Menurutnya, dakwaan sesetengah pihak bahawa Mahathir mendalangi langkahnya sebagai tidak lebih daripada sebuah fitnah.
"Kalau seseorang berkata, Dr. Mahathir terbabit dalam hal ini (usul undi tidak percaya), ia sama sekali fitnah."
"Jangan seret Dr. Mahathir. Dia tidak ada kena mengena. Jangan fitnah sesiapa pun. Perbuatan itu berdosa," kata Ahmad Said yang merupakan Menteri Besar Terengganu yang digantikan oleh Ahmad Razif walaupun telah berjaya membawa pelaburan luar besar ke Terengganu sepanjang tempoh singkat dia menjadi Menteri Besar.
ADUN Kijal itu juga memberi reaksi di atas kenyataan Ahmad Razif bahawa terdapat 'pihak-pihak tertentu' yang berada di belakang usul undi tidak percayanya. Dia turut mencabar Ahmad Razif untuk membuktikan secara spesifik, siapakah 'pihak-pihak tertentu' yagn dimaksudkannya.
"Siapa yang menyuruh saya ? Tanyalah dia (Ahmad Razif) dulu siapa yang suruh saya. Siapa 'pihak-pihak tertentu ni. Biar dia jawab dulu, selepas itu saya jawab," katanya.
Selain Ahmad Razif, terdapat juga beberapa figura UMNO yang percaya, usaha Ahmad Said membentangkan usul undi tidak percaya itu sebenarnya digalakkan oleh Mahathir.
3 comments:
Kalau ada maklumat, ada nama cakap ajelah. Ni nak suruh orang lain yang mengaku sesuatu. Yang bertindak membentangkan usul tak percaya adalah DSAhmad Said. Dialah yang patut bercerita siapa lagi yang terlibat. Senang sikit tugas nak pecat mereka yang terlibat tu. Proses pemutihan dalam parti perlu dibuat dari sekarang.
Ianya antara Najib Dan Mat Said. Mahathir belum enter frame lagi ketika Mat Said dipecat tanpa alasan oleh Najib. Sekarang Baru kita tahu ianya adalah kes 1MDB yg ketika ITU belum terbongkar lagi.
Kalau tak dak kesalahan masakan jumlah kerusi merosot. Takkan nak tegakkan benang basah pulak.
Namun prekeden satu ini mungkin jadi ikutan para peminat ikon yang satu ini:
Meskipun melakukan 22 tahun kesalahan dan sudah berbuih mulut LKS minta ianya turun, akhirnya apabila sendiri boring dan LKS keletihan, tap tap ikon turun dengan sendirinya.
Itu (22tahun buat buat dek) semacam dah jadi prekeden dan ia jadi ikutan.
Akhirulkalam, LKS bila nak turun?
Post a Comment