Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 5, 2016

GUAN ENG!!! MAMPUSLAH KAU!!! 4 SYARIKAT HANTU BOCOR!!! SAPA BOCOR? HANTU KAU!!!




Seperti yang dikatakan dan dijangkakan, lagi bukti terbaru menyusul dalam skandal dan penyalahgunaan si tokong besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng masih menyalak tentang tanah PERDA, mempertikaikan kebijaksanaan pengurusan orang Melayu dalam PERDA yang bermurah hati menjual tanah paya itu secara murah kepada syarikat konsensi yang bersetuju untuk membeli, dan kemudian memajukannya dengan sebahagian daripadanya diperuntukkan untuk rumah murah dan mampu milik berharga dari RM42,000 sehingga RM200,000... sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh si bijak kepala taik macam Lim Guan Eng walaupun bergelar akauntan dan merupakan anak Lim Kit Siang.

Isu sekarang tidak lagi berkisar tentang Phang Li Koon dan banglo di No.25, Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta...

RM2.8 juta itu terlalu kecil untuk menutup pembohongan dan penipuan si sombong bernama Lim Guan Eng. Isu sebenarnya adalah pendedahan tentang siri penjualan tanah Kerajaan Negeri kepada syarikat-syarikat yang amat diragui. Itu yang ditakuti sangat oleh Lim Guan Eng.

Sepertimana takutnya Lim Guan Eng jikalau isu yang ada sekarang, mula merebak kepada bayaran lebih RM300 juta untuk feasibility studies terowong dasar laut untuk sebuah syarikat 'misteri', yang mana pembayaran penuh didakwa telah dibuat.

Pada 23 Mac 2016, semasa sesi Parlimen, Abdul Rahman Dahlan telah mendedahkan bukti-bukti membabitkan Fasa 2 Projek PPRT Taman Manggis yang penuh kontroversi sebelum  itu. Bukti-bukti itu menunjukkan bahawa satu transaksi sub-jualan telah berlaku dari KLIDC kepada pihak ketiga.

Hari ini, Rahman Dahlan membawa bukti iaitu Perjanjian Jual Beli bertarikh 11 November 2015 membabitkan tanah tersebut sebagai membuktikan kebenaran tuduhannya, sekaligus membuatkan Guan Eng gelisah berat. Perjanjian itu telah menunjukkan transaksi sub-jualan pada RM70,643,628.00.

Perjanjian yang membentuk jualan itu adalah inter-alia yang berkait antara satu sama lain dan secara perundangannya dianggap sebagai satu perjanjian yang mana bermaksud:

1. Jualan Kuala Lumpur International Dental Center Sdn. Bhd (KLIDC) pada harga RM18,643,628; dan

2. Jualan Victoria International Medical Centre Sdn. Bhd (VMC) pada harga RM52,000,000.

Ketiga-tiga syarikat tersebut (KLIDC, VMC dan vendor VMC, Tang Renewable Energy Engineering) dimiliki secara majoriti oleh Datuk Tang Yong Chew dan isterinya.

Berdasarkan penyata akaun terakhir kepada SSM, KLIDC mempunyai modal berbayar RM300,000 dan mempunyai nilai aset negatif iaitu RM1.2 juta.



Manakala VMC yang ditubuhkan pada September 2010, dua bulan selepas tanah Taman Manggis dianugerakan kepada KLIDC, mempunyai modal berbayar RM500,000 dengan nilai aset negatif RM1.6 juta.

Selanjutnya, di dalam perjanjian itu, juga dinyatakan bahawa VMC pada Julai 2011

Perjanjian ini juga menyatakan pada Julai 2011, VMC telah melaksanakan perjanjian usahasama dengan KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut. Sebelum itu tanah PPR Taman Manggis telah dicagar oleh KLIDC kepada Ambank pada 10.11.2011 ( 5 bulan selepas perjanjian VMC & KLIDC).

KLIDC mendapat hak milik tanah sementara ( Leasehold 99 tahun) pada April 2015. Bermakna tanah PPR Taman Manggis kini adalah milik KLIDC dan sebarang penjualan saham atau syarikat KLIDC turut memberi kesan kepada penjualan tanah berkenaan.

Sejajar mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat, yang telah dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebelum jualan saham boleh berkuatkuasa. Ini bermakna segala bentuk seperti cagaran dan penjualan mesti dengan izin Kerajaan Negeri khususnya Ketua Menteri atau Menteri Besar.

KLIDC yang membeli tanah ini dengan harga RM11,552,208.00 atau pada RM232 kaki persegi-satu (lebih murah dari harga pasaran) memperolehi keuntungan RM59 juta apabila dijual semula kepada pihak ketiga lima tahun kemudian pada harga RM70.6 juta tanpa melaksanakan apa-apa projek pembinaan di tapak tanah berkenaan.

Nampaknya 2015 menjanjikan banyak perkara. Selain pemilikan tanah sementara kepada KLIDC pada April 2015, Rumah Banglo milik Phang Li Koon ( Rakan Perniagaan Tang Yong Chew KLIDC) yang disewa oleh Lim Guan Eng sejak 7 tahun lalu juga telah dijual RM2.8 di bawah harga pasaran pada 28 Julai 2015 ( Akuan Bersumpah Ms Phang Li Koon).

MAMPUSLAH KAU, GUAN ENG!!!!



8 comments:

Anonymous said...

Tun m x menyalak plk..

Anonymous said...

Dia kechut.he is next

Anonymous said...

Haiwan peliharaan, senyap la dia...

Anonymous said...

1. Suatu yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak berkuasa seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan pencium tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno Bn. Tun M bersalah, Tun M pengkhinat, Tun M hendak jatuhkan Kerajaan Melayu pakat dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno Bn. Politik hari ini seolah-olahnya Umno Bn Pembangkang dan Tun M Masih Perdana Menteri.
MENYALAHKAN TUN M : UMNO MENDEDAH KEBODOHAN SENDIRI.
2. Kini kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang menyalah Tun Mahathir atas kegagalan Proton adalah suatu yang sangat memalukan dan menyerlahkan sifat tolol diri sendiri, Umno/Bn dan Kerajaan.

3. Kenyataan mereka bila dibaca menjadikan pembaca termuntah. Apa tidaknya, kecaman terhadap Tun M hanya selepas Tun M tidak berkuasa dan melepaskan semua jawatan lantikan termasuk dalam Proton. Umno Bn sedang berperang dengan Pemimpin pencen walhal dahulunya semasa Tun Berkuasa sebagai PM mereka inilah menjilat dan mencium tangan Tun M berulang-ulang.

TUN M HANYA BERSALAH KERANA MAHU NAJIB UNDUR.

4. Persoalan saya, kalau pimpinan Umno Bn hari ini menyatakan kesalahan lampau Tun M, di mana mereka pada waktu itu? Kenapa mereka mendiamkan diri? Kenapa hari ini baru mereka menghasut rakyat untuk menyalahkan Tun M? Mengaku sahajalah kamu semua bodoh dan bacul. Keberanian kamu hanya pada orang yang sudah tidak lagi berkuasa. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana hendak menyembunyikan jenayah PM Najib yang berkuasa.

5. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana Tun M mahu Najib berundur dan reformasi negara mesti disegerakan. Kalau Tun M tak minta Najib undur pasti Tun tidak salah. Proton bawah pimpinan Tun menyerlah. Proton idea Tun kebanggaan Malaysia. Proton lambang Malaysia Boleh. Macam-macam lagi ungkapan puji pada Tun. Buat Najib dan pemimpin Umno Bn, berhentilah memperbodoh dan menakutkan rakyat. Kepada seluruh rakyat jangan sembunyi dan lindungi jenayah pemimpin yang berkuasa. "BANGKIT DENGAN KEBERANIAN BUANG KETAKUTAN, TENTANG KEMUNGKARAN, TEGAKKAN KEADILAN, JUNJUNG KEBENARAN"

Unknown said...

Dah duduk semeja dgn pembangkang serang pemimpin umno x kan nak org umno.nak puji lg kot..dia yg trlebih dlu mnyerang,so org lain serang la pulak..by baru adil kan..kau blh pukul aku x kan aku nk buat bodo x pukul blk..

Unknown said...

Dah duduk semeja dgn pembangkang serang pemimpin umno x kan nak org umno.nak puji lg kot..dia yg trlebih dlu mnyerang,so org lain serang la pulak..by baru adil kan..kau blh pukul aku x kan aku nk buat bodo x pukul blk..

Unknown said...

Betul2 tun mahadey igt dia satu org je yg cerdik...pemimpin lain semua x betul

Unknown said...

Haha...tun mahadey gaduh dgn semua PM
Drp Tun Abd Rahman, Pak Lah skkrg DSN
kenape mahadey harus serang UMNO yg meletakkan sbg PM selama 22thn dan bersekongkol dgn org yg pernah dia sumbat dan tahan di kemunting dibawah ISA.
Adakah PM atas pilihan rakyat melalui UMNO-BN atas atas pilhan Mahadey?
Klu mahadey kutty nak tukar PM tunggu lah PRU14..Biaq rakyat yg tentukan bukan mahadey kutty malah Agong pin x leh nak pilih sape yg dia mau sbg PM, jgn lg mahadey kutty.
klu dah tua tu buat le amal ibadah bukan meroyan dan menyalak seolah olah hidup menungkat langit..
kaya dah kaya raya dah...anak2 pun dah millionaires dan billionaires.
nak apa lg! Kete pun kete posche dan ferrari..
mahadey..
patut le pembangkat masa dia PM gelar dia MahaFiraun.
Mahadey 100 kali busuk drp anwar yg dia sumbat kdlm penjara!!!

 
Blogger Templates