Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 27, 2016

GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA YANG BERTUKAR MENJADI GERAKAN SELAMATKAN HAYAT!!!



Hari ini sepatutnya berlangsung satu revolusi yang menjelang malamnya, Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor serta menteri-menteri kabinet berpusu-pusu ke lapangan terbang untuk melarikan diri mencari suaka politik di negara asing.

Hari ini juga sepatutnya menyaksikan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya 40,000 orang (berdasarkan maklumat terakhir yang telah menandatangani Deklarasi Mahathir-Kit Siang) berkumpul di hadapan SACC Shah Alam sebelum berarak menyebabkan polis dan tentera terpaksa mengambilalih pentadbiran negara buat seketika.


Namun, semua itu sekadar cerita dongengan yang seringkali diceritakan oleh para penyokong Tun Mahathir, terutama di media sosial seperti Facebook. Jumlah kehadiran di SACC tidak melebihi 1200 orang memandangkan kapasiti lokasi yang digunakan hanyalah 1200 orang. Di luar SACC, yang penuh hanyalah kenderaan.

Dan yang menariknya, 1200 itu pula hanyalah jemputan. Maknanya, kalau tidak dijemput, besar kemungkinan jumlah mereka sama ada separuh atau suku dari 1200 orang.


Yang hadir untuk bercakap adalah Tun Mahathir, Muhyiddin, Ambiga, Mahfuz, Husam Musa, Rafizi Ramli, Teresa Kok, Azmin Ali dan Zaid Ibrahim.

Sekaligus menunjukkan GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA yang digembar-gemburkan itu tidak lebih sekadar GERAKAN SELAMATKAN HAYAT memandangkan pemain-pemain utamanya sudah sampai ke penghujung hayat, sama ada hayat badan mahupun hayat politik!

Ceritanya tetap sama, tetap menggunakan skrip lusuh yang telah dijawab oleh Najib dan pasukannya, bahkan media-media luar negara apatah lagi oleh wakil Kerajaan Arab Saudi. Namun disebabkan tidak ada hujah lain, maka ia terpaksa dikitar semula tanpa sebarang pembaharuan. Hujahnya tetap hujah tanpa sokongan bukti kecuali hearsay dan 'saya nampak'.

Dan sudah tentulah, sebahagian daripada mereka yang berucap seperti Zaid Ibrahim, terkeliru antara zaman Mahathir dan zaman Najib apabila mengatakan, hanya pada zaman Najib, Malaysia mendapat perhatian kerana korupsi dan salahguna kuasa, sedangkan kebanyakan orang yang hidup dewasa antara tahun 1981 sehingga tahun 2003 tahu, cerita-cerita buruk tentang Malaysia dan Mahathir dengan pelbagai skandal kewangan - dari BMF-Carrian sehinggalah penganugerahan lesen judi untuk kroni - mencecah RATUSAN BILION RINGGIT, mendapat tempat dan ruang di media-media antarabangsa. Sekaligus menyebabkan Mahathir walaupun dianggap sebagai Bapa Pemodenan, juga dilabelkan sebagai Bapa KKN (kroni, korupsi, nepotisme).

Ada pemasang dan penganyam angan-angan yang berkata, selepas kongres hari ini, perubahan besar akan berlaku.


Memanglah perubahan besar akan berlaku. Perubahan yang dimaksudkan itu ialah, belang Mahathir dan konco-konconya semakin ketara kerana demi memanjangkan hayat politik suku masing-masing, mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja walaupun atas nama RAKYAT walaupun semasa berkuasa, rakyat dianggap sebagai pengacau dan hanya sebagai pengundi mereka semata-mata.

Kesimpulan mudah yang kita boleh buat ialah, GERAKAN SELAMATKAN RAKYAT yang kita tengok di SACC hari ini hanyalah satu gerakan syok sendiri dengan Lim Kit Siang cuba mencari kekuatan membela anaknya, Azmin Ali cuba mencari kekuatan untuk terus berkuasa di Selangor, manakala Muhyiddin dan Mukhriz cuba meneruskan kesilapan mereka dengan mencabar MT UMNO, begitu juga Mahfuz Omar yang berkulit hijau berisi jingga.

Selepas ini, apa? Berkokok di dalam Facebook atau WhatsApp sambil mendabik-dabik dada, KAMI TELAH BERJAYA?

Nak tidur, pastikan kencing dulu yer... bukan apa, takut terkencing atas tilam... maklumlah, mimpinya panjang dan menyeronokkan!!!


9 comments:

Anonymous said...

Tak tahu apa nak kata. Saya hormat pada Tun M, sekarang semua telah hancur, gambarnya pun saya dah simpan dalam laci. Terguris rasa hati bila dia baik dengan DAP. Dah lupake dia 13 Mei 1969? Dia sibuk tulis buku Dielema Melayu.

Tun M lah Dilemna Melayu sekarang. Dia juga SUDAH LUPA segalanya! Amat menyedihkan. Dah Allah lanjutkan usia ke 91, sayang semua disia-siakan....

Anonymous said...

Hahaha..Gerakan Selamat kan jangka hayat...buat dlm dewan jer mau selamatkan Malaysia...kenapa tak buat demonstrasi dari perlis sampai sabah kalau ingin selamatkan Malaysia..
Sejarah Malayan Union dahulu dari utara sampai selatan melayu berarak, baru jahanam Malayan Union...BODOH

Anonymous said...

haha menyedap kan hati sendiri tu,,, apa yang dah jawab sebenarnya tak de jawapan... org yang waras masih boleh berfikir

Anonymous said...

Hahaha menyedap hati sendiri je... apa yand di jawab sebenarnya tak jawapan...org yang waras masih masih boleh berfifkir

Anonymous said...

eeeee....takutnya..bergemuroh..maklomlah 50,000 orang dah sain. kehadiran 500,ooo orang. macam nak perang. dipimpin pulak panglima tua dan master kong fu tua. elok sangat la tu...
lari lintang pukang najib tak sempat pek kain baju.

Anonymous said...

Jangan cakap besar...Cuba suruh najib buat referendum tengok berapa peratus rakyat yg menyokong beliau. Itupun kalau ADA telo nak buat.

Anonymous said...

Apa ingat nak jadi PM ikut undi populariti macam dibuat BH tu ke....
Jangan lah tunjuk klebodohan sendiri
Patutlah dah dekat 2 tahun kumpulan penjilat Kahak ni tak dapat jatuhkan Najib sebab daya pemikiran macam di atas ini...Buang masa aja

Anonymous said...

Sebelum masing2 mati... Teringin nak berucap...

Anonymous said...

Woof wooofff... jaga tuan ke caiii

 
Blogger Templates