Dari pengumuman DOJ yang kemudian diputarbelitkan menjadi isu jenayah dan mengaitkan Perdana Menteri, sehinggalah kepada cerita Patriot Act dan RICO Act yang tiada kena-mengena dengan Malaysia walaupun pihak tertentu khususnya para pemuja dan pentaksub Mahathir cuba merasionalkannya, isu sebenar 1MDB telah meleret dan jauh dari isu sebenarnya.
Walaupun beberapa tahun kebelakangan ini, 1MDB telah menunjukkan mereka merupakan instrumen pelaburan negara yang tepat tetapi masalah yang wujude tidak boleh disapu di bawah karpet semata-mata. Beberapa nama yang telah disebut dari awal lagi - jauh lebih lama sebelum Mahathir, Tony Pua atau Rafizi mempopularkan isu 1MDB - dilihat membawa masalah besar kepada instrumen pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan ini sekiranya tidak ditangani lebih tangkas dan pantas. Dan ternyata kebimbangan tersebut, dibuktikan dengan masalah 1MDB yang dimuatnaik oleh Mahathir dan konco-konconya.
Pendedahan tentang pengkhianat di dalam pentadbiran dan pengurusan negara yang diketuai oleh Najib Abdul Razak, juga sudah lama didedahkan. Pembabitan orang-orang besar bergelar dalam konspirasi tersebut juga telah diperkatakan lama dahulu.
Namun, tiada sebarang tindakan segera diambil. Walaupun mereka membawa masalah, menimbulkan pelbagai kontroversi dan polemik terutama sekali membabitkan pelaburan-pelaburan yang kemudian mengembalikan semula era kronisme, nepotisme dan korupsi pentadbiran Mahathir, mereka masih diberikan kedudukan yang tinggi dan diberikan kepercayaan untuk menggalas amanah.
Sebelum Arul Kandasamy muncul mengetuai 1MDB, kesemua masalah tersebut cuba dipendamkan dan kemudian apabila masalah demi masalah ditimbulkan sambil diharapkan ianya akan senyap dan dilupakan begitu sahaja, Perdana Menteri pula yang dipaksa menjawab dan bertanggungjawab, sedangkan para pegawai - penyangak sebenarnya - yang didudukkan dalam 1MDB, berlagak lepas tangan dan menganggap diri mereka tidak wujud.
Kenyataan Perdana Menteri bahawa mereka yang telah dinamakan oleh DOJ perlu membela diri dan membuktikan mereka bukannya pencuri atau penyeleweng membabitkan wang 1MDB walaupun pada masa yang sama, 1MDB mendakwa mereka tidak kehilangan sebarang sen mahupun memiliki sebarang aset di Amerika Syarikat, merupakan peringatan yang entah kali ke berapa daripada Perdana Menteri sendiri.
Justeru, di samping mempertahankan perkara-perkara tulen dan sahih serta benar tentang 1MDB, perkara-perkara buruk, kohong dan bisul dalam 1MDB pula sebaliknya perlu ditangani dengan segera.
Sebagai sebuah instrumen pelaburan, risiko dalam pelaburan telah diambil kira tetapi risiko membabitkan kebocoran yang digunakan untuk memutarbelitkan dan kepentingan pihak-pihak tertentu membabitkan dalaman 1MDB sendiri, tidak harus dipandang ringan dan boleh disapu di bawah karpet seperti yang diamalkan sebelum Arul Kandasamy muncul.
Sudah terlalu lama nama seperti Jho Low disebut-sebut bersama-sama syarikatnya, Good Star. Kenyataan Perdana Menteri bahawa Jho Low dan Good Star bukannya 'pekerja' atau 'penasihat' 1MDB nampaknya masih tidak dapat diterima walaupun pelbagai bukti telah ditunjukkan dengan entiti mana sebenarnya Jho Low dan Good Star berpayung.
Isu 1MDB sebenarnya akan terus berlanjutan dengan pelbagai isu-isu lain yang digunakan dalam usaha menjatuhkan Najib Abdul Razak dan kerajaan UMNO-BN. Hanya dengan tindakan tegas membuang duri, dan penyakit dalam 1MDB menerusi transformasi besar-besaran sahaja yang mampu menangani masalah tersebut.
Masalahnya, trend ular berbisa yang mematuk kembali selepas diselamatkan atau anjing tersepit cukup banyak dalam mana-mana entiti kerajaan termasuklah dalam UMNO dan 1MDB sendiri.
Berkemampuankah?
4 comments:
Terbaik TFK.
Hakikatnya penulis u mengakui bahawa 1mdb adalah memang bermasalah Dan org yg paling berkuasa dlm 1mdb adalah najib. Pegawai2 dlm 1mdb hanyalah mengikut arahan sj drp yg Sgt berkuasa iaitu PM yg sememangnya menggunakannya 1mdb utk kepentingan sendiri iaitu utk mencuri duit negara melalui 1mdb. Tp anda masih lg nak mengelak Dr mengatakan najib bersalah sebaliknya nak menyalahkan pegawai2 1mdb sj. Pegawai 1mdb yg ikut arahan najib adalah salah Dan najib juga salah. Bertaubatlah penulis sebelum ajal u tiba,u tupun bknnya muda Sgt dah,mati bila2 sj dtg. Sungguh memalukanlah u ni penulis yg jijik.
ye ke? biaq betui hang ni? hahahah. isu pemerdagangan manusia sekoq pun x ditangkap/didakwa. tgk kat thailand, semua kena tangkap
Lagi lama tak diselesaikan lagi panjang "meleretnya"
Lagi banyak ceritanya.
Lagi banyak ungkit mengungkitnya.
Lagi banyak telanjang menelanjangi sesama sendiri.....
Lagi serabut,
Lagi karut jadinya.
Sudah, sudahlah...
Kalau salah, mengalahlah.
Anak cucu cicit duk perhati,
Ke mana arah kita nak pergi.
HIDUP MELAYU
Post a Comment