Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 31, 2016

MAHATHIR LETAK SEMUA JAWATAN LANTIKANNYA, RINGGIT MALAYSIA TERUS NAIK... NAMPAK SANGAT ORANG TAK SUKA KAT DIA!!!



Berkata Mahathir sebelum ini, ekonomi dan kadar tukaran Ringgit Malaysia, hanya akan pulih sepenuhnya apabila Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. 

Daim Zainuddin juga meramalkan ekonomi Malaysia akan bertambah parah menjelang penghujung 2015. Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan. 

Sebaliknya, keadaan berlaku sebaliknya. 

Apabila Mahathir dilucutkan jawatan daripada menjadi Penasihat Petronas, Ringgit Malaysia terus mengukuh dan mencecah angka tukaran RM4 dan ke bawah. 


Hari ini, apabila Mahathir bersara atau meletakkan jawatan daripada jawatan Pengerusi Proton, Pengerusi Kumpulan Lotus Plc, Penasihat kepada (LADA) Langkawi Development Authority dan, Tioman Island Development Authority (TIDA) serta Chancellor Universiti Teknologi Petronas berkuat kuasa pada 30 Mac 2016, Ringgit Malaysia terus mengukuh berbanding US Dollar serta beberapa matawang utama dunia lain.

Nampaknya, masalah di Malaysia adalah masalah pesara yang tidak faham atau pura-pura tidak tahu bahawa dia tidak perlu lagi masuk campur dalam apa-apa urusan. Malah tidak perlu berlagak serba tahu untuk memulihkan keadaan memandangkan keadaan dunia sudah jauh berubah. 

Ibarat Hang Tuah muncul pada zaman ini. Mungkin kedengaran hebat sebab dia Hang Tuah, tetapi apa yang Hang Tuah boleh lakukan apabila serangan ke atas negara menggunakan media yang diputarbelitkan, serangan ke atas matawang dan teras ekonomi, merosakkan institusi yang menjadi teras masyarakat seperti kepolisian dan sebagainya... takkanlah Hang Tuah hendak bersilat dengan berkeris atau berpedang. 



Jadi, eloklah Hang Tuah duduk dalam kandang di Muzium sebagai tontonan dan jadi bahan cerita nostalgia semata-mata. 

Begitu jugalah dengan Mahathir... eloklah Mahathir mengurangkan diri daripada mematuhi permintaan orang di sekelilingnya, yang mahu memperkudakannya dan mahu menggunakan pengaruh serta sisa-sisa pengaruh serta kuasanya.

Mahathir tidak mencampuri urusan negara dan politik, jauh lebih memanfaatkan negara ini berbanding sibuk atas pentas dengan nama perjuangan yang entah untuk siapa, walaupun Mahathir kata untuk rakyat!

Walau bagaimanapun, faktor Mahathir adalah terlalu kecil berbanding faktor harga minyak dunia. Mungkin beberapa pemain forex besar di luar negara, terkesan dengan keputusan Mahathir, namun sedikit sebanyak ia merupakan nilai tambah, apatah lagi untuk membuktikan kepada para penyembah Mahathir, bahawa orang tua itu tidaklah seNostradamus mana pun...



14 comments:

Anonymous said...

Saya tidaklah menyokong mana2 pihak tapi bahasa yg tuan gunakan untuk seseorang yang banyak berjasa kepada negara kita amatlah menghiris hati saya. Walau sejahat mana pun dia cubalah hormat dia sebagai orang tua. Hidup kita bukan disini sahaja. Akhirat jualah tempat yg kekal. Apa yg kita tuturkan di dunia akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Anonymous said...

Kalau betulmorang tak suka Kat dia , Tun dengan rela hati letak jawatan yg dilantik...tak macam Najib walaupun orang tak suka tapi masih tak mahu meletak jawatan. Nampak tak bezanya antara kedua duanya!!!

Anonymous said...

seronok sngt...adakah momentum kenaikan akan kekal...atau secara kebetulan...

Unknown said...

Dulu Tun Dr. Mahathir dijulang sebagai pahlawan dan pejuang bangsa Melayu tapi sekarang di panggil mamak Kerala oleh orang Melayu.

Lupa Kah anda, Mamak Kerala ini lah yang telah memajukan Malaysia, mengajar dan mendidik terutama nya bangsa Melayu hingga berjaya naik ke angkasa.

Alhamdullilah, bersyukur kita kepada ALLAH AZZA WAJALA yang telah mengurniakan kita Mamak Kerala sebagai Perdana Menteri Malaysia.

ALLAH amat mengetahui siapa yang terbaik di antara kamu dan apa yang terbaik buat kamu.

Insaf, bertaubat lah wahai bangsa Melayu berhentikan lah segala cemuhan dan penghinaan yang di lemparkan kepada Tun Dr. Mahathir.

Kalau dulu Melayu di hina oleh penjajah tapi Tun Dr. Mahathir telah menaikan mertabat dan harga diri bangsa Melayu.

Terima kasih Mamak Kerala yang telah membawa bangsa Melayu yang layu ke mercu kejayaan dan mengembalikan maruah bangsa Melayu.

Kalau nak harapkan pemimpin yang berbangsa Melayu untuk mempertahankan maruah dan kejayaan bangsa Melayu jangan lah kita harapkan sangat.

Tengok saja pada Najib.

Melayu masih tak INSAF dan sedar.

Fikir fikirkan renung renungkan lah wahai bangsa Melayu yang mudah lupa.

Maaf kan saya kalau tersinggung.

dina said...

Tun is still the greatest PM Malaysia ever had.
Berehat lah Tun. You have succeeded in breaking up the oppositions further...:)
Surprisingly UMNO are more united now.
Thank you Tun.

Anonymous said...

Berambus lh tun ...

Anonymous said...

Sayang...mamak kerala ini jugalah yg sekarang ini dlm satu barisan bersama kafir laknat penyanjung komunis yg membawa kesengsaraan kpd askar2 melayu terdahulu...

megat panjialam said...

Anon 7.30 faham ke jawatan yg dilantik dlm GLC dgn jawatan PM yg dipilih menerusi PRU.

Anonymous said...

Dulu zaman Tun...internet kurang tak ada w/apps,fb,dll. jadi orang tak tahu apa yang Tun buat...

Anonymous said...

bodohnya pencacai mamak tiba2 jadi 'warok'

masa korang mencaci Najib dan ugut Najib paksa turun baru ekonomi pulih apakah waktu itu bahasa pencacai mamaktun itu bagus dan mulia?

Jasa apa ke jadahnya kalau menjahanamkan sekarang lebih banyak dr jasa lalu? Jasa lalu memang kewajipan sebagai PM amanah rakyat. Tapi bab merompak harta negara itu jasa ke? banyak kes2 mamaktun disenyapkan.. tp masuk zaman Najib menyalak macam anjing.. hampas satu bahan bukti pun tak nampak yg menunjukkan Najib rasuah/ rompak/ seleweng etc,

tapi waktu itu mamaktun hormat tak PM Najib? hormat tak akar umbi UMNO yg support Najib.. menghiris hati ahli2 UMNO bersekongkol dengan musuh2 besar DAPiG dan Pakatan Haprak menyerang UMNO dan Najib untuk dijatuhkan.

berhempas pulas ahli2 UMNO berkerja bersama Najib utk naikkan kekuatan UMNO.. tp mamaktun menjahanamkan

Tak pyah nk main lagu dondang sayang yang memualkan pasal 'jasa' lalu.. banyak lagi kerosakan dibuat mamaktun berbanding 'jasa2'

So itulah balasan bagi si tua yang bongkak dan busuk hati!

Anonymous said...

Anonymous said...
adam ikhsan tu hanya faham, mamak kerala wajib dipuji, wajib didengar kata-katanya atas faktor sumbangan dan jasa-jasanya yang terdahulu. Kami tak nafikan sumbangan dan jasa-jasa beliau semasa dia berkuasa dulu, malah kami cukup kagum dan bangga mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat kerana berjaya membangun negara dari dunia ketiga kepada negara membangun. Malah sebahagian dari kami juga pernah berjuang di sebalik media maya ni untuk mempertahankan nama baik dan maruah beliau ketika dihina oleh penyokong pembangkang bertubi-tubi di merata blog.

Yang selalu menggelarkan beliau sebagai "mamak", "kerala", "mahafiraun", "mahazalim", "mamakutty", "mahataik" dan sebagainya adalah dari penyokong pembangkang terutama dalam DAP, PKR dan PAS. Boleh dikatakan saban hari sejak dari isu pemecatan Anwar peliwat lagi gelaran-gelaran buruk tu diberikan kepada mahathir oleh penyokong pembangkang. Tapi apabila beliau sendiri turun ke BERSHIT bertemu dengan para penyokong perhimpunan haram yang rata-ratanya adalah penyokong pembangkang yang selama ini memberikan pelbagai gelaran buruk kepada beliau selama dua hari berturut-turut, kami rasa seolah-olah perjuangan kami untuk menjaga nama baik beliau hancur berkecai bila dengan muka senyum beliau bersalam dengan peserta-peserta BERSHIT tu.

Dulu masa beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri, selalu memberi ucapan supaya jangan sertai perhimpunan haram yang akan merosakkan nama negara, jangan bersekongkol dengan pemimpin pembangkang yang kerja mereka hanya nak menjatuhkan UMNO/BN walau dengan apa jua cara sekalipun, jangan percaya dengan media massa luar negara kerana mereka mempunyai agenda tertentu untuk mengganggu-gugat keharmonian rakyat Malaysia dan negara.

Tapi kini, apa yang terjadi? Apa yang dulu beliau ucapkan kepada rakyat, dia sendiri yang melanggari nasihat-nasihat tersebut. Jadi, memang patut juga la bila beliau dah bersekutu dengan pembangkang, bermakna beliau setuju apa juga pembangkang sebutkan mengenai dia dan gelaran yang ditujukan kepada beliau dahulu. Dan aku rasa tak salah pun bila gelarkan dia mamak kerala atas sebab yang aku tulis tadi.

Kalau dulu beliau tak bersetuju dengan pembangkang, tapi kini apa yang pembangkang sebut dia setuju. Jadi, kalau dulu pembangkang sebut mamak, kerala, mahafiraun, mahazalim... kini tak salah la kami juga sebut panggilan begitu pada mahathir tu kan?

Anonymous said...

elok la tu lepaskan semua jawatan .. sekurangnya adalah peluang pada yang lebih muda naik ganti.. takpun pada yang dah lama menunggu giliran dibawah
sehebat mana pun manusia itu sampai masanya dia perlu berhenti
kurangkan lah hal dunia ni .. lebihkan urusan kita disana nanti sebab disana hidup kita kekal abadi
bukan hanya pada Tun mahupun Najib .. keyboard warrior macam kita semua ni pun udah udah la tu .. dah masuk tempuh bertenang dah ni

John Doe said...

Tu yang admin ni tak nampak.
Tun yg disukai ramai sanggup letak jawatan hanya sebab pak ajib dan kabinet tak suka dia.

Pak ajib plak tak tau nak letak jawatan walaupun majoriti rakyat dah mencemuh dia. Macam negara ni kompeni peribadi dia.

Tak caya Tun lebih ramai penyokong? Buat referendum mcm yg Tun cabar dan cadang dulu.

Pak Ajib tak berani buat sbb dia tau hakikat sokongan di antara dia dan Tun.cuma bila tak buat dia bolehlah dah pusing2 spin kata orang sokong dia.

Yang sokong majoriti kerana kepentingan peribadi dan dedak.

Tak caya, jom wat undi. Ada berani?

Anonymous said...

Tun yg pecat anwar, tun juga yg mahu pak lah turun, tun juga yg mahu najib naik, tun juga yg mahu najib turun... kalau xpecat anwar dulu, maka tiada lah pkr dan Anwar kekal didlm UMNO sbg PERDANA MENTERI tiada lah perpecahan...

 
Blogger Templates