Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 13, 2016

BAGUS BETUL KETUA SETIAUSAHA NEGARA... SOKONG DAN PERTAHANKAN KERAJAAN, KENA TINDAKAN!!!



Nampak benar kejanggalan tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) melibatkan kakitangan awam bermedia sosial. Kakitangan awam yang menghentam kerajaan, memperlekeh-lekehkan, mencerca, bahkan membuat fitnah dan mempersenda undang-undang menerusi Facebook, bukan sahaja tiada tindakan dikenakan, bahkan Ketua Setiausaha Negara haram tak berani mengeluarkan sebarang amaran tegas.

Dari semasa ke semasa, kita dapat menyaksikan bagaimana kakitangan awam yang terlupa tanggungjawab sebenar mereka, berlagak seolah-olah mereka serba tahu walaupun kebanyakan daripada mereka, hanyalah puak MENURUT ARAHAN, bukannya pembuat arahan atau pembuat dasar.

Dan yang paling tidak terjangkakan, banyak pula kes-kes melibatkan pembocoran rahsia kerajaan yang digunakan untuk spin serta putar belit bagi melahirkan kebencian dan persepsi buruk terhadap kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin tertentu.

Tiada sebarang tindakan tegas yang didengar setakat ini.


Tetapi dalam satu kes terbaharu melibatkan seorang pegawai perubatan yang sepatutnya menjadi petugas kesihatan di Makkah, tindakan yang diambil amat mengelirukan.

Pegawai perubatan tersebut bukan sahaja dibatalkan tugasannya di Makkah, sekaligus membolehkan dia mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini, bahkan dengar-dengar khabarnya, dia juga akan dipindahkan dari tempat kerjanya ke tempat lain.

Pegawai perubatan tersebut amat terkenal di Facebook. Dia bukan sahaja membetulkan tohmahan dan fitnah yang dibuat ke atas kakitangan serta perkhidmatan hospital kerajaan di Malaysia, bahkan juga turut menyerang pihak pembangkang yang cuba mencipta fitnah.

Ternyata ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Yang menentang dan menfitnah kerajaan dalam perkhidmatan awam, lebih disenangi berbanding kakitangan yang berusaha mempertahankan majikan mereka, mahupun yang cuba menangkis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada sebarang perkhidmatan kerajaan. Kegagalan komunikasi korporat dan perhubungan awam jabatan-jabatan mahupun kementerian, adalah punca utama kepada kewujudan kakitangan yang bangun membela majikan mereka.


Punya la bersepah kakitangan awam secara terangan menentang kerajaan di laman sosial tak dipedulikan seolah 'digalakkan' pula menentang polisi dan dasar kerajaan.

Sebaliknya kakitangan awam yang bersungguh sungguh menerangkan isu semasa dan mempertahankan polisi serta dasar kerajaan kepada rakyat diambil tindakan tanpa belas ehsan.
Ketua Setiausaha Negara dan Kementerian Kesihatan seharusnya memberikan penjelasan berhubung tindakan terbaharu ini. Malah perlu juga memberikan penjelasan mengapa bahagian komunikasi korporat dan perhubungan awam di kementerian-kementerian tertentu gagal berfungsi walaupun mereka tidak menghadapi sebarang masalah kekurangan kakitangan.

Atau sebenarnya memang tidak ada penjelasan kerana penjelasan tidak dapat menyembunyikan motif sebenar?

Patutlah apabila trend 'SEMUANYA SALAH NAJIB' berleluasa, Ketua Setiausaha Negara buat-buat macam tak wujud sahaja!!!


9 comments:

Anonymous said...

KSN kerja dia menghadiri mesyuarat, seminar, persidangan...itu je. Masuk office sign dokumen itu, sign dokumen ini. Tak de kerja yg dibuat 100% dari awal secara sendiri2, semua orang bawahan yg laku kan. Tugas utama setakat mengambil tindakan disiplin keatas kakitangan awam.p

Anonymous said...

Memang kerajaan lemah terhadap zombie zombie yang mengikut perintah pembangkang dari perintah majikan. Kira gaji haramlaah mereka dapat. Kesian

Anonymous said...

U mean mkn gaji buta

Anonymous said...

Assalam Bro,kami kakitangan awam bukan tidak menyokong kerajaan TETAPI kami tidak menyokong pemimpin yang tidak amanah..Sebagai kakitangan awam kami malu dengan rakyat Malaysia yang bukan kakitangan awam kerana mempunyai pemimpin yang tidak amanah dan cakap tak serupa bikin........

Unknown said...

Kalau dah kerajaan tak betul takkan nak setuju 100% , yg engko pulak sibuk nak ajor KSN kenapa pulak , lebih sudu dari kuah , tahap pemakan dedak lahaboi...

Anonymous said...

Muka dia pun macham Mai dari Kerala

Anonymous said...

always happens that government end up choosing PTD officer who are anti government and against government policy. I wonder why. Saya sudah interview PTD tetapi kena reject, rakan yang seringkali mempersoalkan polisi kerajaan dan menyokong usaha menjatuhkan kerajaan dan pemimpin pula dipilih dengan begitu mudah

Anonymous said...

dah sampai masa KSN ditukar. bagi le org melayu :)

juragan69 said...

Ini SEMUANYA SALAH Tun M sbb beliau yg pilih ksn bgpihak pemimpin teragung lg suci...dan yg paling bangsat bila mamak yg diberi kuasa...hnya MELAYU paling agung lg suci apatah lg klu bugis(ikut kata melayu pemakan dedak-kata Allah pun tkda makna) kesian melayu2 yg benci mamak hnya kerana Tun M. .nasib baik reezal merican, azeez bkn mamak klu Akan ada melayu mngaku umno totok mngamuk spti hang jebat..tk gitu bhai tfk..jngn sesekali kita salahkn pemimpin teragung lg suci bani melayu...

 
Blogger Templates