Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 8, 2016

RUPA-RUPANYA GUAN ENG TAK BERANI NAK BERDEBAT TENTANG BANGLO DAN PHANG LI KOON DAN TAWARAN RAHMAN DAHLAN UNTUK HANTAR 'SOALAN BOCOR'!!!



Perdebatan antara Abdul Rahman Dahlan dengan Lim Guan Eng, semakin menjadi kenyataan apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak menyatakan kesediaan untuk memancarkan acara perdebatan tersebut secara langsung menerusi RTM.

Bagaimanapun, beberapa perkembangan terbaharu, termasuklah pengakuan pemilik KLIDC, Datuk Tang bahawa dokumen jual beli yang dijadikan bukti oleh Abdul Rahman Dahlan adalah benar-benar wujud dan Phang Li Koon yang merupakan penjual banglo di Jalan Pinhorn, adalah pekerjanya dan kemudian menjadi rakan kongsi Tang selama 20 tahun untuk membantunya menguruskan perniagaannya di Pulau Pinang, dilihat telah membuatkan Lim Guan Eng tergamam. 

Barangkali kerana itulah Lim Guan Eng terlalu gementar seandainya isu Skandal Banglo dan Phang Li Koon akan menjadi salah satu isu yang disentuh oleh Abdul Rahman Dahlan. 

Dan kerana itulah, Abdul Rahman sempat menempelak Guan Eng menerusi Twitter dengan menawarkan 'soalan-soalan bocor' kepada Guan Eng. 

Semuanya bermula dengan banglo dan hartanah di No.25, Jalan Pinhorn dan jualan yang dibuat oleh Phang Li Koon serta kaitan dengan tanah PPRT Fasa  II Taman Manggis yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Guan Eng kepada KLIDC, syarikat yang dimiliki oleh rakan kongsi Phang Li Koon.

Justeru, cubaan oleh Lim Guan Eng untuk mengalihkan tumpuan dan perdebatan kepada isu lain adalah tidak wajar kerana persoalan yang ditimbulkan sekarang ialah bagaimana Lim Guan Eng memperolehi hartanah berharga murah, sedangkan pada masa yang sama, tanah Taman Manggis yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan PPRT Fasa II, telah dijual kepada KLIDC pada separuh harga berbanding harga tawaran yang diberikan oleh Barisan Nasional Pulau Pinang iaitu RM22 juta. 

Open tender yang dibangga-banggakan oleh Lim Guan Eng dalam skandal tanah Taman Manggis juga, telah menimbulkan keraguan apabila tiga daripada empat syarikat yang membuat tender, tidak ubah seperti satu penyamaran semata-mata bagi menghalalkan KLIDC memperolehi tanah tersebut.

Pengakuan Datuk Tang merupakan satu anjakan besar dalam perdebatan antara Abdul Rahman Dahlan dan Lim Guan Eng. Ramai yang sudah tidak sabar menantikan perdebatan tersebut untuk melihat sejauh mana dan sepintar mana Lim Guan Eng menipu dan berputar belit.


5 comments:

Anonymous said...

Najib berani ka ?

Anonymous said...

mungkin lge blh mnta nasihat ketua pan mcm mana nak debat...blh ke baling mic.

Anonymous said...

Takut si tohkong anak manja apek kit sial ni tercirit pulak bila 'berdebat' walaupun dah dapat soalan bocor.
Nak kena si bapak kit sial pegang tangan sambil berdebat ke?

Anonymous said...

Dalam hal ni nampak tak ada tali barut dalam Dap sebenarnya yang bocorkan rahsia Guan Eng...dan salah sorangnya Datuk Tan tu sendiri...macam dia saja nak kenakan Guan Eng...agaknya Guan Eng ada kecik kan hatinya kot maklumlah tokong...semua cakap mesti ikut...

Anonymous said...

APA hal kau campur aduk dgn najib pulak?bodoh bendul betul ler kau wahai pecacai dapigs....

 
Blogger Templates