Itulah yang dilakukan oleh DAP dan Lim Guan Eng.
Satu lagi perkampungan Melayu di Batu Feringgi menjadi mangsa apabila tindakan menerusi tuan tanah perkampungan tersebut memilih untuk menghalau penduduk yang telah mendiami kawasan berkenaan.
Agak aneh memandangkan sebelum DAP memerintah Pulau Pinang semenjak 7 tahun lalu, amalan menghalau penduduk di atas tanah-tanah yang telah dimiliki secara warisan atau baru dimiliki menerusi pertukaran status menerusi prosedur undang-undang, tidak berlaku sekalipun parti yang memerintah Pulau Pinang adalah parti berteraskan kaum Cina iaitu GERAKAN.
Difahamkan Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang akan menjadi satu lagi legasi kezaliman DAP ke atas kelompok selain penyokong mereka. Bermula dengan retorik Lim Guan Eng kononnya, pentadbirannya sangat berjaya, lebihan pendapatan negeri melonjak tinggi, terhapus sudah kemiskinan tegar dan akhir sekali, dengan penuh bangga mengumumkan tiada lagi kemiskinan tegar di Pulau Pinang, perobohan dan penghapusan apa yang disifatkannya sebagai mengganggu dan mencacatkan kemewahan di Pulau Pinang dimulakan dengan jayanya.
Kampung Mutiara adalah salah satu mangsanya daripada sekian banyak perkampungan Melayu yang telah dirobohkan dan dihapuskan. Dalam insiden terbaharu ini, sebanyak 42 buah rumah - 40 buah rumah Melayu dan 2 buah rumah India - yang mengandungi 96 keluarga yang terdiri daripada 350 orang terlibat.
Dato' Jahara, orang yang
Dalam isu Kampung Mutiara, UMNO Bukit Bendera melalui peguam mereka telah menfailkan agar perintah mahkamah yang lalu, dibatalkan. Pendengaran kes tersebut akan didengar pada 6 Januari 2016 di Putrajaya.
Sedangkan pada masa yang sama, pemilik tanah tersebut sedang berusaha membersihkan tanahnya daripada rumah-rumah orang Melayu.
Siapakah pemilik tanah berkenaan? Semenjak bilakah dia memperolehi tanah itu?
Menariknya, Lim Guan Eng dikhabarkan telah menghantar seorang budak Cina yang mengaku dia Melayu iaitu Zairil Khir Johari yang merupakan pengundi di DUN Pulau Tikus dan Parlimen Bukit Bendera untuk memujuk Melayu-Melayu Kampung Mutiara yang akan dihalau sehelai sepinggang.
3 comments:
PADAN MUKA ENGKAU MELAYU..ELOK ELOK GERAKAN/BN pegang dijatuhkan kerana termakan pujukan BABI DAP, PKR LIWAT DAN PARTI ASSABIYAH MELAYU...Sekarang tanggung lah. Sesal kemudian dah tak guna..sekali lagi PADAN MUKA.
Aku masih teringat.
Dan masih ramai lagi yang teringat.
Semasa Selangor dibawah Kerajaan BN yang diketuai oleh Khir Toyo...
Setinggan pun dihalau keluar dengannalasan Sifar Setinggan.
Adakah masih kau ingat.
Atau buat buat tak ingat.
Rahim Satria
Setinggan-setinggan yang dihalau itulah yang menduduki rumah-rumah pangsa, rumah murah dan pprt sekarang ini berbanding di Pulau Pinang, yang dihalau tidak ada tempat gantian. Jangankan rumah pangsa, rumah pprt pun tak sebuah pun dibina oleh kerajaan dap pulau pinang.
Post a Comment