Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 6, 2016

MAAF TMJ... PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ADALAH ANTARA KERAJAAN PUSAT DENGAN KERAJAAN NEGERI, BUKAN DENGAN ISTANA JOHOR!!!



Tengku Mahkota Johor yang masih muda mungkin berasakan berniat baik, tetapi sebagai anak muda, apatah lagi yang lahir dalam keadaan mewah tanpa perlu mengeluarkan peluh setitik pun, kata-katanya mungkin mudah disalahertikan oleh masyarakat. Kegagalannya untuk berdiplomasi sesuai dengan kedudukannya, mungkin merupakan satu kelemahan ketaranya.

Bagaimanapun, apabila TMJ membuka mulut dan melakukan provokasi agar Johor dikeluarkan dari Malaysia kalau ada yang tidak berpuas hati dengan cara menghantar DEKLARASI KE PUTRAJA, ramai yang melihat bakal Sultan Johor itu, sudah terkeluar dari kuasa dan kedudukannya selaku pewaris kesultanan Johor Moden pada zaman Malaysia Moden.

Sesuatu yang perlu diketahui oleh setiap rakyat Malaysia ialah, terdapat dua perjanjian utama yang telah membentuk negara ini. Perjanjian pertama adalah PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU yang telah ditandatangani pada 21 Februari 1948 dan PERJANJIAN MALAYSIA 1963.

Perjanjian yanga mengatakan Johor boleh keluar dari Tanah Melayu, telah terbatal dan tidak lagi laku selepas wujudnya Malaysia. Bagaimanapun, Johor masih boleh keluar dari Malaysia dengan beberapa syarat iaitu:

1. Mendapat sokongan dan persetujuan daripada 2/3 rakyat Johor menerusi proses referendum, bukannya deklarasi.

2. Memperolehi kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri Johor.

3. Dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Johor.

4. Permohonan dibuat oleh Negeri Johor.

Dalam pentadbiran dan pengurusan JOHOR MODEN dan Malaysia Moden, suara Istana tidak mempunyai banyak signifikan walaupun pada dasarnya, institusi istana masih lagi dihormati oleh kebanyakan orang Melayu-Bumiputera. Suara dari Istana tidak mewakili suara rakyat Johor kerana suara Rakyat Johor adalah suara Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

Istana Johor juga tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat keputusan dalam kepentingan negeri sekaligus Istana Johor tidak ada kuasa untuk mengeluarkan Johor dari Malaysia.

Perjanjian Johor dengan Persekutuan Tanah Melayu pula bukan antara Istana Johor tetapi membabitkan perjanjian antara Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan Tanah Melayu. Dan Istana Johor tidak ada locus standi untuk menuntut Johor keluar dari Persekutuan Malaysia atau dikeluarkan dari Malaysia.

TMJ sebenarnya sedang mengulangi sejarah beberapa buah negara beraja di dunia ini bilamana institusi beraja dan istana tidak lagi dipandang penting, malahan dihapuskan dengan segala kekayaan raja dan kerabat dirampas serta dijadikan hak milik negara atau negeri.

Provokasi yang dibuat oleh TMJ selain beberapa kenyataannya sebelum ini, boleh menimbulkan rasa tidak hormat rakyat kepada institusi beraja yang semakin sukar dipertahankan dalam dunia moden ini. Ini jelas apabila, semakin ramai yang muak dengan kenyataan-kenyataan TMJ yang tidak matang biarpun rasa hormat kepada institusi diraja di negara ini, masih ada walaupun semakin berkurangan, seandainya kita melihat reaksi terbuka di media-media sosial, mahupun perbualan di kedai-kedai kopi.

Kita tidak mahu apa yang berlaku di Indonesia, berlaku di Malaysia. Kita tidak mahu apa yang berlaku dalam era Bolshevik, berlaku di Malaysia atau di salah satu daripada negeri komponennya. Kita juga tidak mahu apa yang berlaku kepada Nepal, berlaku dalam institusi diraja dalam Malaysia.

Negara ini ada undang-undang. Baik rakyat marhein mahupun istana, tertakluk di bawah undang-undang sebagaimana yang diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Provokasi-provokasi seperti ini yang mahu menghancurkan dan menjahanamkan negara yang terbentuk pada tahun 1963 yang bermula terbentuk secara rasmi daripada Kerajaan Kedah pada tahun 1124 lagi, seharusnya dibendung dan diatasi.


15 comments:

Anonymous said...

Cher check balik sama ada darah istana Johor sekarang memang berasal dari darah sultan Johor tulen dahulu.. sultan yg hakiki terakhir Johor dibuang Inggeris dan diganti dengan yang sekarang...mungkin darah sekarang dari Temenggung adalah darah rakyat Melayu biasa sahaja bukan dari kesultanan hakiki terdahulu

Johan said...

Temenggung adalah kalangan keluarga di raja.

Anonymous said...

dia pakai baju besi. kang kita komen...kena pulak pakai gelang besi.

Anonymous said...

bila dah giler kuasa....rakyat pun tak dipedulikan....

Anonymous said...

Korang belum tahu semangat bangsa johor. Kami setia pada sultan. Suara tmj tu sama dgn suara sultan. Korang apa tahu pasal perjanjian semua. Kalau tak, takkan tmj berani bersuara. Fikir dulu sebelum tulis.

Anonymous said...

Mungkin dia bercita-cita untuk membanyakkan lagi negara-negara Melayu sebagimana negara-negara Arab.Kalau Hong Kong dan Macao sudah kembali kepada China kecuali Taiwan yang ada sejarahnya tidak adanya negara2 Jepun,negara2 Inggeris atau bangsa yang sama tapi banyak negara melain kan bangsa Arab yang banyak negara.Sudahnya terbentuklah sebuah negara yang sebesar jari yang hakikatnya tidak mampu pun untuk melindungi diri sendiri apabila saja ada ancaman.

Anonymous said...

terbaik tfk

Anonymous said...

setuju

Anonymous said...

Relax lah bro...... keturunan TMJ adalah sah sebagai pengusaa tanah jajahan Johor .....hang tok sah kalut...... bukan semua raja Melayu dalam jajahan nusantara ni purely dari darah raja. kamu kena kaji siapa yang yang menggantikan Sultan Mahmood mangkat di julang... baginda ada keturunan tak?... kena ingat bahawa sebelum temenggong menjadi pemerintahan JHR.... tanah Johor diserah kepada pemerintahan bendahara terlebih dahulu atas perkenan sultan Kedah ketika itu. dan kena ingat Temenggong daeng Ibrahim itu siapa...... pergi kaji sejarah Perlis....Sejarah Trengganu Dan sejarah Pahang...... then only kamu faham bagaimaa seseorang berrpengaruh itu di iktiraf sebagai maharaja mahupun Sultan........jangan main buldoze jer beb.....

Anonymous said...

sejak bila pulak peralihan kuasa kerajaan johor zaman bendahara kena merujuk kpd sultan kedah anon 2.29am ? sejak bila johor takluk bawah kedah weh ? sejak bila kedah tu bergelar negeri empayar ? mabuk ke apa ? dalam semenanjung ni , 2 negeri je pernah jadi empayar. MELAKA & JOHOR. Aku rasa kau pun main sondol jer berbual ni . aku rasa kau yg kena belajar sejarah balik. sebab sewaktu johor berlaku peralihan kuasa bendahara kpd temenggong , nama kerajaan johor tu EMPAYAR JOHOR RIAU LINGGA DAN PAHANG . KEDAH tu pun sendiri takluk bawah siam (kerajaan siam buddha) bawah raja - raja RAMA. mana mungkin kerajaan yg sedang dduk bawah kerajaan lain , boleh bagi restu pd sebuah kerajaan bergelar EMPAYAR ? itu namanya tak sedar diri .kalau kau nk cakap kedah - peneng - perlis , mungkin logik. sebab lokasi negeri2 tu berdekatan dan semuanya duduk bawah siam dulu yg membentuk negeri2 melayu bersekutu selepas perjanjian inggeris - siam. tapi johor bukan negeri melayu bersekutu dan kedudukan kedah = jauh terlampau jauh dari segi geografi dan tak pernah termaktub dalam sejarah melayu yg johor pernah jadi negeri jajahan sultan kedah !

Anonymous said...

Kedah tidak ada kena mengena sejarah dan asalusul kesultanan Johor. Harap maklum. Yg diketahui kesultanan Selangor pertama Raja Lumu yg berkaitan dgn restu pertabalan oleh Sultan Perak

Anonymous said...

maaf bro..... rasanya kamu pun siasat lah yek..... aku tak maksudan pun Johor pernah jadi jajahan Kedah..... aku cuma maksudan bagai mana perainan Dan perlantikan pemerintahan Johor sebagai Sultan itu adalah sah.... daripada kesultanan mahmood.... Kepada bendahara... Dan akhirnya temenggong.

Anonymous said...

anon 4.54 am komen anda macam masuk akal juga. Nanti nak pi kaji. Anon 2.29 am mengarot je. Memang takde kaitan Kedah dalam hal kesultanan johor. Mmg ada peralihan kuasa dari bendahara kepada temenggong.maka terbentuk lah johor moden sekarang. walaupun hendak mempertahan bangsa johor,jgn la sembarangan menukar2 sejarah yea.

Anonymous said...

anon 830 terimakasih keràna membantu mengingatkan saya tentang fakta..... betul .... ianya adalah kesultanan selangor.... saya tersilap fakta..dua anon sebelum nya terima kasih juga keràna kekal denan penjelasan tepat anda..... setidak2nya apa yg kita perkatakan tentang kesultanan Johor lama Dan Johor moden mendedahkan kesultanan yang ada Sekarang tiada cacat celannya untuk Kita perakui....bagi menjawab fakta yang distance oleh anon 6:54. Daaulat Tuanku.

2vlh4l1m said...

Cuba gantikan Dewan Undangan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor dan Negeri Johor dengan Istana Johor. Untuk makluman kami rakyat negeri Johor merasakan DUN atau Kerajaan Negeri dan Negeri Johor adalah di bawah takluk dan naungan Istana Johor. Kadangkala, kita kena lihat siapakah dibelakang tadbir Negeri Johor.Tk

 
Blogger Templates