Terlajak puteh nampak. Saya juga antara yang tak ketinggalan melihat rancangan ini. Mahu juga terkinja-kinja menonton kekayaan tiga insan yang sentiasa menjadibuah mulut rakyat Malaysia. Mereka ini tidaklah setaraf dengan beberapa ikon kesayangan negara seperti Siti Nurhaliza, Tony Fernandez, Tan Sri Mokhtar, Emma Maembong, Shaheizy Sam mahupun Dato M Daud Kilau, tetapi semua gerak geri dan kata-kata yang keluar dari mulut mereka ini jadi satu alat pemasaran yang luar biasa.
Moh kita ambil pendekatan positif melihat titik persamaan antara ke tiga-tiga taikun kosmetik negara ini. Antaranya ialah:
1. Jatuh. Mereka pernah jatuh dengan sangat teruk. Tetapi bangkit dengan semangat luar biasa. Lihat satu demi satu, Datuk Alif pernah dihina kerana hanya mempunyai sijil SPM dan berniaga di pasar malam. Keanehan manusia ini dari awal sememangnya ditentang habis-habisan di media sosial.
Dengar suara sahaja “terlajaaak larrrrissss” memang buat kita terus nak tukar channel. Tetapi gimik suara dan pendekatan iklan luar biasa beliau akhirnya membawa duit ke poketnya sendiri. Ada sahaja gimik iklan yang tak masuk akal. Kalau dari Bangi nak ke KL tu hangin sungguh ada papan-papan billboard tulis Wajah Kosmetik Yang Dipercayai. Kau gila nak letak muka lelaki dengan alat-alat solek jadi aksesori dalam gambar tu? Tapi Datuk Alif buat. Dan dia berani terus buat dan berjaya!
Bagi Puan Rita Sosilawati pula, kisah kematian ibunya yang cukup tragis dan menggemparkan negara. Sebut sahaja tentang ibu beliau, pasti semua ingat. Dan kita pula tak pernah terfikir bagaimana wanita ini mahu kembali bangkit untuk meneruskan legasi ibunya dengan wajah ibunya yang sering kali muncul di sebalik produk-produk tersebut.
Sekali pasang tv keluar pula wajah wanita ini. Dulu saya sendiri pernah kata, dah kenapa stesen tv3 ini dah kena beli dengan perempuan ini ke macammana. Sekejap sekejap keluar, Qu Puteh Qu Puteh. Bagi lelaki kacak yang tak pernah putih seumur hidup seperti saya ini, ini satu pertandingan antara hidup dengan mati.
Kini, saya lihat strategi mempasakkan perkataan itu dalam kepala rakyat Malaysia(walau ejaannya pun tak betul) tetap berjaya. Anak saya sendiri pun pandai sebut Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih! Hebat Dato Seri Dr. Vida. Beliau ini juga mempunyai kisah tragis yang sangat besar dalam hidupnya apabila dua anak lelakinya meninggal dunia akibat dari kebakaran rumahnya sendiri.
Dato Seri Dr. Vida kembali bangkit dan membangunkan produknya dengan membawa semangat anak-anaknya untuk terus berjaya dan membantu anak-anak yang lain.
2.
Mereka akan berbincang produk mana sesuai dengan syarikat mana.
Mereka akan membuat keputusan syarikat mana dengan gimik pemasaran yang bagaimana.
Mereka akan membahagikan produk laris dengan kesesuaian pemilik syarikat mana.
Kau orang nampak tak? Mereka tidak bersaing, malah mereka saling menguat antara satu sama lain.
Ini yang sedang dibuat oleh sebuah syarikat penerbitan Indie (bukan Hindi) dan saya sangat suka cara mereka.
Dalam industry hari ini, memang sudah tak boleh untuk bergerak sendiri. Dengan mudah kalian akan tumbang jika ada pesaing yang sama hebat dengan kalian. Maka cara paling baik ialah dengan bersama.
3. Kreatif dan Bina Pengaruh. Mereka sentiasa menunjuk kekayaan dan kekuasaan.
Ok, kita sambung. Mereka bertiga ini (pada fikiran saya) tidak menunjuk-nunjuk pada zahirnya. Tetapi kekuasaan mereka pada media sangat kuat. Maka, segala apa yang diceritakan akan jadi bahan untuk ditunjuk dan dikongsi kepada semua.
Kadang-kadang post itu hanya untuk memberitahu yang mereka sangat sukakan sesuatu pada masa lalu, dan kini sudah pun mendapatinya (rujuk kepada post Dato Aliff dengan kereta Rolls Royce). Sama juga dengan kita, nak sangat makan kat kedai kak leha dangdut, jadi hari tu kawan kita belanja dan kita pun selfie gitu. Lebih kurang sahaja sebenarnya Cuma mood kau orang tak sebanyak orang yang memang kaya dengan cas-cas positif di kepala.
Untuk kuat dalam arus media, kau kena kreatif. Kau kena pastikan orang sentiasa positif dengan apa yang kau ‘tunjuk’. Lihat akaun sosial media mereka bertiga ini, semuanya ada tag line dengan ‘background’ kemewahan mereka. Semua itu adalah strategi pemasaran untuk mendapatkan pengaruh.
Ingat kawan-kawan, pengaruh dibina dengan kuasa, harta dan kata-kata. Zaman ini mudah sahaja, kalian ada kepakaran dan buat dengan betul-betul, kalian akan (atau pasti) akan berpengaruh dengan sayap yang cukup lebar. Saya pernah bersembang dengan salah seorang jurujual mereka, sama ada benar atau tidak, katanya salah seorang dari tiga taikun ini jualannya pada setiap jam ialah sebanyak RM1,200.
Gunakanlah media sosial untuk meraih kebaikan, bukan dengan membuka aib dan berkata tidak baik. Stay
Kawan-kawan, bab riak takbur bagai itu bukan hal kita pun.
Nak hidup dan jadi orang hebat kena harungi satu perjalanan susah, kalau tengok kaki pun tak nampak kerana perut membesar bagai juara tak adalah susah benar hidup kita tu. Kena harungi satu fasa kehidupan yang ala-ala baru nak bernafas semula dek kerana kegagalan itu ini.
Yang
Yang kau benci
Yang buat kau senang hari ini ialah perjalanan susah kau masa lalu. Mereka ini Tuhan uji dengan ujian paling berat untuk mereka terima. Tuhan juga hanya uji mereka yang sesuai sahaja dengan ujian-ujiannya. Tak semua dapat ujian macam tu kawan, jadi reda dan berusahalah untuk kita juga berjaya.
Tak semestinya kita kena berjaya macam depa, kalau kita pun sama je habis takkan nak tukar Bapa Brownies Kebangsaan cakap, Qu Brown Qu Brown Barulah Brownies. Tak, semua tu tak semestinya sama.
Kawan-kawan,
Ada orang memang berjaya dengan jadi cikgu. Walau tak dapat rumah besar, dia dapat 10,000 anak murid yang sentiasa panggil dia cikgu sampai dia mati.
Ada orang memang berjaya jadi doktor, walau dia tak kaya raya, tapi dia punya saham akhirat merawat pesakit pasti sebesar-besar gunung yang melimpah-limpah kebaikannya.
Ada orang memang berjaya jadi penulis, mungkin dia juga tak kaya raya macam depa. Tapi penulisan dia buat jiwa kaya, buat orang terkesan dan mahu jadi baik.
Masa saya kecil dulu saya selalu tanya emak, apa yang emak nak dari aye (saya)? Emak saya kata, tanya diri sendiri nak jadi apa, emak nak awak jadi baik. Itu sahaja.
Bukan susah nak jadi baik. Kaya miskin senang susah semua boleh jadi baik. Kita pun boleh jadi baik. Nak jadi baik mula dengan hati, kemudian otak, kemudian perlakuan dan perkataan.
Ada eloknya kita belajar melihat mereka berjaya daripada kita hanya berjaya cakap-cakap mahu kaya.
Khairul Hakimin. Muhammad
Belum kaya lagi woi.
9 comments:
pembenci sesama manusia ni cukup ramai dimsia, dgn adanya internet penyakit2 hati berkeliaran merata2 tempat itu belum lagi dgn guna software membuat gambar2 utk viralkan objek yg kita benci.
Ini semua penyakit hati yg membiak semacam virus kanser dlm diri rakyat msia, bagi umat islam dia akan memakan semua amalan maaruf yg kita lakukan, akhir sekali diAllah nanti kita jadi muflis.
Ada yg ckp benci atas nama kebenaran dibenarkan samalah dgn IS yg bunuh orang mengikut hukum Islam tapi kaedah penghakiman IS dlm menjatuhkan hukuman adakah mereka ikut??
Kata nak ikut Islam, nak ikut Islam kenalah ikut rasul, apa contoh rasul, dipukul ditaif masih lg bersabar, apa rasul bg amaran, sesiapa yg berperang dan membunuh dgn nafsu ammarah maka pejuang itupun akan masuk neraka.
so fikir2kan lah jgn lah membenci
wallahualam
Salam...
Aku respek dato' aliff dan dato' seri vida nih...diaorang kaya dengan hasil usaha sendiri...diorang kaya dengan tak menyusahkan orang lain...dan tak menyakitkan hati orang lain....
klu kaya sebab masuk politik...jadi yb...jadi menteri...tak ler aku respek sangat...sebab kekadang bila tgk gelagat2 orang politik nih...cakap2 depa rasa macam nak terajang jer TV dalam umah aku tuh....
Kupasan menarik utk dibuat iktibar
Sesuatu yang boleh di banggakan oleh orang orang melayu. Orang kita harus melihat dari sudut positif bukan negatif. Jangan pertikaikan berapa duit yg ada dalam poket orang..pertikaikan berapa yang ada dalam poket kita sendiri. Dan berusaha untuk meningkatkankan nye.
Bangga dah ramai melayu kaya raya...musuh kita adalah orang cina berniaga cara menipu....digital maea dah buka jom ubah....say no to cina...buy last china ....jom ke digital mara memang murah...
totally agree dgn artikel ni. saya bangga dgn kejayaan anak2 melayu ini dlm perniagaan, mampu bersaing dan tak pernah putus asa..tapi dah memang sifat semulajadi irg melayu tak boleh tengok bangsanya sendiri senang dan kaya, iri hati dan dengki x tentu pasal. kalu x nak beli produk mereka pun x perlu nak kutuk, cara pemasaran mereka berbeza utk menarik pelanggan, dia tak paksa pun org2 yg busuk hati ni beli produk mereka....tak tau smpai bila sifat iri hati dan dengki sesama bangsa dlm diri org melayu ni...
Insya Allah, aku doakan kau kaya juga nanti.
bukan sakit hati,tapi mual dgn kaedah yg digunakan utk jual produk mereka.MENGEJAR kecantikan bukan amalan dlm Islam dan bukan sunnah Rasullullah s.a.w.apatah lagi mempromosikan produk dgn gaya yg sgt bertentangan dgn Islam.berniaga itu sunnah dan fardu kifayah,tapi mesti dgn tawakal dan ikut al-sunnah dan peraturan yg ditetapkan oleh al-Quran.kita ummat Islam jgnlah memnunjukan kelemahan sebegini pada org2 kafir.sebaiknya berdakwah dlm perniagaan adalah lebih baik.harus diingat,kekayaan,kecantikan,kuasa,hiburan adalah fitnah dunia semata2.kalau kerana kesihatan,dlm Islam ada kaedah2 kesihatan.
Aku terfikir... ada ke pemakan dedak najib yg kaya raya.. ? Mungkin tak kaya duit kott... tapi kaya dosa..
Post a Comment