Mahathir diketahui akan menggunakan apa-apa sahaja taktik termasuklah air mata 'autanya' demi meraih simpati dan sokongan kepadanya seperti yang banyak dilakukannya sepanjang dia menjadi Perdana Menteri.
Dengan air mata sahaja, Mahathir sudah dapat menakluk sebahagian besar orang Melayu termasuklah mereka yang amat membenci perbuatannya membela taukeh-taukeh besar yang menjadi kroninya selain kemusnahan ekonomi Melayu-Bumiputera dan negara dalam jangka panjang, atau menjadikan Melayu-Bumiputera sebagai kelas pekerja semata-mata.
Ketika PAS berada dalam keadaan yang lebih kuat dan mendapat sambutan ramai terutama daripada golongan muda, Mahathir dengan menggunakan helahnya telah menaikkan Anwar Ibrahim semata-mata untuk menjahanamkan PAS. Dan itulah yang dilakukannya sehinggalah Mahathir tidak dapat menahan gelombang kebangkitan PAS pada penghujung 1990-an.
Mahathir juga sanggup membiarkan UMNO asal diharamkan demi memastikan kuasa dan kedudukannya selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO tidak terjejas dan tidak tercabar. Dan Mahathir lebih sanggup menghasut serta menjatuhkan Abdullah Badawi walaupun Abdullah Badawi berjaya mengekalkan majoriti lebih dua pertiga (terbanyak selepas sejarah Perikatan 1955-1969) dengan pelbagai alasan termasuklah alasan TINGKAT 4.
Selama lebih 22 tahun, Mahathir dimomokkan sebagai seorang Perdana Menteri terbaik dan terhebat. Malah tidak kurang juga yang menganggap Mahathir tidak melakukan suatu kesalahan pun walaupun apabila ditanya apa yang Mahathir telah berikan kepada Melayu-Bumiputera, mereka langsung tidak boleh menjawab atau paling lebih pun sekadar mampu berkata, Mahathir adalah perencana pembinaan KLCC.
Namun bangkai yang busuk, walau diawet sebaik-baik mungkin sekalipun, tidak dapat membendungkan kebusukan dan kereputan dagingnya. Begitulah juga dengan Mahathir.
Sehingga ke hari ini, ketiga-tiga orang Tan Sri tersebut tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pengadu yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO. Malah ketiga-tiganya tutup mulut rapat.
Dan masyarakat Malaysia seperti biasa pun, terus melupakannya.
Alih-alih Mahathir buka mulut dan memecahkan rahsianya sendiri. Kata Mahathir, tindakan dan natijah undang-undang sudah pasti diterima oleh Najib kalau bukan kerana ketiga-tiga orang Tan Sri tersebut tidak dibeloti.
Dan seperti biasa, Mahathir menggunakan pendekatan pecah dan perintah setelah menyedari, tembelangnya telah dipecahkannya. Gagal menggulingkan Najib menggunakan ketiga-tiga orang Tan Sri yang berjawatan penting dalam konspirasi yang diatur menggunakan details yang diperolehi oleh Tony Pua, Ho Kay Tat dan Tong Koi Oong daripada Xavier Justo dan Clare Rewcastle, Mahathir seperti biasa hanya mampu membina persepsi yang Najib ada banyak duit, sedangkan dia tidak ada duit, walaupun kehidupannya dan anak-anaknya jauh lebih mewah.
Persoalannya yang ditimbulkan sendiri oleh Mahathir ialah, bagaimana dia tahu tindakan yang mahu diambil ke atas Najib oleh ketiga-tiga orang Tan Sri itu? Bagaimana pula dia tahu, konspirasi itu gagal kerana mereka dikhianati? Siapakah lagi yang wujud dalam konspirasi tersebut selain Mahathir dan ketiga-tiga Tan Sri tersebut?
Walhal baik Mahathir mahupun ketiga-tiga Tan Sri tersebut saling menafikan kerjasama antara mereka.
Mahathir sebenarnya hanya mahukan respons daripada ketiga-tiga Tan Sri tersebut. Jalan cerita yang dikarangnya mungkin kelihatan lurus, tetapi sebenarnya sangat berbelit dan memerlukan respons daripada masyarakat terutama sekali pro-Najib bagi menjayakan fasa seterusnya.
Apa yang Mahathir lakukan terhadap ketiga-tiga orang Tan Sri tersebut, tidak jauh bezanya ketika dia cuba mengenakan Sulaiman Palestin dan Jaafar Albar. Tidak juga jauh bezanya ketika dia mengenakan Allahyarham Tun Hussein Onn mahupun Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj sendiri!
Watak sahaja yang berlainan tetapi jalan dan trick cerita tetap sama!
5 comments:
Oklah....nak sedapkan hati kau....Tun M org jahatlah.....ok lah kau menang.....Yang ni kau jawab pulak. Sape pemilik RM2.6 biilion dan sape MO1...bole kau jawab?
Dulu ada orang tanya siapa peliwat?..di jawab..Anwar..otai reformasi pun jwb balik.so what??
Skrg aku nk jawab camtu gak..najib. so what?
kalau mahathir baik ,
Tunku takkan pecat dia dari UMNO dl
klu mahathir baik ,
dia takkan cuba jahanamkan ank org yg kutip dia semula dari tong sampah selepas di buang oleh UMNO
Tanpa jasa Tun razak kutip mahathir dulu
takade siapa kenal si tua kutuk mahathir
segala cerita kartun yg berlaku sekarang adalah episod ulangan bagaimana cara mahathir nak mengenakan lawan2nya , dan melindungi kartel , taikun yg jd kroni dia selama 22 tahun .
mahathir cuba jadi mcm Lee kwan yew . tetapi dia silap , sebab dia jangka najib mcm lee hsein loong . rupanya najib ada maruah dan prinsip sendiri.
Anwar , Tun musa hitam tentu maklum sangat taktik mahathir ini. begitu jugak tengku razaliegh hamzah.
cuma budak2 skrg , terlalu bodoh & bebal nk menilai , siapa dia mahathir .org2 lama tak pernah lupa siapa mahathir.
Anom 7:39
Kenapa lah kau nie bodoh bebal, banggang, lembap nak mampus.
Tun M memang jahat, laknatullah.
ahmad albab yg punya....
Post a Comment