Tidak kedengaran juga, Menteri Luar Arab Saudi itu dituduh sebagai PEMAKAN DEDAK NAJIB ABDUL RAZAK, walaupun kenyataannya itu jelas membela Najib sekaligus menjadikan Tun Mahathir sebagai seorang pendusta.
The Guardian, akhbar dan portal berita yang lebih berintegriti serta lebih dipercayai berbanding The Wall Street Journal melaporkan pada Khamis bahawa USD681 juta (RM2.6 bilion) telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak dan ianya adalah DERMA TULEN tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada Najib Abdul Razak dan Malaysia.
Ditanya ketika Sidang Kemuncak Pertubuhan Negara-Negara Islam di Istanbul sama ada dia mengetahui perincian tentang derma politik itu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata, "Ia adalah derma tulen dengan tidak mengharapkan sebarang balasan."
"Dan kami juga maklum bahawa Peguam Negara Malaysia telah melakukan siasatan dan tidak menemui sebarang salahlaku," katanya. "Jadi, sepengetahuan kami, perkara ini telah ditutup."
Sebelum ini, berkali-kali penjelasan telah diberikan bahawa wang berjumlah RM2.6 bilion itu bukan wang 1MDB namun para penentang Najib terutama sekali Tun Dr. Mahathir tetap membuat tohmahan dan fitnah dengan mengaitkan banyak perkara yang jelas cubaan mengelirukan rakyat dalam isu RM2.6 bilion dan 1MDB.
Derma dari Arab Saudi bukannya perkara asing di Malaysia. Bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman, bahkan zaman Mahathir sendiri pun, derma dari Arab Saudi diterima, derma politik Arab Saudi kepada Najib tidak pula diberikan layanan yang sama. Sebaliknya gambaran yang diberikan ialah Najib telah menyonglap wang 1MDB.
Menariknya 1MDB hanya bermodalkan RM1 juta!
Apa lagi hujah fitnah dan tohmahan yang akan diberikan oleh para penentang Najib selepas ini? Adakah mereka ingin menyatakan bahawa Najib telah mengugut Menteri Luar Arab Saudi itu agar mengeluarkan kenyataan membelanya?
Atau seperti biasa, mereka akan menuduhnya telah memakan DEDAK NAJIB, sebagaimana label yang diberikan kepada golongan yang membela Najib dan menyanggah hujah-hujah dusta Tun Dr. Mahathir?
9 comments:
Tak apalah makan dedak makanan berkhasiat. Mereka makan tahi.
Derma itu pada Perdana Menteri aka kepada Malaysia yang di wakili oleh Perdana Menteri bukannya kepada Najib sebagai individu. Perdana Menteri dan Najib ialah entiti berbeza dari segi perundangannya. Maka duit ke akaun peribadi individu tetap salah. Sepatutnya masuk penbenharaan negara bukannya akaun peribadi. Jangan kata derma itu memang nak bagi pada najib individu sebab sebagai individu tak ada sapa nak derma. Derma itu di brikan atas kapasiti Najib sebagai PM. Kalau masuukan dalam akaun peribadi sudah pecah amanah namanya kerana duit itu untuk PM bukannya Najib.
Keduanya penderma itu bodoh sebab orang arab sekarang agak bodoh kaumnya.derma itu sepatutnya kalau nak perjuangkan islam harus ke YDPA selaku wakil Majlis raja raja bukan PM. PM bukan pemegang kuasa tertinggi di Malaysia. PM bukan pemerintah. PM hanya ketua pentadbir. Malaysia bukan republik yang mana Presiden atau PM (macam singapore) ialah pemegang kuasa tertinggi. Malaysia ni monarki. Cakap arab bodoh karang marah. Nak derma tapi bodoh dan tak tau akan sistem malaysia.
Dedah kan aje money trail from doner to donee senyapla semuanya.....
lepas ni perdana mentri jgn segan Dan malu nak saman puak2 pembangkang&tun mahadir kalau mereka masih memfitnah lagi... bersikap terlalu berlembut dgn puak2 pemakan dedak ni...meresahkan rakyat...
Golongan pro mahathir dah kena tangas....
apa bingai ko ni.....banyak makan tulang jadikan otak ko tepu
baik buang jer article sampah ni...tak layak lah ko ni jadi blogger....
keje angkat sampah lagi mulia dari keje ko ni yang suka buat fitnah n menghasut.
bila nak insaf?
Ko tak jealous ke mamat arab tu dapat dedak besar? KahKahKah! Yg korang dapat ciput tapi masuk neraka sama je nanti!
I rub u, u rub me. Saudi alliance america. Kwn baik. Jgn sampai tergadai msia sebb dah temakn budi. Jgn smpai tergadai dgn system secular america....contoh ikhtiraf budaya homosexual, transgender, pemansuhan hak keistimewaan bumiputera semenanjung, sabah dn sarawak kerana sistem equal rights.
siapa yg masih tak puas hati hrp tnya mnteri arab tu sndiri.
Post a Comment