Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 29, 2016

SIAPA BERANI SANGKAL, MAHATHIR GAGAL TARIK PENONTON KE CERAMAH 'SELAMATKAN MALAYSIA'? RAMAI BETUL BUNIAN YANG HADIR!!!




Malam tadi, berlangsunglah siri kempen Deklarasi Mahathir-Kit Siang menggulingkan Najib dengan tajuk 'Selamatkan Malaysia' yang dirancang diadakan di seluruh negara dengan lokasi pertama terpilih selepas Kongres Rakyat 1200 Orang di SACC, Shah Alam, adalah Padang MPAJ, Pandan Indah.

Kalau dengar cerita 'bom' puak penyokong Mahathir-Kit Siang, lautan manusia memenuhi Padang MPAJ yang menjadi kegemaran Rafizi Ramli  mengumpulkan orang untuk mendengar temberangnya. Gambar-gambar yang mereka siarkan pun, lautan manusia kelihatannya.


Zaman gambar dirakamkan menggunakan dron, menyanggah 'bom temberang' para penyokong Mahathir-Kit Siang. Anggaran jumlah kehadiran tidak melebihi 1500 orang, bukannya berjuta sebagaimana didakwa. Dan bagi penduduk tempatan, semuanya maklum bahawa mana-mana padang di Pandan Indah, pada sebelah malamnya memang ramai orang melepak. Dan orang ramai tersebut adalah PENDATANG ASING dan PEKERJA ASING yang menjadikan Pandan Indah sebagai syurga berhabitat mereka.

Pandan Indah merupakan tempat paling selamat buat pendatang asing kerana operasi Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran, langsung tidak ada. Dari kaum negro berbibir tebal sehinggalah ke rakyat Indonesia yang masuk hari ini, tetapi apabila ditanya, akan mengakui mereka orang Sabah atau Sarawak, Pandan Indah yang merupakan salah satu wilayah dalam Daerah Ampang-Hulu Langat, merupakan sarang terbesar pendatang dan pekerja asing, baik halal mahupun haram. Dan mereka ini  menguasai perniagaan-perniagaan kecil, terutama sekali kedai-kedai runcit dan penjaja-penjaja di kawasan rumah-rumah pangsa seperti yang terdapat di Pandan Mewah.


Agak malang bagi Rafizi Ramli kerana ketika dia berceramah, manusia yang hadir, lebih banyak terpinga-pinga berbanding mendengar apa yang diceramahkannya. Jumlah yang hadir pula, tidak sampai 200 orang. Jumlah tersebut hanya meningkat dengan kehadiran Tun Mahathir yang meneruskan siri pembohongannya dalam isu 1MDB serta kekayaan anak-anak lelakinya.

Sepanjang ceramahnya, Tun Mahathir barangkali terpengaruh dengan cuaca dan waktu kerana dia lebih banyak bercakap dan mengutuk dirinya sendiri tetapi menamakan Najib sebagai orang yang bertanggungjawab. Dengan kata-kata lain, Mahathir terkeliru Najib sebagai dirinya sendiri kerana semua yang disebut, dibongkar dan dikecamnya malam tadi, adalah semua yang dilakukannya sepanjang dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Majlis sepatutnya bermula jam 8:30 malam, tetapi terpaksa ditunda ke pukul 9:30 malam kerana tidak ada orang.


Zaman Reformasi, berpuluh-puluh ribu orang mendengar ceramah, berdemonstrasi malahan mengganas di jalanraya, Mahathir tetap para pemimpin UMNO kekalkan sebagai Perdana Menteri walaupun PETRONAS terpaksa mengorbankan berbilion ringgit untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni termasuklah syarikat anak lelakinya sendiri.

Zaman Rafizi Ramli, setakat beberapa kerat manusia mendengar ceramah dan terbukti pula, ceramahnya adalah fitnah, untuk syok sendiri mungkin bolehlah untuk mencapai maksud!

Apa pun, kesian sama Mahathir kerana dipergunakan sehinggakan tengah malam pun diheret untuk memberikan ceramah... jangan sampai nanti terlentang atas pentas sebab sakit jantung sudah la...


4 comments:

Anonymous said...

Mahathir ada sakit jantung kan?.Rasanya habis siri ceramah 'Selamatkan Malaysia ' ni nanti,dia pun habissss....betri.

Anonymous said...

klu bnyk tu je org dengar cramah yg kununnya nak slamatkn malaysia maka ph nampak gayanya payah la nk tawan putrajaya dlm pru14 nanti.

Anonymous said...

Klu mati tun nih.. Mati dlm keadaan menghina org. X takut ke tun??

Anonymous said...

Sedap aku makan bagi anak bini..hasil duit pertahan kan najib dr salah laku.. kesian.

 
Blogger Templates