Mendengar keluhan daripada pesara-pesara Angkatan Tentera berpangkat rendah dan yang pernah terlibat secara langsung pertempuran dengan pengganas komunis, sekali dengar membuatkan kita terfikir bahawa mereka adalah penentang kerajaan kerana nadanya sememangnya amat kontra dengan retorik dan klise yang seringkali kita didodoikan oleh media-media utama.
Salah satu pertempuran atau sebenarnya lebih kepada tragedi serangan hendap pengganas komunis ke atas pasukan keselamatan yang paling tragis, melibatkan 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berlaku pada 29 Oktober 1981 di Ulu Legong, Weng, Kedah.
Dalam serangan hendap tersebut, 7 orang anggota 22 RAMD terbunuh manakala dua orang lagi, cedera parah. Platon tersebut sedang dalam perjalanan mengambil bekalan makanan di Kampung Lalang apabila 30 orang gerombolan pengganas komunis yang bersembunyi di atas bukit, melepaskan tembakan bertubi-tubi ke atas trak yang mereka naiki.
Satu tugu peringatan telah didirikan oleh Kerajaan di tempat kejadian. Kini Ulu Legong dan Bukit Hijau yang suatu ketika dahulu merupakan kawasan yang amat ditakuti untuk dimasuki sudah pun menjadi kawasan rekreasi utama bagi penduduk tempatan dan luar. Ancaman komunis tidak lagi dirasakan, malahan generasi muda di Ulu Legong hampir tidak mempedulikan tentang sejarah yang membolehkan mereka kini hidup bebas dan aman tanpa perlu rasa takut untuk keluar malam atau berjalan bersendirian.
Sepanjang 22 tahun Mahathir berkuasa di Malaysia, tidak ada pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada anggota-anggota yang telah terkorban mahupun yang mengalami kecederaan parah. Bergaji kecil dan tidak mendapat banyak manfaat berbanding yang diterima oleh kaum kroni, merupakan asam garam yang perlu dilalui oleh setiap anggota tentera pada waktu itu yang berjuang menggunakan senjata dan pada bila-bila masa sahaja boleh hilang nyawa.
Bagaimana dengan nasib kedua-dua anggota 22 RAMD yang mengalami kecederaan parah dalam serangan tersebut? Adakah mereka terbela? Adakah jasa-jasa mereka diiktiraf atau mereka sekadar dilihat sebagai ANJING BELAAN yang dibayar tulang untuk dimakan? Adakah keluarga mereka dibantu?
Atau mereka juga mengalami nasib yang sama dengan pesara-pesara tentera yang kudung kaki atau buta mata atau lumpuh kerana terpijak jerangkap samar atau dimamah peluru musuh, sedangkan pada masa yang sama, orang politik seperti Mahathir terus disembah dipuja seolah-olah jasanya jauh lebih besar berbanding anggota-anggota tentera ini?
Bagaimana dengan nasib pesara-pesara tentera lain terutama mereka yang terlibat secara langsung dengan pertempuran dengan pengganas? Cukupkah dengan penghargaan dan kata-kata puji serta terima kasih kepada mereka pada Hari Pahlawan dan kemudian dilangsungkan pada Hari Kebangsaan tetapi hakikatnya, ia tidak lebih daripada sekadar satu retorik semata-mata?
Ramai daripada kalangan mereka, terutama yang terperuk di kampung-kampung selepas bersara, hidup dalam kesempitan kerana tiada bantuan mahupun ingatan daripada kerajaan (baik kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri) sungguhpun kewujudan kerajaan itu sendiri adalah disebabkan oleh kerja-kerja pesara-pesara tersebut?
2 comments:
Sudahlah gaji tak seberapa, Brim pulak tak mandang pada masa itu. Propa yang dibuat bukan main gah, skim itu dan ini untuk orang itu dan ini tapi habuk pun tak nampak. Oh tanah air ku.
Sekarang pun mereka masih marah dgn kerajaan kerana elaun tiba tiba tak di bayar dah 10 bulan sebab duit LTAT dah kering kabonya...
Post a Comment