadi Perdana Menteri, sedangkan Najib pula cuba mengurangkan penderitaan rakyat menerusi pembayaran tol berlebihan hasil legasi kepimpinan Tun Dr. Mahathir dengan cuba mempertahankan kenaikan kadar tol saban tahun sebagaimana yang dituntut oleh syarikat-syarikat tersebut, termasuklah membeli kembali lebuhraya sepertimana yang dilakukan ke atas PLUS.

Kredit harus diberikan tetapi sindiran Tun itu adalah sesuatu yang melampau.

Sebarang kenaikan kadar tol, tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyalahkan pentadbiran Najib memandangkan masalah ini telah dicipta bertahun-tahun sebelum dia naik jadi Perdana Menteri Malaysia.

JASA-JASA TUN MAHATHIR kepada negara ini sangat besar. Justeru, golongan yang cuba mempergunakan Mahathir untuk kepentingan perut mereka, seharusnya mengasihani orang tua itu dengan mengelakkannya daripada terus dipersalahkan dan legasinya terus dilaknati. Jangan fikir, apa yang dilakukannya sepanjang 22 tahun dahulu, menjadi SILHOUETTE yang mudah dilupakan.

Sekarang bukan lagi zaman dahulu. Dasar Langit Terbuka yang Tun sendiri perkenalkan dan majukan jugalah yang mendedahkan segala kesilapan pentadbirannya yang terpaksa ditanggung oleh keseluruhan rakyat Malaysia, baik yang menyokong UMNO-BN mahupun yang tegar menyokong DAP-Pakatan.


9 comments:

Anonymous said...

artikel terbaik....bukalah mata .bukalah hati...melihat sesuatu yang sebenarnya bukannya menutup hati dan minda jika ianya melibatkan pihak yang disokong.

Anonymous said...

Inilah rupanya DASAR PENSWASTAAN NEGARA yang diheboh2 kan oleh Mahadey ketika memerintah.......rupanya dasar itu nak memastikan semua perut2 kroni nya akan tetapi berisi walau Mahadey tiada jawatan lagi....oh..oh barulah faham.....nanti senang lah Mahadey nak cari salah pemimpin ni pemimpin tu kecuali legasi anak pinak nya yang dipilih jadi PM .oh barulah faham....tapi mahdey silap semua rencananya yang dirancang rapi Allah tak izinkan.....sebab tu buat fitnah buat gini buat fitnah gitu semuanya tak jalan....sebab nya manusia hanya boleh merancang tapi akhirnya Allah yang tentukan......macam tu pun orang masih tak boleh nak faham....tulah lain kali bangun malam buat solat tahajud ke istikharah ke biar Allah beri petunjuk bukan mencaci dan menfitnah Pm Najib membuta tuli....last2 dapat dosa kering je......

Anonymous said...

hahah.. part ne yg saya suka " sedangkan najib pula cuba mengurangkan PENDERITAAN RAKYAT menerusi pembayaran tol berlebihan hasil legasi kepimpinan tun mahathir" lucunya.. hahahahaha.. tuan pun blog.. cuba senaraikan kegagalan.. kesilapan pentakbiran 22 tahun tun mahathir ?? saya teruja nak tau ne.. hahaha.. kesian aq dgn tuan punya blog.. saya nak tanya sikit je.. apa jasa kau kepada negara??

Anonymous said...

bukalah mata anom 8:46....dan bukalah hati....selamilah peristiwa dan apa yang berlaku hari ini....maksumkah tun m....tiada cacat celakah sepanjang 22 pemerintahannya?

ie said...

Dasar pengswastaan negara lebih teruk menimpa rakyat.

Anonymous said...

tak sabar nk tunggu PRU..dah tak lama dah tu...

Anonymous said...

Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini.
Yang Dipertuanya, Datuk Ir Zainudin A. Kadir berkata keperluan kenaikan kadar tol ini wujud bukan hanya kerana ia adalah ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi, tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya.”
Bekas Perdana Menteri sendiri mengakui beliau melakukan kesilapan apabila memberi kelulusan dalam konsesi yang akhirnya menyusahkan rakyat sehingga kini.
http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2007/1/5948/dr-mahathir-bersetuju-demonstrasi-bantah-tol.html
“Bekas Perdana Menteri mengakui bahawa kandungan perjanjian konsesi yang dirangka semasa beliau mentadbir mempunyai kelemahan dan kabinet patut melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu. seterusnya

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju demonstrasi membantah kenaikan tol asalkan diadakan secara aman.

"Dia ada peaceful demo tak apalah. Masa saya tak berapa peaceful (aman). Negara kita negara demokratik. Tidak mengapa diadakan demonstrasi kecil," Malaysiakini memetik beliau berkata ketika ditanya mengenai demonstrasi membantah kenaikan tol di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat Bandar Sunway Ahad lalu.

Bekas Perdana Menteri tidak bersetuju kadar tol dinaikkan sehingga 60 peratus apabila berkata jumlah trafik bertambah berkali ganda sejak perjanjian konsesi tol ditandatangani.

Tol boleh dinaikkan tetapi kadarnya tidak seharusnya sangat tinggi, katanya ketika ditanya mengenai bantahan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan Ahad terhadap kenaikan tol oleh lima syarikat pemegang konsesi lebuh raya mulai 1 Januari lalu.

"Sepatutnya pendapatan syarikat pemegang konsesi seharusnya telah meningkat. Jadi saya fikir eloklah dia bagi maklumat tentang banyak mana dia kutip sekarang ini," Bernama memetik Dr Mahathir berkata pada sidang akhbar bagi mengumumkan penganjuran satu persidangan antarabangsa bulan depan sebagai usaha menjadikan perang itu satu jenayah.

Malaysia Today pula melaporkan, Dr Mahathir mengakui bahawa perjanjian konsesi tol tidak dirangka dengan baik semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Operator lebuhraya, katanya, kini mengaut keuntungan besar daripada kenaikan tol.

Bekas Perdana Menteri mengakui bahawa kandungan perjanjian konsesi yang dirangka semasa beliau mentadbir mempunyai kelemahan dan kabinet patut melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu.

“Kabinet hanya meluluskan dari segi prinsip. Mereka tidak betul-betul mengkaji implikasi beberapa bahagian dalam perjanjian tersebut,” Malaysia Today memetik beliau.

"Anggota kabinet bukan pakar-pakar. Mereka adalah ahli-ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya boleh jadi begitu bodoh. Apabila ada perjanjian, perjanjian itu dibuat oleh pegawai-pegawai dan perjanjian yang diserahkan kepada kabinet biasanya tidak mempunyai perinciannya," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak berpuas hati dengan perjanjian sedemikian dan kemudiannya memberikan arahan khusus supaya disenaraikan perkara-perkara yang sepatutnya dimasukkan dalam semua perjanjian.

"Kami tidak mempunyai begitu banyak pengalaman. Kami tidak tahu tentang pertumbuhan dan reaksi orang ramai. Kakitangan awam tidak begitu memikirkan reaksi seperti ahli-ahli politik. Mereka fikir perjanjian tersebut adalah munasabah lalu menghantarnya kepada kabinet dan kabinet menerimanya. Dan sekarang kita tersangkut," katanya.

Dr Mahathir berpendapat perjanjian baru boleh dilakukan dengan syarikat pemegang konsesi tol dengan syarat mereka masih mendapat keuntungan.

“Jika pertambahan jumlah lalulintas dan syarikat memungut lebih daripada yang diunjurkan, kerajaan mempunyai bahagian terhadapnya. Jika unjuran jumlah lalulintas tidak berlaku, dengan itu jumlah yang dikumpulkan kurang, kerajaan perlu bayar pampasan.

"Saya fikir jumlah kenderaan bertambah dengan begitu banyak, tetapi saya tidak tahu. Kita tidak mempunyai angkanya. Saya banyak memandu, seperti yang anda tahu, saya juga melihat kesesakan lalulintas. Saya tahu mereka tentu mengutip sejumlah wang yang agak besar," katanya.

Unknown said...

Ahaiii

Tun M berjiwa besar.
Dia mengakui kesilapan dan telah mohon maaf serta berharap pemimpin yg seterusnya dapat memperbaiki atau memudah carakan, mencari jalan penyelesaian.

Bukan mudah seorang pemimpin mahu mengakui kesilapannya sendiri.

Sudah 10 tahun lebih berlalu, apa pencapaiannya?
Pak Lah, Najib ?
Zero.

Yg ada hanyalah pengampu2 bodek Najib yg asyiklah mengungkit2 konon2nya Tun M telah mengaut kekayaan utk kroni2nya.

Bila beliau mencabar supaya disiasat dan didakwa hinggalah ke era Najib hari ini, habuk pun tarak.

Tolonglah repot, dakwa Tun M ni, banyak sgt kekayaan dia dan keluarganya. Cepatlah repot, bukankah Najib paling berkuasa sekarang?

Pan Borneo nak dibina. Modalnya RM27 b lebihkurang, bebas tol.
Tolonglah hentikan kebodohan ini. Berapa kekayaan negara utk menampung pembinaan tersebut.?
Bagaimana nak selenggara, pakai duit mana?
Naik GST lagi.
Berapa pendapatan kerajaan Sabah dan Serawak setahun utk support penyelenggaran Pan Borneo?

Rasional ok, fikir secara tenang jangan emosi kerana politik atau kenegerian.

Jangan kerana gula2 politik, melihat model lakaran kita mudah terpedaya. Tambahan lagi dengan nilai ringgit yg menyusut dan ketidak tentuan ekonomi.

Bagi aku, Pan Borneo yes.
Tapi rakyat juga kerana membantu membayar harga penyelenggarannya melalui tol.
Jika tidak, kantung simpanan kerajaan negeri akan mengempis berterus2an.

 
Blogger Templates