Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 8, 2016

KISAH CINTA ALLAHYARHAMMAH NORIAH KASNON DAN SUAMINYA, ALLAHYARHAM ASMUNI ABDULLAH, TERUNGKAP SEBAGAI CINTA ABADI!!!!



Kisah cinta mereka mungkin tidak begitu diberikan perhatian namun ianya  mencatatkan sesuatu yang amat menarik, khususnya bagi pasangan yang cinta mereka telah bersemi sekian lama, tidak mampu berpasangan secara sah kerana halangan keluarga, tetapi akhirnya bersatu dan tidak lama kemudian sama-sama meninggalkan dunia ini ke alam yang lebih abadi. 

Itu kisah cinta Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sungai Besar dan suaminya, Tuan Asmuni Abdullah yang elok juga diintai-intai sebagai kenangan dan pengalaman kita. 

Mereka bertemu ketika mereka sama-sama berusia remaja, jatuh cinta tetapi perlu mengikut haluan berasingan. Namun walaupun selepas 30 tahun dan setiap daripada mereka mempunyai dunia kehidupan tersendiri, membina keluarga mereka tersendiri yang jaraknya beribu batu, cinta antara kedua-duanya kekal utuh. 

Akhirnya setelah lebih tiga dekad hidup berasingan dan seolah-olah mereka tidak akan ditemukan lagi, takdir Allah Taala mengatasi segala perancangan dan pengetahuan manusia. Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon akhirnya mengabadikan cintanya dengan Asmuni Abdullah pada usia kedua-duanya 52 tahun.


Dan selama 8 bulan usia perkahwinan mereka, tiada sesiapa pun dari kalangan keluarga terdekat Noriah Kasnon yang tidak menyedari kegembiraan dan kebahagiaan pada wajah Noriah.

Kedua-duanya terkorban dalam tragedi helikopter di Sarawak pada Selasa lepas yang turut mengorbankan empat orang yang lain termasuklah Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching.

Noriah dan Asmuni telah mengikat tali kasih pada September tahun lepas selepas dipertemukan menerusi Facebook. 

Kata adik lelaki Noriah, Saiful Baharim, 44, kedua-dua pasangan kekasih itu memilih dan membina kehidupan sendiri selama lebih 30 tahun hanya kerana tentangan daripada ibu mereka. 

"Mereka sama-sama belajar di SK Sungai Burong. Mereka kekal mahu bersama apabila mereka tamat pengajian menengah tetapi ibu saya tidak membenarkannya kerana dia kata, pengajian adalah jauh lebih penting. 

"Akhirnya mereka memendamkan perasaan cinta dan meneruskan perjuangan pendidikan mereka. Asmuni ke Amerika Syarikat untuk pengajian arkitektur manakala Noriah pula mengambil jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Malaysia," terang Saiful sewaktu ditemui di rumah keluarga mereka di Batu 12, Sungai Burong.

Asmuni dan Noriah hilang semua sumber hubungan dan Noriah kemudian berkahwin serta memiliki 5 orang anak termasuklah seorang anak lelaki angkat berusia 3 tahun. Asmuni pula mempunyai empat orang anak dan menetap di New York selepas menamatkan pengajiannya. Saiful berkata, pasangan tersebut berhubung semula pada awal tahun lepas selepas Noriah berusaha menganjurkan alumi sekolah rendahnya menerusi Facebook. 

Akhirnya mereka bernikah pada September tahun lepas.

Sunarsih, 55, kakak Noriah berkata, adiknya jauh lebih gembira selepas mengahwini Asmuni dan seringkali bercakap tentang menamatkan kerjaya politiknya dan memberikan perhatian sepenuhnya keluarga 

"Dia dah berulang-ulang kali bagi tahu, ini adalah penggal terakhir dia sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar," katanya. 



Al-Fatihah buat Allahyarhamah Datuk Dr. Noriah Kasnon...
A-Waqiah untuk pasangannya, Allahyarham Tuan Asmuni Abdullah...

Kedua-dua anda telah membuktikan cinta itu sememangnya boleh disemadikan bersama-sama.... melalui jalan sabar, redha dan tidak menderhakai ibu bapa....


2 comments:

Anonymous said...

Ini adalah post flying kick yg bernas..syabas..

Tajuk anda dan penceritaan anda memenuhi kriteria

Anonymous said...

What a great love story. Hanya dgn keizinanNya. ALLAHU AKBAR.

 
Blogger Templates