Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 9, 2016

GILA APA MAHATHIR NI BILA PANGGIL CAMPURTANGAN ASING PULA KE ATAS MALAYSIA SEMATA-MATA KERANA KEMAHUANNYA TIDAK DIPENUHI?



Apa sudah jadi dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Daripada seorang Negarawan, bekas pemimpin yang dihormati dan disanjung, kini mencari cercaan dan penghinaan pada hujung-hujung usianya hanya kerana kehendaknya tidak dipenuhi?

Ketika dia menjadi Perdana Menteri dahulu, dia mengajar rakyat Malaysia agar tidak sama sekali mengkhianati negara sendiri dengan menjemput kuasa atau rakyat luar untuk mengajar Malaysia. Malah cerita yang sangat masyhur ialah bagaimana dia 'menghina' perwakilan daripada British ketika kemuncak kempen 'Buy British Last' dengan menyediakan kerusi yang sangat kecil untuk mereka yang menemuinya, untuk menunjukkan dia seorang yang sangat patriotik.

Malah media-media asing yang beroperasi di negara ini, bahkan yang beroperasi di Hong Kong dan Singapura yang banyak membuat laporan negatif tentang Malaysia termasuklah membabitkan projek-projek mega, tidak sahaja diharamkan, malah turut dikekang penerbitannya di Malaysia. 

Campurtangan peguam-peguam asing yang datang ke Malaysia untuk kempen penghapusan hukuman gantung sampai mati juga, ditentang oleh Mahathir dan kempen-kempen yang dibuat selepas itu ialah, pihak asing dengki dengan kejayaan Malaysia. 

Namun keadaan sudah berubah. 

Kini Mahathir sudah bertukar sikap. 

Sebuah akhbar Australia hari ini menyiarkan sebuah artikel yang mendedahkan Mahathir telah meminta kerajaan-kerajaan asing agar campurtangan dalam politik dan halehwal Malaysia. 

Mahathir ternyata terlalu terdesak sehingga menjemput kuasa-kuasa asing untuk campurtangan dan mencemarkan kedaulatan Malaysia. 

Adakah hanya kerana kemahuannya tidak dituruti dan majoriti rakyat Malaysia pula sudah bosan dengan sikapnya, maka Mahathir berasakan hanya kuasa asing sahaja yang dapat memenuhi kehendaknya?

Apa sudah jadi dengan semangat kemelayuannya selama ini?

Adakah ini bermakna, mana-mana parti politik atau lebih tepat lagi pembangkang, boleh menjemput Zionis-Israel, Amerika Syarikat, Russia atau mana-mana kuasa ketenteraan untuk campurtangan di Malaysia kerana mereka gagal merampas kuasa daripada Kerajaan sedia ada?

Selama lebih 6 dekad, termasuklah 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Mahathir memprotes malahan turut memberi amaran kepada mana-mana negara agar tidak mencampuri urusan di Malaysia, tetapi sekarang dia sedang melakukan perkara sebaliknya.

Walau apa pun tanggapannya, editorial akhbar Australia itu sangat bersopan untuk berkata Mahathir adalah seorang hipokrit dan memberikan isyarat agar Mahathir menghentikan mimpi-mimpinya.

Tidak cukupkah lagi dengan tiga orang anak lelakinya yang kaya-raya hasil daripada projek-projek dan entiti-entiti kerajaan selama ini, sehinggakan dia perlu memanggil kuasa asing campurtangan di Malaysia?

SUMBER


11 comments:

Anonymous said...

Negara Malaysia punah kerana najib mujur ada tune yg sanggup tegur kalau tidak sedaplah najib seleweng duit senyap2

Anonymous said...

Dua kali lima kau dgn mahathir..kalau rasa pandai dan cerdik..kau jadi PM dah..entah entah kau ni bawa teksi haram kot

Anonymous said...

Minta saudara senaraikan yang mana najib punahkan negara berdasarkan bukti dan faktanya sekali

Anonymous said...

betul tu.... malangnya Tun bukan menegur.... TAPI menuduh... dan yang paling hempeh...zaman Tun dulu takder pun yang mampunmenegur dia.....

Anonymous said...

Gila....dan gila..ingat negara ini hak mutlak tok nenek mereka,, ???

Unknown said...

Betul tu 9.44, Tun buat semua ini kerana Negara, Bangsa dan Agama.

Tun sedih melihat negara merundum kerana Najib salah tadbir Negara.

Tun sedih kerana Maruah bangsa Melayu di nodai dan di malu kan di seluruh dunia oleh Najib.

Tun sedih kerana orang Agama Islam juga telah diperalatkan oleh Najib.

Tun tidak pernah mengkhianati Negara, Bangsa dan Agama.

Tun tidak pernah mengundang negara asing untuk takluk atau menguasai Malaysia

Satu dunia tau apa yang telah Najib lakukan jauh sebelum Tun tuntut Najib berundur kerana tidak ada siapa siapa hatta Polis, SPRM, Mahkamah atau AG berani bertindak ke atas Najib.

Sekarang Tun hanya minta negara asing mengemukan bukti
bukti scandal yang mengaitkan Najib saja untuk diambil tindakan mahkamah.

Walau apa pun tindakan Tun, saya penuh yakin Tun akan menentang mana mana negara dunia yang menghina Malaysia, Bangsa Melayu dan Agama Islam bukan nya Najib.

Fahamkan lah sedalam-dalam nya akan segala yang Tun lakukan hanya kerana DEMI NEGARA, AGAMA dan BANGSA.

Anonymous said...

Dok umah jaga cucu lg bagus tun..

Anonymous said...

MADEY BERSULTAN DIMATA BERAJA DIHATI,BERMAHARALELA DIMALAYSIA.

Anonymous said...

Tun sudah gila. Di akhir hayatnya Allah ongin mengajarnya bahawa Allah lebih berkuasa dari dia. Segala perancangan Mahataik untuk menjatuhkan Najib menemui jalan buntu. Rakyat tidak buta Mahataik. Rakyat membaca Malaysia Today, lim lian see dsbg.

Anonymous said...

mamak bedukang ni dah betoi2 nyanyok ni..dulu sikit punya menci kat australia la ni u-turn plak..
sah la jangka hayat tinggai bapa percent lg tuh.. ramai gak penjilat juboq geng2 mamak bedukang kat malaya ni..my nasihat la berenti la dok jilat keturunan bedukang yg x reti besyukoq nih.. anak2 dia kaya raya gila babun sapa pun x pnah nk petikai..
anak2 dia menabung dr kecik ka..

Anonymous said...

Alahai Tun... dulu anda adalah idola saya... skrg.... dah biul agaknye... ajak negara asing... ni lah sikitul moden... dah lah tu.. gi balik tiduq... tepuk anak hang si Mukhriz tu tiduq sekali... jgn lupa bagi dia susu sekali... kalau tak de bagi air ketum...

 
Blogger Templates