Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 10, 2016

BERAPA BANYAK DEDAK YANG 'DIDERMAKAN' KRONI MAHATHIR KEPADA SKMM DAN KKMM, SAMPAIKAN TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENIPUAN ASTRO TIDAK MAMPU DIAMBIL?



Kalau kat negara maju, dah lama dah ASTRO tutup atau dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Malangnya ASTRO yang bos besarnya adalah kroni ketat Mahathir, mempunyai 'kekebalan' daripada sebarang undang-undang di negara ini. Jadi, bebaslah ASTRO berbuat apa-apa sahaja, termasuklah melakukan penipuan halus terhadap para pengguna terutama sekali menerusi kenaikan kadar harga.

Dan lebih menarik lagi ialah, langganan ASTRO sudah menjadi satu perkara wajib memandangkan siaran televisyen tanpa menggunakan piring ASTRO, umpama berada di planet Marikh yang cuba berhubung dengan Bumi menggunakan walkie-talkie. Lebih banyak kuman dan bunyi srot-sret berbanding gambar dan suara siaran terutama sekali bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.

Walaupun suara-suara sayup mendesak agar ASTRO lebih telus dan menyatakan dengan lengkap harga pakej program, caj penalti dan sebarang perubahan harga yang dikenakan kepada pelanggan, suara-suara tersebut ditepis dengan begitu mudah oleh pihak pengurusan ASTRO. Apatah lagi SKMM dan Kementerian Komunikasi dan Multi Media pula, tidak berani berbuat apa-apa terhadap ASTRO sekaligus memberi isyarat bahawa SKMM dan KKMM sebenarnya berada di bawah atau sangat takut dengan ASTRO.

Pada 29 Jun lalu, seorang pengguna ASTRO memuatnaikkan status di Facebook mendakwa, dia telah dikenakan caj penalti yang tinggi oleh ASTRO sekiranya mahu menukar pakej dan menamatkan langganannya.

Pengguna itu mendakwa ASTRO mengeluarkan notis bayaran untuk pakej sukan naik sebanyak RM8 dan apabila dia mahu menamatkan langganan, dia telah dikenakan bayaran RM360.

Selain caj atau penalti tersembunyi, ASTRO juga perlu mempertimbangkan pemberian rebat atau pengurangan caj langganan jikalau berlaku gangguan siaran (tiada audio dan visual) akibat cuaca. ASTRO juga seharusnya berlaku adil kepada para pengguna kerana apabila mereka melakukan kerja-kerja menaikkan taraf untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, pelanggan perlu menukar set lama dekoder mereka kepada yang baharu iaitu ASTRO Beyond termasuk piring satelit.

Tahun lalu, SKMM pernah mengeluarkan kompaun terhadap ASTRO kerana melanggar peruntukan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Persoalannya sekarang membiarkan ASTRO bertindak sewenang-wenangnya sedangkan mereka sepatutnya yang menjadi mata telinga rakyat dan kaum pengguna? Rungugtan pengguna mengenai caj atau penalti tersembunyi yang dikenakan oleh ASTRO bukan perkara baharu. Pelanggan akan menerima pelbagai promosi untuk menambat pakej langganan mereka namun apabila mahu mengurangkan pakej program atau menamatkan perkhidmatan, pelanggan pula yang perlu membuat pembayaran yang sepatutnya tidak berlaku.

Berapa banyakkah DEDAK yang telah disediakan oleh ASTRO agar tiada sebarang tindakan dikenakan kepada syarikat kroni Mahathir itu? Berapa ramai pula konco-konco Mahathir berada di dalam SKMM dan KKMM yang bertindak membiarkan ASTRO berbuat apa-apa sahaja agar hati Tun Dr. Mahathir tidak terhentak seperti 1MDB membersihkan IPP daripada penguasaan syarikat-syarikat kroni yang kemudian diberikan alasan, Menteri Kewangan pada waktu itu adalah Anwar Ibrahim walaupun Mahathir adalah Perdana Menteri?

Siapa pun yang waras akan tahu, ASTRO tidak boleh sewenang-wenangnya menetapkan  harga pakej atau meletakkan caj atau penalti tersembunyi sehingga menyebabkan pengguna berasa tertipu.

Kerajaan menerusi SKMM dan KKMM perlu lebih tegas menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ASTRO, bukannya terus MEMEKUP TELUR seperti yang diamalkan sekarang!!!


9 comments:

Anonymous said...

Ko blogger yg tak bijak la..

Skrg ni bukan tun mahathir lg bkuasa..

So kenyataan ko itu harus ditujukan kepada kepimpinan dan agensi terbabit tanpa melibatkan tun..

Amik la tindakan yg sewajarnya ke atas astro (sekiranya astro mmg benar2 bsalah)..!!!!

Nak denda ker.. nak dakwa ker.. apa ker..

Pihak bkuasa terbabit dan kepimpinan politik skrg ada kuasa kan.. so kuatkuasakan la perundangan tsebut..!!!

Bukan alihkan isu kpd pihak lain yg sudah tiada kuasa lg..!!!

Itu kurang bijak nama nya..!!!

Anonymous said...

Sedarlah wahai rakyat...puak2 kafir harbi DAP PKR RBA takkan berhenti memburuk2kan kerajaan pimpinan melayu Islam sedia ada dengan pelbagai pembohongan, tuduhan % bukti rekaan dan fitnah selagi adanya melayu2 bebal yg terhegeh2 nak jadi pemakan najis para kafirun ni...

Anonymous said...

#tawanKELATAN

blog bongkar kesusahan kat Kelatan PAS

Anonymous said...

Semua salah tun..
Memang tak bijak..flying kick yg tak kick..asal boleh bulldoze semua dia nak langgar..

SKMM boleh pulak block din turtle..block web lucah..pintas siapa yg hina najib etc..tapi takit dgn astro?

Huh..statement kurang gula ni..

juragan69 said...

Bhai...bkn kurang bijak,ttp ini tahap ayam ayam yg snggup jd ayam demi kerana dedak yg ditabur oleh pelangan atau bahasa skrg 'sugar daddy'...kecerdikkn dan maruah letak tepi yg pnting massyukkk...biar jd bebal dan bangang asalkn massyukkk...
bhai tfk bebal dan bangang juga ke segala pemakan dedak yg pemimpin teragung lg suci hnggakn tk mmpu buat apa2 atau pun pemimpin teragung lu 'TERTERIMA' derma dari astro kot..dn jln mudah tembak org lain..kahkahkah

Anonymous said...

Apa punya bangang statements ni...yang berkuasa sekarang adalah regim Najib. Yang patut mengambil tindakan adalah kerajaan yg ada sekarang ni. Jika tiada tindakan bermakna mereka juga bersubahat dan bersekongkol dgn pemakan rasuah.

langau said...

nak ambil tindakan mcm mana,perjanjian dibuat masa zaman mahathir, apa ko ingat astro punya urusniaga mcm jual ikan pekasam ke? boleh jibby nak kuat kuasa tapi jibby kene jwb la dng undang2 mcm TNB kene bayar kpd YTL

Anonymous said...

Pemimpin yg bijak akan sentiasa ada cara mengatasi sesuatu isu mengikut peredaran zamannya..

Tetapi pemimpin yg lemah akan turut mempunyai byk penyokong yg lemah dan sentiasa menyalahkan pkara yg dh blalu..

# pandang ke depan dan bukan asyik tunding ke belakang

# tp nk buat camner.. dah namanya pun langau... sejenis binatang yg suka mengerumuni sampah dan taik.. jijik dan kotor!!!

Anonymous said...

Kuasa kapitalis. Bukan senang nak hapuskan. Dah berakar umbi.

 
Blogger Templates