Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 27, 2016

KESIAN... MAHATHIR GAGAL BERSEMUKA DENGAN NAJIB DI MAHKAMAH DALAM KES SAMANNYA!!!



Mahathir gagal lagi... dan para pentaksubnya terpaksa mencari kaedah lain untuk terus memalukan Najib Abdul Razak...

Sebelum ini, para pentaksub dan penjilat si tua begitu yakin, Najib akan dimalukan di mahkamah kerana Mahathir sendiri yang akan membawa kes salahguna kuasa dan penyelewengan. Konon-kononnya Mahathir mempunyai bukti yang kukuh.

Takkanlah seorang negarawan tua yang sangat hebat menyembunyikan segala kejahatannya yang kemudian ditukarkan menjadi kemuliaan walaupun yang memuliakannya terpaksa merungut kerana membayar kenaikan tol lebuhraya dan harga barang serta kekayaan negara yang dibolot oleh sekelompok kawan-kawan Mahathir, akan hadir di mahkamah untuk mengenakan Najib dengan hanya berbekalkan HEARSAY semata-mata?

Mereka sangat yakin, Mahathir akan menang dalam perjuangannya menegakkan kekayaan dan kemewahan kroni-kroni serta anak-anak lelakinya dengan menggunakan mahkamah. Apatah lagi para penjilat dan pentaksubnya sangat selesa dengan alasan, Mahathir sudah tidak ada kuasa, Mahathir sudah tua, Mahathir sudah berjasa kepada negara ini yang menyebabkan dia bebas berbuat apa-apa sahaja, termasuklah mencaturkan Malaysia seolah-olah Malaysia ini adalah harta pusaka peninggalan keturunannya dari Kerala.

Najib pula akan dimalukan di mahkamah dalam serangan bertalu-talu peguam yang mewakili Mahathir, Anina dan Khairuddin. Najib akan tergagap-gagap dan akhirnya mahkamah akan memenangkan saman sebanyak RM2.6 bilion dan RM42 bilion sekaligus menyebabkan Najib akan 'pupus' terus dari muka bumi ini buat selama-lamanya.

Yakin sungguh mereka....

Malangnya, itulah yang tidak berlaku!

Mahathir ke mahkamah dengan hanya berbekalkan HEARSAY, berbuktikan WSJ dan Sarawak Report. Dan akhirnya para pentaksub terpaksa buat-buat tak nampak dan buat-buat buta kayu tentang HEARSAY yang mereka jadikan sebagai bukti kukuh yang hanya sedap sebagai bahan bualan dan sembang di Facebook tetapi tidak berguna walau satu sen pun di mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan bahawa tri Mahathir bersama-sama balaci baghalnya, Anina Saadudin dan suami pelakon, Khairuddin Abu Hasan, gagal membuktikan mengapa perlu untuk Najib memberikan keterangan atas afidavitnya yang dikatakan bercanggah.

Mahathir, Anina dan Khairuddin menyaman Najib atas alasan Najib menyalahgunakan kuasanya.

Pada 10 Mei lalu, mereka menfailkan permohonan agar Najib tampil di mahkamah. Mereka mendakwa afidavit Najib bercanggah, tidak konsisten dan terdapat kekurangan dalam isi kandungannya. Afidavit tersebut adalah sokongan kepada permohonan untuk menolak saman Mahathir, Anina dan Khairuddin.

Mahkamah telah bersetuju untuk pengurusan kes pada 4 Ogos tanpa perlu Najib tampil memberi keterangan sebagaimana yang dimahukan oleh Mahathir dan balacinya.


9 comments:

Anonymous said...

Nasib baiklah. Kalau mahkamah tak selamatkan dia, habis dia kena soal. Macam manalah nak bersilat nanti. Tapi Allah swt maha adil. Tak dapatlah nak mengelak.

Anonymous said...

Allah jugak maha adil tak mengizinkan celaka2 macam kau ni menjahanamkan negara ni.. Sudah2 la jadi macai..

Anonymous said...

Apa la ngong sangat anon 8:19pm,
itu bukan nasib baik. Kalau Allah katakan najib tersungkur ..besar mana pun mahkamah waima DOJ pun takkan dapat tolong bkn nasib baik dah. Tapi Kalau Allah kata Tidak, maka ianya takkan berlaku ..sesungguhnya Allah lebih tahu dari apa yang tidak kamu ketahui..

juragan69 said...

Kahkahkah...bnyk2 entry,ini yg paling lawak dan paling bangang...klu tun yg lari atau takut bersemuka dgn pemimpin teragung lg suci maka nmpk sngt yg tun hnya guna 'hearsay' tnpa bukti dan fakta...
bhai klu ia pun mnjd balaci atau tukang karut utk taukeh lu tp jgn smpi snggup mnjd bangang..Simpn sikit bangang tu bhai malu anak2 wlupun nk cari mkn utk keluarga...
najib yg lari dianggap wirawan. .ini dayus namanya bhai..bknkh ini peluang najib utk mmbuktikn beliau dipihak yg benar...maka bersilatlh berkuntaulh dgn segala 'BUKTI DAN FAKTA' yg beliau difitnah..hahaha nmpk sngt bhai pemimpin teragung lg suci bani melayu kafilah najib menukar TAKUT kerana benar...kahkahkah apa2 je lh bhai asalkn masyukkkk

Anonymous said...

Satu rekod yang tak boleh dipadam ialah Umno tidak pernah kecewa dalam PRU selepas bertukar nakhoda baru.

Semasa Madday berdepan krisis keyakinan, dan bila Pak Lah menggantikan Madday, Umno makan besar.

Selain Daputera, siapa lagi yang akan terlopong dan meroyan apabila Umno bertukar nakhoda sekali lagi?

Anonymous said...


najib bacul
MANA NOTHING TO HIDE
Pasal tol highway - admin stupid the bahLOL AND THE GANG
Mana lebih baik dari GST ??
Aku xfaham jika tak betul tak betul la
jika tun tak betul pun kita kena pebetul mana man usia perfect
tapi ini lari...........faced the reality

Anonymous said...

Kepala bapak kau. Bila lak aku jahanamkan negara ni. Kerja tu Najib kau dah buat dah. Sokong org yg punahkan negara lagi parah dik. Kau taubatlah. Tuhan terima walaupun kau bangang. Dont worry beb

Anonymous said...

Alhamdulillah ..12.22 ni ada pikir punya orang. Masa nilah Najib nak lawan hujah kalau semuanya tak betul. Tapi tak ..duduk nyorok kat blkg bini. Nasib boleh cover ...hahhaa

Anonymous said...

Alhamdullillah...semoga Dato Seri Najib. sentiasa di pelihara Allah swt.
Be strong Sir.

 
Blogger Templates