Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, August 18, 2016

TAK LAMA LAGI, PEMANDU UBER DAN GRABCAR PUN SAMALAH MACAM PEMANDU TEKSI KALAU DIBIARKAN SYARIKAT PEMEGANG KONSESI BERLAGAK SEPERTI LINTAH DARAT!!!



Abdul Wahid Omar, bekas Menteri yang kini merupakan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad berkata, pemegang Uber dan GrabCar seharusnya mengurangkan caj servis mereka bagi membantu pemandu-pemandu kedua-dua perkhdimatan itu memperolehi pendapatan yang lebih terjamin.

Dia memberikan contoh bagaimana pemegang Uber mengambil 25% daripada pemandu sedangkan mereka boleh mengurangkan peratusan itu lagi bagi membolehkan pemandu memperolehi pendapatan yang lebih besar apatah lagi dalam apa juga keadaan, pemandu yang menanggung segala permasalahan termasuklah menyelenggara kenderaan.

Jumlah 25% sebenarnya tinggi untuk provider yang memegang lesen atau konsesi berkenaan. Walau apa pun alasan yang mereka berikan, yang pasti, ia memang tinggi dan tidak langsung kisahkan kebajikan pemandu.

Seperti dalam kes teksi-teksi di Malaysia di mana pemandu menanggung segala-galanya. Syarikat-syarikat pemegang konsesi dan permit hanyalah bertindak sebagai lintah darat yang tahu kutip hasil sahaja, lain-lain mereka tidak tanggung. Sekaligus menyebabkan orang Malaysia yang diketahui tidak pandai bersaing menggunakan kebolehan dan memberikan khidmat yang lebih baik kepada pengguna, menyebabkan mereka yang berkerjaya sebagai pemandu teksi dan perkongsian kenderaan seperti Uber dan GrabCar lebih terdedah dan cenderung kepada kekerasan.

Maka tidak hairanlah juga, apabila ada persaingan, mereka akan cenderung untuk mengamalkan rasuah, salahguna kuasa dan dengi-mendengki sehingga akhirnya keseluruhan industri mendapat imej yang sangat buruk. 

Paling kurang pun, mereka akan berselindung di belakang persatuan untuk memekak dan tunjuk kuasa. 

Pemandu-pemandu Uber dan GrabCar belumlah lagi sampai ke tahap seperti pemandu-pemandu teksi tetapi lama-kelamaan kalau dibiarkan puak pemegang konsesi meneruskan dasar cekik darah mereka. 


Masalah terbesar adalah syarikat teksi adalah rent seeker yang dimulakan dan dimiliki oleh proksi taukeh-taukeh besar yang berkuasa besar dalam politik negara. Syarikat-syarikat ini tidak bantu dan beri apa-apa perkhidmatan pun apatah lagi kebaikan kepada masyarakat pengguna mahupun pemandu. Sebaliknya mereka diwujudkan untuk memastikan mereka memperolehi keuntungan mudah menerusi WAJIB BAYAR SEWA yang menyebabkan ramai pemandu-pemandu teksi mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang termasuklah melakukan jenayah kekerasan.

Kalau kita bandingkan di Amerika Syarikat, terutama di New York, syarikat akan menyelenggara kenderaan dan ada garaj mereka sendiri. Di Malaysia pula, semuanya diserahkan buta-buta kepada pemandu. Logiknya supaya pemandu lebih cermat dan berhati-hati.

Syarikat-syarikat tersebut sebenarnya tidak ada added value. Apatah lagi pemandu-pemandu pula dipaksa guna kereta Proton yang terbukti tidak cukup lasak dan murah digunakan sebagai teksi hanya semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad!!!


1 comment:

888jackaroo said...

Pada pendapat gua, sekarang harga yang dikenakan uber & grab car mungkin kelihatan kurang dari perkhidmatan teksi sediada. Tetapi aku melihat ini hanyalah helah untuk memecahkan monopoli syarikat2 teksi sediada. Bilamana syarikat2 teksi sediada ini tidak dapat bertahan dengan persaingan dan akhirnya gulung tikar. Maka, pada masa itu kita akan melihat uber & grab car akan mengambil kesempatan, yang mana akan berlaku perkara yang sama pada industri teksi sekarang. peratusan yang diambil dari pemandu2 uber & grab car ini akan lebih tinggi (sama seperti sekarang, kadar sewa yang tinggi), sehingga memaksa pemandu2 ini mengambil kesempatan terhadap permintaan penumpang, pilih penumpang, destinasi dll... mari kita sama2 lihat.

 
Blogger Templates