Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 8, 2016

LIM GUAN ENG TERPAKSA KOW-TOW APABILA AKAR UMBI DAP SENDIRI TIDAK PERCAYA DENGAN PUTAR BELITNYA, TERPAKSA KOW-TOW KEPADA MEREKA!!!



Sekarang adalah masa yang paling terbaik untuk Guan Eng pergunakan bagi memperbaiki kedudukan dan jawatannya dalam DAP. Orang Melayu yang sedang berpecah sekarang ini, masih lagi membicarakan tentang 1MDB dengan sebahagian daripada mereka tidak bersetuju dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mengandungi ahli-ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuklah dari barisan pembangkang.

Keputusan PAC bahawa Najib tidak terlibat dan tidak bersalah, sememangnya sudah dijangka dari awal. Bagaimanapun, keputusan tersebut hanyalah satu daripada alasan untuk memanjangkan lagi kisah 1MDB sekaligus mengelirukan rakyat yang masih sangsi serta tidak dapat menerima penjelasan sebenar kerana sudah terlalu lama disogokkan dengan pelbagai cerita sensasi.

Pada masa yang sama, Lim Guan Eng semakin tertekan kerana skandal tanah yang melibatkan nama dan kedudukannya sekarang, tidak lagi hanya berkisar tentang banglo dan hartanahnya di Jalan Pinhorn, sebaliknya melibatkan keputusan-keputusan dan dasar serta polisi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinannya membabitkan syarikat-syarikat yang ada kepentingan Phang Li Koon di dalamnya.

Di sebalik kegarangannya hendak berdebat dengan Abdul Rahman Dahlan, Lim Guan Eng sudah dapat berasakan tentangan dan cemuhan daripada akar umbi DAP sendiri. Sudah semakin kuat desakan dari dalam DAP agar Lim Guan Eng tidak lagi berbelit-belit, menipu di sana sini dan berlakon naif dalam isu ini.

Kalau dibiarkan berlarutan, Lim Guan Eng bukan sahaja akan kehilangan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, sebaliknya dia juga akan kehilangan jawatan Setiausaha Agung DAP, jawatan-jawatan yang tidak pernah dimenanginya secara kolateral sebaliknya secara paksaan atas nama dia adalah anak Lim Kit Siang.

Maka terbocorlah juga satu lagi surat yang menunjukkan kegelabahan Lim Guan Eng sudah sampai ke puncak apabila dia terpaksa mengadakan siri ceramah untuk akar umbi DAP di seluruh Pulau Pinang. Lim Guan Eng yang sebelum ini mengatakan dia adalah seorang Ketua Menteri dan tidak ada masa untuk melayan manusia lain yang lebih rendah taraf daripadanya, sekarang ini terpaksa menyembah akar umbi untuk menerangkan dan memutarbelitkan fakta tentang skandal tanah yang melibatkan nama dan jawatannya.


3 comments:

Anonymous said...

kihkihkih...babi sudah pening

Anonymous said...

Tujuan taklimat adalah nak jelaskan maklumat sebenar kpd rakyat jelata. Tapi taklimat hanya utk ahli DAP saja? Telur dah masuk dalam kot... Jmpa la rakyat depan2 ada beran?

Anonymous said...

eh...bukankah ketua pan pernah kata lge ni nak perintah mcm khalifah umar ab aziz... skrng perintah mcm siapa plk.

 
Blogger Templates