Mengapakah semangatnya jatuh mendadak selepas isterinya yang dikatakan wanita terkaya dan paling berkuasa di Asia Tenggara, dikenakan soalsiasat oleh SPRM secara berasingan walaupun dilaporkan, mereka akan berpasangan dalam soal siasat tersebut?
Semalam, Betty Chew disoalsiasat secara berasingan dan mengambil masa sehingga ke petang. Hari ini, Lim Guan Eng pula disoalsiasat bertemankan para peguamnya yang jelas tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Lim Guan Eng daripada ditekan oleh SPRM.
Namun yang paling mengejutkan sudah tentulah apabila Phang Li Koon dan Tan Yong Chew, pemilik bersama syarikat yang mendapat imbuhan daripada 'hubungan diskaun' menjadi SAKSI PENDAKWAAN, bukannya orang yang dituduh.
Dengan kata lain, sudah ada 'game' yang tidak dapat dikawal oleh Lim Guan Eng mahu pun Phee Boon Poh yang bertindak sebagai jurucakap Phang Li Koon sebelum ini. Game di mana Phang Li Koon dan Tan Yong Chew menyelamatkan batang tengkuk masing-masing dan membiarkan Lim Guan Eng dan Betty Chew yang terkontang-kanting menjawab semua skandal dan penyelewengan.
Secara logiknya adalah sesuatu yang luar biasa apabila soalsiasat berlangsung lama kecuali kemungkinan terdapat transaksi atau dokumen-dokumen yang telah dikutip dan dikumpulkan semasa siasatan dilakukan, yang memerlukan penjelasan.
Perlu diingat, terdapat banyak pendedahan dibuat baru-baru ini yang menunjukkan wujudnya sebilangan besar syarikat dan kaitan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jadi, tidak hairanlah mengapa Lim Guan Eng kena menjelaskan semua perkara itu.
Cuma selepas Lim Guan Eng selesai menjawab soalan-soalan berkenaan, dia tidaklah menjadi penakut untuk menjawab soalan-soalan seterusnya daripada Abdul Rahman Dahlan yang nampaknya sudah bersedia dengan pendedahan-pendedahan skandal baru yang lebih menggemparkan!
3 comments:
hrp siasat dgn telus spya yg bersalah akan terima hukuman setimpal.
Mana mau larikkk.. ganti khir toyol maaa
Nasib baik kali ni semua tingkap berkunci rapat dan di pantau oleh pak guard setiap tingkat.Tandas pun di jaga rapi,takut ada orang bunuh diri tercekek toilet paper.Serius ni.
Post a Comment