Maria Chin Abdullah yang mengetuai pertubuhan tidak berdaftar tetapi mempunyai banyak sumber dananya, BERSIH 2.0 mencabar Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar agar PDRM bertindak menghalang tunjuk perasaan yang sedang mereka rancangkan kerana katanya, setakat ini mereka belum lagi merancang sebarang tunjuk perasaan, sebaliknya hanya dalam proses perbincangan dengan NGO untuk melakukannya. Maria Chin Abdullah berkata lagi, Khalid Abu Bakar tidak sepatutnya mengugut sesiapa pun yang mahu berhimpun kerana ia adalah hak orang ramai walaupun pada masa yang sama, Maria Chin Abdullah tidak pula merujuk kepada peruntukan dalam akta yang sama dan beberapa akta lain yang membenarkan polis bertindak menyuraikan, menghalang, dan menggunakan pelbagai pendekatan termasuklah menasihat agar sesuatu perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran undang-undang, tidak diteruskan atas sebab-sebab tertentu terutama yang berkaitan keselamatan.
Semalam, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, polis tidak akan meluluskan sebarang demonstrasi jalanan yang menuntut perletakan jawatan Najib Abdul Razak ekoran saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung USD3.5 bilion yang dikatakan telah diseleweng dari 1MDB.
Maria Chin memperolok-olokkan Ketua Polis Negara yang katanya, bercakap dan mengugut sesuatu yang belum pun dibincangkan dan diputuskan secara rasmi.
Minggu lepas, Maria Chin berkata, BERSIH merancang untuk mengadakan demonstrasi jalanan. Pengumuman tersebut dibuat selepas DOJ menfailkan saman di Los Angeles pada 20 Jun, bagi membolehkan mereka menyita aset-aset yang terbabit dan boleh dikesan dalam konspirasi antarabangsa membabitkan penggubahan wang haram yang dicuri dari 1MDB.
DOJ juga mendakwa, kegiatan tersebut telah dilakukan selama lebih empat tahun dan membabitkan beberapa orang individu, termasuklah pegawai-pegawai dari Malaysia dan konco-konco mereka.
Selain itu, DOJ juga telah menamakan Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Low Taek Jho (lebih dikenali sebagai Jho Low), dan dua orang pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny sebagai terlibat dalam skandal tersebut.
Sebenarnya tidak menjadi kehairanan pun dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Maria Chin Abdullah. Sebelum ini pun, ditambah pula dengan 'kasih sayang melimpah ruah' yang ditunjukkan oleh perundangan negara, menyebabkan entiti penguatkuasa undang-undang seperti PDRM boleh dipermain-mainkan begitu sahaja.
Tangkap lepas, tangkap lepas dan kemudian anugerahkan ganti rugi kepada yang mencetuskan masalah dan ditahan di bawah mana-mana akta.
Mana ada negara lain selain Malaysia yang amalkan begitu besar punya kebebasan sekaligus mewujudkan persepsi bahawa, sebarang tindakan undang-undang ke atas orang yang melakukan kesalahan adalah satu perlanggaran undang-undang dan para penjenayah wajar diberikan gantirugi kerana telah dihukum di bawah undang-undang.
3 comments:
Kkkdang camm tin kosong gak...
Kes mesin judi berlambak2 x selesai llg..
Jangan benarkan himpunan tersebut..bahaya..
mereka tak ambil iktibar ke kes trak langgar orang ramai di Nice !?
bahaya tu... faham-faham kan
kalau yang buat masalah namanya MAMAT...cepatlah diorang cekup.
Post a Comment